Sunday, February 24, 2013

#SKT2013 : KEMBARA #TukarKelantan SERANG KUBU KUAT PAS!!


Skuad Kembara TUKAR (SKT2013) semalam kembali meneruskan kembara seluruh Kelantan. Selepas menjelajah Parlimen Kota Bharu dan Parlimen Kubang Kerian pada hari pertama, mereka bergerak pula ke Parlimen Pengkalan Chepa dan Parlimen Bachok.

Kawasan-kawasan yang dituju pada sesi pagi adalah Panchor, Kijang dan Chempaka. SKT2013 bermula di perkarangan bangunan UMNO Negeri Kelantan dan melalui Jalan Pekeliling, Sg. Budor, To' Sadang, belakang Kem Tentera Kijang, Padang Tempak, dan Panchor.

Di Parlimen Pengkalan Chepa sahaja, lebih 1300 buah motosikal mengiringi SKT2013 menjelajah seluruh kawasan parlimen.

Pada sesi petang, SKT2013 bergerak ke Tawang, Perupok dan Jelawat melalui Beris Kubur Besar, Bandar Bachok, Badak, Gunong dan Peringat. Lebih 900 buah motosikal mengiringi SKT2013 di Parlimen Bachok.

Seperti biasa, SKT2013 berhenti di beberapa tempat di sepanjang laluan mereka untuk bertemu rakyat dan menyampaikan agenda TUKAR. Beberapa barangan seperti tshirt, VCD dan fliers juga turut diedarkan kepada orang ramai.

Di Bachok, SKT2013 turut berhenti di Dewan Serbaguna Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Kampung Tangok. Di sana berlangsungnya Majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup Secara Tunai Kepada Nelayan PNK Bachok. SKT2013 mengambil peluang untuk bertemu para nelayan di sana untuk menyampaikan agenda TUKAR. Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, YB Dato Dr. Awang Adek bin Hussin.

SKT2013 menamatkan sesi kembara pada hari kedua di Pekan Jelawat. Saksikan gambar-gambar di sekitar hari kedua kembara SKT2013.

Gambar-gambar di blog TUKAR KELANTAN

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive