Thursday, March 20, 2014

#PRKKajang: MODAL KEMPEN IALAH #MH370 - USAHA KERAJAAN DIPERLEKEH & CYBERTROOPERS BN DIFITNAH!!


Portal berita FMT (Borneo) melaporkan bahawa Ahli Parlimen Penampang dari parti PKR, Darell Leiking telah mempertikai keputusan mahkamah rayuan diatas hukuman yang dijatuhkan keatas Anwar Ibrahim dan turut memperlekehkan usaha kerajaan Malaysia dalam insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.



Ahli Parlimen Penampang ini telah menuduh bahawa 'cybertrooper' Barisan Nasional telah mengaitkan Anwar Ibrahim dalam isu kehilangan pesawat MH370? Dah tak ada modal lain untuk berkempen ke? 

Ternyata ini adalah spekulasi liar semata-mata, persis BBC dan CNN!!!


Berikut adalah kenyataannya:
"Keputusan pilihan raya akan menjadi penentu sama ada rakyat menerima akan taktik media jentera Barisan Nasional yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penerbangan MH370 dan kegopohan dalam keputusan mahkamah rayuan, menurut Leikeng yang juga ahli parlimen (MP) bagi kawasan Penampang.
Beliau juga dipetik, melihat PRK Kajang sebagai titik perubahan dalam perkembangan politik negara berikutan cara pengendalian yang lemah kerajaan BN dalam siasatan kehilangan persawat yang membawa seramai 239 penumpang dan kru ke Beijing, pada 8 Mac yang lalu." [...]
Ternyata kebodohan dan ketidakmatangan yang dimiliki ini diserlahkan melalui perbuatannya sendiri. Tak sangka individu berstatus Ahli Parlimen seperti Darell Leiking ini hanya tahu cakap tanpa usul periksa dan dengan sesuka hati sahaja memberi kenyataan secara sembrono. Sepatutnya Darell perlu membuat 'ulangkaji' terlebih dahulu sebelum melontarkan kenyataan berunsur fitnah tersebut. 


Hakikatnya, sumber pertama yang mengaitkan Anwar Ibrahim dalam isu kehilangan MH370 tersebut adalah media antarabangsa,  iaitu Daily Mail dan Mirror News - [rujuk SINI

Darell juga perlu tahu bahawa, Anwar dikaitkan kerana Anwar dan Calon PKR PRK Kajang (WAWI) telah KANTOI MENIPU KERANA MENGATAKAN MEREKA TIDAK MENGENALI PILOT MH370, KAPTEN ZAHARIE AHMAD SHAH!!

TANYA ANWAR, KAK WAN DAN NURUL IZZAH, SIAPA 'TOK MENAKAN' KEPADA BAYI INI?
INI PULA APA???
Pembaca boleh baca dahulu petikan artikel dari portal FMT tersebut... dipetik dari artikel bertajuk 'MH370 mempengaruhi PRK Kajang?'

FMT Borneo: 
Keputusan PRK Kajang yang akan berlangsung pada Ahad (23 Mac) ini dikatakan akan dipengaruhi oleh kejadian kehilangan pesawat MH370 dua minggu lalu (8 Mac) apabila timbul maklumat kaitan juruterbang dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat yang hilang itu disyaki sebagai perampas pesawat Boeing 777-200, menambah lagi persoalan akan hala tuju perkembangan politik di negara ini, menurut seorang pemimpin politik tempatan Sabah. 
“Dalam masa satu minggu, pengundi di Kajang akan berpeluang menentukan hala tuju perkembangan politik Malaysia,” kata Darell Leiking, yang dipetik dari pesanan ringkas yang dihantarnya pada pagi Isnin. 
Keputusan pilihan raya akan menjadi penentu sama ada rakyat menerima akan taktik media jentera Barisan Nasional yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penerbangan MH370 dan kegopohan dalam keputusan mahkamah rayuan, menurut Leikeng yang juga ahli parlimen (MP) bagi kawasan Penampang. 
Beliau juga dipetik, melihat PRK Kajang sebagai titik perubahan dalam perkembangan politik negara berikutan cara pengendalian yang lemah kerajaan BN dalam siasatan kehilangan persawat yang membawa seramai 239 penumpang dan kru ke Beijing, pada 8 Mac yang lalu. 
Anwar Ibrahim yang bercadang untuk bertanding di PRK Kajang terpaksa berundur pada saat akhir berikutan mahkamah rayuan pada Jumaat petang beberapa jam sebelum kehilangan pesawat MH370, memutuskan beliau bersalah kerana meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. 
Pencalonan penasihat PKR dalam Majlis Dewan Undangan Negeri Selangor dikatakan untuk mengambil ahli tampuk kepimpinan Selangor berikutan perbalahan antara PKR Selangor dengan Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim. 
Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kemudiannya dicalonkan menjadi pengganti suaminya pada saat akhir pilihan raya di mana pemimpin Pakatan Rakyat, Lajim Ukin yang juga Pengerusi PKR Sabah yang baru kembali dari Kajang memberikan sokongan dan akan kembali ke Kajang untuk membantu selepas rehat sehari, menurut Leiking. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, Terence Siambun, menurut Leikeng juga sedang berada di Kajang sejak hari pertama kempen (Mac 11) turut menyumbangkan tenaga dan dilihat bersama dengan Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan dan Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain. 
Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup juga merupakan pemimpin Sabah yang datang ke Kajang untuk membantu calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dari parti MCA. 
Dalam ucapannya, yang juga diterjemahkan dalam bahasa mandarin berkata, “Undilah calon BN (kanan) untuk kestabilan politik. Undilah calon BN untuk kesejahteraan rakyat dan perpaduan negara. Undilah calon BN yang merupakan orang kamu sendiri,” rayu Joseph. 
Kenyataan beliau mendapat kritikan dari pelbagai pihak terutamanya pemimpin pembangkang kerana ia bercanggah dengan kenyataan lalunya yang mengesyorkan agar nama bangsa dalam apa juga borang di negara ini di hapuskan ketika perasmian Dialog Perpaduan: Suara Akar Umbi .yang berlangsung pada 22 Februari yang lalu. 
PRK Kajang akan melihat bertembungan satu lawan satu di antara Wan Azizah, yang juga presiden PKR dengan Chew Mei Fun, naib presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang juga bekas ahli parlimen Petaling Jaya Utara sebelum beliau dikalahkan oleh Tony Pua Kiam Wee dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada 2008. 
PRK Kajang diadakan berikutan perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Lee Chin Cheh yang dikatakan memberi laluan untuk penasihat PKR untuk masuk ke dalam dewan negeri Selangor mengetuai pentadbiran negeri Selangor. 
Chin Cheh melalui tiket PKR mengalahkan pencabarnya sebanyak majority 6,824 dengan undian sebanyak 19,571 berbanding Lee Ban Seng dari MCA yang mendapat undian sebanyak 12,747 pada pilihanraya 2013 yang lalu.

Usah jadikan insiden MH370 ini modal kempen dengan memperlekehkan usaha kerajaan. Kerajaan Malaysia telah buktikan kecekapan mereka, dan disebabkan itulah Malaysia diberi kepercayaan untuk mengetuai misi mencari pesawat MH370 (Ops SAR) dan lebih dari 25 negara telah bekerjasama dalam misi ini.

P/S: Nak kutuk kerajaan tak kena masa, isu pesawat jadi modal, ini isu antarabangsa, silap-silap perang dunia ke-3 boleh tercetus disebabkan mulut macam celaka ni. 

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive