Friday, February 21, 2014

#PRKKajang: KENALI SIAPAKAH CHEW MEI FUN (CALON BN) #Kajang #KajangMove

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun bakal diumumkan sebagai calon Barisan Nasional untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat kira-kira pukul 2 petang Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman itu pada sidang media di Menara Daton Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Difahamkan Chew telah mendapat persetujuan daripada MCA dan parti komponen BN yang lain sebagai calon di kerusi tersebut.

Chew membuat kemunculan semula selepas berehat selama tiga tahun apabila memenangi salah satu daripada empat kerusi Naib Presiden pada pemilihan parti itu 21 Disember tahun lalu.

Chew, 50, adalah bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utama, Senator, Ketua Wanita MCA dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh bagi membuka jalan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam PRK itu.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive