Jika dinilai melalui populariti di media sosial atau jumlah 'followers',belum tentu seorang calon yang bertanding akan menang kerana belum tentu visi dan misi yang mahu dibawakannya sampai kepada perwakilan untuk meniali calon yang bakal dipilih untuk menjadi pucuk pimpinan mereka.
Sumber tidak rasmi memberitahu bahawa Azwan Bro mendahului di 'Ground'. |
DIKEMASKINI DARI BLOG MMI:
Untuk pengetahuan umum, dalam sayap pemuda sahaja 85,000 ahlinya akan menentukan barisan kepimpinan yang akan menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Seperti semua sedia maklum, kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang kini di kosongkan oleh Datuk Razali Ibrahim antara kerusi panas yang telah menyaksikan pertandingan 4 penjuru yang membariskan nama-nama besar dalam pergerakan pemuda, iaitu Khairul Azwan Harun , Lokman Adam & Jamawi yang masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.
Namun dalam pemilihan kali ini para pemuda UMNO mestilah bijak memilih kepimpinan yang benar-benar berkaliber untuk digandingkan bersama Ketua Pemudabagi membentuk jentera yang kebal bagi menghadapi PRU-14 nanti.
Calon pilihan saya ialah Azwan Bro. Ini adalah kerana dengan apa yang saya nampak, dia lebih berpengalaman. Selain itu, dia merupakan pemuda yang aktif. Antara program yang dilaksanakannya ialah:
- BN Youth Town Hall Meeting di setiap daerah
- aktiviti sukarelawan seperti BN Youth Volunteer
- Skuad Prihatin Pemuda
- Karnival Kerjaya
- Perak Muay Thai BN Youth
- Program Pemuda Prihatin YBU dan banyak lagi.
Antara faktor lain pula ialah:
- Telah mendaftarkan lebih 14,000 ahli Pemuda UMNO seluruh negeri Perak menjadi pengundi berdaftar yang baru & kesannya semua saluran pengundi 5,6 & 7 di kawasan luar bandar dimenangi BN .
- Berpengalaman sebagai pengurus pasukan bola sepak sebagai Timbalan Presiden PAFA dalam PERAK FA.
- Paling penting KHAIRUL AZWAN HARUN @ AZWAN BRO adalah ZURIAT & DARAH DAGING UMNO.Beliau tidak pernah sesekali berpaling tadah & mengkhianati perjuangan parti terbesar orang Melayu.
No comments:
Post a Comment