Monday, March 17, 2014

#PrayForMH370: MISTERI KEHILANGAN #MH370 ADALAH HADIAH ULANGTAHUN KE-10 PEMBEBASAN ANWAR DARI PENJARA?


Berkait dengan artikel sebelum ini - [klik SINI]


Nampaknya ramai yang membaca analisa (disini). Kajian saya mendapati, sebenarnya beberapa NGO dari Amerika Syarikat dan negara-negara barat sudah mula bertapak secara perlahan-lahan di Malaysia sejak awal 1970 lagi, tetapi di negara-negara jiran ianya lebih awal sedikit.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) agaknya sudah terlupa untuk menyambut ulang tahun yang ke-10 (2004-2014) pembebasan DS Anwar Ibrahim (Anwar) dari penjara Sg. Buloh.

Oleh kerana saya amat meminati mengkaji pemikiran tokoh-tokoh politik era awal 1900an seperti Dato' Onn Jaafar, Tunku Abd. Rahman, Lee Kuan Yew, Sukarno, Mahatma Ghandi, Jawaharlal Nehru, Mao Ze Dong termasuklah Anwar Ibrahim.


Saya yakin ramai ahli-ahli PKR sendiri hatta Rafizi belum membaca buku kompilasi ucapan Anwar bertajuk "Menangani Perubahan" (1985) dan "Asia Renaissance" (1995). Saya juga yakin tidak semua orang PKR tahu bahawa Anwar semasa awal 1970 pernah dilatih di negara jiran.

November, 1998 - Al-Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat datang ke Malaysia memberi sokongan terbuka kepada DS Anwar Ibrahim (Anwar), sebenarnya selepas diminta oleh pihak Wall Street dan IMF. Ketika itu, Paul Schiff adalah Presiden Wall Street dan suami kepada anak Al-Gore. Beliau adalah keturunan Jacob Schiff orang penting dalam Revolusi Bolshevik. Manakala Michael Camdessus adalah Pengerusi IMF.

8.8.2000 - Anwar dihukum penjara oleh Mahkamah Persekutuan.

11.8.2001 - Anwar menulis dalam penjara Sg. Buloh dan mengeluarkan kecaman ke atas Mohd. Atta dan Osama ben Laden serta Saddam Hussien dalam majalah Time dan International Herald Tribune, New York. Kecaman Anwar sangat mengejutkan dunia Islam ketika itu.

2.9.2004 - Anwar dibebaskan daripada penjara Sg. Buloh.


Oktober, 2004 - Pertemuan penting dengan Paul Wolfowitz di Jerman, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Gus Dur turut hadir.
2005 - Apabila Anwar berhijrah ke United Kingdom, Anwar dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Investment Management Group (IMG) yang dipengerusikan oleh Al-Gore.
George Soros pula melobi Anwar sebagai pensyarah pelawat di St Anthony's College di United Kingdom. Christopher Patten adalah Pengerusi St. Anthony's College dan beliau adalah kroni George Soros.
Soros juga turut melobi perlantikan Anwar sebagai Ahli Jawatakuasa ICG (International Crisis Group) sebuah NGO yang mendapat suntikan kewangan dari Soros.

2006 - NGO Foundation For The Future (FFF) yang diketuai oleh Dick Cheney dan anak peremuannya Liz adalah bertujuan mempromosi Regime Change di negara-negara Asia Tenggara. Wikileaks mendedahkan Anwar memohon bantuan dana dari NGO Amerika kononnya untuk perubahan di Malaysia.

Julai, 2006 - Anwar dilantik Pengerusi FFF, apabila kontraknya sebagai konsultan di bahagian governance and accountability, Bank Dunia tamat.

GAMBAR ANWAR DIGANTUNG DI DALAM PEJABAT ANWAR DI AMERIKA???

1.10.2006 - Sebagai Pengerusi FFF, Anwar menulis surat kepada Robin Cleveland supaya Shaha Ali Riza dipindahkan dari Bank Dunia ke FFF. Riza dikenali dengan cerita skandal dengan Paul Wolfowitz.

15.12.2006 - Melalui NGO AccountAbility, Anwar yang dilantik sebagai Penasihat Kehormat memohon bantuan dana daripada Soros Fund Management.

2007 - Anwar Ibrahim & Associate (AIA) memohon bantuan National Endovment For Democry (NED) melalui Presiden NED Carl Geshman. Manakala Pengerusi NED, Madeline Albgriht melantik Anwar sebagai Panel Pemikir NED dan CFR (Council on Foriegn Relations). James Wolfonson pula melantik Anwar sebagai Penasihat Antarabangsa, Institut Brookings.

7.8.2008 - Anwar didakwa di Mahkamah kerana meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari yang difailkan sendiri oleh bekas pembantunya itu.

1.9.2009 - Pak Lah meletak jawatan dan Anwar menjangka Pilihanraya Umum Ke-13 akan diadakan bila-bila masa.

25.9.2009 - Anwar bertemu Richrad Haass di New York. Richard Haas adalah Pengarah Perancangan Dasar Luar Negara yang turut bertanggungjawab menasihati Presiden Amerika menyerang Iraq.


2010 : ANWAR IBRAHIM MAY WELL BECOME PRIME MINISTER

2010 - Di New York, Anwar diuar-uarkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Kempen "mengkehadapankan" Anwar sebagai Perdana Menteri diperbesarkan di New York dan Washigton DC.

2011 - Anwar dalam satu majlis di University College of London mewakili Al-Gore (Al-Gore Foundation) sebuah foundation yang sangat-sangat pro-Israel.

9.1.2012 - Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat. Namun Mohd. Saiful Bukhari mengemukakan rayuan.

24.1.2012 - "I support all efforts to protect the security of Israeli " (TWSJ)

5.5.2013 - Anwar dan PR tewas dalam PRU13. Anwar menyalahkan kerajaan Malaysia dengan tuduhan pengundi Bangladesh dan isu Dakwat Kekal.

28 Januari, 2014 - ADUN Kajang meletak jawatan tanpa sebab dan Anwar Ibrahim bercadang memenangi PRK Kajang untuk menjadi Menteri Besar Selangor, sebuah jawatan Ekskutif tertinggi peringkat negeri.

28 Februari, 2014 - Anwar berusaha membatalkan pemilihan Peguam Kanan TS Shafee Abdulah kali ke-3 tetapi gagal.

7 Mac 2014 - Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar bersalah dalam kes sodomi-II. Anwar Ibrahim memohon rayuan.

8 Mac 2014 - Tidak sampai 24 jam, tiba-tiba berita yang amat mengejutkan MH 370 dilaporkan hilang.

PERSOALAN BESAR:
  • 1. NGO-NGO di Amerika Syarikat dan sekutunya telah melabur begitu banyak dana, selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada 2004-2014.
  • 2. Persoalannya, dengan begitu banyak pelaburan NGO-NGO di Amerika dan sekutunya membina semula imej Anwar, apakah tuntutan penaja-penaja itu selepas Anwar gagal menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008 dan selepas PRU13 pada tahun lepas?
  • 3. Kini dengan keputusan 3 panel Hakim yang memutuskan sebulat suara Anwar bersalah dan dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara, apakah Anwar hanya akan berdiam diri dan merelakan dirinya memasuki penjara lagi?
  • 4. Secara peribadi saya ingin ulangi seruan saya sebelum ini, bahawa, “marilah kita rakyat Malaysia bersatu hati melawan kejahatan, kerana dengan izin Allah SWT, kejahatan itu akan tewas”. Insyaalah penumpang MH370 mudah-mudahan semuanya akan selamat. Yakinlah dengan Malaysia!
Sumber: AIDC

Sunday, March 16, 2014

#PrayForMH370: APAKAH RAHSIA DISEBALIK NOMBOR 3,7 DAN 0 ??? #MH370


Ini adalah sesuatu yang sengaja saya mahu kongsikan. Bukan untuk dipercayai hidup-hidup. Tapi hanya sebagai bahan untuk tambah pengetahuan.

Semasa saya sedang 'google' berita terkini tentang kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370. Saya terjumpa pautan yang agak menarik ini, kerana setelah dibaca, banyak juga yang relevan dengan insiden yang berlaku.


CREATIVE NUMEROLOGY

In the case of Flight 370, the dominant numbers are 3 and 7. To begin with, March is the 3rd month of this 7 global year (2+0+1+4=7). And this event occurred on the 7th day of the 3rd month.

As mentioned in my recent article “2014 – YEAR OF THE MIND”, there is always something “strange” and unfamiliar about the 7 vibration. The numerology involved here does indeed reflect the typical ‘weirdness’ and complexity of 7.

The type of aircraft involved is a Boeing 777-200ER. (Even the extension 200ER adds up to 7). En route from Kuala Lumpur to Beijing, flight 370 disappeared off the radar in Vietnamese air space on 7 March, 2014. This date breaks down to 7/3/7. (Or 3/7/7 in the USA.) The trip from Kuala Lumpur to Beijing is 3,700 kilometers. Malaysia Airlines started its operations on October 1, 1972, which breaks down to 1/1/1 =3. (Therefore, 3, made up of 1+1+1), is this company’s Destiny Path Number).

7 represents the inner details – hidden aspects – the inner workings – secrets – conspiracies – mysteries. 7 studies and analyzes the facts, and is also the number most associated with planning and orchestration. 7 thrives on knowledge – intelligence.

3 represents outer appearances which can be very deceiving. 3 is the ultimate ‘illusion’ number, and represents all forms of art and communication. 3 often over-simplifies in order to avoid having to deal with complexity and detail. So, when it comes to understanding this case, there is a constant pushing and pulling of information.

When 3 and 7 combine, understanding often gets thrown off in a new direction whether it is based on truth or not. 3+7 = 10 – the number which brings situations, for better or worse, to a ‘new level’.

Ironically, truth-seeking 7 is often used to hide the truth. 7 both deepens the mystery and intrigue – and exposes aspects that have been covered up. Consequently, 7 is associated with speculation, conspiracy, conspiracy theories, secrets, spying, scandals, and downfalls. 3, in its shallowest form, is associated with distraction, gossip, hearsay, and the spreading of rumor.

These are perplexing numbers indeed because, whether by chance or on purpose, they tend to obscure the reality of the matter – and other matters simultaneously going on in the world. It’s all connected.

#PRKKajang: GUAN ENG KATA WAN AZIZAH SOLEHAH SEBAB DIA LEBIH CINA DARI CHEW MEI FUN.


Hebat betul Lim Guan Eng ini, tak sangka seorang yang berlainan ideologi agama ini memuji calon PKR PRK Kajang, Wan Azizah bahawa dia adalah seorang ibu yang penyayang dan wanita yang solehah. Dia juga menyifatkan bahawa Wan Azizah mempunyai kriteria lengkap untuk memenangi hati pengundi di Kajang. HAHA! 

Jangan pendekkan akal awak yang panjang itu Guan Eng! Janganlah hanya tahu berkata-kata. Wanita solehah takkan KAHWIN LARI (tanpa restu) dan membenarkan mungkar (liwat/isu seks anwar dan chinadoll) yang diketahui.

Rasanya mungkin sebab kenyataan Wan Azizah yang ini kot:


Guan Eng juga mengatakan bahawa kadar tol akan dinaikkan jika BN menang di Kajang. Ini lagi lawak, rasanya bukan Kajang saja yang ada tol. Dari Bukit Kayu Hitam hingga ke Johor Bharu ada tol lah sengal! Harga tol akan dinaikkan mengikut kadar kebangsaan, bukannya mengikut kadar sesuatu kawasan. 

Kenapa awak tak tegur 'kebiadapan' Kak Wan awak memperlekeh usaha kerajaan dalam usaha mencari pesawat MH370 itu je Guan Eng? 


Yang ini tak puji pulak?


Dari MalaysiaGazette:
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan Datin Seri Wan Azizah Ismail sebagai wanita solehah dan mahu pengundi Kajang memilihnya sebagai wakil rakyat.
Setiausaha Agung DAP itu memberitahu, Wan Azizah yang juga Presiden PKR itu juga seorang isteri dan ibu yang penyayang bagi melengkapkan kriterianya memenangi PRK Kajang.
“Saya harap Kak Wan ( Wan Azizah) dapat mewakili rakyat Selangor dan menuntut hak rakyat kepada BN.
“Kak Wan boleh dapat sokongan kerana dia seorang solehah dan calon penyayang,” ujarnya semasa berucap di Stadium Kajang di sini malam tadi.
Menurut Guan Eng, PRK Kajang menjadi penghalang kepada kerajaan BN menaikkan kadar tol dan rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada pengundi di Kajang.
“Nasib baik ada PRK Kajang..anda semua sudah selamatkan rakyat Malaysia. Kalau naik BN akan kalah teruk di sini kerana Kajang ini dikelilingi highway dan banyak tol,” katanya.
Bagaimanapun, Guan Eng berkata, selepas PRK Kajang, tol mungkin akan dinaikkan semula dan bagi menanganinya hasrat menumpaskan BN pada pilihan raya akan datang perlu direalisasikan dengan memulakan kemenangan PKR di PRK DUN Kajang.
Mengenai kehilangan pesawat MAS, MH370, Gua Eng berkata, kerajaan Pulau Pinang bersedia membuka pintu seluas-luasnya kepada usaha-usaha mencari dan menyelamat (SAR) memandangkan misi itu diperluaskan ke Laut Andaman dan Lautan Hindi yang memungkinkan Pulau Pinang sebagai lokasi terdekat.
Walaupun tidak mahu mengulas mengenainya kerana usaha SAR masih berjalan namun Guan Eng dengan nada kesal mengkritik usaha SAR sebelum ini di Laut China Selatan dan Selat Melaka selama ini adalah sia-sia. 

#PrayForMH370: APAHAL KELUARGA #PilotMH370 PINDAH SEHARI SEBELUM #MH370 HILANG??



Berkait dengan artikel sebelum ini --> [klik SINI]

Disini terdapat satu lagi pembayang yang mungkin boleh dikaitkan bahawa dakwaan pesawat MH370 itu telah dilarikan oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah.


Sumber
Laporan daripada China, mendakwa bahawa keluarga Kapten Zaharie Ahmad Shah, pilot MH370 yang hilang misteri sejak 8 Mac 2014, telah berpindah sehari sebelum kehilangan pesawat malang itu.
Kapten Zaharie, menjadi fokus utama kehilangan misteri pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) B777-200ER MH370 yang berlepas daripada KLIA pada pukul 12.41 Sabtu dengan 239 penumpang termasuk krew laluan Kuala Lumpur Beijing, apabila terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang pada 1.30 pagi Sabtu. Pesawat itu sepatutnya mendarat di destinasi akhirnya Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama, namun hingga kini tidak sampai-sampai.


#PrayForMH370: TANYA SAMA ANWAR, APA SEBAB DIAM? #MH370 #PilotMH370


Kecoh hari ini setelah laporan oleh media antarabangsa, Daily Mail & Mirror News  menyatakan kemungkinan juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah merampas pesawat Malaysia Airlines MH370 adalah atas dasar 'anti government protest'. Dia juga adalah seorang individu yang fanatik dengan Anwar Ibrahim.
Daily Mail :
The Mail on Sunday has learned that Captain Zaharie Ahmad Shah was an ‘obsessive’ supporter of Malaysia’s opposition leader, Anwar Ibrahim. And hours before the doomed flight left Kuala Lumpur it is understood 53-year-old Shah attended a controversial trial in which Ibrahim was jailed for five years.
Campaigners say the politician, the key challenger to Malaysia’s ruling party, was the victim of a long-running smear campaign and had faced trumped-up charges.
Police sources have confirmed that Shah was a vocal political activist – and fear that the court decision left him profoundly upset. It was against this background that, seven hours later, he took control of a Boeing 777-200 bound for Beijing and carrying 238 passengers and crew.
Selanjutnya
Infografik ini menerangkan secara ringkas tentang kemungkinan yang dinyatakan ini:



Zaharie adalah seorang yang aktif berpolitik. Ini adalah gambarnya bersama Sivarasa Rasiah (MP Subang) ketika di suatu majlis.

Manakala, ini pula adalah teori dari sudut lain, iaitu 'social media engagement seperti yang dilaporkan Mirror News:
On Twitter and YouTube he has backed human rights groups and campaigners for internet freedom in Malaysia, which has strict Government controls.
Opposition leader Anwar Ibrahim called activists on to the streets and Capt Zaharie has "liked" videos by Ibrahim posted on YouTube.
Ibrahim was sentenced to five years in jail on gay sex charges on March 7, provoking widescale condemnation across the country.
The jet vanished in the early hours of the 8th 
Selanjutnya
Mungkin video ini dapat membantu untuk menggambarkan situasi sebenar kehilangan pesawat MH370 tersebut:


Tak sampai 24jam penyebaran berita ini, PKR telah membuat penafian mengenai laporan akhbar antarabangsa tersebut:

Sumber
Pelik. Kemana Anwar? Diamerupakan pucuk pimpinan pembangkang, dan dakwaan akhbar antarabangsa ini juga adalah dakwaan terhadap dirinya. 

Sehingga kini saya masih menanti penafian dan dakwaan dari Anwar. Sejak hari pertama insiden lagi saya tidak nampak batang hidung Anwar. Insiden ini menjadikan manusia yang lantang seperti Anwar bertukar menjadi pendiam?  




Kali ini ianya jauh beza. Tak sama seperti konflik di Lahad Datu (Lahad Datu Standoff) . 

Adakah Anwar juga frust kerana rancangannya untuk menggulingkan kerajaan gagal?

Tanya sama Anwar
Apa pasal hilang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

#PRKKajang: HARAPAN DARI PENGUNDI #Kajang


Berikut adalah video mengenai harapan pengundi N25 Kajang yang akan mengundi pada Pilihanraya Kecil N25 Kajang pada 23 MAC ini. Kita perlu ingat bahawa faktor menunaikan harapan sesebuah komuniti pengundi itu sangat penting, kerana mereka ialah 'juri' bagi mana-mana pilihanraya sekalipun, termasuklah PRK Kajang.


Pada pandangan saya sebagai pemerhati, saya lebih cenderung kepada Calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun, kerana jika hendak dibandingkan dengan Wan Azizah, walaupun dari sudut fizikal sekalipun, kita sudah boleh nampak bahawa Chew Mei Fun adalah yang lebih layak.

Seperti apa yang diikrar dan dijanjikan Chew Mei Fun (SINI)






#PrayForMH370: [INFOGRAFIK] KRONOLOGI PENUH KEHILANGAN PESAWAT #MH370 !!


Berikut adalah infografik mengenai kronologi sepanjang 8 hari peristiwa misteri yang menggemparkan seluruh dunia, iaitu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Ada yang kata ianya terhempas, ada yang kata ianya sudah berkecai. Tapi rupanya ianya telah dirampas (hijacked)

Berikut adalah kronologinya:


Pesawat MH370 Dilaporkan Hilang Pada Pagi 8 Mac 2014 Bersamaan Hari Sabtu



Seramai 239 Penumpang Termasuk Anak Kapal Berada Di Dalam Pesawat MH370 Dari Pelbagai Negara



Misi Pencarian Pesawat MH370 Dimulakan Dan Turut Mendapat Bantuan Pihak Antarabangsa


9 Mac: Siasatan Mendapati Terdapat Dua Penumpang Menggunakan Pasport Palsu Dan Berkemungkinan Pesawat MH370 Berpatah Balik




10 Mac: Beberapa Tompokan Minyak Pula Dikesan Tetapi Disahkan Datang Daripada Sebuah Tongkang, Bukan Daripada Pesawat MH370


12 Mac: Operasi Pencarian Pesawat MH370 Diperluas Dari 120 Batu Nautika Ke 200 Batu Nautika



Bantuan Pihak Antarabangsa Juga Turut Diperhebat


13 Mac: Satelit China Berjaya Mengesan 3 Objek Di Perairan Namun Usaha Menemukan Pesawat MH370 Tetap Gagal Setelah Pesawat Dihantar Ke Lokasi Berkenaan


Satelit negara China mendakwa menemui tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Boeing 777 - MH370 Sabtu lalu.



14 Mac: Sebuah Sumber Dari Amerika Syarikat Melaporkan Pesawat MH370 Mungkin Berada Di Lautan Hindi


Pegawai Amerika Syarikat mendedahkan ada "petunjuk" pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lalu mungkin terhempas di Lautan Hindi.

Saturday, March 15, 2014

#PRKKajang: #MH370 - BEZA ANTARA DUA PEMIMPIN. YANG MENDOAKAN & YANG MEMPERLEKEHKAN!!

Berkait dengan entri saya sebelum ini - [klik SINI]

Saya ada ketengahkan bahawa imej terhadap kreadibiliti Wan Azizah sebagai seorang berstatus 'Doktor' dan 'Wakil Rakyat' apabila dia telah memperlekeh usaha kerajaan terhadap misi pencarian pesawat MH370 , dimana isu ini telah mendapat perhatian dari serata dunia. [rujuk SINI]

Berikut adalah videonya:


Manakala disini terdapat perbezaan antara dua orang pemimpin politik dimana mereka masing-masing adalah merupakan calon bagi Pilihanraya Kecil DUN N25 Kajang 23 Mac ini.

Yang mana satu adalah melambangkan keperibadian seorang wakil rakyat? Individu yang bersikap bagaimanakah yang anda mahukan untuk memimpin?
  • Individu yang memperlekehkan usaha murni sesuatu pihak atau individu yang mendoakan usaha murni pihak tersebut?
KLXPRESS telah mendakwa bahawa Wan Azizah tidak Patriotik. 

 YA, BETUL....


KLXPRESS 
Ketika 13 negara menjalankan misi mencari dan menyelamat menggunakan peralatan dan kelengkapan canggih untuk mengesan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, tindakan Malaysia menggunakan khidmat “Bomoh Do Re Mi” memalukan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Presiden PKR itu dalam ceramah di Taman Maju Satu, Kajang malam tadi berkata, tindakan menggunakan bomoh itu memalukan negara, apatah lagi Malaysia turut dikenali sebagai salah sebuah negara Islam di dunia.

“Bagaimana Barisan Nasional (BN) menangani krisis pesawat hilang. China, kerana majoriti penumpang rakyat mereka, menggunakan satelit, Singapura menggunakan kapal selam. Malaysia pakai bomoh, naik tikar.
“Kita ada satu filem P Ramlee dahulu, Laksamana Doremi, itu memang dongeng,” katanya ketika berceramah di hadapan 300 penyokong Pakatan Rakyat (PR) merujuk kepada lagenda seni tanah air.
“Kalau orang Islam, kita tidak buat macam ini. Memalukan orang Islam,” katanya.

Portal berita, The Malaysian Insider (TMI) dilaporkan telah memadam artikel bertajuk “Dunia Guna Alat Canggih, Malaysia Pakai ‘Bomoh Doremi’ Cari MH370, kata Dr Wan Azizah” yang diterbitkan di portal tersebut sebelum ini.
Artikel tersebut menyelitkan kenyataan Presiden PKR itu yang memperlekehkan usaha kerajaan Malaysia dalam operasi mencari pesawat MH370, dalam ceramahnya di Sungai Jelok, Kajang malam tadi.
Ekoran tersiarnya artikel itu semalam, masyarakat terutamanya yang bersimpati atas tragedi pesawat MH370 mengutuk keras kenyataan dan tuduhan tidak berasas dibuat calon PKR untuk Pilihanraya Kecil (PRK) DUN kawasan itu.
Beberapa pemerhati politik melihat tindakan TMI tersebut bertitik tolak atas paksaan pihak tertentu agar artikel tersebut dipadam bagi mengelak Wan Azizah daripada terus dihentam masyarakat terutama menjelang PRK ini.
Isu berkenaan kehilangan pesawat MH370 mula menjadi sebahagian intipati ceramah kempen PR untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan.