Saturday, September 14, 2013

#MEB: APA LAGI MELAYU MAHU? AYUH DENGAR SUARA PEMUDA! @AzwanBro #OneBro4NKP


Terima kasih PM diatas inisiatif khas yang diumumkan sebentar tadi semasa Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (MEB). Jika sebelum ini DS Najib dikatakan 'bias' dengan orang melayu kerana memperkasakan nasib kaum cina, dan hari Najib berjaya buktikan bahawa tohmahan itu salah. 

Bagi saya, dasar MEB ialah sebuah dasar ekonomi yang boleh menjamin nasib orang melayu dari segi penambahan pendapatan dan berpotensi dalam penambahbaikan seisi rumah. 

Untuk ulasan lebih arif dan matang, kita baca entri daripada Khairul Azwan Harun (Azwan Bro), Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia:



Tahniah saya ucapkan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, diatas ucap tama beliau semasa Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

Jelas sekali, Perdana Menreri kita telah membuat pendirian yang tegas, untuk membantu menaiktaraf ekonomi bumiputera, terutamanya kaum Melayu. 

Walaupun pelbagai tohmahan telah dilemparkan kepada beliau, tetapi atas dasar prinsipal untuk meneruskan Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional, beliau gagahkan juga, semata-mata untuk memastikan masa depan, dan halatuju kita di bumi tanah tumpah darah kita ini, terjamin dan terpelihara. 

Pelbagai inisiatif baru telah diperkenalkan dalam 5 fokus pemerkasaan yang telah dinyatakan secara terperinci sebentar tadi. Antaranya adalah program re-skilling untuk membantu graduan-graduan bumiputera yang masih belum mendapat pekerjaan. 

Suntikan pelaburan 10 bilion unit saham ke dalam Amanah Saham Bumiputera 2 di lancarkan bagi memantapkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat.  

Penambahan RM300 juta ke dalam Amanah Iktiar Malaysia, dan RM700 juta kepada TEKUN Nasional membuktikan Perdana Menteri memandang serius untuk memperhebatkan keusahawanan dan perniagaan bumiputera. Untuk membantu memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan pula, sejumlah RM1 bilion telah disuntik bagi menubuhkan dana pendidikan MARA. Saya yakin, dengan pelbagai inisiatif yang telah disampaikan tadi, jelas dapat kita lihat bahawa, beliau telah memfokuskan perjuangan beliau untuk membela nasib dan survival Melayu dan Bumiputera di Malaysia. Sesungguhnya saya menyifatkan dasar ini adalah satu dasar yang  fair, right and equitable.


PENGURANGAN #SubsidiBahanApi: APA KESANNYA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA? APA KOMEN @ahmadmaslan

Visual data dilaman Bloomberg - http://www.bloomberg.com/visual-data/gas-prices/ 

Ini mungkin isu yang kehangatannya sudah makin reda, tetapi masih lagi tidak henti-henti didengari keluhannya dari ramai orang, terutamanya dari golongan pertengahan dan rendah. Sememangnya tak dinafikan bahawa impak daripada hal ini (Subsidi Bahan Api) telah menimbulkan persepsi negatif rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional. 

Adakah kita sudah tahu dan ambil tahu tentang jumlah harga yang dibelanjakan oleh kerajaan semata-semata SUBSIDI BAHAN API SAHAJA?

Dato Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Kewangan) mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia mampu beri subsidi minyak yg tinggi RM24.8 billion setahun atau RM2 billion sebulan demi bantu rakyat. Kita patut berterima kasih dan jangan hanya tahu melompat dan bertindak melulu kerana termakan dengan percakapan orang. Belajar berjimat, jangan enjoy. Kerajaan takkan bodoh untuk membuat keputusan sebegini jika tiada jalan altenatif lain yang boleh menstabilkan ekonomi semula. tengok perbandingan dibawah:


"Ikut kajian Bloomberg utk 60 negara pilihan, Msia no 8 minyak termurah dlm dunia. Msia hanya keluarkan 626 ribu tong sehari dibanding Arab Saudi 11.7juta tong sehari. Msia negara ke 27 pengeluar minyak & masih beri subsidi minyak yg tinggi RM24.8 billion setahun atau RM2billion sebulan demi bantu Rakyat." - Dato Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Kewangan) 

Adakah kita sanggup menanggung dan hidup dalam kehidupan yang serba kekurangan kesan daripada kejatuhan ekonomi? 

PETIKAN AKHBAR BERITA HARIAN:
Kajian dibuat berdasarkan himpunan profil data daripada Associates for International Research Inc (AIRINC); portal pemantau tenaga Eropah, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF); dan Energy Information Administration dari Amerika Syarikat (AS).  
Bloomberg dalam kajiannya membabitkan 60 negara itu menyenaraikan Venezuela sebagai negara dengan harga petrol paling murah di dunia, diikuti Arab Saudi, Kuwait, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iran, Nigeria, Malaysia, Mexico dan AS.
Turki disenaraikan sebagai negara dengan harga petrol paling mahal di dunia, diikuti Norway, Belanda, Itali, Portugal, Greece, Sweden, Belgium, Perancis dan Denmark.
 
Dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia berada di tempat ke-11, Thailand (13), Filipina (17) dan Singapura ke-22).
Harga petrol di Singapura dijual pada AS$6.26 atau RM19.43 segelen; Indonesia (AS$3.66 atau RM11.31 segelen); Thailand (AS$4.42 atau RM13.65 segelen); dan Filipina (AS$4.87 atau RM15.05 segelen).
 
Purata 1.17 liter sehari
Bagi Malaysia, kajian Bloomberg itu menyatakan, seorang rakyat di negara ini perlu membelanjakan 7.5 peratus daripada purata gaji harian mereka, iaitu AS$32 (RM98.90) sehari untuk membeli segelen petrol.
 
Mengikut kajian itu, secara purata seorang penduduk negara ini menggunakan 0.31 gelen (1.17 liter) petrol sehari.
Sebagai perbandingan di rantau ini, seorang penduduk di Indonesia dengan purata pendapatan harian AS$11 (RM33.99) perlu membelanjakan 33 peratus, manakala di Thailand yang penduduknya memiliki purata gaji harian AS$17 (RM52.53) pula 25 peratus.
 
Rakyat Filipina dengan pendapatan harian AS$7.11 (RM21.96) perlu membelanjakan purata 69 peratus, sementara penduduk Singapura yang memperoleh purata pendapatan harian AS$139 (RM429.5) sehari sebanyak 4.5 peratus. 
Berbanding sembilan negara dengan harga petrol paling murah pula, yang mana kecuali Mexico adalah dalam kalangan 20 negara yang memiliki rizab minyak terbesar, penduduk Venezuela dengan purata pendapatan harian AS$31 (RM95.79) hanya perlu membelanjakan 0.2 peratus, manakala penduduk Arab Saudi dengan purata pendapatan harian AS$64 (RM197.76), sebanyak 0.7 peratus. 
Penduduk Kuwait pula dengan purata pendapatan harian AS$123 (RM380.07) perlu membelanjakan 0.7 peratus; sementara penduduk Mesir dengan purata pendapatan harian AS$9.04 (RM27.93) pula sebanyak 13 peratus. 
Di UAE, penduduknya dengan purata pendapatan harian AS$180 (RM556.20) perlu membelanjakan satu peratus dan penduduk di Iran dengan purata pendapatan harian AS$18 (RM55.62), sebanyak 12 peratus. 
Penduduk di Nigeria yang memiliki purata pendapatan harian AS$4.74 (RM14.64) perlu membelanjakan 49 peratus, manakala penduduk Mexico dengan purata pendapatan harian AS$29 (RM89.61) sebanyak 11 peratus. Penduduk di AS dengan purata pendapatan harian AS$140 (RM432.60) pula perlu membelanjakan sebanyak 2.4 peratus. 
Berbanding Turki, rakyatnya yang berpendapatan purata AS$30 (RM92.70) sehari pula perlu membelanjakan purata 33 peratus daripada gaji mereka untuk membeli segelen bahan api itu. 
Kerja sehari setengah 
Sementara itu, rakyat Pakistan dengan purata pendapatan harian sekitar AS$3.55 (RM10.96) sehari, iaitu paras paling rendah dalam kalangan 60 negara dikaji, terpaksa bekerja kira-kira sehari setengah hanya untuk membeli segelen petrol. 
Negara yang dipilih dalam kajian Bloomberg itu adalah negara yang memiliki purata pendapatan individu minimum AS$3.50 (RM10.81) sehari, manakala harga petrol yang dinyatakan pula berasaskan pada harga segelen petrol biasa tanpa plumbum dalam nilai dolar AS. 
Harga yang diambil kira pula ialah yang paling murah bagi setiap negara berikutan gred petrol berbeza mengikut negara.
Maklumat data negara yang terbabit dalam kajian itu diperoleh agensi berita itu daripada CIA World Factbook dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Friday, September 13, 2013

PEMILIHAN SEMULA CEC: DAP LANGGAR PERLEMBAGAAN PARTI SEBAB NAK TUTUP MALU


Pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dijadual pada 29 September ini diibaratkan seperti tikus membaiki labu.

Jelas Ahli PArlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya, ini kerana pemilihan semula ini pada dasarnya adalah untuk memperbaiki dan memperbetulkan kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh DAP sebelum ini namun sayangnya ianya kelihatan semakin berbelit dan tidak sempurna.

Ini kerana kata beliau lagi pemilihan semula ini dilihat seperti melepas batuk ditangga sehinggakan ada ahli DAP yang menfailkan injuksi agar pemilihan ini dapat ditangguhkan.

“Manakan tidak, difahamkan DAP tidak boleh boleh mengadakan pemilihan semula ini dalam Kongres Khas seperti yang dimaklumkan sebelum ini kerana ianya tidak mengikut apa yang termaktub di dalam perlembagaan parti mereka.

“Sekiranya DAP masih gagal mengikut perlembagaan dan pemilihan ini tetap berlangsung dengan cara yang tidak betul maka sekali lagi pemilihan ini akan dipersoalkan. DAP sering melaung-laungkan kononnya mereka telus dan mematuhi undang-undang tetapi jelas apa yang mereka lakukan ini adalah sebaliknya.

“Pemilihan semula ini dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa sekadar untuk mengelakkan daripada parti mereka diharamkan. Setelah pelbagai cara dilakukan bagi mengelak daripada pemilihan semula diadakan akhirnya DAP terpaksa akur tetapi ianya caca marba,” katanya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau lagi, walaupun DAP masih terus enggan mengaku bahawa mereka bersalah di dalam pemilihan CEC sebelum ini dan mengatakan pemilihan semula ini hanyalah sekadar untuk mengelakkan daripada pendaftaran DAP dibatalkan tetapi fakta sebenarnya adalah mereka memang telah melakukan kesalahan.

Terbukti secara tidak langsung tegasnya memang terdapat penyalahgunaan kuasa semasa pemilihan awal CEC dan kerana itulah mahu tidak mahu atas desakan ahli mereka sendiri DAP harus mengadakan pemilihan semula.

“Kita telah dapat melihat bagaimana ahli DAP sendiri tidak mempercayai pemimpin DAP sedia ada. Perancangan pemilihan semula CEC juga gagal menyakinkan ahli mereka bahawa ianya akan berlangsung di dalam keadaan yang telus dan jujur sehinggakan ada yang menfailkan injuksi.

“Jelas ini membuktikan bahawa DAP adalah sebuah parti yang tidak boleh dipercayai. Mereka hanya pandai putar belit dan tidak akan mengaku salah walau pada hakikatnya mereka bersalah. Pemimpin seperti ini tidak layak untuk disanjung apatahlagi diletakkan harapan untuk menjadi pemimpin.

“Baru mentadbir sebuah parti dan proses pengundian yang tidak mencecah jumlah tiga ribu orang mereka telah gagal. Bagaimana kelak sekiranya mereka berkuasa penuh mentadbir negara ini. Sudah pasti akan berlaku banyak salahguna kuasa dan ketidakjujuran.

“Jari yang mereka tuding selama ini kepada UMNO dan BN sebenarnya mencerminkan diri mereka sendiri… Mereka ini ibarat menepuk air di dalam dulang, terkena muka sendiri,” jelasnya lagi. - MediaUMNO

JIKA AKAR UMBI GAGAL. MAKA, GAGAL LA SELAMANYA #TransformasiUMNO #TF4MT @Zahid_Hamidi @tunfaisal


TRANSFORMASI UMNO DINILAI DI BAHAGIAN DAN CAWANGAN, BUKAN DI PUSAT

Ahli di peringkat cawangan dan bahagian yang menentukan pemimpin macam mana yang akan diangkat ke dalam `pool' kepimpinan UMNO di peringkat negeri dan pusat. Jika mereka memilih pemimpin yang baik di bahagian, maka, pemimpin yang baik yang akan mengisi tampuk kepimpinan negeri dan pusat. Jika pemimpin yang bermasalah yang mereka pilih, maka, Badan Perhubungan UMNO Negeri tidak mempunyai banyak pilihan bagi mengisi kepimpinan negeri dan ahli-ahli UMNO tidak mungkin mempunyai pilihan yang banyak dalam pemilihan di peringkat Pusat. Ahli UMNO dari bahagian lain tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tiada undi melainkan di bahagian mereka sahaja. Pilihan untuk mengangkat dan menyingkirkan pemimpin di peringkat bahagian adalah hak dan pilihan ahli-ahli di peringkat cawangan dan bahagian. Maka gunakanlah pilihan itu sebaik-baiknya.... - TUNFAISAL DOT COM-

WAWANCARA BERSAMA ANTARA POS

Perwakilan di peringkat cawangan dan bahagian perlu bijak dalam membuat pilihan mereka kerana ia akan menentukan kestabilan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, tindakan mereka di peringkat akar umbi akan menentukan kekuatan serta perubahan tonggak kepimpinan Umno dalam menghadapi pelbagai cabaran yang sedang dilalui.
"Di peringkat bahagian, di peringkat cawangan, orang yang ada kuasa mengundi ini mereka boleh memilih orang yang bawa perubahan, yang amanah dan sebagainya.

"Cuma mereka kena buat pilihan sama ada pilihan mereka menaikkan seseorang pemimpin itu adalah kerana parti dan perjuangan agama bangsa dan negara, ataupun kerana pemimpin itu boleh memberi pulangan dari segi material, sumbangan dan sebagainya.

"Maksudnya mereka kena bezakan, di peringkat cawangan sekalipun, adakah pemimpin yang mereka pilih beri nilai tambah kepada parti atau sebenarnya mereka pilih calon ini kerana kepentingan mereka sendiri,"katanya ketika dihubungi Antarapos.

Beliau diminta mengulas gesaan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ang meminta perwakilan parti menolak pemimpin “warlords” atau “demang politik” yang membolot wang, kuasa serta bertelagah sesama sendiri pada pemilihan Umno Oktober depan.

Zahid dalam akhbar New Straits Times hari ini berkata, golongan demang politik berkenaan adalah duri dalam daging kepada perjuangan parti serta menjadi penghalang kepada usaha Umno untuk memperkukuhkan diri.

Tun Faisal yang bersetuju dengan pandangan Zahid berkata, perubahan dalam Umno hanya boleh dilakukan di peringkat akar umbi.

Sementara itu, Ketua Bahagian Umno Kuala Selangor, Datuk Amiruddin Setro berkata, adalah menjadi tanggungjawab setiap pemimpin parti itu untuk mengutamakan perjuangan parti berbanding kepentingan peribadi.

Katanya lagi, pemimpin yang mengutamakan jawatan dan kuasa memang seharusnya ditolak kerana akan memberikan implikasi yang buruk kepada parti seterusnya menjejaskan usaha parti untuk mencapai kemenangan dalam PRU-14.

"Kerana dikhuatiri ianya akan menjadi wabak yang akan memperlihatkan Umno terlalu sinonim dengan politik wang sedangkan realitinya kebelakangan ini pembersihan demi pembersihan dibuat yang mana boleh dikatakan hari ini imej Umno agak bersih dari segi imej politik wang.

"Jadi kalau ada elemen yang sebegini, sewajarnya perwakilan menolak pemimpin yang mempunyai pendekatan yang sedemikian,"katanya. - ANTARA POS

#Syiah: MEDIA SOSIAL DIGUNAKAN SEBAGAI 'BALAI REPOT'. GOOD IDEA!


Pelayar internet diminta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa relevan sekiranya mengesan sebarang aktiviti atau kegiatan yang menjurus kepada penyebaran fahaman Syiah di media sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata media sosial termasuk Facebook kini dilihat menjadi antara medium popular untuk gerakan tertentu menyebarkan fahaman Syiah yang dilarang di negara ini.

"Kita lihat penularan ajaran Syiah agak membimbangkan kerana dulunya dikeluarkan melalui penerbitan seperti makalah dan sebagainya, namun sejak kebelakangan ini ianya lebih menjurus kepada media sosial.

"Justeru sekiranya dilihat di Facebook atau mana-mana laman sosial yang menyiarkan ini (ajaran Syiah), mereka (pelayar internet) perlu membuat laporan atau aduan segera kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya kepada pemberita di Majlis Sambutan Kemerdekaan Mexico Ke-203 di sini, Khamis.

Beliau berkata kementeriannya juga bersedia bekerjasama dengan Jakim untuk memantau aktiviti penyebaran fahaman Syiah agar masyarakat di negara ini tidak mudah terpedaya dengan gerakan yang semakin agresif menarik pengikut melalui media sosial.

"Dan saya harapkan pelayar internet lebih berhati-hati kerana tidak semestinya apa yang dinyatakan dalam media sosial itu benar terutama yang berkaitan dengan ajaran Syiah yang jelas terpesong," katanya. -BERNAMA

Thursday, September 12, 2013

LAMBANG POLIS: STAF RTM DIBUANG KERJA!!


Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menggantung dan menamatkan perkhidmatan individu yang terlibat dalam insiden penyiaran kesilapan logo Polis Diraja Malaysia melalui RTM semalam.


Sambil berkata RTM memandang serius kejadian itu, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata laporan polis untuk memulihkan imej Jabatan Penyiaran telah dibuat.

"Ralat dan permohonan maaf telah disiarkan dalam Berita Nasional 12 tengah malam. Surat rasmi memohon maaf kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) juga telah dihantar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan jawatankuasa tata tertib telah bersidang hari ini untuk meneliti tindakan lanjut yang akan dilaksanakan susulan insiden itu.

Kenyataan dan tindakan segera yang diambil telah dimuat naik dalam laman sosial jabatan berkenaan, tambahnya. - SUMBER

HUSAM MUSA DIGUGURKAN JAWATAN EXCO ADALAH RANCANGAN TERANCANG NIK AZIZ?

Selepas seminggu cadangannya supaya ulama dipilih menduduki jawatan Timbalan Presiden PAS cetuskan macam-macam spekulasi, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba-tiba menyalahkan akhbar kononnya tidak menulis dengan betul apa dimaksudkannya itu.

“Akhbar tulis tu tidak betul, saya cakap lain mereka tulis lain. Bukan saya sebut tidak perlu pilih bukan ulama, kerana semuanya dalam PAS dipanggil ulama."

“Profesional pun ulama juga, begitu juga ulama pun professional,” kata bekas Mursyidul Am PAS itu dalam reaksi terbarunya berhubung kenyataannya minggu lalu.

Ekoran pandangannya itu, ramai pemimpin dan ahli-ahli PAS berpendapat Nik Aziz seolah-olah memberi ‘signal’ supaya perwakilan dalam muktamar parti yang berlangsung 22 hingga 24 November memilih ulama mengisi jawatan Timbalan Presiden yang kini disandang Mohamad Sabu.

Malah, Pemuda PAS turut menyokong kenyataan Nik Aziz dan ambil kira mesej bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS Besut sudah mencalon Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah bertanding kerusi Timbalan Presiden.

Barangkali menyedari gerakan mahukan ulama mengisi jawatan nombor dua parti itu semakin kuat atau mungkin dinasihati oleh pihak lain, Nik Aziz tiba-tiba menyalahkan akhbar kononnya beliau cakap lain tetapi yang ditulis lain.

Memang tidak pelik Nik Aziz yang selalu ‘flip flop’ dengan kenyataannya sendiri sebelum ini sudah koner baring menerusi reaksi terbaru pada Rabu dengan alasan ‘profesional pun ulama dan ulama juga profesional’.

Namun, sudah terlambat untuk Nik Aziz membetulkan kesilapannya itu kerana dikalangan pemimpin dan ahli-ahli PAS sudah ada yang melihat beliau ‘kurang bisa’ lagi setelah melepaskan jawatan Menteri Besar walaupun menang pada PRU 13 lalu.

Mungkin kerana itu juga PAS Segamat mencalonkan Datuk Husam Musa bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan nanti.

Umum juga tahu Husam ibarat anak emas Nik Aziz tetapi bekas Exco Kelantan yang dipalitkan dengan macam-macam janji serta projek yang gagal ditunaikan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu dilihat semakin hilang pengaruh dalam parti.

Maka tidak hairan tindakan Nik Aziz itu adalah untuk membuka peluang Husam bertanding kerana Husam lebih dilihat sebagai golongan professional bukannya ulama.

Nik Aziz mungkin tidak menyenangi lagi Muhamad atau Mat Sabu yang bukan sahaja tewas di kerusi Parlimen Pendang pada PRU 13 namun turut dikaitkan dengan amalan Syiah.

Setidak-tidaknya sudah pasti Husam akan berentap dengan Mat Sabu dan khabarnya Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga mungkin dicalonkan bagi kerusi nombor dua itu.

Seperkara lagi yang berlegar-legar dikalangan pemimpin serta ahli-ahli PAS selepas pemilihan lalu adalah teori Mat Sabu hanya memegang jawatan Timbalan Presiden sepenggal sahaja dan pemilihan kali ini tempat itu bakal diganti dengan Husam.

Ikutkan skrip tertentu, ini membolehkan Husam mencabar Datuk Seri Hadi Awang pada pemilihan tiga tahun lagi sekiranya ahli Parlimen Marang itu enggan melepaskan jawatan Presiden.

Ada pihak melihat inilah perancangan puak-puak Anwarinas yang mahu memastikan PAS dikuasai golongan profesional yang tegar menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa depan.

Justeru itu, pemimpin dan ahli-ahli PAS harus sedar dan faham kenapa Nik Aziz tiba-tiba salahkan akhbar kerana kenyataannya terdahulu yang menyokong ulama bagi jawatan timbalan presiden tanpa disedari‘membunuh’ peluang Husam.

Kini, Husam boleh senyum lebar kerana bukan sahaja mendapat pencalonan tetapi Nik Aziz masih tetap mempertahankannya. - Agenda Daily

#PemilihanUMNO: SELEPAS ARTIS, KINI BLOGGER PULA TAWAR DIRI BERTANDING? #Azrinizam4Exco #TransformasiUMNO


Selepas artis, Zed Zaidi mengumumkan akan bertanding sebagai Exco Pemuda dalam Pemilihan UMNO penggal ini. Tup-Tup.. Blogger pula yang buat kejutan untuk bertanding jawatan yang sama. Blogger yang mengendalikan Blog ANGIN PERUBAHAN ini ialah Saudara Azrinzam Ibrahim. Jangan sangka blogger merupakan atkata-kata di alam maya sahaja, tapi mungkin boleh jadi paling berbisa dialam nyata. Saya juga mengenali saudara Azrinizam ini semasa dia menjadi Fasilitator dalam suatu program di Nilai, Negeri Sembilan awal tahun ini. Kami kerap berjumpa, sekarang ini 'kureng:" sikit, saya faham, dia terikat dengan kesibukan tugas dan kesuntukan masa untuk luangkan bersama rakan-rakan. Baca entri dibawah, daripada salah seorang rakan blogger yang akrab dengan saudara Azrinizam:

#PemilihanUMNO : Blogger Turut Tawar Diri Tanding Exco Pemuda UMNO?



"  Mungkin tidak ramai yang kenal dengan nama Azrinizam, tetapi jika disebut blogger ANGIN PERUBAHAN saya rasa ada antara kita yang pernah membaca blog ini kerana ia merupakan blog yang memanaskan isu Masturah hilang ketika Pilihan Raya Kampus.

Selaku seorang sahabat yang pernah bekerja bersama Azrinizam, secara peribadi saya menyokong hasratnya untuk bertanding. Bagi mereka yang tidak mengenali pemuda ini, sedikit profil saya sertakan :

Berasal dari Perlis, umur 34 tahun, Ahli UMNO Cawangan Kampung Aman, Perlis.

Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Cawangan Kampung Aman Batu 16 (RTP), Perlis
Timbalan Presiden Gerakan Graduan Melayu Muda (GGMM)
Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar 2009-2010
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar (2004-2008)
Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Aman Batu 16 (2004-2008)
Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian ke Kuala Lumpur (2005)
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (1999-2000)
Pendebat Universiti Utara Malaysia dalam Debat Diraja Piala Perdana Menteri Kali Ke-2
Exco Sukan & Rekreasi, Majlis Perwakilan Pelajar UUM (1998-1999)
Exco Penerbitan & Publisiti, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej EON, UUM (1997-98)
Yang Dipertua Pusat Sumber Matrikulasi, UUM (1996)
Ketua Pengawas Sekolah Menengah Vokasional Sungai Petani 2, Kedah

Aktif dalam ceramah jati diri Melayu dalam Majlis Perundingan Melayu (MPM), latihan & kepimpinan, mahasiswa dan media baru.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Tekonologi Maklumat (Multimedia) dan Sarjana Pengajian Strategi dari Universiti Utara Malaysia.

Bekas Ketua Editor Akhbar Mahasiswa (2005-2006)


MALAYSIA NAK BENTERAS #Syiah DENGAN BANTUAN ASING??

Malaysia tidak akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran dalam usaha membanteras penyebaran ajaran Syiah di negara ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata Iran merupakan rakan penting bagi Malaysia dan adalah tidak wajar serta tidak berasas, kerana isu yang dibincangkan merupakan satu isu domestik yang perlu ditangani oleh pihak berkuasa yang berkenaan di negara ini.

"Ingin saya menyatakan bahawa kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh itu tidak mencerminkan pandangan Kerajaan Malaysia walau dalam apa cara sekalipun.

"Adalah menjadi dasar luar Malaysia untuk menjalin hubungan baik dengan semua negara berlandaskan sikap saling menghormati untuk memupuk hubungan muhibah dan kerjasama dalam semua bidang yang berkepentingan demi manfaat bersama," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Dalam laporan media baru-baru ini, Wan Zahidi dilaporkan mengusulkan supaya Kerajaan Malaysia menamatkan hubungan diplomatik dengan Iran dalam Seminar "Mendepani Virus Syiah", yang diadakan di Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 8 September lalu.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Anifah berkata dalam usaha untuk memperkukuh dan memperluaskan skop serta keakraban hubungan Malaysia dengan negara-negara lain, adalah menjadi amalan Malaysia untuk berinteraksi dengan semua negara yang menjadi rakan kongsi melalui pelbagai mekanisme dan forum yang turut memberikan peluang kepada Malaysia untuk membincangkan serta menyelesaikan isu-isu berkepentingan bersama.

Justeru itu, beliau berkata gesaan supaya Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran, adalah tidak wajar serta tidak berasas, kerana isu yang dibincangkan merupakan satu isu domestik yang perlu ditangani oleh pihak berkuasa yang berkenaan di negara ini.

"Saya ingin menyatakan bahawa Malaysia mengalu-alukan kedatangan warganegara asing ke Malaysia untuk meneroka serta menikmati keindahan dan kepelbagaian unik yang ditawarkan Malaysia termasuklah hospitaliti rakyatnya, serta mengalu-alukan penyertaan mereka dalam bidang perniagaan di Malaysia.

"Semasa berada di Malaysia, mereka perlulah menghormati undang-undang Malaysia dan peka akan sensitiviti budaya dan agama masyarakat negara ini, serta tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara kita atau menyebabkan perpecahan atau mengganggu keharmonian kaum dan agama, termasuklah perihal yang membabitkan agama Islam di Malaysia yang mempunyai kepelbagaian sosial dan budaya," katanya.

Anifah berkata sepertimana juga di negara lain, sebarang pelanggaran undang-undang dan tingkah laku yang menimbulkan ketegangan di negara ini tidak kira sama ada kesalahan tersebut dilakukan oleh rakyat Malaysia ataupun warganegara asing akan dikenakan tindakan mengikut lunas undang-undang Malaysia. - mStar

Wednesday, September 11, 2013

AYUH IMBAS KEMBALI SERANGAN 11 SEPTEMBER DI AMERIKA!! #ThrowBack #911 #USA

Serangan 11 September 2001 (juga digelar 9/11) ialah empat siri serangan berani mati yang teratur oleh al-Qaeda ke atas Amerika Syarikatpada 11 September 2001. Pada pagi itu, 19 orang pengganas al-Qaeda merampas empat buah kapal terbang penumpang komersil.[2][3] Para perampas itu sengaja menghempaskan dua pesawat ke arah Menara Berkembar World Trade Center (Pusat Dagangan Dunia) di Bandar Raya New York, sekaligus mengorbankan nyawa semua penumpang dan kebanyakan pekerja dalam bangunan terbabit. Kedua-dua menara runtuh dalam masa dua jam, menyebabkan bangunan berdekatan turut musnah atau mengalami kerosakan. Mereka juga menghempaskan pesawat ketiga ke arah bangunan Pentagon di Arlington, Virginia, dekat Washington, D.C. Kapal terbang yang keempat pula terhempas di kawasan berdekatan pekan Shanksville di negeri Pennsylvania setelah beberapa penumpang dan kakitangannya cuba merampas semula kapal terbang itu yang dihalakan oleh perampas ke arah Washington, D.C., untuk menyasar Bangunan Kapitol atau Rumah Putih. Semua penumpang keempat-empat pesawat terkorban.

Seterusnya SINI

Serangan ni merupakan sebuah yang telah memberi kesan kepada seluruh dunia dan masih lagi terasa bahang api menara WTC sehingga sekarang, terutamanya oleh warga U.S

RUJUK LINK YANG DISENARAIKAN DIBAWAH UNTUK PENDEDAHAN LEBIH MENDALAM:
KOLEKSI FOTO:




Smoke and debris fill the air after one of the World Trade Center towers in New York City collapsed September 11, 2001. Both towers were hit by airplanes and both buildings eventually collapsed. (Shannon Stapleton/Reuters) 

Smoke billows from the two World Trade Center towers after TWO planes crashed into each tower, in New York on September 11, 2001. (Peter Morgan/Reuters)


A fireball erupts from Tower 2 (rear, obscured by Tower 1) of the World Trade Center in New York after a hijacked airliner crashed into it, September 11, 2001. The aircraft crashed into Tower 2 minutes after Tower 1, already burning, was hit by another hijacked airliner. (courtesy NBC via Reuters) 

Debris covers firetrucks and emergency vehicles near the World Trade Center in New York, Tuesday, Sept. 11, 2001. A terrorist attack collapsed the 110-story buildings spreading wreckage over lower Manhattan. (AP Photo/Boudicon One)


Firefighters comb the remains of the World Trade Center after a terrorist attack September 11, 2001. Two hijacked commercial planes slammed into the twin towers of the World Trade Center Tuesday, causing both 110-story landmarks to collapse in thunderous clouds of fire and smoke and killing a "tremendous number" of people.REUTERS/Peter Morgan 

A plane approaches New York's World Trade Center moments before it struck the tower at left, as seen from downtown Brooklyn, Tuesday, Sept. 11, 2001. In an unprecedented show of terrorist horror, the 110 story towers collapsed in a shower of rubble and dust after 2 hijacked airliners carrying scores of passangers slammed into them (AP Photo/ William Kratzke)


A sign on the New York State Thruway Tuesday, Sept. 11, 2001 in Buffalo, N.Y., warns motorists that New York City is closed to all traffic after terrorist attacks on the World Trade Center. (AP Photo/David Duprey) 

This combo shows the New York skyline with the Statue of Liberty in the foreground. The top image is taken shortly after two airliners crashed and brought down the two towers of the World Trade Center Tuesday, Sept. 11, 2001. The bottom image shows the World Trade Center towers June 18, 1974, just over a year after they were dedicated. (AP Photo)


Smoke billows from the top of One World Trade Center and flames and debris explode from Two World Trade Center, Tuesday, Sept. 11, 2001, in New York. In one of the most horrifying attacks ever against the United States, terrorists crashed two airliners into the World Trade Center in a deadly series of blows that brought down the twin 110-story towers. (AP Photo/Kelley Sane) 



@AbbyAbadi112 BUAT MACAM NIKAH KAT THAILAND TU MACAM MAIN MASAK-MASAK??


Ish! tahulah ustazah pun. Janganlah pandai-pandai buat statement sendiri macam ilmu agama tu dah tinggi macam KLCC. Niat jer nak elak dosa, tapi hukum? Wali? Better Si Abby ni kena recheck balik  status pernikahan dia dengan JAKIM. Sambung baca dibawah untuk lebih lanjut...
" Pelakon Abby Abadi yang juga digelar Ustazah Jadian oleh sesetengah pihak, mengakui bernikah di Selatan Thailand dengan jejaka pilihannya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar.  
"Ya, saya bernikah di Thailand. Tidak ada masalah pun dalam undang-undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah.

"Benda itu (bernikah di luar) tak jadi masalah pun, Allah SWT kita perlu dahuluka, jadi saya dah lepas dengan Allah, maksudnya kita dah bernikah itu yang terbaik, yang penting saya dapat elak dosa," katanya.

Abby, 36, dan jejaka kelahiran Kelantan berusia 24 tahun itu dilaporkan bernikah sehari sebelum Ramadan iaitu pada 9 Julai lalu.

Perkenalan singkat mereka yang bertemu di pasar raya akhirnya berjaya menyatukan dua hati ini dan kini Farhan dikatakan menjadi pekerja di butik Abby yang terletak di Taman Melawati.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 31 Ogos lepas di Kuala Lumpur dan di Tumpat, Kelantan pada 6 September lepas.

Apa-apa pun tahniah diucapkan buat Abby dan Farhan, semoga masjid yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

p/s : pssssh!!! awak tu janda... apa yang susahnya nak kawin kat Malaysia... bukannya kes nak poligami atau nak kawin dua tiga empat... " KULAAN NIRING 

ENTRI LAIN YANG BERKAITAN:

Selain perkahwinan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah yang didedahkan minggu lalu, pernikahan Abby Abadi dan seorang pemuda berusia 24 tahun juga menjadi bahan bualan ramai peminat hujung minggu lalu. 
BACA: Abby Abadi Sahkan Sudah Bernikah Sejak 12 Hari Lalu 
Dengan situasi pernikahan beliau yang nampak tergesa gesa, ada yang timbulkan spekulasi mengatakan Abby Abadi dan suaminya itu bernikah di selatan Thailand sebagai jalan mudah.  
“Ya saya bernikah di Thailand. Tidak ada masalah pun dalam undang undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah,” ujar Abby Abadi berterus terang kepada Harian Metro. 
Seterusnya..

#Comango: AGENDA PEMBANGKANG UNTUK UBAH SISTEM KEAGAMAAN DI MALAYSIA?



Gabungan NGO Malaysia telah mengadakan satu taklimat pada 11 Julai 2013 yang lalu bagi Proses UPR (COMANGO). Ia dipengerusikan oleh Tian Chua dan dihadiri oleh wakil-wakil NGO, antaranya Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam, SOGI atau Sexual Orientation and Gender Identity yang memperjuangkan LGBT, dan lain-lain lagi.

Malaysia bakal menjalani proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis hak Asasi Manusia PBB pada 24 Oktober 2013 di Geneva, Switzerland. Proses ini akan menentukan tahap komitmen Malaysia terhadap Hak Asasi Manusia mengikut syor yang dikemukakan oleh Negara-negara PBB pada UPR pertama pada tahun 2009.

Secara dasarnya, Malaysia adalah sebuah negara yang meletakkan hak asasi manusia di tempat yang cukup tinggi. Hanya di Malaysia kita melihat semua agama mendapat ruang yang cukup besar dari segi pembangunan tempat ibadah. Hanya di Malaysia, kita melihat kaum minoriti diberi hak ke atas sekolah berasingan serta bebas mempunyai akhbar sendiri, mengamalkan bahasa ibunda masing-masing sehingga mengabaikan Bahasa Kebangsaan.

Hanya di Malaysia juga, kita melihat kaum minoriti ‘berkuasa’ menekan dan mencabar kaum majoriti, malah mengejek dan mempersenda kerajaan dan Raja-raja secara terbuka tanpa dikenakan apa-apa tindakan.

Di Malaysia, masalah hak asasi sebenar seperti buruh kanak-kanak atau diskriminasi wanita dalam pendidikan dan pekerjaan, tidak menjadi isu langsung. Pendek kata, semua manusia ‘normal’ di Malaysia bebas mengamalkan hak masing-masing dengan batas-batas tertentu agar tidak melanggar perlembagaan dan juga hak asasi orang lain sesuai dengan ketamadunan manusia.

Justeru, meletakkan Malaysia di bawah pemantauan COMANGO merupakan sesuatu yang meragukan. Dan keraguan ini terjawab apabila melihat isu-isu yang ditimbulkan di dalam Deraf Laporan COMANGO.

Antara isu yang menjadi perhatian COMANGO ialah isu LGBT atau SOGI. COMANGO menuntut penghapusan seksyen 377A Kanun Kesiksaan dalam undang-undang Malaysia berhubung salah laku liwat serta menuntut hak dan kebebasan kepada golongan LGBTIQ.

COMANGO juga menuntut penghapusan peruntukan-peruntukan berkaitan kesalahan mengikut undang-undang syariah yang memberi rujukan negatif terhadap permasalahan moral yang dilihat sebagai ‘hak peribadi’ (Perkara 9.1 dan 9.5 DLC) yang timbul dari kedudukan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memposisikan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Enakmen-enakmen berkaitan kesalahan-kesalahan Syariah.

Selain itu, dalam taklimat yang sama, COMANGO dilihat cuba memberi tekanan ke atas kes penggunaan nama ‘Allah’ oleh The Herald Weekly yang masih di peringkat Mahkamah Rayuan.

Secara ringkasnya, semua permasalahan yang dikemukakan oleh COMANGO adalah merupakan perkara-perkara yang berkaitan agama Islam. Ini memperlihatkan bahawa COMANGO sengaja mengenepikan hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam di mana kedudukan Islam telah pun tertulis secara jelas di dalam perlembagaan.

Persoalannya, kenapa baru hari ini Malaysia perlu berhadapan dengan tuntutan-tuntutan sebegini? Jawapannya ialah kerana umat Islam di Malaysia semakin lemah sehingga membuka ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mencabar dan menentang.

Keadaan menjadi sebegitu buruk apabila parti PAS yang merupakan pihak yang dahulunya paling ‘keras’ melaungkan Islam dan menentang sebarang bentuk keterbukaan kini turut bersekongkol dengan musuh-musuh Islam. Bagi memelihara ‘pakatan’ mereka, PAS telah menunjukkan sifat yang pasif dalam menentang usaha memurtadkan umat Islam dan berdolak dalih dalam mempertahankan kalimah ‘Allah’ dari disalahgunakan oleh bukan Islam.

Parti UMNO yang menjadi tonggak kerajaan bagaikan keseorangan dalam mempertahankan Islam di negara ini. Dalam keadaan di mana tekanan diterima dari seluruh pelusuk termasuk dari dalam barisan kerajaan sendiri akibat lantikan mereka-mereka yang mempunyai ‘idea’ yang terbuka mengenai Islam, maka pertahanan UMNO juga semakin goyah.

Melalui COMANGO, musuh-musuh Islam melancarkan serangan mereka untuk memastikan Malaysia tidak lagi menggunapakai undang-undang yang berteraskan Islam. Bagi mereka Islam adalah satu masalah besar dan perlu dihapuskan kerana ia tidak menepati citarasa mereka yang ingin mengamalkan kebebasan tanpa syarat dan had.

Umat Islam di Malaysia tidak mungkin dapat menahan asakan mereka selama-lamanya sekiranya kita terus berpecah belah. Oleh itu, PAS yang mewakili jumlah umat Islam yang signifikan di negara ini wajib meletakkan pendirian yang jelas dalam memilih untuk berada di pihak mana, iaitu sama ada bersama parti yang membela Islam yakni, UMNO, atau bersama parti yang tegar berjuang untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi serta menyanjung pluralisme iaitu DAP dan PKR.

Selagi PAS bersama DAP dan PKR, selagi itulah PAS merupakan rakan subahat untuk menghancurkan Islam di negara ini.

Sesungguhnya, PAS tidak wajar menggunakan nama Islam jika ingin terus berpimpin tangan dengan DAP dan PKR tetapi di masa yang sama mengharapkan UMNO sendirian berhadapan dengan asakan COMANGO. - SUMBER


Tuesday, September 10, 2013

#ExcoCandidates: SELAMAT PEGANTIN BARU SHEIKH NAFIQ ALFIRDAOUS!! #SheikhNafiq4Exco #PemilihanUMNO #IkonBelia


Tahniah kepada saudara Sheikh Nafiq Alfirdaous, bekas Tokoh Belia Negara 2009 merangkap calon Exco Pemuda UMNO bagi Pemilihan tahun ini. Alhamdulillah, Sheikh selamat diijabkabulkan 2 hari lepas (8 September 2013) dengan pasangannya Jeffina. Ucapan tahniah saja yang dapat diucapkan sebab tak berkesempatan hadiri majlis atas kesulitan tertentu. Harap kekal ke anak cucu dan dapat menggalas jawatan Exco nanti. 

Baca blog DOUBLE-Y untuk lebih lanjut. Dia pergi, aku tak... hehhe
" ..... Sambungan........ 
Sheikh Nafiq yang kini berjawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dalam sebuah syarikat IT turut menggalas tugas sebagai Pengerusi Biro Ekonomi & Keusahawanan Pemuda UMNO Bahagian Pulai iaitu bahagian yang diketuai oleh Datuk Nur Jazlan. 
 
Saya bertanya kepada rakan yang memperkenalkan saya kepada Sheikh Nafiq, apakah kekuatan yang ada pada Sheikh Nafiq sehingga dia berani menawarkan diri untuk bertanding sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia.
 
Adakah dia mempunyai jati diri dan pendirian dalam dalam memperjuangkan isu Islam dan hak orang Melayu, adakah dia mahir berpidato dan berhujah, apakah kekuatan dia di bahagian?
Risik punya risik, maka terburailah cerita satu persatu... "
 
Seterusnya


[FOTO] #KalimahAllah: UPDATE!! TERKINI DARI #MahkamahRayuan

Sekitar perkarangan mahkamah rayuan putrajaya. Keadaan hingga jam 1120HRS.Dihadiri hampir 200++ orang. Mujur hari bekerja, kalau tak confirm sesak jalan.

SKANDAL ADI PUTRA: 'SCREEN SHOT' PERBUALAN DIDEDAH DAN BAKAL DIPENJARA 5 TAHUN


Khamis lalu, kecoh sebentar industri hiburan tempatan apabila seorang pelakon terkenal didakwa saling bertukar mesej dengan isteri orang dan turut dikatakan berkongsi pesanan serta foto lucah bersama wanita tersebut.

Susulan daripada kontroversi itu, seorang ahli perniagaan yang mengaku sebagai suami kepada wanita terbabit telah tampil memberi kenyataan menerusi program Melodi TV3 siang tadi, di mana lelaki berusia 56 tahun itu memaklumkan bahawa aktor tersebut telah berhubung dengan isterinya sejak Julai lalu.
Daripada permulaan, isteri saya sampaikan ucapan menunaikan umrah. Kemudian pelakon itu telah berterima kasih dan meminta nombor telefon isteri saya.

Pelakon itu ada juga bertanya kepada isteri saya adakah dia sudah berkahwin, dan isteri saya jawab, Ya.
Saya rasa sebagai seorang lelaki, dia perlu jaga tatatertib. Tidak boleh mengganggu isteri orang.
Kalau berminat untuk ada pasangan hidup, carilah anak dara. Kan tak elok dan tak manis kalau mengacau atau menggoda isteri orang, amat dikhianati Allah SWT.




Dalam pada itu, lelaki tersebut turut melahirkan rasa kecewa apabila pelakon lelaki itu didakwa turut mengajak isterinya melakukan perkara tidak elok dan menafikan dakwaan kononnya dia mengancam keselamatan pelakon tersebut.

Kalau saya perhatikan daripada komunikasi yang berlaku, saya rasa amat terkejut bila apa yang ditulis oleh pelakon itu adalah nak buat s**s dengan isteri saya, suka lakukan s**s luar biasa. Saya rasa amat terperajat dan benda macam ini tak patut berlaku, sedangkan pada waktu itu kita sedang melakukan umrah.
Sebenarnya saya bukanlah nak mencederakan dia. Saya tak berminat nak menjatuhkan dia. Sekarang apa yang saya buat adalah hak saya sebagai seorang suami.




Bagaimanapun, nantikan sahaja keputusan serta penjelasan sebenar aktor terkenal itu tidak lama lagi. Apa pun diharapkan agar kontroversi seperti ini akan segera diselesaikan dan tidak menjejaskan kerjayanya lakonannya.


JIKA DISABIT KESALAHAN---->