Friday, February 22, 2013

KOLEKSI FOTO DAN VIDEO HOT #JDAB2013 KELANTAN!! #UiTM


Sebentar tadi baru sahaja selesai Program Jelajah Destini Anak Bangsa peringkat negeri Kelantan Darul Naim. Kali ini programnya agak unik dari sebelum ini kerana ianya turut disertai oleh barisan artis yang popular seperti Saiful Apek, Emma Maembong, Adira AF, Danny X-Factor dan Syed Aiman. Meh aku bagi sedikit ringkasan tentang program hari ini :






Program dimulakan dengan 'Flag-Off' oleh Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof Ir.Dr. Sahol Abdul Hamid di perkarangan UiTM Kota Bharu pada jam 8.00 pagi untuk menuju ke checkpoint pertama iaitu Pasar Jelawat, Bachok. Alhamdulillah, di Kedai Kopi Poo seramai 32 orang pelajar berjaya diterima masuk ke UiTM. Untuk pengetahuan anda, 10 orang daripada mereka ialah pelajar yang pernah gagal di peringkat Ijazah dan atas dasar simpati, mereka telah diberikan peluang kedua oleh pihak JDAB agar dapat membuktikan kebolehan mereka supaya dapat menebus kesilapan lampau.





Antara perbezaan ketara jika dibandingkan dengan JDAB 2012 ialah pada kali ini pihak UiTM turut sertakan 2 buah bas khas yang diubah suai menjadi klinik bergerak Optometri dan Klinik Pergigian yang memberi perkhidmatan pemeriksaan mata dan gigi percuma.



Alhamdulillah, kali ini JDAB diterima terbuka oleh rakyat Kelantan kerana mereka sebelum ini diracun olh parti politik tertentu dan mereka sekarang semakin terbuka dan untuk menerima perubahan yang dibawakan oleh PM Najib Razak. BO LA WEI!! :)

LAGI FOTO DIBAWAH :

















No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive