Sunday, March 23, 2014

#PRKKajang: 'UNDI KECEWA' BAKAL KAMBUS 'UNDI SIMPATI' PKR!

Desas desus awal pagi ini calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun bakal menang dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang yang akan diumumkan keputusannya kira-kira pukul 9 malam ini.

Beberapa pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) berkata, walaupun ramai yang percaya calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak ada masalah untuk menang, namun ramai juga lupa bahawa terdapat pengundi yang sakit hati apabila wakil rakyat yang dipilih pada PRU 13, Lee Chin Cheh meletak jawatan.

“Dalam beberapa siri temubual dengan pengundi tak kira Cina, Melayu atau India, ramai yang kecewa dengan keputusan Chin Cheh meletak jawatan tanpa sebab yang munasabah.

“Mereka tidak kata akan tolak PKR pada PRK ini tetapi tidak mustahil disebabkan sakit hati dan kecewa, mereka akan beralih kepada BN,” kata seorang pengundi yang enggan dikenali.

Jelasnya lagi, melihatkan pada sokongan sepanjang tempoh berkempen, kedua-dua calon memang ada potensi untuk menang tetapi hati pengundi tidak siapa yang boleh baca.

“Susah nak cakap. Tetapi dalam hati kecil saya cukup bimbang jika pengundi yang sakit hati ini akan memenangkan calon BN.

“Kalau sebelum ini saya yakin PKR akan menang tetapi sejak malam tadi, saya mula cuak selepas memikirkan apa yang tersirat dalam hati pengundi lain. Apa pun, saya tetap berdoa agar PKR menang,” katanya. - Malaysia Gazzette

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive