Showing posts with label n25 kajang. Show all posts
Showing posts with label n25 kajang. Show all posts

Saturday, March 15, 2014

#PRKKajang: AZIZAH HANYA TAHU KRITIK CALON, DIA BAGUS SANGAT KE?


Ketika Datin Seri Dr Wan Azizah ditanya mengenai lawannya, dia hanya mengatakan Chew Mei Fun comel dan punyai fesyen rambut yang bertukar-tukar.

Itu adalah cara Wan Azizah menghina lawannya yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kelayakan serta mempunyai kredibiliti dan integriti. Setiap wanita menjaga rupa diri supaya kelihatan manis dan sopan dipandang.

Mungkin dia menjangkakan janji ikrar Chew Mei FUn lebih mantap dari manifestonya maka Wan Azizah perlu merendahkan lawannya hanya setakat rambut. - Unspinners



Komen mengenai analisa Ikrar Janji Chew Mei Fun yang lebih realistik ini boleh didapati di SINI

#PRKKajang: WAN AZIZAH AZIZAH ANGGAP ANWAR IALAH 'TANGKAL AZIMAT' UNTUK MENANG BESAR


Sejak dari azali lagi, Wan Azizah hanya 'menjual' nama suaminya, Anwar Ibrahim untuk berkempen. Dia sudah tiada apa-apa senjata selain Anwar. Tatkala Anwar dikenakan hukuman penjara, dia melobi kesana-sini 'kisah tragis' suaminya itu. Kenapa tak ceritakan hal dibawah ini?

WAN AZIZAH TAHU SISI GELAP ANWAR 
AIDCNews – 14/3/14 
Seorang pengomen laman ini, ‘sman’, mendakwa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengetahui sisi gelap Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun berusaha untuk membela suaminya itu.
“Wan Azizah kira nak menang besar je, langsung tak fikir kerja dia membela suami peliwat tu secara memperbodohkan rakyat di redhai Allah atau tidak.
“Kalau nak bela peliwat tu mengapa awak tak naik mahkamah dulu, sebagai saksi alibi, sedangkan awak disenaraikan sebagai saksi alibi tersebut.
“Sekarang dok membohong kononnya suaminya tak bersalah,tak tahulah jenis apa hati perut dia ni,berlakun muka macam baik je tapi tak henti-henti membohongi rakyat. Aku langsung tak hormat dah muka ni,” kata ‘sman’ yang juga bekas aktivis reformasi sejak dari tahun 1998 dalam artikel bertajuk, “PRK Kajang : Wan Azizah Yakin Menang Besar.”
Seorang lagi bekas aktivis reformasi, ‘pada hemat saya’ membuat komentar melengkapkan hujah ‘sman’.
“Wan Azizah sangat pandai berlakon. Sama macam Anwar juga. Wan Azizah tahu apa yang Anwar lakukan. Dia cerita kepada ramai orang tentang tabiat Anwar yang buruk.
“Dia tulis surat 18 muka kepada Tun Mahathir menceritakan masalahnya dengan Anwar. Dia menceritakan segala-gala kepada Hamid Rashid, Shah Alam tentang siapa sebenarnya Anwar.
“Hamid Rashid adalah sahabat Anwar sejak di MCKK lagi. Dia diminta menguruskan ehwal Wan Azizah dan anak-anak semasa Anwar (dipenjara).
“Wan Azizah berpura-pura mengatakan suaminya “Anugerah dan Tuhan”. Hipokrasi adalah musuh Islam. Zahirnya Wan Azizah nampak Islam tapi dia tahu apa yang berlaku.
“Semangatnya datang semula untuk bertanding kerana Anwar dizalimi untuk sekian kalinya. Siapa sebenarnya zalim. Orang yang tahu cerita sebenar suaminya tapi menyorokkan kepada umum tidak zalim ?
“Majlis Peguam dalam kenyataannya mengatakan Anwar lakukan itu suka sama suka. Dari sudut Islam apakah liwat tidak salah. Ia seumpama zina juga. Berhentilah menipu orang ramai. Atau membohongi orang Kajang apa yang sebanrnya berlaku.
“Ayuh, pengundi Kajang bangkitlah dan perbetulkan keadaan kerana pahalanya adalah besar. Taksub dan fanatik adalah musuh Islam,” katanya. 


 

Menurut laporan Mstar pada 29 Januari 2010, nama Wan Azizah disenaraikan sebagai saksi alibi daripada 13 alibi berkaitan dengan kes liwat II.
“Untuk makluman, nama Datuk Seri Wan Azizah adalah nama pertama dalam senarai antara 13 orang saksi alibi dalam notis alibi di bawah Seksyen 402 A Kanun Prosedur Jenayah yang dikemukakan melalui peguam S.N Nair dan Partners,” Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam satu kenyataan. 

 

Namun, menurut bekas pembantu peguam bela Anwar, Yuktes Vijay, bukan sahaja nama Wan Azizah tidak ditampilkan, bahkan 11 lagi individu yang didakwa sebagai saksi alibi juga tidak ditampilkan untuk membela Anwar.
Ketika mengulas artikel “Seks Suka Sama Suka: Hukuman Anwar Tidak Wajar – Majlis Peguam,” ‘sman’ mengolah satu kisah satira yang dipercayai benar berkaitan dengan kes liwat II.
“Kali pertama Mr X berpura-pura sakit badan minta si mangsa mengurutnya di tempat kejadian,sedang mangsa yang lurus bendul mengurut beliau, perlahan-lahan Mr X menarik, memelok dan memangsakannya.
“Bila hal ini diceritakan pada kawannya,kawannya bertanya ‘mengapa kau tak tolak saja? Mangsa menjawab ‘macam mana aku nak tolak dia tu tokoh besar, dia tahu lah apa yang dibuatnya, kalau aku tolak nanti berlaku sesuatu yang memalukannya.
“Selepas beberapa kali perkara tersebut berulang mangsa terpaksa belajar sesuatu dari internet untuk mengelakkan kesakitan, dah keadaan sudah mula menjadi suka sama suka, sehinggalah satu hari mangsa merasa bersalah dan perlu menghentikan perbuatan mereka.Hati mangsa terdetik insaf.
“Bila suatu ketika di sebuah hotel di luar negara, mangsa bercumbu mesra dengan pemangsa di tingkat atas, sementara isteri pemangsa menunggu bersama anak-anak di cofeehaouse untuk makan bersama suami tersayang.
“Selepas mereka siap bercengkerama, kedua-dua mereka turun untuk bersama isteri pemangsa yngg sedang menunggu. Si mangsa terasa juga malunya, berhadapan dgn isteri pemangsa, maklumlah sebenarnya si mangsa tersebut adalah seorang remaja yang baik dan bersopan santun.
“Sementara itu, beliau melihat pemangsa (Mr X) selamba saja macam tidak ada apa-apa di antara mereka.Selepas itu lah si mangsa berhasrat untuk melakukan sesuatu yang selari dengan undang-undang untuk menghentikan perlakuan perlakuan mereka dan menebus dosa beliau yang sudah ‘terlampau’menjadi suka sama suka.”
Yuktes Vijay menulis di laman sosialnya, mendedahkan insiden liwat di 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008 bukan kali pertama, bahkan pernah berlaku beberapa kali sebelum ini.
“Dalam satu kenyataan saksi yang direkod dalam mahkamah, peguam Anwar telah gesa mahkamah untuk keluarkan kata-kata “diliwat lagi” kerana Saiful telah beri keterangan ini bukan kali pertama malah telah berlaku beberapa kali ketika mereka ke luar negara…misalnya di Hong Kong….bermaksud ini bukan satu insiden yang berlaku buat kali pertama…”
Bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor ketika diwawancara laman ini pada 20 April 2010 turut ditanya tentang peranan Wan Azizah dalam kes tersebut.
AIDC : Saudara katakan tadi, Anwar akan menggunakan sesiapa sahaja termasuk ahli keluarganya. Saya teringat dalam buku yang ditulis oleh S.H Al Attas mengatakan Wan Azizah pernah menelefon semasa saudara masih Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR untuk mempastikan tidak ada mana-mana lelaki tidur di rumah Anwar. Adakah cerita ini benar?
Ya benar. Itulah sebenarnya yang menjadi titik-tolak saya untuk berfikir semula siapa sebenarnya Anwar.
Selama ini, saya memang menolak segala bentuk cerita ataupun teori yang membabitkan persoalan akhlak beliau khususnya yang membabitkan lelaki. Tetapi apabila peristiwa itu berlaku, yang membabitkan isterinya sendiri secara langsung menelefon saya tentang persoalan itu, ianya benar-benar membuka mata saya.
Dari tarikh itulah saya mula berfikir semula, saya mula mencari kebenaran, saya mengambil masa 6 bulan sebenarnya, sebab bukan mudah untuk saya tinggalkan Anwar. Saya telah lakukan hampir segala-galanya yang boleh dilakukan sebagai seorang manusia biasa. Untuk berkorban, berjuang dan membela bos saya, Anwar Ibrahim. Bukan mudah untuk saya tinggalkannya.
Tentunya ada satu perkara yang cukup besar. Dan memang cukup besar yang membabitkan bukan persoalan politik lagi, membabitkan persoalan akidah saya kepada Allah Subhanahu wa taala.
Sebab itulah saya membuat keputusan untuk meninggalkannya.
Saya tidak bercadang untuk mengaibkan dia atau keluarganya. Sebab itu saya tidak mahu sebutkan secara detail apa sebenarnya yang berlaku. Tetapi, percayalah ianya merupakan satu keputusan yang berasaskan kepercayaan saya kepada Allah Subhanahu wa taala.  
[AIDC NEWS]
Hormati keputusan mahkamah, terimalah bahawa suami awak ialah peliwat. Lihatlah bagaimana Wan Azizah menjual dan memanipulasi cerita ketika diceramah:

AIDCNews – 14/3/14  

Sehingga ke hari ini, ceramah calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Kajang hanya berkisar tentang isu suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Terbaru, ceramah Wan Azizah di Sungai Kantan, Kajang malam semalam yang dirakamkan minaq jinggo masih menjawab isu ‘patung’ dan ‘kes liwat II’ suaminya itu.
“Saya geram tau, pasal apa ? Orang kata saya boneka. Orang kata saya ‘Doll’, saya patung…
“Sekarang ni hari saya ya. Sekarang ni katalah macam-macam kepada saudara Anwar. Tetapi fikirkanlah.
“Kes itu (liwat II). Sebelum kes itu berlaku, anak muda yang tuduh Anwar (Mohd Saiful) telah pergi ke rumah Perdana Menteri.
“Masa itu ada Datuk Shafee Abdullah. Fikirkanlah.
“Pendakwa masa kes mula-mula jadi (Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden), dia telah berhenti dan dia tidak mahu lagi dengan pendakwaan itu. Dia telah datang kepada kami dan menjadi pembela kami dalam kes BERSIH.
Selanjutnya

SEBAB PENGUNDI PERLU UNDI WAN AZIZAH DI KAJANG:

CALON 'KITAR SEMULA'
NEPOTISME
BERTANDING DEMI SUAMI, BUKAN DEMI RAKYAT
'DRAMA QUEEN'

DAN SELANJUTNYA DIBAWAH:


BANDINGKAN DENGAN CHEW MEI FUN, CALON BARISAN NASIONAL N25 KAJANG... BANYAK BEZANYA...

BERIKUT ADALAH INFOGRAFIK JANJINYA

Friday, March 14, 2014

PRKKajang: MUST READ!! IKRAR CALON #N25Kajang @ChewMeiFun!! #KajangBetrayed


1. Memperkuatkan check n balance terhadap kerajaan negeri Selangor.
2. Membetulkan masalah hal ehwal tempatan.
3. Memainkan peranan sebagai pihak pembangkang yg konstruktif.
4. Duta Muhibbah untuk perpaduan rakyat.

JANJI MEI FUN BUAT WARGA KAJANG

1. Memperkenalkan dan menganjurkan lebih banyak aktiviti kebudayaan untuk menonjolkan imej Kajang sebagai sebuah Bandar Kebudayaan.

2. Mendirikan pusat khidmat wakil rakyat dan berperanan sebagai jambatan berkesan di antara Majlis Perbandaran dengan rakyat jelata. Memantau pentadbiran kerajaan tempatan untuk memastikan kualiti perkhidmatan yg memuaskan. Memantau keberkesanan pihak MPKj dalam pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur-infrastruktur termasuk jalan,longkang,lampu jalan dan kebersihan persekitaran.

3. Meningkatkan sistem pengangkutan awam dan lalu lintas Kajang secara holistik melalui penyelarasan dengan projek MRT yg dirancang oleh kerajaan pusat,demi menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kajang yg kian menular.

4. Menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan Kajang.

5. Memantau dan berkerjasama dengan pihak Polis dalam usaha membanteras jenayah,mengeratkan hubungan pihak Polis dengan orang awam,menubuhkan jawatankuasa keselamatan masyarakat dan menggerakkan penduduk-penduduk dalam usaha memperbaiki keadaan keselamatan.

Thursday, March 13, 2014

[VIDEO] #PRKKajang: KREADIBILITI CHEW MEI FUN BAKAL CETUSKAN GELOMBANG 'TSUNAMI-CINA' KE-2 DI #Kajang ?



BERDASARKAN PENILAIAN & SEJARAH POLITIK KEDUA-DUA CALON... NAMPAKNYA, 'RATING' UNTUK  INTERGITI BERPIHAK KEPADA CHEW MEI FUN 


VIDEO KHAS UNTUK CALON PRK KAJANG

)

Dikenali sebagai 'DATIN PADUKA' yang rendah diri

TAK MACAM WAN AZIZAH YANG CAKAP MAHU BERSARA, TAPI TAK LAGI PUN? INI ADALAH KERANA MENGAMALKAN NEPOTISME & BERTANING DI DUN KAJANG BUKAN ATAS KEMAHUAN DIRI, TAPI KERANA KESIANKAN SUAMI.


Wednesday, March 12, 2014

#PRKKajang: WAN AZIZAH TAK MENGAKU AMALKAN NEPOTISME KERANA APA?? #KajangBetrayed #Kajang



Saya tertarik dengan wawancara oleh portal The Malaysian Insider bersama Datuk Seri Wan Azizah, calon PKR bagi PRK N25 Kajang yang baru diumumkan semalam.


Seperti yang kita semua tahu, Wan Azizah adalah pengganti kepada calon asal, iaitu suaminya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dimana telah gugur kelayakannya untuk menjadi calon rentetan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun (kes liwat 2) baru-baru ini. Untuk pengetahuan, sudah dua kali Wan Azizah menggantikan tempat Anwar. Sebelum ini di Permatang Pauh, kali ini di Kajang pula.


FACT: KALAU SEKALI ORANG PERCAYA LAH, KALAU DUA KALI? SIAPA NAK PERCAYA? INI NEPOTISME NAMANYA..
APA ITU NEPOTISME? 

Menurut sumber dari WIKIPEDIA, Nepotisme bermaksud melebihkan saudara-mara serta rakan-rakan yang ada hubungan dan bukannya penilaian objektif bagi keupayaan, meritokrasi atau kekesuaian terhadap sesuatu jawatan. Contohnya, tawaran jawatan kosong kepada saudara-mara, walaupun masih ada lagi orang lain yang lebih layak serta sanggup melaksanakan tugas sedemikian. Perkataan nepotisme berasal daripada perkataan Latin 'nepos', yang bermaksud "anak saudara" atau "cucu".  

Persoalanya ialah, kenapa perlu WARIS juga yang menjadi pengganti? Saya tahu, ramai dari PKR sendiri yang terkilan dengan keputusan ini, kerana terlalu ketara NEPOTISME yang diamalkan mereka sekeluarga.

INFO: RATING UNTUK UKURAN KELAYAKAN KEDUA-DUA CALON PRK KAJANG
Dibawah adalah wawancara tersebut:
Sumber: The Malaysian Insider 
 
The Malaysian Insider (TMI): Boleh Datuk Seri nyatakan perasaan menggantikan Datuk Seri Anwar di Kajang?
Datuk Seri Dr Wan Azizah (DSWA): Saya pada mulanya enggan untuk kembali aktif berpolitik kerana saya rasa apabila Anwar keluar dari penjara saya sudah buat apa yang saya boleh buat. Tetapi apabila ini berlaku, mereka, PR dan rakan komponen PAS dan DAP berbincang dan keluar nama saya, termasuk daripada biro politik kami (PKR).
Ia sebahagian daripada khidmat nasional saya. Apa yang akan saya tinggalkan daripada hidup saya adalah sumbangan kepada generasi muda. Saya hendak tinggalkan dengan saya ada berbuat sesuatu. Jadi cucu cicit saya tahu apa saya buat pada masa lalu.
TMI: Sebagai presiden, sudah ditentukan ini kerusi PKR dan DSWA sudah tentu mempunyai input siapa akan dipilih. Bagaimana hanya DSWA yang dipilih. Kenapa tidak orang lain?
DSWA: Saya tiada dalam mesyuarat ketika itu. Saya rasa tidaklah wajar saya ada dalam mesyuarat itu. Ia secara semulajadi, saya ada persamaan dengan Anwar. Mereka lihat saya, mereka nampak Anwar. Saya mahukan itu. Mereka akan nampak kesusahan yang keluarga kami hadapi. Dari segi ketidakadilan, kami perlu berjuang.
TMI: Apa mesej DSWA ingin bawa kepada pengundi Kajang. Anwar bertanding dengan membawa mesej Langkah Kajang, DSWA bagaimana?
DSWA: Masih sama. Mereka cuba bawa Anwar ke penjara, tetapi saya masih lagi bersama parti. Ini langkah parti, sebahagian langkah PR. Kami mahu teruskan kerana fanatik agama digunakan berleluasa.
Salah satu kekuatan kita sebagai rakyat Malaysia adalah keharmonian. Semua agama hidup bersama dengan agama Islam sebagai agama rasmi. Kita tidak jadikan Islm sebagai agama yang tidak mempunyai toleransi. Kalau hendak berdakwah dengan Islam perlu dengan kebijaksanaan, bil hikmah.
Selain itu, meningkatkan prestasi kerajaan Selangor. Kami mentadbir dengan baik, tetapi dengan Anwar dalam kerajaan sebagai Adun, berbanding beliau sebagai penasihat ekonomi, seringgit untuk seringgitlah. Itu masih akan diteruskan. Kalau saya ada dalam DUN, saya boleh membantu. Kajang akan membantu ke Putrjaya kerana kita ada model kerajaan yang bagus.
Saya juga akan bangkitkan isu setempat seperti pungutan sampah, peluang pekerjaan, terutamanya yang muda dan kesesakan trafik.
TMI: Perasaan kali kedua menggantikan Anwar?
DSWA: Kali kedua senang sikit. Kali pertama terkejut sikitlah. Memang bila Anwar jadi calon, saya datang, sebagai presiden parti, datang makan kenduri. Ada juga duda kahwin janda, ada saya makan kenduri. dan kami nak buat suatu kajian supaya kelicinan trafik akan diatasi.
TMI: Memang satu masalah kesesakan dalam bandar, tetapi sudah dua penggal, kenapa masih tidak selesai?
DSWA: Bila saya sudah ada dalam DUN, saya akan beri tekanan lebih lagi.
TMI: PR sukar untuk mendapatkan pengundi Melayu, dan ia dicerminkan dalam landskap politik nasional, bagaimana sokongan pengundi Melayu di Kajang?
DSWA: Apabila saya mula-mula pergi, memang mereka tidak begitu teruja menerima saya dan Anwar. Anwar pergi ke tazkirah di masjid, penerimaan begitu baik sekali.
Apabila jatuh hukum mereka nampak jelas. Itu satu ketidak adilan. Langkah Kajang memang tepat. Mereka melihat memang betul tergesa-gesa dan digunakan mahkamah untuk menjatuhkan Anwar untuk penamaan calon. Mahkamah bersidang dekat maghrib, petang Jumaat, dulu tarikh bulan April, dicepatkan kepada bulan Mac. Tiada peluang langsung.
TMI: Adakah situasi itu akan mengejutkan pengundi Melayu?
DSWA: Selepas itu lain penerimaannya, lain persepsinya. Mereka melihat memang Anwar sebagai mangsa.
TMI: Apabila jadi situasi begini, lihat DSWA nampak Anwar. Adakah PR cuba dapatkan undi simpati?
DSWA: Tidak. Jangan lupa masa Anwar dalam penjara, saya tiga kali jadi ahli Parlimen. Ketua pembangkang wanita pertama. Saya ke belakang bukan bermakna saya tidak layak.
TMI: Bagaimana dengan politik kekeluargaan?
DSWA: Yang menjadi masalah nepotisme apabila saya ingat anak saya tidaklah berjuta-juta dan paling kaya dalam dunia. Saya kira kalau Nurul Izzah bertanding di kawasan mudah menang yalah. Tetapi Nurul Izzah bertanding pada masa sukar 2008, lawan menteri, 2013, pun menteri.
Jadi saya bertanding di Permatang Pauh 2004. Saya hampir kalah, walaupun dengan seorang imam.
TMI: Apabila nampak Anwar digantikan dengan isteri, ada tanggapan gunakan nepotisme dan percubaan gunakan simpati orang, respons?
DSWA: Simpati itu saya rasa tidak digunakan, orang melihat. Orang bukan tidak nampak kezaliman yang berlaku. Sebab itu mereka rasa terpanggil membetulkan keadaan mahkamah. Sebagai isteri, saya juga presiden parti dan diterima anggota parti sejak penubuhan. Saya merasa jadi ketua pembangkang. Jangan lupa itu, iaitu pada 2008 sebelum Anwar bertanding.
TMI: DSWA ada menyebut ini tidak menggagalkan Langkah Kajang, tetapi pemimpin PR ada yang berkata supaya Anwar masuk ke Kabinet pentadbiran negeri Selangor, ada kemungkinan DSWA akan sertai Kabinet negeri?
DSWA: Adun sudah tentu. Tetapi pasukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan PR dan akar umbi sebagai parti akan menjadi lebih mantap.
TMI: Tidak sertai pentadbiran negeri?
DSWA: Saya kira, saya sama-sama menaiki prestasi itu yang kita mahukan sebagai langkah ke Putrajaya.
TMI: Ada berpendapat Langkah Kajang adalah untuk meredakan pertelingkahan antara Azmin Ali dan Khalid, bagaimana DSWA memainkan peranan?
DSWA: Saya tak tahu. Saya sering dilihat dengan pendekatan yang lembut, rekonsiliasi, bukan dengan Umno. Saya ada watak keibuan, saya rasa keluarga ada pertelingkahan, tetapi kami satu keluarga.
Berdasarkan wawancara ini, adakah pembaca tahu apa sebabnya Wan Azizah tetap mehu pertahankan kerusi Anwar itu?  Jangan jadi seperti penyokong PKR, hanya tahu membangkang, membantah dan mahu menegakkan benang yang basah, pastikan anda semua tahu hal dibawah ini:
ANWAR TETAP MAHU PEGANG JAWATAN PRESIDEN PKR
Walaupun terpaksa menarik diri daripada menjadi calon Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, ekoran keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu, namun Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mahu memegang jawatan Presiden PKR pada pemilihan parti Mei tahun ini.
Selanjutnya di AIDC
Lagi sumber yang mengatakan bahawa mereka NEPOTISME...








Dari Permatang Pauh ke Kajang, Masa @DrWanAzizah Hanya Untuk Anwar Bukan Rakyat! #PRKKajang
Tujuan Anwar Ibrahim meletakkan Wan Azizah adalah untuk meraih simpati politik pengundi Kajang dan perkara ini diakui oleh blogger pembangkang sendiri.
Seperti dalam dua artikel sebelum ini, saya tekankan Wan Azizah bukan orang politik, dia sekadar seorang isteri yang sanggup melakukan apa sahaja demi Anwar Ibrahim. Sejarahnya jelas, Wan Azizah dikatakan berkahwin dengan Anwar Ibrahim tanpa restu keluarga.
Pernikahan Wan Azizah dengan Anwar Ibrahim tidak direstui keluarga kerana bapa Wan Azizah, Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmood tidak perkenan dengan sikap radikal Anwar Ibrahim yang terlibat dengan demontrasi pelajar.
Apabila lamaran Anwar Ibrahim ditolak, dengan bantuan seorang ustaz Wan Azizah dibawa ke Permatang Pauh untuk dinikahkan dengan Anwar Ibrahim menggunakan wali hakim.
Kak Wan sanggup engkar bapa sendiri demi Anwar Ibrahim!
Penglibatan Wan Azizah dalam politik disebabkan desakan keadaan ketika Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dipenjarakan atas salah laku rasuah dengan menubuhkan ADIL pada 4 April 1999.
Sambung baca lagi di Double-Y
 
Wan Azizah Terus Dijadikan “Bahan Pengawet” Kerjaya Politik Anwar Ibrahim 
Apa yang pasti PKR akan menggunakan strategi undi simpati, dan deraian serta air mata yang berbondong-bondong milik Wan Azizah bakal menghiasi siri ceramah dalam kempennya bermula malam ini. Bijaknya Anwar, dia terus meletakkan dirinya di gelanggang publisiti agar menjadi perhatian dunia, dan pencalonan Wan Azizah tidak ubah seperti alat dan perkakas publisiti untuk Anwar Ibrahim.
Persoalannya, sejauh mana PKR, sebuah parti politik yang berbangga dengan slogan “demi rakyat”, boleh difikirkan rasional meletakkan Wan Azizah sebagai calon dan bakal mewakili 39,279 pengundi DUN Kajang sekiranya menang kelak?
Apakah Wan Azizah mampu memberikan khidmat kepada rakyat atas kapasitinya rela berkhidmat, atau sekadar sekali lagi menjadi proksi, atau “mayat hidup” kepada survival politik Anwar Ibrahim? 
Selanjutnya di MYKMU 



















Tuesday, March 11, 2014

#PRKKajang: @chewmeifun VS @drwanazizah .. MANA SATU PILIHAN KALBU? #PilihMeiFun

CALON BN DUN N25 KAJANG
IKON WANITA MCA
CALON PKR
PENGGANTI SUAMI (PARTI ANAK BERANAK)
IKON ISTERI 'TAAT'?

GELANGGANG PRK KAJANG: PERTEMUAN ANTARA DUA IKON


Sumber: Rakyat News

OPSS!! I'm Sorry!! :P
Kajang akan memperlihatkan pertembungan antara dua wanita apabila Datin paduka Chew Mei Fun dari Barisan Nasional (BN) bertanding menentang Datin Seri Wan Azizah Ismail meggantikan suaminya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Azizah yang juga Presiden PKR dicalonkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang berikutan Anwar bakal menghadapi hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan.
Anwar yang merancang untuk bertanding di Kajang terpaksa melepaskan hajatnya itu ekoran Mahkamah Rayuan telah menolak keputusan Mahkamah Tinggi 2012 diatas pertuduhan liwat II beliau.
Ianya sekaligus menutup dakwaan kemungkinan peralihan kuasa Menteri Besar Selangor kepada Anwar sekiranya PRK Kajang berpihak kepada PKR.
Menurur Wan Azizah, tugasnya kini adalah untuk menyambung legasi suaminya ekoran telah dicalonkan untuk bertanding di Kajang.
Beliau kemudiannya enggan mengulas dakwaan mengatakan akan menggantikan tempat untuk Anwar sementara Ketua Pembangkang itu berada di penjara sepertimana dilakukan beliau di kerusi Parlimen Permatang Pauh dahulu.
"Mereka boleh kata apa yang mereka mahu tetapi apa yang penting nama saya telah dicalonkan kerana saya presiden dan saya harus bertanggungjawab," kata Azizah.
Pencalonan Anwar di Kajang tidak mengejutkan kerana namanya antara terkuat dalam senarai 12 calon untuk menggantikan Ketua Umum PKR itu mengatasi anaknya, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.




Sunday, March 9, 2014

#PRKKajang: KEJUTAN YANG TAK BERAPA TERKEJUT!! MULA-MULA KATA @n_izzah GANTI ANWAR DI #Kajang, RUPANYA WAN AZIZAH!!


Seperti yang dijangka, setelah Mahkamah Rayuan mengumumkan keputusan Kes Liwat II semalam, Pasti isteri atau anak kesayangan Anwar Ibrahim akan menjadi penggantinya sebagai calon ADUN di Pilihanraya Kecil DUN N25 Kajang.

Setelah Anwar didapati bersalah... Maka, karier politiknya juga akan berakhir. Kini usia Anwar 66 tahun, dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun. Jika dicongak, selepas ditolak cuti umum dan etc, sekurang-kuragnya Anwar akan meringkuk didalam penjara paling kurang 3 tahun setengah. Sekurangnya pada umur 70 tahun baru Anwar akan bebas.

Anwar tidak bodoh. Jika kerusi Anwar sebagai ADUN Kajang ditandingi oleh waris terdekatnya, nanti bila Anwar dibebaskan, dia masih boleh berkuasa dan bersuara sekaligus mendapat tempat percuma sebagai pengganti isterinya sebagai ADUN.


Portal FMT melaporkan bahawa:-

Izzah ganti Anwar di Kajang? - FMT 
Adakah Kajang akan menyaksikan Nurul Izzah bertanding dalam pilihan raya kecil yang bakal berlaku tidak lama lagi bagi menggantikan Anwar Ibrahim yang sedang berdepan dengan kes rayuan pendakwaannya?
Dengan kes mahkamah yang sedang berlangsung ketika ini, mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah yang akan berlaku sekiranya mahkamah memilih untuk menerima permohonan rayuan yang dipanjangkan oleh pihak kerajaan terhadap keputusan mahkamah yang membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat sebelum ini.
Apa pula nasibnya dengan Kajang Move yang dicetuskan oleh minda paling hebat dalam PKR, Rafizi Ramli?
Adakah mungkin Rafizi terlupa untuk mengambil kira semua ini sebelum dia membuat keputusan untuk mengheret penduduk Kajang ke dalam permainan politik yang sudah nyata sekarang hanyalah untuk merealisasikan agenda politik peribadi Anwar Ibrahim.
Strategi yang kononnya hebat ini sekarang hanya jadi bahan lawak umum.
Kasihan Rafizi yang bertungkus-lumus berpencak menangkis pelbagai cakap-cakap yang rata-rata cuba untuk ‘menjatuhkan’ Anwar, dari dalam dan juga luar partinya sendiri.
Namun semakin banyak yang keluar dari mulut Rafizi, semakin mengarut bunyinya.
Jika hendak dibandingkan dengan Rafizi, saat ini Khalid Ibrahim nampaknya lebih bijak mengatur strategi dan lebih baik dalam cara melaksanakannya.
Walau bagaimanapun, apa yang pasti adalah sekiranya mahkamah memilih untuk menerima rayuan pihak kerajaan terhadap keputusan yang dibuat sebelum ini, satu Malaysia akan bergegar dengan teriakan penyokong-penyokong pro-Pakatan yang melaungkan ketidakadilan terhadap Ketua Umum PKR kesayangan ramai ini.
Calon ganti
Di sebalik semua ini, terdapat bisik-bisik dari dalam PKR sendiri bahawa mereka sedang bersedia menghadapi kemungkinan Anwar tidak dapat bertanding di dalam pilihan raya kecil Kajang.
Dengan yang demikian mereka telah menyenaraikan nama-nama individu yang pada mereka layak untuk menggantikan Anwar sebagai calon.
Antara nama yang disebut adalah tidak lain dan tidak bukan, Rafizi. Bagaimana dan mengapa Rafizi harus tersenarai serta dianggap sebagai calon yang sesuai, hanya orang-orang dalam PKR yang mampu menjawabnya.
Hanya mereka yang tahu mengapa mereka mahu meletakkan nasib penduduk Kajang di tangan individu seperti Rafizi yang nyata begitu ‘komited’ dengan tugasnya sebagai pencerna strategi untuk PKR.
Jangan nanti penduduk Kajang hanya dapat melihat batang hidung wakil rakyat mereka melalui berita-berita pendedahan (expose) di dalam media.
Satu lagi nama yang dicadangkan adalah Saifuddin Nasution. Apa yang boleh dikatakan mengenai Saifuddin selain daripada sebagai mantan Pengarah Strategi PKR, apa ‘strategi’ hebat yang telah dicetuskan olehnya?
Apa yang mungkin langkah paling bijak dibuat oleh PKR selepas PRU13 lalu, dengan mengambil kira kebarangkalian Anwar tidak dapat meneruskan cita-citanya ke Putrajaya melalui Kajang, adalah dengan melupakan dua nama yang terdahulu dan memilih nama ketiga yang dicadangkan. Nurul Izzah Anwar.
Hanya dengan Nurul Izzah menggantikan Anwar (sekiranya Anwar tidak dapat bertanding), PKR punya peluang untuk menebus kesilapan yang mereka lakukan kerana mempergunakan pengundi-pengundi di Kajang sebagai alat untuk kepentingan politik individu Ketua Umum parti itu.
Sekiranya Rafizi atau Saifuddin yang mereka pertimbangkan untuk menggantikan Anwar sebagai calon maka ucaplah selamat tinggal kepada PKR.
Siapa yang mahu meletakkan kepercayaan pada individu yang tuturnya seperti lalang dan langkahnya banyak yang sumbang?

Tiba-tiba pulak family mereka ni buat 'suprise', dengan mengumumkan bahawa Isteri Anwar Ibrahim (Isteri Paling Taat Di Dunia) sebagai pengganti Anwar sebagai Calon PKR DUN Kajang.

Wan Azizah ganti Anwar bertanding PRK Kajang - The Malaysian Insider 


 

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi menggantikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, kali ini dengan menggantikan ketua pembangkang itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Wan Azizah diumumkan sebagai calon di Bilik Gerakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang di Batu 12 hari ini yang diumumkan sendiri oleh Anwar.
Anwar terlucut kelayakan untuk bertanding di kerusi yang dikosongkan penyandang daripada PKR iaitu Lee Chin Cheh selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Wan Azizah akan berdepan dengan calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Datuk Zaid Ibrahim bagi kerusi berkenaan.
Lee memenangi kerusi DUN Kajang pada Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) dengan majoriti 6,824 undi, menewaskan calon BN Lee Ban Seng dan beberapa calon bebas dalam pertandingan enam penjuru.‎
"Badan kehakiman diperalatkan Umno untuk menghalang saya sebagai calon.
"Dengan ini saya umumkan Wan Azizah sebagai calon PRK DUN Kajang," kata Anwar.
Anwar turut berkata, beliau akan berkempen seperti biasa bagi membantu isterinya itu.
Keputusan berkenaan turut diterima sebulat suara rakan komponen PR daripada PAS dan DAP serta memberi komitmen untuk membantu kemenangan Wan Azizah di Kajang.
"Saya mewakili rakyat biasa melihat ketidakadilan ini. Kita tidak boleh ditindas, terus ditindas.
"Jangan undur, kita teruskan perjuangan. Sebagai Presiden PKR, saya ambil tanggungjawab ini," kata Wan Azizah pada sidang media itu.
Dengan pengumuman itu, Wan Azizah sekali lagi membantu karier politik Anwar selepas beliau bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 1999 ketika Anwar dipenjarakan atas kesalahan salah guna kuasa.
Wan Azizah bertanding atas tiket Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau memenangi kerusi berkenaan selama dua penggal iaitu pada pilihan raya 2004 dan 2008.
Pada September 2008, beliau meletakkan jawatan bagi membolehkan Anwar menyertai semula arena politik sebagai wakil Parlimen.
KENAPA ANWAR TAK LANTIK CALON PKR LAIN SELAIN ANAK BERANAKNYA?


Kenapa dia tak gantikan dengan calon PKR lain? Contohnya seperti Rafizi Ramli dan lain-lain. Ini adalah kerana Anwar sudah faham dan siap sedia bahawa yang lain bakal 'SAILANG' dia nanti. Setuju? Sekarang disaat campurtangan Anwar ke dalam lembah konflik dalaman PKR Selangor pun proksi sekelilingnya sudah tarik muka.

Disaat Wan Azizah yang kini punyai banyak masa lapak semasa Anwar di Penjara, Maka Anwar lepaskan tanggungjawab tersebut terhadapnya. Anwar berharap isteri kesayangannya itu dapat fokus dua tempat sekaligus, iaitu di DUN Kajang dan Parlimen Permatang Pauh.

Thursday, February 27, 2014

#PRKKajang: CHEW MEI FUN MERUPAKAN 'KILLER' YANG DIGERUNI ANWAR?


“Kalau kerbau kita pegang talinya, kalau manusia kita pegang janjinya”. Itu insiden yang terjadi pada 8 April 2010 setelah dengan tidak berdolak-dalik lagi, Datin Paduka Chew Mei Fun meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan.

Waktu itu bukan ‘kecil anak’ jawatan yang disandangnya. Jawatan Ketua Wanita MCA, Pengerusi Wanita MCA Selangor dan Pengerusi Skuad Bantuan Bencana (CRSM) dilepaskan. Bukan itu sahaja tetapi berserta sekali jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta senator.

Semua ini atas sebab prinsip. Iaitu enggan bekerjasama dengan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang terpilih sebagai Presiden MCA pada 28 Mac tahun yang sama, meskipun terbukti telah terlibat dalam satu skandal.

Meskipun Soi Lek sebelum itu menawarkan Mei Fun untuk menduduki Majlis Presiden, dia tetap berpegang pada prinsipnya. Tindakan Mei Fun itu wajar dipelajari kerana di situlah letaknya natijah demokrasi yang sebenarnya.


Dan tiga tahun selepas tidak mempunyai sebarang jawatan, mungkin kerana ditakdirkan atas integriti yang ada pada beliau, Mei Fun kembali bangkit dalam MCA setelah terpilih sebagai Naib Presiden pada penghujung tahun lalu.

Baru-baru ini, beliau dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac ini.

Kalau diamati dari segi integriti, prinsip ini barangkali tidak ada pada diri Anwar. Kita tentu tidak akan sesekali lupa bagaimana Anwar sekitar 2011 dengan selamba berbohong bukan saja kepada rakyat di negara ini, malah kepada seluruh penduduk dunia apabila mendakwa akan berlakunya peralihan kuasa kerana lebih 30 ahli parlimen BN akan melompat menyokong pakatan pembangkang.

Kredibiliti dan maruah Penasihat PKR itu sebenarnya sudah tercalar sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen. Sedangkan sebelum itu, bukan main lagi tidak mahu mengiktiraf keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Kononnya ada blackout, penipuan undi termasuklah isu 40,000 warga asing yang didakwa digunakan untuk mengundi.

Pembohongan dalam dakwaan isu 40,000 warga asing yang dibawa masuk menjelang pengundian itu begitu serius. Tetapi seperti mana sebelum ini, dakwaan terbaharu itu dinafikan Anwar walaupun dakwaan sama disiarkan dalam portal berita antarabangsa, antaranya Straits Times Singapore, Wall Street Journal, China Post, The Economist dan Korean Press.



Terlalu banyak pembohongan demi pembohongan yang dilakukan olehnya dalam usaha untuk mempengaruhi rakyat membenci UMNO dan kerajaan. Anwar berbohong dan melempar tuduhan liar untuk membangkitkan rasa amarah, sekali gus menghasut rakyat bertindak mengadakan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan.

Dan barangkali sudah tiba masanya bagi Malaysia mengamalkan ‘politik ilmu bukannya politik ampu, politik hikmah bukan politik fitnah dan politik bakti bukan politik undi’.

Hakikatnya, integriti adalah fenomena abstrak dan subjektif yang lazimnya digandingkan dengan persepsi manusia terhadap kredibiliti, ketulusan, keikhlasan, kejujuran, etika, prinsip moral, hati budi, perilaku dan tahap dedikasi serta komitmen manusia lain. Ini terutamanya bagi mereka yang berjawatan seperti para menteri serta ahli Parlimen.

Watak yang dimainkan oleh ahli politik, apatah lagi bakal-bakal calon pilihan raya kecil DUN Kajang nanti termasuklah butir bicaranya juga dinilai dari sudut keintegritiannya. Sekiranya yang diomong dan diceramahkan itu tidak dilaksanakan, pada waktu itulah integritinya terhilang. Apatah lagi jika bicaranya itu sering kali mencela dan mencaci, pada waktu itu jugalah, integritinya semakin pudar dan lenyap. Inilah yang disebut oleh Syed Hussein al-Atas dalam Intelektual Masyarakat Membangun sebagai ‘bebalisme’ yang mana cirinya yang menonjol adalah kehilangan pekerti.

Di sebalik wajah integriti yang bertaut pada Mei Fun, apakah akan ada kejutan pada 23 Mac ini di Kajang? Adakah kira-kira 42 peratus pengundi Cina di Kajang akan memberi peluang kepada Mei Fun atau setidak-tidaknya untuk ruang kepada MCA sendiri tampil dengan tekad baharu memberi sumbangan kepada kaum Cina.

Jika diambil kira rekod MCA dengan parti saingannya, DAP dalam sejarah pilihan raya memang tidak kurang hebatnya. MCA juga boleh belajar daripada sejarah politik parti itu sendiri dalam 11 pertembungan dengan DAP bagi merebut kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum yang diadakan sejak 1969.

Pada 1969, MCA seri dengan DAP apabila kedua-dua parti itu masing-masing memenangi 13 kerusi. Namun pada pilihan raya 1974 MCA bangkit dengan (19-9),1978 (17-16) dan 1982 (24 -9). MCA kemudiannya tewas kepada DAP, dua kali berturut-turut pada 1986 (17-24) dan 1990 (18-20). Tetapi MCA kembali bangkit pada 1995 (30-9), 1999 (28-10) dan 2004 (31-12 ). MCA kembali kalah pada 2008 (15-28) dan yang terbaharu 2013 (7 -38). Ini bermakna MCA berjaya menewaskan DAP 7 kali, tewas 4 kali dan seri sekali dalam 11 pertembungan mereka.

Secara keseluruhannya MCA berjaya menang 219 kerusi berbanding DAP hanya 189 dalam pertembungan 44 tahun mereka sejak 1969.

Mei Fun boleh mengambil suntikan semangat ini untuk berdepan dengan PKR di Kajang.

Calon bukan pilihan atau ‘underdog’ pasti akan muncul dalam setiap pilihan raya termasuk dalam saingan pilihan raya kecil seperti Kajang. Sejarah pilihan raya di negara ini menyaksikan ramai calon ‘heavyweight’ yang tumbang. Apa yang membezakan calon-calon bukan pilihan ini adalah kemampuan dan keterampilan mereka untuk menggugat calon pilihan dan menjadi calon ‘Giant Killer‘.

Mei Fun tampil dengan rekod integriti dan reputasi yang baik. Cuma, mampukah beliau mencipta kejutan sebagai si Giant Killer - dalam keadaan politik semasa di mana sesetengah pengundi sudah mempunyai pendirian masing-masing parti atau calon mana yang mahu diundi? - Source

Thursday, February 20, 2014

#PRKKajang: KENAPA PERLU LETAK CALON MELAYU? INI SEBABNYA!!


PRK Kajang merupakan satu pilihanraya kecil yang mungkin paling sinikal dalam sejarah politik Malaysia, berlaku hanya kerana mahu menyelesaikan kemelut dalaman PKR. Tapi dari sudut berbeza ini adalah medan persepsi untuk menampakkan sosok Anwar Ibrahim SEMAKIN HAMPIR menakluk Putrajaya. Kajang adalah sebuah daerah yang berjiran dengan Putrajaya.

Ini bukan analisis rasis tapi untuk menyedarkan pihak yang berkaitan tentang terdapatnya sentimen rasisme yang harus diambil kira dalam menentukan calon paling layak untuk menentang Anwar Ibrahim di PRK N25 Kajang pada 23 Mac nanti. Terdapat info yang mengatakan DS Najib Razak akan meneruskan kouta tradisi kepada MCA jika BN bertanding di PRK Kajang. ADAKAH ITU KEPUTUSAN TERBAIK??

Presiden MCA yang baru dilantik, DS Liow Tiong Lai mungkin akan mempertahankan MCA untuk meletakkan calon mereka bagi membuktikan kaum Cina sudah mula kembali kepada BN di bawah kepimpinannya. Dari satu info sahih Tiong Lai cuma mampu menjanjikan kenaikan undi Cina kepada BN dalam PRK Kajang dalam kadar 30%, berbanding 15% undi Cina yang BN perolehi dalam PRU13. Dapatkah kenaikan 15% undi Cina merubah keputusan PRK Kajang, 30% dari 40% (pengundi Cina keseluruhan) itu cuma dalam kadar 14% undi Cina keseluruhan untuk BN. Seperkara lagi, DAPATKAH KITA MEMPERCAYAI JANJI MCA??

PENGUNDI MELAYU

Seperti di peringkat nasional dalam PRU13 lalu UMNO telah membuktikan peningkatan undi Melayu kepada BN, termasuk juga di Kajang jika diperhatikan pada statistik jumlah undi di peti-peti undi majoriti Melayu di seluruh Kajang.


Dapatkah MCA mengakui hakikat ini.... akur dan mengalah sesekali, dan membuktikan kesungguhan mereka dengan memberi bantuan kempen yang padu kepada calon Melayu dari UMNO dalam PRK Kajang kali ini.

Anwar Ibrahim telah menggerakkan langkah awal di kawasan-kawasan peti undi Melayu walaupun tempoh kempen yang sah belum lagi bermula. Seperti biasa wayang 'plain-folks' akan ditayangkan bagi mempertontonkan kezuhudan peribadi. Nawaitu tersirat adalah kebimbangan Anwar terhadap pengundi Melayu yang mungkin akan menjejaskan jumlah majoriti, sekaligus menempelak kredibilitinya selaku pemimpin nomero uno dalam Pakatan Rakyat.

Dua minggu di Kajang sebelum tarikh kempen rasmi (penamaan calon)
kenapa cuma berlegar di kawasan PDM Melayu??
Anwar sedar jumlah peratusan keluar mengundi dalam PRK akan berkurangan berbanding jumlah pengundi PRU13 lalu, namun persepsi tetap dilihat kepada jumlah majoriti bukan peratusan majoriti. Kerana itulah Anwar terpaksa turun dan 'bersandiwara' habis-habisan di sekitar kawasan Melayu di DUN Kajang bagi memastikan jumlah undi dan majoriti yang akan dimenanginya lebih banyak dari jumlah majoriti calon PKR dalam PRU13 lalu.SATU-SATUNYA PENGHARAPAN ANWAR SEKARANG ADALAH UNDI MELAYU!

BN tidak perlu mensasarkan kemenangan di PRK Kajang, kerajaan negeri tidak akan berubah meskipun berjaya merampas DUN Kajang. Cukuplah BN memasuki gelanggang dengan harapan untuk mengurangkan majoriti yang dimenangi oleh PKR pada PRU13 lalu... ITU SUDAH CUKUP UNTUK DIISYTIHARKAN SEBAGAI SEBUAH KEMENANGAN. Kemenangan adalah bonus, tapi pengurangan majoriti sudah cukup untuk memijak-mijak maruah seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim!

MERAIH UNDI MELAYU


Di era BN masih kukuh pada PRU tahun 1999, calon PAS, Dr Syafie Abu Bakar memenangi majoriti kecil 37 undi mengalahkan calon MCA dari BN. PRU13 lalu calon PKR, Lee Chin Cheh menewaskan calon BN, Lee Ban Seng dengan majoriti 6,824 undi... BN cuma memperolehi 15% undi kaum Cina. DAPATKAH KITA MENGHARAP MAGIS DARI MCA BILA MENENTANG ANWAR IBRAHIM (baca:calon Melayu dari PKR)??

Satu-satunya jalan keluar dari enigma ini adalah meletakkan CALON MELAYU UMNO sebagai calon BN dalam PRK Kajang...itu saja jalan terbaik untuk menghukum Anwar Ibrahim dan PKR. Personaliti calon pula harus diteliti sehabis baik dengan meletakkan seorang pemimpin MUDA, ANAK TEMPATAN, PROFESIONAL ataupun dari kalangan AGAMAWAN. Kriteria-kriteria itu sudah cukup untuk menjunamkan Anwar Ibrahim walaupun bertanding sebagai underdog. Ramai pemimpin muda UMNO tempatan yang pastinya boleh dijulang!

Ura-ura mengatakan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Berjasa akan turut meletakkan calon mereka, BN mungkin boleh meletakkan proksi calon Cina sebagai calon bebas jika mahu memecahkan undi Cina. Ini kerana jika BN meletakkan calon Cina MCA sudah pasti lebih ramai calon Melayu akan bertanding atas tiket bebas dan akan mengecilkan margin undi Melayu kepada BN, ketika undi Cina kepada BN yang masih boleh dianggap sebagai 'misi mustahil'.

Kesimpulan di sini untuk dipertimbangkan secara serius oleh DS Najib Razak, BN cuma akan bertanding sebagai pelengkap syarat jika meletakkan calon MCA.

Jika BN mahukan sebutir peluru perak untuk menembak mati segala arogan Anwar Ibrahim, calon MELAYU, MUDA, ANAK TEMPATAN, PROFESIONAL/AGAMAWAN adalah keputusan yang tidak akan pernah disesali!! - #BN4Kajang

Thursday, February 13, 2014

#PRKKajang: KETUA WANITA PKR DECLARE AKAN SABOTAJ ANWAR, HOW ABOUT PAS?


Zuraida Mak Lampir mensabotaj Anwar di PRK Kajang?

"KALAU saya merupakan pengundi Kajang, saya akan merosakan kertas undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang." - Zuraidah Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang, Ketua Wanita PKR)
Kenapa? Ini pasti Zuraida sudah sedar akan kemudaratan PRK yang bakal diadakan ini. 

Apa yang memudaratkan itu? baca dibawah:

KALAU saya merupakan pengundi Kajang, saya akan merosakan kertas undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Ini sebagai tindak balas terhadap kenyataan Zuraida Kamaruddin dari sayap wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kononnya mahu membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh lebih 10,000 undi majoriti.
Lee Chin Cheh yang bertanding sebagai muka baharu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah memperoleh 19,571 undi dalam pertarungan enam penjuru, mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Lee Ban Seng dengan majoriti 6,824 undi.
Zuraida bagaimanapun berkata Anwar ialah pemimpin nombor satu dan menetapkan sasaran supaya undi majoritinya mencecah 10, 000.
Pandangannya adalah silap. Jangan lupa PRK Kajang adalah sesuatu yang disengajakan, ia menyusahkan rakyat demi menyelesaikan masalah parti.
Kajang merupakan kawasan campuran dengan hampir 40,000 pengundi di mana 48.5 peratus ialah Melayu, Cina (40.44 peratus), India (10.15 peratus) dan lain-lain (0.91 peratus).
Angin pembangkang bertiup kencang pada tahun lalu, kejayaan PKR mengekalkan kerusi ini bukan sesuatu di luar jangkaan.
Namun dalam PRK Kajang, walaupun Anwar nampak berada dalam kedudukan baik, tetapi beliau mungkin mengalami penurunan undi majoriti.
Andaikan Anwar mendapat sokongan Cina tetapi Melayu tidak menyokong, beliau tetap akan kecundang.
Walaupun PKR menang, tetapi tetap 'tiada muka' jika undi majoriti menurun. PRK Kajang turut menjejaskan hubungannya dengan rakan pakatan.
Jika Sultan Selangor tidak berkenan Anwar menjadi Menteri Besar, maka segala yang dilakukan menjadi sia-sia.
Dalam PRU-13, sebanyak 88.4 peratus pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab manakala undi rosak ialah 541 keping. Lazimnya, peratus keluar mengundi akan menurun semasa pilihan raya kecil.
Jika saya ingin menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi tetapi tidak dapat membuat pilihan antara Anwar dan MCA, maka saya akan membuang undi rosak. Jumlah undi rosak yang tinggi mungkin memberi amaran kepada calon.
Gabungan Bersih sendiri telah mempertikaikan PRK Kajang dan berpendapat Anwar harus memberi penjelasan kepada rakyat.
Kem Anwar tidak boleh terlalu angkuh dan keluarkan kenyataan untuk menang lebih 10,000 undi majoriti. Jentera mereka dari awal lagi sudah silap tafsir terhadap keadaan semasa.
Jika Zuraida tidak jelas dengan apa yang sedang berlaku, sila melayari laman web dan membaca pesanan yang ditinggalkan penyokong pembangkang.
Pesanan kepada calon bebas pula, tolonglah jangan datang mengacau. Empat calon bebas di Kajang telah kehilangan deposit dalam PRU-13, keadaan sama akan berlaku dalam pilihan raya kecil - MalaysiaGazette
Walau bagaimanapun, Sayap Wanita PKR Dah sedar, bagaimana pula dengan PAS? 

P/S: Tonton video dibawah sebagai tatapan puak PAS!!

MY SLIDESHARE UPLOAD