Thursday, October 17, 2013

"SAYA AKAN TERUS BERKHIDMAT WALAUPUN KALAH!!" - @tunfaisal #TF4MT


Bila sebut nama Tun Faisal, orang akan ingat Unit Media Baru atau UMB, satu biro bawah Pemuda UMNO yang kewujudannya untuk memperkasakan perjuangan parti itu di alam siber.

Penyokongnya ramai, seramai penentangnya, di dalam dan luar parti, dua tiga tahun kebelakangan ini, seiring dengan kepesatan media sosial, dan bagaimana medium itu digunakan untuk mengangkat agenda politik, sosoknya jadi kontroversi.

Namanya penuhnya ada sedikit pelik, Tun Faisal Ismail Bin Aziz, ramai yang tertanya-tanya, dari mana datang gelaran Tun itu, dalam satu kesempatan ringkas, Agendadaily bertanyakan beliau soalan yang ramai tertanya-tanya, tapi tiada siapa bertanya secara berdepan itu.
Menurut anak jati Perak ini, Tun di depan nama itu adalah gelaran keturunan sebelah ibunya, Puteri Faizah binti Megat Alias, beliau berasal dari keturanan Megat Terawis di Perak, yang mana mensyaratkan, jika salah seorang ahli keturunan itu berkahwin dengan orang 'kebanyakkan' maka panggal Puteri bagi perempuan ataupun Megat bagi lelaki, digantikan dengan Tun.

Panggal nama itu ada baiknya, mudah kenal saudara, seperti bekas Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah dan pendakwaraya kanan Tun Majid Tun Hamzah adalah kaum kerabat beliau.

Itulah kisahnya, ayah beliau, Aziz Bin Pandak adalah seorang guru, begitu juga ibunya. Beliau membesar dalam tradisi keilmuan, dek kerana kedua-dua orang tuanya adalah guru sekolah.

Menurut Tun Faisal, beliau terjun ke dunia politik, atas tekad untuk bersama 'memberikan khidmat kepada negara'.

Jika melihat kepada latar belakang pendidikannya, Tun Faisal merupakan seorang ahli farmasi profesional, berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sains Farmasi dari USM pada tahun 1996, beliau pernah menjawat jawatan Ketua Jabatan Farmasi, Selangor Medical Centre, sebelum ditawarkan bekerja dengan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

"Satu hari, seorang pegawai di pejabat Datuk Hisham yang saya kenali semasa menjadi pemimpin mahasiswa dulu, pujuk saya menyertai pejabat Datuk Hisham (Ketua Pemuda UMNO ketika itu) sebagai pegawai penyelidik dan penulis ucapan.

"Ketika itu tahun 2001, pada mulanya saya berbelah bagi sebab saya dalam proses untuk menyertai sebuah syarikat farmaseutikal multinasional yang menjanjikan kerjaya yang stabil dan gaji lumayan, untuk hanya menjadi pegawai penyelidik, namun kawan itu janji, cuba sebulan dulu, tengok macam mana, jika tak sesuai boleh kembali ke profesion asal saya.

"Saya sahut cabaran tersebut, dan tugas pertama saya tulis kenyataan akhbar Datuk Hisham, dan saya terkejut apabila sebahagian besar daripada input saya digunakan olehnya. Ini menyebabkan saya teruja dan memberi kepuasan diri kerana merasakan saya boleh menyumbang kepada pembentukan dasar-dasar di dalam negara dan parti secara langsung melalui input-input yang diberikan."

"Ia sesuatu yang amat besar kepada anak muda macam saya,"ujarnya.

Menurut beliau, walaupun bertugas sebagai penyelidik dalam pejabat politik Ketua Pemuda UMNO, beliau jenis yang tidak boleh duduk diam dan hanya buat perkara rutin dan yang diarahkan semata-mata.

Secara sukarela beliau melibatkan diri dalam pelbagai biro dan program Pemuda UMNO tanpa sebarang jawatan.

"Saya terlibat dengan Biro Pendidikan di bawah Dr Adham Baba, menjadi urusetia Retreat Ketua-Ketua Pemuda Bahagian di bawah Akademi Pemuda yang diketuai Dr Zambry Abdul Kadir, dan macam-macam lagi termasuk membantu (Datuk) Norza Zakaria dalam Pusat Media Pemuda BN mengendalikan jentera siber Pemuda BN dalam PRU ke 11,".

Alumni Kolej Islam Klang ini mula berjinak-jinak dalam dunia siber pada 1999, melalui chat room, forum-forum di internet, namun pembabitan langsung yang pertama adalah sebagai pengasas cybertroopers Pemuda UMNO, iaitu Pasukan Perang Siber Pemuda UMNO.

Tugas beliau dalam Unit Media Pemuda BN sebagai Ketua Unit Produksi yang menghasilkan bahan-bahan bertulis dan berita sepanjang tempoh kempen PRU 2004 itu.

Selepas PRU 2004, bintangnya bertambah cerah, Datuk Hisham yang baru naik pangkat jadi Menteri Pelajaran kemudian melantik beliau menjadi pegawai khas yang bertanggungjawab atas hal berkaitan dasar-dasar pendidikan.

Minatnya untuk memegang jawatan dalam parti hadir selepas PRU12, ketika UMNO berdepan 'tsunami politik', dan sebagai anak muda, beliau merasakan dapat menyumbang sesuatu kepada parti.

Bermula dengan menyertai pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, berlawan dengan penyandang jawatan pegawai khas Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Badawi, (Datuk) Ahmad Zaki Zahid.

Ia merupakan pertembungan yang sengit, Tun Faisal kalah dengan tiga undi kepada Zaki.
Bagi Tun Faisal, kekalahan di bahagian mempunyai hikmah tersendiri.

"Jika saya menang lawan Zaki di peringkat bahagian, saya telah berjanji kepada diri saya bahawa saya akan hanya memberi tumpuan kepada bahagian dan tidak akan bertanding Exco Pemuda Pusat. Tapi, itulah hikmah dan mungkin lorongan daripada Allah SWT supaya saya dapat menyumbang untuk perkara yang lebih besar...di peringkat yang lebih tinggi."

Kemenangan sebagai Exco Pemuda Pusat pada 2009 membuka laluan baru kepadanya, kembali melakukan apa yang menjadi minatnya sejak awal, 'dunia siber' selepas dilantik oleh bosnya dalam Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sebagai Pengerusi UMB.

UMB adalah biro baru yang diwujudkan oleh Pemuda UMNO dalam satu mesyuarat pertama di Pusat Latihan UMNO ILMU Janda Baik selepas pemilihan Agung UMNO pada April 2009.
"Selepas mesyuarat tersebut, tugas pertama UMB adalah 'perang siber' dalam PRK Manek Urai Kelantan, dan sejak itu UMB terlibat dalam semua PRK, termasuk Pilihanraya Negeri Sarawak dan PRU13,"katanya.

Bukan mudah untuk menerajui biro baru, kata Tun Faisal, ketika beliau menerajui UMB tahun pertama dihabiskan dengan program latihan 'perkenalan' kepada alam siber untuk jentara UMNO di peringkat akar umbi.

"Jentera UMNO ketika itu terlalu bergantung kepada media tradisi, dalam satu kursus awal, saya bertanya kepada 300 orang ahli UMNO akar umbi yang hadir, saya bertanya siapa pernah baca blog Rockybru (paling popular ketika itu), tak sampai 10 peratus yang angkat tangan...

"Dari situlah UMB bermula, dari 10 peratus..."

Beliau jelas berbangga dengan pencapaiannya semenjak menerajui UMB, sekurang-kurangnya kini, di media maya, UMNO tidak ketandusan blogger, facebooker, mahupun pengguna twitter yang menyokongnya.

Walaupun begitu, bukan semua kredit perlu diberikan pada UMB, ada pihak-pihak lain juga dan UMB sebahagian dari pasukan yang memajukan 'perang siber' untuk UMNO.

Tahun-tahun berikutnya, dalam kursus-kursus UMB, telah disiapkan modul 'perang siber', sehingga April 2013, UMB telah melatih tidak kurang dari 3000, 'tentera maya' untuk UMNO.
"Hakikatnya dalam PRU13, walaupun jentera kita masih ada kekurangan berbanding pembangkang, namun kehadiran jentera kita menangkis serangan pembangkang, terutamanya dalam medium berbahasa Melayu dapat dirasai. Kita agak kekurangan dalam aspek penghasilan video, kepantasan menjawab serangan dan tomahan pembangkang, terutama untuk medium bahasa lain, lebih-lebih lagi bahasa Cina,".

Beliau memberikan contoh, kisah kononnya 40 ribu 'pengundi bangla' dibawa masuk oleh BN untuk mengundi, bagi memastikan pembangkang tewas... yang dibangkitkan oleh ketua pembangkang sendiri beberapa hari menjelang pengundian, dijawab secara tersusun dan sistematik dalam medium bahasa Melayu, tapi mungkin tidak cukup tersebar dalam medium lain, sehinggakan wujud 'fear' dan prejudis di kalangan pengundi Cina, hak rakyat Malaysia untuk mengundi akan 'tergadai' kepada pengundi bangla.

"Sebab itu kita tengok, kaum Cina 'mengamuk' di Klang, pecahkan bas kilang, juga kawasan-kawasan lain, kemungkinan kerana 'ketakutan' yang sengaja diwujudkan pembangkang ini tidak dapat dihapuskan dengan berkesan,"ujarnya.

Kehadiran UMB dirasai oleh jentera siber pembangkang pada PRU13, berbanding ketika PRU12, sewaktu mereka bersenang lenang menyerang UMNO di alam maya tanpa tentangan yang sengit.

Tapi untuk PRU13, bahkan sebelum darinya, di setiap medan, samada PRK, PRN mahupun program khas seperti Perhimpunan Bersih 2.0, 3.0, apapun medannya, tentera maya UMNO 'mengigit', samada UMB atau bukan, akan ada perlawanan di setiap medan, dan UMB yang sentiasa di depan sering menjadi mangsa belasahan.

Pembangkang mengelarnya dengan berbagai gelaran, jika rajin google, kita boleh tengok macam mana Tun Faisal kena maki hamun oleh pembangkang ataupun simpatisannya.
Sehingga ada yang kata beliau menjadi liabiliti pada UMNO, walaupun sebahagian besar menganggap anak jati Perak berusia 42 tahun ini merupakan aset parti.

Bagi Tun Faisal sendiri, beliau sudah 'imun' dengan macam-macam tuduhan orang, apa yang penting, amanah yang diberikan bagi memperkasakan perjuangan parti di alam siber tercapai.

Ada pepatah English mengatakan 'Nobody kicks a dead dog,' atau dalam kata lain, jika kamu tidak 'mengigit' tiada siapa kisah.

Mahu tidak mahu, samada kita kawan atau lawannya, Tun Faisal dan UMB telah 'mengigit' dengan berkesan sepanjang kewujudannya sejak 2009 barangkali atas sebab itu juga beliau mendapat endorsement Pemuda UMNO untuk menawar diri sebagai calon Ahli Majlis Tertinggi.

Dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Pemuda UMNO 4 September lepas, Khairy mengumumkan nama empat calon yang mendapat endorsement pergerakan itu ke peringkat lebih tinggi, Tun Faisal adalah nama terakhir dari ke empat-empat itu.

Wujud juga sedikit kontroversi samada beliau layak atau tidak untuk menawar diri bertanding MT, sedangkan tidak pernah memegang jawatan di peringkat bahagian, bagaimanapun kekeliruan tersebut diselesaikan selepas Jawatankuasa Pemilihan UMNO mengambil kira rayuan dan endorsement sayap parti sebagai merit untuk Tun Faisal bertanding.

"Saya menawar diri untuk bertanding MT bersandarkan pengalaman saya mengendalikan media siber... sebagai orang yang berpengalaman mengendalikan pelbagai operasi siber. Saya yakin tiada di kalangan 62 orang calon MT yang lain mempunyai pengalaman dan kemahiran sebegini. Ini ada medan peperangan yang penting dalam PRU14...

"Elok jika ada golongan muda yang faham dan mahir tentang media siber dan media sosial dapat mengangkat input dan kemahiran ini di peringkat tertinggi parti ini akan membantu parti dalam membuat keputusan betul..."kata calon nombor 60 ini.

Selain itu, menurut Tun Faisal, beliau kini tidak lagi terikat dengan jawatan dalam kerajaan, dan dengan itu boleh melaksanakan gerak kerja parti dan bersuara dengan nada parti.

"Saya bersedia berdepan dengan pemimpin pembangkang di pentas mereka, ada satu ketika, saya terpaksa hadir tiga slot forum bersama pemimpin pembangkang dalam satu hari, dengan pengalaman dan bimbingan pemimpin yang lebih senior dan terlibat dalam pentadbiran kerajaan, saya menawar diri untuk terjun secara langsung ke gelanggang pembangkang, dan menjawab bagi pihak UMNO,"jelas beliau.

Kepada soalan akhir, apakah beliau akan slow down jika ditakdirkan tewas dalam pemilihan MT Sabtu ini, kata Tun Faisal, "Tidak ada istilah slow down atau stand down dalam kamus saya... saya orang perjuangan, menang kalah, ada hikmah, saya akan terus berjuang dalam ruang yang diberikan... "

"Saya tetap akan berjuang walaupun tanpa jawatan. Yang membezakan cuma di peringkat mana. Jika di peringkat MT tentulah sumbangan dan kesannya begitu meluas, jika di bahagian skopnya lebih terhad."

Menurutnya, ramai yang menjadi saksi walaupun tiada jawatan di bahagian beliau tidak pernah tinggalkan bahagian dan terus menyumbang.

"Kalah atau menang, saya tetap istiqamah dalam perjuangan. Kalah atau menang, saya tidak pernah rasa kecewa sebab perjuangan ini bukan tentang saya dan kerana saya, perjuangan ini tentang agama dan bangsa kita, dan niatnya kerana Allah Taala, sebab itu kalah atau menang, ia tetap diteruskan..." - Agenda Daily

Wednesday, October 16, 2013

KEPUTUSAN NKP: SEBURUK-BURUK PEMILIHAN CEC, BURUK LAGI #PemilihanUMNO!!


Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenom, Jamawi Jaafar dijangka memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti kali ini dengan kelebihan undi popular.

Jamawi, yang bersaing sengit dengan seorang lagi calon Naib Ketua Pemuda parti, Khairul Azwan Harun sebelum ini terikat dengan jumlah undi sama iaitu sebanyak 73 undi daripada 189 bahagian.

Sebelum ini, undi daripada Gelang Patah ditolak manakala Pemuda UMNO bahagian Pensiangan didakwa tidak mengundi sesiapa bagi jawatan pusat.

Bagaimanapun semalam, ada desakan yang mahukan undi Gelang Patah diiktiraf manakala Pemuda UMNO bahagian Pensiangan pula mengesahkan mereka memilih Jamawi untuk kerusi Naib Ketua dalam pemilihan yang diadakan Sabtu lalu.

Meskipun diambil kira keputusan kedua-dua bahagian tersebut, keputusan akan kekal seri memandangkan Pensiangan memberi undi kepada Jamawi manakala Gelang Patah memilih Khairul Azwan.

Namun begitu, Utusan Malaysia difahamkan, Jamawi dijangka menang kerana beliau dikatakan memperoleh undi popular melebihi 4,000 undi berbanding Khairul Azwan.

Berikutan keadaan itulah, penyokong-penyokong Khairul Azwan dikatakan bimbang jika undi popular menjadi penentu.

Oleh itu, dalam sidang akhbar kelmarin yang sepatutnya dihadiri oleh Khairul Azwan tetapi kemudiannya mewakilkan kepada Mohammad Annuar Ariffin, mereka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan seri.

Mohammad Annuar mendakwa Khairul Azwan telah menerima lebih daripada 75 undi bahagian berdasarkan laporan 'war room' mereka dan menolak untuk menentukan keputusan berdasarkan undi popular.

Perolehan undi popular jika memihak kepada Jamawi ia bukanlah satu kejutan memandangkan beliau dilihat pemimpin merendah diri, mudah didekati dan mesra dengan ahli-ahli akar umbi.

Bagaimanapun keputusan muktamad akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO yang akan mengadakan pengiraan undi popular dengan disaksikan oleh wakil kedua-dua calon.

Selain Jamawi dan Khairul Azwan, jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO turut ditandingi oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lenggong, Mohamad Iruan Zulkefli dan Pengerusi Unit Pidato Pemuda UMNO, Lokman Noor Adam. - UTUSAN

Tuesday, October 15, 2013

#PemilihanUMNO: ATTENTION!! SIAPA EDAR 'CAI', SUK UMNO AKAN AMBIL TINDAKAN!!


Umno akan memantau aktiviti salah laku berhubung penyediaan senarai 'calon pilihan' untuk dipilih oleh perwakilan pada pemilihan parti itu peringkat pusat Sabtu ini.

Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata, adalah menjadi satu kesalahan di bawah kod etika Umno sekiranya ada pihak tertentu mengedarkan senarai nama 'calon pilihan' bagi tiga jawatan Naib Presiden dan 25 Ahli Majlis Tertinggi untuk dipilih oleh 146,500 perwakilan.

Dikenali sebagai 'cai' dari perkataan 'cai dan', dalam bahasa Mandarin yang bermaksud menu atau 'senarai pilihan' - iaitu senarai yang mengandungi nama pemimpin-pemimpin tertentu.

Sebagai contoh, jika seseorang Ketua Bahagian itu sudah membariskan senarai calon A, B dan C sebagai piliha, maka senarai yang mengandungi nama-nama mereka akan dimasukkan ke dalam cai tersebut dan diedarkan kepada perwakilan dari bahagian itu.

Ab Rauf memberi amaran ekoran wujudnya beberapa aduan apabila terdapat calon-calon yang sedang bekerjasama dengan ketua-ketua bahagian bertujuan mempengaruhi perwakilan untuk mengundi calon pilihan yang ditetapkan.

"Tidak perlu apa-apa cai dalam pemilihan kali ini kerana ibu pejabat Umno telah menyediakan satu set buku yang mengandungi maklumat, termasuk gambar-gambar semua calon yang bertanding untuk Majlis Tertinggi dan sayap parti.

"Perwakilan hendaklah diberi kebebasan untuk membuat pilihan mereka sendiri dan tiada siapa yang seharusnya mempengaruhi mereka," katanya.

Rauf berkata, tindakan disiplin boleh diambil terhadap mereka yang berbuat demikian jika laporan diserahkan kepada jawatankuasa disiplin parti.

Pada pemilihan sayap parti itu pada Sabtu lalu, seorang perwakilan Pemuda Umno Merbok mendakwa perwakilam tidak diberikan buku senarai calon sebaliknya 'cai.

Kewujudan 'cai' dalam pemilihan Umno adalah satu rahsia terbuka sementara parti politik lain turut diketahui mempunyai kaedah 'cai' mereka yang tersendiri.

Menurut seorang ahli Umno yang terlibat dalam proses pengundian kepimpinan parti pada pemilihan Umno 1995, 'cai' adalah panduan yang berguna kepada perwakilan kerana jawatankuasa pemilihan tidak menyediakan senarai calon yang bertanding.

Apabila terdapat begitu ramai senarai calon-calon yang perlu dipilih, 'cai' adalah medium yang berguna, katanya.

"Senarai ini akan dicetak pada kepingan kertas kecil yang dengan mudah boleh dimuatkan ke dalam kotak-kotak rokok supaya perwakilan boleh 'menyeludup' masuk ke tempat mengundi," katanya. - mStar

SALAM AIDILADHA KEPADA SEMUA, MARI KITA KENALI SEJARAHNYA!!

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA PEMBACA!!

Maaf Zahir Batin. Moga dengan berkat AidilAdha ini, kita sama-sama dimurahkan rezeki. Sempena hari mulia ini, mari kita sama-sama kenali sejarah dan asal-usul AidilAdha ini. DIBAWAH:

KENALI SEJARAH AIDILADHA.. MENGAPA, KENAPA DAN BAGAIMANA DAN DIMANA...??

Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda:

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ
Maksudnya:
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.
Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya qurban (bukan korban yer..qurban makna lain, korban lain jadi qurban lebih sesuai iaitu mendekatkan diri kepada Allah) kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.

Ibadah qurban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:
“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.
Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI).

Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian.” – Surah al-Soffaat: 101-108.
Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika merayakan hari raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.

APA PULA KEUTAMAAN IBADAH QURBAN??


Ibadah korban ini memiliki keutamaan yang begitu besar bagi mereka yang mengerjakannya.

Firman ALLAH S.W.T:
“Dan KAMI jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama ALLAH untuk kamu; pada menyembelih unta itu ada kebaikan bagi kamu. Oleh itu, sebutlah nama ALLAH (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya. Setelah ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah KAMI memudahkannya untuk kamu (menguasai dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.
Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada ALLAH. Tetapi, yang sampai kepada-NYA ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa daripada kamu. Demikianlah DIA memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat nikmat petunjuk-NYA. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.” – Surah al-Haj: 36-37.
Melalui ayat di atas dapat kita senaraikan beberapa keutamaan ibadah korban seperti berikut:

1) Ibadah korban dapat membawa kebaikan dalam kehidupan bermasyarakat dengan mempereratkan hubungan kasih sayang antara golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan seumpamanya dengan golongan yang bernasib baik melalui pengagihan daging-daging korban.

2) Ibadah korban berupaya membentuk insan yang bersyukur melalui penyembelihan haiwan korban yang dilakukannya dengan menggunakan hasil rezeki tersebut dalam rangka beribadah dan mendekatkan diri kepada ALLAH.

3) Ibadah korban dapat membentuk jiwa yang ikhlas kerana sejumlah wang ringgit telah dibelanjakan demi mendapat keredhaan ALLAH.

4) Ia juga merupakan bukti ketakwaan kita kepada ALLAH kerana menurut perintahnya.

5) Ibadah korban merupakan amalan mulia dan sesiapa yang menunaikan ibadah tersebut bakal mendapat ganjaran paling baik, iaitu syurga.

Monday, October 14, 2013

#PemilihanUMNO: STEADYLAH!! SANG KELEMBAI MENGAMUK RAUF SABOTAJ RESULT NKP!!


Sebelum ini, Blogger Sang Kelembai ataupun Zaharin Mohd Yassin kerap kali kelihatan pincang. Namun daripada kenyataannya yang dikeluarkan dilaman Facabooknya, ternyata Jawatankuasa Pemilihan perlu membaca dan 'khatam' dahulu Perlembagaan UMNO jika mahu menggalas tanggungajawab tersebut.


STEADY SANG KELEMBAI!!



Namun begitu, secara ketaranya keputusan untuk Naib Ketua Pemuda UMNO DISABOTAJ!! Setelah mengetahui bahwa calon No.4, Khairul Azwan Harun mendahului dan MENANG SECARA TIDAK RASMI, Ab Rauf Yusoh sengaja melengahkan pengumuman keputusan rasmi dan sangat mengecewakan keraa setelah puas menunggu semalaman, diputuskan bahawa keputusannya SERI dengann JAMAWI JAAFAR, sedangkan terdapat perbezaan 9 UNDI BAHAGIAN. 

Jika diikutkan, Azwan Bro telah menang secara rasmi, kerana semua calon dikira undi mengikut KELEBIHAN UNDI BAHAGIAN. Maka, Azwan juga patut dikira sebegitu!!
Saya tak mahu ulas panjang... sambung baca dibawah pula.. 

Ulasan lengkap yang didapati adalah seperti TERSEBUT:

Proses demokrasi yang dilaksanakan dalam Pemilihan UMNO 2013 bagi tiga pergerakan sayap berakhir dengan peristiwa memalukan gara-gara sikap tidak profesional JK Pemilihan sendiri. 
Selain tidak profesional kerana terlalu awal mengeluarkan kenyataan kononnya keputusan dapat diketahui seawal jam 8.00 malam dan keputusan rasmi sekitar jam 3.00 pagi. 
Keputusan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda pula telah menimbulkan keraguan dan tanda tanya para 70,000 perwakilan pemuda. 

Sehingga jam 5.00 petang tadi media yang mula berkampung juga tertanya-tanya apakah yang berlaku terhadap keputusan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang melibatkan empat calon yang bertanding. 
Keraguan mula muncul apabila keputusan yang dipaparkan di umno-online tiba-tiba hilang sekitar jam 1.00 tengah hari di mana tertera proses pengiraan akhir undi sedang dijalankan :  
 

Justeru kita perlu susuri semua kronologi keputusan pemilihan bagi sayap pergerakan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, TV3 dan beberapa media lain sejak semalam. 

Memetik dua laporan media iaitu Berita Harian dah TV3 yang berakhir jam 2.30 pagi : 

 

Berita Harian : 

 


Khairul Azwan 44, Jamawi Jaafar 35. 
Selepas tunggu semalaman, pagi (13 Oktober 2013) tiba-tiba media dimaklumkan proses pengiraan semula dijalankan kerana beberapa masalah teknikal. (mungkin kalkulator habis bateri) 
 
Ok, kita terima. 
Akhirnya satu keputusan (SERI) dikeluarkan di mana Khairul Azwan memperolehi undi dari 73 bahagian begitu juga Jamawi Jaafar. 
Satu keputusan yang menimbulkan keraguan kepada ramai pihak lebih-lebih lagi satu salinan keputusan awal pengiraan telah pun dikirimkan kepada seseorang. 
Dalam kiriman tersebut menunjukkan Khairul Azwan Harun memperolehi undi dari 74 bahagian manakala Jamawi Jaafar hanya mendapat undi dari 71 bahagian.


 

Disusuli dengan Iruan yang mendapat undi dari 26 bahagian dan Lokman Adam 18 bahagian. 
Jumlah keseluruhan ialah (74 + 71 + 26 + 18 = 189) - keputusan pemilihan bagi pergerakan sayap dikira berdasarkan undi dari 189 bahagian kerana dua bahagian iaitu Pensiangan dan Gelang Patah mempunyai masalah di peringkat bahagian. 
Dari awal keputusan yang berakhir 2.30 pagi kebanyakkan media melaporkan Khairul Azwan mendahului Jamawi Jaafar. 
Tetapi anehnya hari ini ia berakhir dengan keputusan seri 73-73 dan bakal ditentukan melalui undian popular. 
Undi popular tidak akan menyelesaikan kemelut ini, kerana berdasarkan undi popular ia jelas memberi kelebihan kepada Jamawi Jaafar yang memperolehi undi sebanyak 19,497 perwakilan dari 71 bahagian. 
Manakala Khairul Azwan pula hanya memperolehi undi sebanyak 16,953 perwakilan dari 74 bahagian. (perkiraan awal sebagaimana tertera dalam kertas yang dikirimkan kepada seseorang) 
Justeru bagi menyelesaikan misteri 73-73 sewajarnya undi setiap bahagian dikeluarkan satu persatu iaitu jumlah 73 undi bahagian yang diperolehi oleh kedua-dua calon datang dari bahagian mana? 
SETERUSNYA

SIAPA KATA @Zahid_Hamidi SAMSENG?


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menempelak pihak-pihak yang mempertikai tugasnya sehingga menggelar beliau samseng berikutan tindakan tegas terhadap kumpulan kongsi gelap.

Menurut beliau, tindakan itu dilakukannya semata-mata untuk menjaga dan menegakkan hak asasi rakyat negara ini.

"Saya bukannya 'samseng' cuma tegas, kerja betul dan berani dalam melaksanakan tanggungjawab saya.

"Saya perlu menegakkan hak asasi manusia. Anggota polis yang kena tembak misalnya tiada siapa (pembangkang) yang membela keluarga itu, sebaliknya penjenayah pula disokong oleh mereka," katanya.

Beliau berucap dalam majlis penyerahan sebanyak 58 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha bagi Parlimen Bagan Datoh di pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), di sini semalam.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, beliau sudah mengarahkan sebuah pasukan khas dari Bukit Aman memantau aktiviti perjudian dan pelacuran di kawasan Bagan Datoh dan Simpang Empat.

Jelas beliau, tindakan itu bagi mengekang penglibatan masyarakat Melayu dalam gejala negatif tersebut.

"Saya akui di Simpang Empat memang ada tempat berjudi dan pelacuran dan yang menjadi 'babu' (pembantu) orang Melayu beragama Islam.

"Saya tidak boleh berkompromi dengan anak-anak kita yang beragama Islam ini yang membantu kongsi gelap melalui aktiviti tersebut. Perkara ini harus diatasi," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat terus memberi kepercayaan dan sokongan penuh kepada polis untuk melaksanakan tugas mengekang aktiviti jenayah tersebut. - UTUSAN

#KalimahAllah: ALHAMDULILLAH, MILIK ISLAM.. INI KALI BARU KITA TAU PAS ITU BETUL ATAU PESONG!!


Mahkamah Rayuan Putrajaya telah menetapkan kalimah Allah adalah hak milik umat Islam sekaligus telah menolak rayuan pihak gereja untuk menggunakannya dan juga keputusan Mahkamah Tinggi sebelumnya yang membenarkan kaum gereja menggunakan kalimah tersebut dalam penerbitan mereka.

Kita bersyukur kepada Allah s.w.t di atas segala bantuan dan rahmatNya ini. Umat Islam telah memperoleh kemenangan buat kali ke 3 berturut-turut. Ini bermakna kalimah Allah menjadi hak mutlak umat Islam dan kaum kafirin dan gereja khatolik tidak berhak untuk menggunakan kalimah tersebut di dalam apa jua penerbitan seperti Herald - The Catholic Weekly.


Pemimpin-pemimpin Islam bersemangat mempertahankan kalimah Allah berkumpul depan Istana Kehakiman, Putrajaya. Syukur perjuangan jihad akhirnya menemui kemenangan jua...

Kemenangan ini merupakan anugerah tak terhingga dari Allah s.w.t kepada umat Islam memandangkan pada esok hari kita akan sambut Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban. Ketika ini umat Islam sedang berwukuf di Arafah dan kita percaya mereka juga tak henti-henti berdoa untuk kemenangan ini. Begitu juga kepada umat Islam yang berpuasa sunat hari ini telah berjaya mendapat kemenangan ini.


Makcik ini dan anaknya turut hadir dan berdoa agar Allah memberikan kemenangan kepada umat Islam dalam mempertahankan kalimah Allah. Tak bayar sesen pun makcik ini tetap akan hadir mempertahankan agamanya.


Warga Putrajaya yang berkelapangan turut menyatakan sokongan dan berdoa kesyukuran di atas kemenangan umat Islam di hadapan Istana Kehakiman

Tahniah kepada semua pihak yang terlibat mempertahankan kalimah Allah ini hingga mencapai kemenangan kali ke 3 ini. Terima kasih barisan para hakim, peguam-peguam Islam, pertubuhan-pertubuhan NGO Islam dan orang perseorangan yang berdoa siang malam. Begitu juga kepada barisan bloggers dan facebookers yang telah berjihad melalui media sosial. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan kalian terhadap agama Allah ini begitu besar ertinya.


Pahlawan-pahlawan dari NGO Seni Silat turut hadir dan berdoa kesyukuran sebaik sahaja pengumuman kemenangan dibacakan oleh para peguam muslim.

Namun di sebalik kegembiraan ini kita wajar beringat bahawa pihak kafirin tidak akan diam dan redha dengan keputusan mahkamah ini. Mereka sentiasa mencari jalan untuk menyelewengkan kalimah Allah ini seperti mana tersiratnya agenda dan muslihat mereka untuk memecahbelahkan dan memurtadkan kaum muslimin di negara ini.

Orang ramai berdoa kesyukuran setelah pengumuman kemenangan umat Islam diumumkan

Puak-puak kafir ini akan membawa kes ini ke Persidangan Comango di Geneva pada 24hb Oktober ini untuk mencabar kemenangan umat Islam ini. NGO-NGO kafirin ini telah memulakan langkah dan strategi mereka untuk terus mencabar keputusan ini seterusnya mencabar Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja Melayu, syariat Islam seterusnya Ummah itu sendiri.


NGO yang berpakaian seperti pahlawan dan pendekar Melayu ini juga bersemangat mempertahankan kalimah Allah. Keris akan terhunus dan menusuk jika ada yang kurang ajar pada bangsa Melayu!

Justeru wahai umat Islam bersedialah dengan segala kekuatan yang kamu memiliki untuk menghadapi musuh-musuh kamu, musuh-musuh Allah dan musuh-musuh yang kamu tidak ketahui sedangkan Allah mengetahuinya. Ingatlah kaum kafir tidak akan dan pernah redha dengan umat Islam sehinggalah kita menuruti agama dan segala kemahuan mereka. Namun ingatlah mereka merencanakan muslihat, namun Allah lebih hebat muslihatnya. Kebatilan pasti akan hancur! - My Massa

Takbir... Allah Akhbar !

LUPAKAN KEJAP PASAL #PemilihanUMNO, RESULT #KalimahAllah PAGI NI JANGAN LUPA!!


TEMPAT: MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
JAM: 9.00 PAGI HINGGA SELESAI

SEMUA UMAT ISLAM DIJEMPUT HADIR!!!

#PemilihanUMNO: KEPUTUSAN NKP TUKAR IKUT UNDI POPULAR PULAK?! WTF!!


Keputusan mutakhir berhubung pemilihan UMNO 2013 yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2103, Tan Sri Tajol Rosli hari ini memperlihatkan keputusan seri bagi dua calon jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar dan juga Khairul Azwan Harun di mana masing-masing memperolehi jumlah kemenangan yang sama sebanyak 73 undi.

Menurut tan Sri Tajol, berdasarkan situasi tersebut, pihak jawatankuasa pemilihan akan menggunakan kaedah pengiraan undi popular seperti mana yang telah diputuskan sebelum ini bagi menentukan pemenangnya.

“Seperti mana yang kita beritahu di dalam taklimat sebelum ini, kita akan menggunakan kaedah undi popular bagi menentukan siapa pemenangnya. Kita akan jumlahkan kesemua undi yang diperolehi oleh dua calon ini dari 189 bahagian di seluruh negara.

“Setelah itu, barulah kita akan dapat menentukan siapa pemenangnya bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru,” ujarnya kepada pemberita di sidang media bertempat di Aras 4, Menara Dato Onn di sini hari ini.

Sementara itu, menurut Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Jusuh, Ibu Pejabat UMNO akan memanggil calon atau wakil calon tersebut dalam masa yang terdekat untuk menyaksikan perjumlahan semula undi yang diperolehi oleh kedua-dua calon Naib Ketua Pemuda UMNO itu.

“Pihak ibu pejabat akan memanggil kedua-dua calon atau pun wakil calon selepas hari raya Aidiladha ini untuk melihat sendiri kertas undi yang diterima ini oleh kedua-dua calon ini.

“Oleh yang demikian, kedua-dua calon bolehlah datang atau menghantar wakil apabila dipanggil oleh ibu pejabat UMNO untuk melihat proses perjumlahan semula kertas undi yang diperolehi oleh kedua-dua calon ini bagi menentukan siapa pemenangnya,” ujarnya.

Menurut beliau, keputusan rasmi berhubung pemenang bagi jawatan Naib Ketua Pemuda akan diberitahu kepada media setelah urusan penjumlahan semula undi untuk undi popular selesai dilaksanakan.

Manakala bagi keputusan sayap wanita pula, Datuk Seri Shahrizat mengekalkan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia dengan memperolehi undi daripada 172 bahagian. Manakala bagi jawatan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia pula dimenangi oleh Azizah Mohd Dun yang memperolehi 127 undi bahagian.

Keputusan bagi sayap pemuda pula memperlihatkan Khairy Jamaluddin terus mengekalkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia apabila 189 memberikan undi kepada beliau. Manakala bagi jawatan pengerusi tetap Pemuda UMNO Malaysia pula di menangi oleh Zubir Zabidi dengan memperolehi sebanyak 89 undi.

Bagi pemilihan di peringkat sayap puteri UMNO pula, Mas Ermieyati telah terpilih sebagai ketua Puteri UMNO Malaysia yang baru apabila memperolehi sebanyak 138 undi, manakala bagi jawatan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia pula dimenangi oleh Zahida Zarik Khan yang memperolehi 99 undi. - UMNO ONLINE

Sunday, October 13, 2013

KEPUTUSAN RASMI TERKINI #PemilihanUMNO, TAHNIAH @KhairyKJ #UMNO2013




PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA 
exco: 


PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA 
exco: 


PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
exco:

Saturday, October 12, 2013

#PemilihanUMNO: JANGAN LUPA DENGAR KEPUTUSAN TUIGA SAYAP MALAM NI. MUKTAMAD! #UMNO2013



Keputusan pemilihan bagi Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan diumum secara berperingkat malam ini sebaik keputusan dari bahagian-bahagian tiba seawal pukul 7 malam.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Datuk Seri Azmi Khalid berkata pihaknya menjangka keputusan awal tiba di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn di sini sekitar waktu itu.

"Pengerusi Tan Sri Tajol Rosli akan mengumumkan dari semasa ke semasa yang dijangka berlarutan sehingga awal pagi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Ditanya mengenai perjalanan mesyuarat perwakilan dan pemilihan yang bermula sejak 8 pagi, beliau berkata sehingga kini semuanya berjalan dengan lancar.

"Masalah kecil yang dilaporkan juga berjaya diselesaikan dengan kadar segera," katanya.

Azmi berkata bahagian-bahagian yang tidak mempunyai banyak anggota perwakilan mungkin menutup proses pemilihan seawal 1 tengah hari manakala bahagian yang besar seperti di Sabah, dijangkakan agak lewat.

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bermula serentak di 191 bahagian pagi tadi.

Kira-kira 230,000 anggota perwakilan diberi hak memilih pemimpin sayap masing-masing di peringkat bahagian dan pusat berbanding 2,500 anggota perwakilan sebelum ini.

Pemilihan kali ini menyaksikan 110,765 anggota perwakilan Wanita, kira-kira 70,000 Pemuda dan kira-kira 50,000 Puteri akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk memilih kesinambungan kepimpinan sayap parti itu bagi penggal 2013 hingga 2016.

Bagi Pergerakan Pemuda, 94 calon disahkan layak bertanding di peringkat pusat manakala 7,125 calon di peringkat bahagian.

Bagi Pergerakan Wanita pula, 51 calon layak bertanding di peringkat pusat dan 6,758 calon di peringkat bahagian.

Sebanyak 35 calon layak bertanding di peringkat pusat dan 4,955 calon di peringkat bahagian Pergerakan Puteri. - BERNAMA

#PemilihanUMNO: KEPADA SEMUA PERWAKILAN, SILA BACA WARKAH INI!!


SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT BERSIDANG KEPADA SELURUH PERWAKILAN UMNO. 

INGATLAH BAHAWA ANDA TELAH  DIBERI AMANAH UNTUK MEMILIH PEMIMPIN YANG JUJUR DAN IKHLAS DALAM MEMPERJUANG DAN MEMPERTAHANKAN KESUCIAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. 

SELAMAT BERSIDANG KEPADA SEMUA PERWAKILAN

UMNO… DULU, KINI DAN SELAMANYA….

Hayati lirik dibawah...

Lagu UMNO

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia


#PemilihanUMNO: TUN M TAK RESTU AKHRAMSYAH JADI KETUA PEMUDA?


Semalam, kecoh di laman-laman blog dengan bangga mengatakan bahawa calon Ketua Pemuda, Akhramsyah bersama-sama Tun M turun berkempen. Ini kononnya untuk menunjukkan kekuatan yang dimiliki Akhram, dan mahu menimbulkan spekulasi bahawa Tun M merestui Akham.

Tup tup, agak terkejut sebenarnya, selepas Tun M secara terbuka mengumumkan mahu Penyandang Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin kekal ditempat sedia ada. 

Seperti yang diketahui umum, Tun M merupakan individu yang sangat berpengalaman dalam asam garam politik UMNO ini. Jika dia mahu KJ kekal, ini maknanya Akhramsyah masih TIDAK LAYAK untuk gantikan KJ. Disamping, Kekuatan yang ada pada KJ ini sangat utuh untuk menakhodai Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi penggal yang kedua.

SEBELUM ITU, TONTON VIDEO INI DAHULU:


Dipetik dari POLITIK HARIAN:

Memetik kenyataan bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad jelas menunjukkan beliau mahu setiap perwakilan memilih calon yang boleh memenanggi PRU ke 14 akan datang!

Kenyataan ini memberi gambaran tepat dimana, YB Khairy Jamaluddin (KJ) adalah pilihan calon Pemuda UMNO yang dimaksudkkan oleh Tun M.
Bukan sekadar itu... Harus diingat juga bahawa KJ merupakan satu-satunya calon Ketua Pemuda UMNO yang bergelar "wakil rakyat' (YB) yang sudah pasti akan membawa kemenangan pada PRU ke 14 nanti.
"Calon yang menang dalam pemilihan UMNO kali ini menggalas tanggungjawab besar dalam menentukan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan perwakilan supaya bijak membuat keputusan sebelum memilih pada 12 dan 19 Oktober.
“Ingat, ini bukan pemilihan di dalam UMNO saja. Kesan baik atau tidak (pada pemilihan ini) hanya akan dapat dilihat pada PRU-14 nanti.
“Kalau perwakilan pilih calon yang tak baik dan tidak sesuai, jangan harap PRU-14 kita akan menang,” kata Tun Mahathir pada sidang media selepas melawat Tapak Pembinaan Terowong dan Kerja Bawah Tanah Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) Stesen Cochrane, semalam.
Justeru itu... Pemuda wajib memilih YB Khairy Jamaluddin untuk terus kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Ini adalah kerana KJ satu-satunya calon yang terbukti diterima oleh rakyat.
Selama dua penggal KJ menjadi Ahli Parlimen Rembau, beliau telah membuktikan bahawa calon BN ini (PRU13) diterima baik oleh rakyat dengan kemenangan majoriti yang meningkat sebanyak tiga kali ganda.
YB Rembau ini juga mempunyai pengikut ratusan ribu di laman media sosial yang turut membuktikan beliau diterima baik oleh anak muda dari kawasan bandar dan luar bandar.
Akhir kata selamat bersidang kepada semua Perwakilan, ingatlah setiap undi anda akan membawa kemenangan di PRU-14.
SETERUSNYA