Thursday, March 20, 2014

#PRKKajang: JAWAPAN BAGI FITNAH @AzminAli TERHADAP ISTERI PM @NajibRazak!!!

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah membandingkan kreadibiliti diantara isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor dengan Calon PKR PRK Kajang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (WAWI). 

Azmin sama sekali tidak menyatakan yang positif langsung terhadap DS Rosmah, dia telah memburukkan isteri PM secara total dan melobi kebaikan WAWI dengan begitu gah sekali.

PEMBAZIRAN adalah topik utama Azmin. Mari kita lihat, siapa yang membazir sebenarnya:


Antara dialog Azmin:
  • “Calon kita Dr Wan Azizah gigih berjuang. Beliau tidak ambil saham, tidak membeli cincin dan tidak menaiki jet persendirian.”

MASIH INGAT LAGIKAH JET PERIBADI INI? SIAPA YANG MENAIKI JET INI? 

ALASAN: TIADA PENERBANGAN KOMERSIAL 


SENARAI PENUMPANG:
  1. Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim
  2. Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw
  3. Naib Presiden PKR, Tian Chua
  4. Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr. Hatta Ramli
  5. Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin b
  6. Bekas Ahli Parlimen Kemaman dari PKR, Abdul Rahman Yusof
Walaupun jet ini tidak dinaiki oleh Wan Azizah (mungkin tidak sempat atau tidak dijemput) tetapi ianya dinaiki oleh 6 pemimpin PKR, dengan alasan, tiada penerbangan komersial pada waktu tersebut. 

Pada 14 September 2012, Tian Chua muat naik gambar semasa mereka naik jet ekslusif dari Labuan ke Kota Kinabalu atas nasihat Anwar Ibrahim dengan harapan perkara tersebut tidak disembunyikan.


Untuk penerangan penuh, rujuk SINI

Tidakkah ini boleh diklasifikasikan sebagai PEMBAZIRAN? 


  • “Kerajaan membelanjakan RM426,000,” jelas Azmin berkenaan jumlah perbelanjaan yang ditanggung kerajaan akibat daripada perjalanan Rosmah ke Qatar.

Sila rujuk laman Selangorkini -> SPR anggar kos PRK Kajang RM1.6 juta

Bagaimana pula dengan kos pembelanjaan yang mencecah hampir RM2 juta untuk PRK Kajang? PRK Kajang diadakan DENGAN SENGAJA dan mempermainkan mandat rakyat bagi menyelesaikan krisis dalaman PKR Selangor.

Bekas ADUN Kajang telah meletak jawatan dengan sengaja bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim, malangnya hasrat itu tidak tercapai kerana Anwar telah gugur syarat kelayakannya untuk bertanding kerana dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan (Kes Liwat II yang mellibatkan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan). Justeru, tempat Anwar tersebut telah digantikan dengan Wan Azizah bagi bertanding sebagai ADUN Kajang pada PRK Kajang yang akan berlangsung pada 23 MAC ini. Ternyata pencalonan WAWI hanyalah bagi memenuhi kemahuan Anwar semata-mata, bukannya kerana serius untuk memimpin rakyat.

Tidakkah ini juga boleh diklasifikasikan sebagai PEMBAZIRAN? 



  • “Wan Azizah semasa bergelar isteri Timbalan Perdana Menteri tidak menyalahguna kuasa,”
Siapa Azmin yang tahu dan boleh sahkan bahawa Wan Azizah tidak menyalahgunakuasa sewaktu Anwar menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dahulu?


Saya pun tidak boleh sahkan, tapi saya hanya boleh membuat andaian bahawa Wan Azizah 'bersubahat' kerana 'membenarkan' Anwar menyalahgunakuasa. Ini kerana Wan Azizah pasti tahu keperibadian, kesalahan dan segala rahsia Anwar bukan? Tetapi sehingga kini masih tiada penjelasan.

Contohnya: jam omega (rujuk SINI)



Tidakkah ini juga boleh diklasifikasikan sebagai LUDAH KE LANGIT TERKENA BALIK MUKA SENDIRI ? 
  • kos bil elektrik rumah Najib untuk tahun 2013 ialah RM2.1 juta manakala bil air berjumlah RM231,000.
Rujuk artikel dari The Malaysian Insider -> Bil letrik, air di kediaman rasmi Najib lebih RM2.5 juta setahun

Jawapan:
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini memberi penjelasan berhubung isu bil elektrik kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana. - sinarharian.com.my
  • Shahidan menjelaskan bahawa bil yang tinggi disebabkan ia termasuk penggunaan dewan seminar, bilik mesyuarat dan kuarters kakitangan dan ia bukan hanya digunakan oleh Perdana Menteri dan isteri. -  sinarharian.com.my
  • "Sebagai anggota Parlimen, dia (Ong) harus tahu bezakan antara kompleks dan rumah...jika seluruh kompleks itu hanya digunakan oleh Perdana Menteri dan isterinya, bil elektrik akan sama seperti mana-mana rumah yang didiami dua orang," kata Shahidan. -  astroawani.com
Atau boleh rujuk di blog RBF ONLINE

  • BN “wajib dikuburkan” kerana zalim dan rakus dalam pemerintahan sehingga menyusahkan rakyat

UNTUK MANIFESTO PAKATAN RAKYAT SELANGOR [klik SINI]

Siapa yang susahkan siapa? 2 penggal PR perintah Selangor, tapi janji dalam manifesto mereka tidak ditunaikan. Rakyat dengan penuh harapan mengharapkan perubahan, hakikatnya kerajaan persekutuan yang selesaikan banyak 'tahi' yang ditinggalkan Pakatan.

Contohnya isu air Selangor. Kesian rakyat kerana kemudahan air mereka dicatu rentetan kedegilan saf kepimpinan Pakatan Rakyat tidak mahu meneruskan Langat II.

Akhirnya....

MoU yang ditandatangani Khalid membolehkan kerajaan negeri mengambil alih 4 syarikat konsesi air di negeri itu serta suntikan dana RM2 billion oleh kerajaan pusat, selain daripada memberikan pampasan RM9.65 billion kepada syarikat tersebut

Galeri foto --> SINI
Penerangan mengenai isu penstrukturan air Selangor --> SINI



Antara Kak Wan dan Kak Ros

FMT News: 
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali malam tadi membandingkan calon PKR untuk PRK Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor. 
“Calon kita Dr Wan Azizah gigih berjuang. Beliau tidak ambil saham, tidak membeli cincin dan tidak menaiki jet persendirian,” kata Azmin yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak dan Ketua PKR Selangor dalam sesi ceramah di Sungai Sekamat malam tadi. 
Azmin menyambung ceramahnya dengan menyatakan perihal pembaziran oleh Rosmah. 
“Di sana siapa yang menggunakan jet persendirian? Saya bukan fitnah. Dia tidak menaiki pesawat MAS atau Air Asia. 
“Kerajaan membelanjakan RM426,000,” jelas Azmin berkenaan jumlah perbelanjaan yang ditanggung kerajaan akibat daripada perjalanan Rosmah ke Qatar. 
“Wan Azizah semasa bergelar isteri Timbalan Perdana Menteri tidak menyalahguna kuasa,” kata Azmin. 
Beliau turut mendedahkan pembaziran wang menerusi bil elektrik dan air ketika ekonomi gawat dan rakyat terpaksa mengikat perut. 
Menurut beliau, jumlah kos bil elektrik rumah Najib untuk tahun 2013 ialah RM2.1 juta manakala bil air berjumlah RM231,000. 
Terdahulu sebelum itu, Azmin menyatakan bahawa BN “wajib dikuburkan” kerana zalim dan rakus dalam pemerintahan sehingga menyusahkan rakyat. 
PRK Kajang ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail dan naib presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun. 
Kerusi DUN Kajang diisytiharkan kosong ekoran tindakan penyandang jawatan Adun, Lee Chin Cheh dari PKR yang meletakkan jawatan pada Jan 27. 
Kerusi Dun ini mempunyai 39728 pengundi berdaftar. Dalam pilihanraya umum tahun lalu sebanyak 87.9% pengundi melaksakan tanggungjawab mereka. Hanya 541 undi rosak direkodkan. - FMT
PILIH CALON BN - DATIN PADUKA CHEW MEI FUN (PILIHAN TEPAT!!!)


P/S: SIAPA YANG BAZIR? SIAPA YANG BERCERAMAH TAK CERMIN DIRI DULU??? 

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive