Sunday, March 9, 2014

#PRKKajang: KEJUTAN YANG TAK BERAPA TERKEJUT!! MULA-MULA KATA @n_izzah GANTI ANWAR DI #Kajang, RUPANYA WAN AZIZAH!!


Seperti yang dijangka, setelah Mahkamah Rayuan mengumumkan keputusan Kes Liwat II semalam, Pasti isteri atau anak kesayangan Anwar Ibrahim akan menjadi penggantinya sebagai calon ADUN di Pilihanraya Kecil DUN N25 Kajang.

Setelah Anwar didapati bersalah... Maka, karier politiknya juga akan berakhir. Kini usia Anwar 66 tahun, dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun. Jika dicongak, selepas ditolak cuti umum dan etc, sekurang-kuragnya Anwar akan meringkuk didalam penjara paling kurang 3 tahun setengah. Sekurangnya pada umur 70 tahun baru Anwar akan bebas.

Anwar tidak bodoh. Jika kerusi Anwar sebagai ADUN Kajang ditandingi oleh waris terdekatnya, nanti bila Anwar dibebaskan, dia masih boleh berkuasa dan bersuara sekaligus mendapat tempat percuma sebagai pengganti isterinya sebagai ADUN.


Portal FMT melaporkan bahawa:-

Izzah ganti Anwar di Kajang? - FMT 
Adakah Kajang akan menyaksikan Nurul Izzah bertanding dalam pilihan raya kecil yang bakal berlaku tidak lama lagi bagi menggantikan Anwar Ibrahim yang sedang berdepan dengan kes rayuan pendakwaannya?
Dengan kes mahkamah yang sedang berlangsung ketika ini, mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah yang akan berlaku sekiranya mahkamah memilih untuk menerima permohonan rayuan yang dipanjangkan oleh pihak kerajaan terhadap keputusan mahkamah yang membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat sebelum ini.
Apa pula nasibnya dengan Kajang Move yang dicetuskan oleh minda paling hebat dalam PKR, Rafizi Ramli?
Adakah mungkin Rafizi terlupa untuk mengambil kira semua ini sebelum dia membuat keputusan untuk mengheret penduduk Kajang ke dalam permainan politik yang sudah nyata sekarang hanyalah untuk merealisasikan agenda politik peribadi Anwar Ibrahim.
Strategi yang kononnya hebat ini sekarang hanya jadi bahan lawak umum.
Kasihan Rafizi yang bertungkus-lumus berpencak menangkis pelbagai cakap-cakap yang rata-rata cuba untuk ‘menjatuhkan’ Anwar, dari dalam dan juga luar partinya sendiri.
Namun semakin banyak yang keluar dari mulut Rafizi, semakin mengarut bunyinya.
Jika hendak dibandingkan dengan Rafizi, saat ini Khalid Ibrahim nampaknya lebih bijak mengatur strategi dan lebih baik dalam cara melaksanakannya.
Walau bagaimanapun, apa yang pasti adalah sekiranya mahkamah memilih untuk menerima rayuan pihak kerajaan terhadap keputusan yang dibuat sebelum ini, satu Malaysia akan bergegar dengan teriakan penyokong-penyokong pro-Pakatan yang melaungkan ketidakadilan terhadap Ketua Umum PKR kesayangan ramai ini.
Calon ganti
Di sebalik semua ini, terdapat bisik-bisik dari dalam PKR sendiri bahawa mereka sedang bersedia menghadapi kemungkinan Anwar tidak dapat bertanding di dalam pilihan raya kecil Kajang.
Dengan yang demikian mereka telah menyenaraikan nama-nama individu yang pada mereka layak untuk menggantikan Anwar sebagai calon.
Antara nama yang disebut adalah tidak lain dan tidak bukan, Rafizi. Bagaimana dan mengapa Rafizi harus tersenarai serta dianggap sebagai calon yang sesuai, hanya orang-orang dalam PKR yang mampu menjawabnya.
Hanya mereka yang tahu mengapa mereka mahu meletakkan nasib penduduk Kajang di tangan individu seperti Rafizi yang nyata begitu ‘komited’ dengan tugasnya sebagai pencerna strategi untuk PKR.
Jangan nanti penduduk Kajang hanya dapat melihat batang hidung wakil rakyat mereka melalui berita-berita pendedahan (expose) di dalam media.
Satu lagi nama yang dicadangkan adalah Saifuddin Nasution. Apa yang boleh dikatakan mengenai Saifuddin selain daripada sebagai mantan Pengarah Strategi PKR, apa ‘strategi’ hebat yang telah dicetuskan olehnya?
Apa yang mungkin langkah paling bijak dibuat oleh PKR selepas PRU13 lalu, dengan mengambil kira kebarangkalian Anwar tidak dapat meneruskan cita-citanya ke Putrajaya melalui Kajang, adalah dengan melupakan dua nama yang terdahulu dan memilih nama ketiga yang dicadangkan. Nurul Izzah Anwar.
Hanya dengan Nurul Izzah menggantikan Anwar (sekiranya Anwar tidak dapat bertanding), PKR punya peluang untuk menebus kesilapan yang mereka lakukan kerana mempergunakan pengundi-pengundi di Kajang sebagai alat untuk kepentingan politik individu Ketua Umum parti itu.
Sekiranya Rafizi atau Saifuddin yang mereka pertimbangkan untuk menggantikan Anwar sebagai calon maka ucaplah selamat tinggal kepada PKR.
Siapa yang mahu meletakkan kepercayaan pada individu yang tuturnya seperti lalang dan langkahnya banyak yang sumbang?

Tiba-tiba pulak family mereka ni buat 'suprise', dengan mengumumkan bahawa Isteri Anwar Ibrahim (Isteri Paling Taat Di Dunia) sebagai pengganti Anwar sebagai Calon PKR DUN Kajang.

Wan Azizah ganti Anwar bertanding PRK Kajang - The Malaysian Insider 


 

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi menggantikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, kali ini dengan menggantikan ketua pembangkang itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Wan Azizah diumumkan sebagai calon di Bilik Gerakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang di Batu 12 hari ini yang diumumkan sendiri oleh Anwar.
Anwar terlucut kelayakan untuk bertanding di kerusi yang dikosongkan penyandang daripada PKR iaitu Lee Chin Cheh selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Wan Azizah akan berdepan dengan calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Datuk Zaid Ibrahim bagi kerusi berkenaan.
Lee memenangi kerusi DUN Kajang pada Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) dengan majoriti 6,824 undi, menewaskan calon BN Lee Ban Seng dan beberapa calon bebas dalam pertandingan enam penjuru.‎
"Badan kehakiman diperalatkan Umno untuk menghalang saya sebagai calon.
"Dengan ini saya umumkan Wan Azizah sebagai calon PRK DUN Kajang," kata Anwar.
Anwar turut berkata, beliau akan berkempen seperti biasa bagi membantu isterinya itu.
Keputusan berkenaan turut diterima sebulat suara rakan komponen PR daripada PAS dan DAP serta memberi komitmen untuk membantu kemenangan Wan Azizah di Kajang.
"Saya mewakili rakyat biasa melihat ketidakadilan ini. Kita tidak boleh ditindas, terus ditindas.
"Jangan undur, kita teruskan perjuangan. Sebagai Presiden PKR, saya ambil tanggungjawab ini," kata Wan Azizah pada sidang media itu.
Dengan pengumuman itu, Wan Azizah sekali lagi membantu karier politik Anwar selepas beliau bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 1999 ketika Anwar dipenjarakan atas kesalahan salah guna kuasa.
Wan Azizah bertanding atas tiket Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau memenangi kerusi berkenaan selama dua penggal iaitu pada pilihan raya 2004 dan 2008.
Pada September 2008, beliau meletakkan jawatan bagi membolehkan Anwar menyertai semula arena politik sebagai wakil Parlimen.
KENAPA ANWAR TAK LANTIK CALON PKR LAIN SELAIN ANAK BERANAKNYA?


Kenapa dia tak gantikan dengan calon PKR lain? Contohnya seperti Rafizi Ramli dan lain-lain. Ini adalah kerana Anwar sudah faham dan siap sedia bahawa yang lain bakal 'SAILANG' dia nanti. Setuju? Sekarang disaat campurtangan Anwar ke dalam lembah konflik dalaman PKR Selangor pun proksi sekelilingnya sudah tarik muka.

Disaat Wan Azizah yang kini punyai banyak masa lapak semasa Anwar di Penjara, Maka Anwar lepaskan tanggungjawab tersebut terhadapnya. Anwar berharap isteri kesayangannya itu dapat fokus dua tempat sekaligus, iaitu di DUN Kajang dan Parlimen Permatang Pauh.

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive