Showing posts with label prk kajang. Show all posts
Showing posts with label prk kajang. Show all posts

Tuesday, March 11, 2014

#PRKKajang: PERSAINGAN 2 PENJURU YANG BAKAL MENAMATKAN KARIER POLITIK WAN AZIZAH?


PRK DUN N25 Kajang menyaksikan saingan satu lawan satu antara BN dan PKR selepas proses penyerahan borang pencalonan ditutup tepat pukul 10 pagi tadi.

Saingan berkenaan menyaksikan pertembungan dua pemimpin wanita berpengaruh daripada kedua-dua parti politik.


Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun akan mewakili BN manakala Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili partinya pada PRK itu.

Tiada calon Bebas hadir menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) seperti yang digembar gembur pada awal-awal pengumuman tarikh pilihanraya. Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman.

WAN AZIZAH HANYA PANDAI KELUARKAN AIR MATA PALSU  

Seperti diketahui Anwar Ibrahim tidak layak bertanding kerana dihukum penjara lima tahun oleh mahkamah rayuan, Zaid Ibrahim juga dilaporkan menarik diri begitu juga dengan Nallakaruppan.
PR memilih Wan Azizah sebagai calon PKR bagi kerusi DUN Kajang.
Pengundi Kajang perlu ingat bahawa, Wan Azizah bukan calon atau pemimpin yang berkredibiliti kerana beliau memasuki politik disebabkan desakan untuk perjuangkan nasib suaminya.
Pengundi Kajang juga perlu tahu memilih Wan Azizah bermakna mereka mengulangi kesilapan PRU13.
Selanjutnya di blog Double-Y


HAKIKATNYA, ADAKAH RELEVAN SEKIRANYA WAN AZIZAH DIPILIH SEBAGAI ADUN? 


TIDAK!!!
WAN AZIZAH ADALAH 'PENGAWET' KERJAYA POLITIK ANWAR
Dr. Wan Azizah telah pun diumumkan sebagai calon bertanding untuk PRK Kajang dalam satu sidang akhbar khas baru-baru ini. Pencalonan ini dikhabarkan telah dipersetujui oleh Lim Kit Siang yang mewakili DAP dan Dr. Hatta Ramli mewakili PAS.
Apa yang pasti PKR akan menggunakan strategi undi simpati, dan deraian serta air mata yang berbondong-bondong milik Wan Azizah bakal menghiasi siri ceramah dalam kempennya bermula malam ini.
Bijaknya Anwar, dia terus meletakkan dirinya di gelanggang publisiti agar menjadi perhatian dunia, dan pencalonan Wan Azizah tidak ubah seperti alat dan perkakas publisiti untuk Anwar Ibrahim.
Persoalannya, sejauh mana PKR, sebuah parti politik yang berbangga dengan slogan “demi rakyat”, boleh difikirkan rasional meletakkan Wan Azizah sebagai calon dan bakal mewakili 39,279 pengundi DUN Kajang sekiranya menang kelak?
Apakah Wan Azizah mampu memberikan khidmat kepada rakyat atas kapasitinya rela berkhidmat, atau sekadar sekali lagi menjadi proksi, atau “mayat hidup” kepada survival politik Anwar Ibrahim?
Selanjutnya di UMNO-ONLINE


#PRKKajang: @chewmeifun VS @drwanazizah .. MANA SATU PILIHAN KALBU? #PilihMeiFun

CALON BN DUN N25 KAJANG
IKON WANITA MCA
CALON PKR
PENGGANTI SUAMI (PARTI ANAK BERANAK)
IKON ISTERI 'TAAT'?

GELANGGANG PRK KAJANG: PERTEMUAN ANTARA DUA IKON


Sumber: Rakyat News

OPSS!! I'm Sorry!! :P
Kajang akan memperlihatkan pertembungan antara dua wanita apabila Datin paduka Chew Mei Fun dari Barisan Nasional (BN) bertanding menentang Datin Seri Wan Azizah Ismail meggantikan suaminya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Azizah yang juga Presiden PKR dicalonkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang berikutan Anwar bakal menghadapi hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan.
Anwar yang merancang untuk bertanding di Kajang terpaksa melepaskan hajatnya itu ekoran Mahkamah Rayuan telah menolak keputusan Mahkamah Tinggi 2012 diatas pertuduhan liwat II beliau.
Ianya sekaligus menutup dakwaan kemungkinan peralihan kuasa Menteri Besar Selangor kepada Anwar sekiranya PRK Kajang berpihak kepada PKR.
Menurur Wan Azizah, tugasnya kini adalah untuk menyambung legasi suaminya ekoran telah dicalonkan untuk bertanding di Kajang.
Beliau kemudiannya enggan mengulas dakwaan mengatakan akan menggantikan tempat untuk Anwar sementara Ketua Pembangkang itu berada di penjara sepertimana dilakukan beliau di kerusi Parlimen Permatang Pauh dahulu.
"Mereka boleh kata apa yang mereka mahu tetapi apa yang penting nama saya telah dicalonkan kerana saya presiden dan saya harus bertanggungjawab," kata Azizah.
Pencalonan Anwar di Kajang tidak mengejutkan kerana namanya antara terkuat dalam senarai 12 calon untuk menggantikan Ketua Umum PKR itu mengatasi anaknya, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.




Sunday, March 9, 2014

#PRKKajang: KEJUTAN YANG TAK BERAPA TERKEJUT!! MULA-MULA KATA @n_izzah GANTI ANWAR DI #Kajang, RUPANYA WAN AZIZAH!!


Seperti yang dijangka, setelah Mahkamah Rayuan mengumumkan keputusan Kes Liwat II semalam, Pasti isteri atau anak kesayangan Anwar Ibrahim akan menjadi penggantinya sebagai calon ADUN di Pilihanraya Kecil DUN N25 Kajang.

Setelah Anwar didapati bersalah... Maka, karier politiknya juga akan berakhir. Kini usia Anwar 66 tahun, dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun. Jika dicongak, selepas ditolak cuti umum dan etc, sekurang-kuragnya Anwar akan meringkuk didalam penjara paling kurang 3 tahun setengah. Sekurangnya pada umur 70 tahun baru Anwar akan bebas.

Anwar tidak bodoh. Jika kerusi Anwar sebagai ADUN Kajang ditandingi oleh waris terdekatnya, nanti bila Anwar dibebaskan, dia masih boleh berkuasa dan bersuara sekaligus mendapat tempat percuma sebagai pengganti isterinya sebagai ADUN.


Portal FMT melaporkan bahawa:-

Izzah ganti Anwar di Kajang? - FMT 
Adakah Kajang akan menyaksikan Nurul Izzah bertanding dalam pilihan raya kecil yang bakal berlaku tidak lama lagi bagi menggantikan Anwar Ibrahim yang sedang berdepan dengan kes rayuan pendakwaannya?
Dengan kes mahkamah yang sedang berlangsung ketika ini, mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah yang akan berlaku sekiranya mahkamah memilih untuk menerima permohonan rayuan yang dipanjangkan oleh pihak kerajaan terhadap keputusan mahkamah yang membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat sebelum ini.
Apa pula nasibnya dengan Kajang Move yang dicetuskan oleh minda paling hebat dalam PKR, Rafizi Ramli?
Adakah mungkin Rafizi terlupa untuk mengambil kira semua ini sebelum dia membuat keputusan untuk mengheret penduduk Kajang ke dalam permainan politik yang sudah nyata sekarang hanyalah untuk merealisasikan agenda politik peribadi Anwar Ibrahim.
Strategi yang kononnya hebat ini sekarang hanya jadi bahan lawak umum.
Kasihan Rafizi yang bertungkus-lumus berpencak menangkis pelbagai cakap-cakap yang rata-rata cuba untuk ‘menjatuhkan’ Anwar, dari dalam dan juga luar partinya sendiri.
Namun semakin banyak yang keluar dari mulut Rafizi, semakin mengarut bunyinya.
Jika hendak dibandingkan dengan Rafizi, saat ini Khalid Ibrahim nampaknya lebih bijak mengatur strategi dan lebih baik dalam cara melaksanakannya.
Walau bagaimanapun, apa yang pasti adalah sekiranya mahkamah memilih untuk menerima rayuan pihak kerajaan terhadap keputusan yang dibuat sebelum ini, satu Malaysia akan bergegar dengan teriakan penyokong-penyokong pro-Pakatan yang melaungkan ketidakadilan terhadap Ketua Umum PKR kesayangan ramai ini.
Calon ganti
Di sebalik semua ini, terdapat bisik-bisik dari dalam PKR sendiri bahawa mereka sedang bersedia menghadapi kemungkinan Anwar tidak dapat bertanding di dalam pilihan raya kecil Kajang.
Dengan yang demikian mereka telah menyenaraikan nama-nama individu yang pada mereka layak untuk menggantikan Anwar sebagai calon.
Antara nama yang disebut adalah tidak lain dan tidak bukan, Rafizi. Bagaimana dan mengapa Rafizi harus tersenarai serta dianggap sebagai calon yang sesuai, hanya orang-orang dalam PKR yang mampu menjawabnya.
Hanya mereka yang tahu mengapa mereka mahu meletakkan nasib penduduk Kajang di tangan individu seperti Rafizi yang nyata begitu ‘komited’ dengan tugasnya sebagai pencerna strategi untuk PKR.
Jangan nanti penduduk Kajang hanya dapat melihat batang hidung wakil rakyat mereka melalui berita-berita pendedahan (expose) di dalam media.
Satu lagi nama yang dicadangkan adalah Saifuddin Nasution. Apa yang boleh dikatakan mengenai Saifuddin selain daripada sebagai mantan Pengarah Strategi PKR, apa ‘strategi’ hebat yang telah dicetuskan olehnya?
Apa yang mungkin langkah paling bijak dibuat oleh PKR selepas PRU13 lalu, dengan mengambil kira kebarangkalian Anwar tidak dapat meneruskan cita-citanya ke Putrajaya melalui Kajang, adalah dengan melupakan dua nama yang terdahulu dan memilih nama ketiga yang dicadangkan. Nurul Izzah Anwar.
Hanya dengan Nurul Izzah menggantikan Anwar (sekiranya Anwar tidak dapat bertanding), PKR punya peluang untuk menebus kesilapan yang mereka lakukan kerana mempergunakan pengundi-pengundi di Kajang sebagai alat untuk kepentingan politik individu Ketua Umum parti itu.
Sekiranya Rafizi atau Saifuddin yang mereka pertimbangkan untuk menggantikan Anwar sebagai calon maka ucaplah selamat tinggal kepada PKR.
Siapa yang mahu meletakkan kepercayaan pada individu yang tuturnya seperti lalang dan langkahnya banyak yang sumbang?

Tiba-tiba pulak family mereka ni buat 'suprise', dengan mengumumkan bahawa Isteri Anwar Ibrahim (Isteri Paling Taat Di Dunia) sebagai pengganti Anwar sebagai Calon PKR DUN Kajang.

Wan Azizah ganti Anwar bertanding PRK Kajang - The Malaysian Insider 


 

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi menggantikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, kali ini dengan menggantikan ketua pembangkang itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Wan Azizah diumumkan sebagai calon di Bilik Gerakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang di Batu 12 hari ini yang diumumkan sendiri oleh Anwar.
Anwar terlucut kelayakan untuk bertanding di kerusi yang dikosongkan penyandang daripada PKR iaitu Lee Chin Cheh selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Wan Azizah akan berdepan dengan calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Datuk Zaid Ibrahim bagi kerusi berkenaan.
Lee memenangi kerusi DUN Kajang pada Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) dengan majoriti 6,824 undi, menewaskan calon BN Lee Ban Seng dan beberapa calon bebas dalam pertandingan enam penjuru.‎
"Badan kehakiman diperalatkan Umno untuk menghalang saya sebagai calon.
"Dengan ini saya umumkan Wan Azizah sebagai calon PRK DUN Kajang," kata Anwar.
Anwar turut berkata, beliau akan berkempen seperti biasa bagi membantu isterinya itu.
Keputusan berkenaan turut diterima sebulat suara rakan komponen PR daripada PAS dan DAP serta memberi komitmen untuk membantu kemenangan Wan Azizah di Kajang.
"Saya mewakili rakyat biasa melihat ketidakadilan ini. Kita tidak boleh ditindas, terus ditindas.
"Jangan undur, kita teruskan perjuangan. Sebagai Presiden PKR, saya ambil tanggungjawab ini," kata Wan Azizah pada sidang media itu.
Dengan pengumuman itu, Wan Azizah sekali lagi membantu karier politik Anwar selepas beliau bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 1999 ketika Anwar dipenjarakan atas kesalahan salah guna kuasa.
Wan Azizah bertanding atas tiket Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau memenangi kerusi berkenaan selama dua penggal iaitu pada pilihan raya 2004 dan 2008.
Pada September 2008, beliau meletakkan jawatan bagi membolehkan Anwar menyertai semula arena politik sebagai wakil Parlimen.
KENAPA ANWAR TAK LANTIK CALON PKR LAIN SELAIN ANAK BERANAKNYA?


Kenapa dia tak gantikan dengan calon PKR lain? Contohnya seperti Rafizi Ramli dan lain-lain. Ini adalah kerana Anwar sudah faham dan siap sedia bahawa yang lain bakal 'SAILANG' dia nanti. Setuju? Sekarang disaat campurtangan Anwar ke dalam lembah konflik dalaman PKR Selangor pun proksi sekelilingnya sudah tarik muka.

Disaat Wan Azizah yang kini punyai banyak masa lapak semasa Anwar di Penjara, Maka Anwar lepaskan tanggungjawab tersebut terhadapnya. Anwar berharap isteri kesayangannya itu dapat fokus dua tempat sekaligus, iaitu di DUN Kajang dan Parlimen Permatang Pauh.

Thursday, March 6, 2014

THE GODFATHER OF CORPORATE MALAYSIA: ANWAR OR DAIM ZAINUDDIN? (PART 2)

]\

Seperti apa yang saya tuliskan sebelum ini berkaitan dengan dakwaan Anwar Ibrahim bahawa Tun Daim Zainuddin ialah manusia paling korup dalam Malaysia. (rujuk SINI).


Dipetik semula oleh  Keadilan Daily:
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin antara Menteri kabinet paling rasuah apabila menggunakan proksi di luar negara untuk membina empayar perniagaan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Tun Daim menteri kewangan sebelum saya, manusia yang paling korup rasuah dalam sejarah Malaysia, saya ambil (jawatan menteri kewangan) selepas dia.
"Lepas jadi Menteri Mewangan (ada) puluh bilion ringgit. Bank di Afrika, bank di Eropah Timur untuk simpan duit dengan menggunakan proksi, " katanya.
"Kalau kamu buat 'open study' (kajian terbuka) boleh tahu macam mana dia punggah kekayaan negara ini," kata Anwar dalam ceramah di Taman Saga Emas di Kajang sempena perasmian bilik gerakan jentera dDaerah Mengundi Bandar Kajang.
Kata Anwar pada amalan korupsi yang dilakukan Tun Daim wajar didedahkan untuk mengelakkan rakyat daripada terus diperbodohkan.
SELANJUTNYA
Jika difikirkan semuala, memang relevan apa yang dikatakan Anwar itu. Bukan nak sokong Anwar, tapi ideologi  dan jika difikir secara logik, Jika tiaa berlaku unsur korup, takkanlah Tun Daim mampu kumpul aset sehinngga RM20 billion pada 2008 lagi. Manas dia korek modal? Sebelum ini pun saya ada dedahkan serba sedikit mengenai harta kekayaan Tun Daim. Saya bukannya  mahukan harta Daim, tapi saya cuma mahu Daim''declare,\' berapa total harta, sepeti jutawan lain. TAK SUSAH PUN.

PART 1: THE GODFATHER OF CORPORATE MALAYSIA: ANWAR OR DAIM ZAINUDDIN?:

KEKAYAAN YANG DIMILIKI OLEH TUN DAIM ZAINUDDIN TERUS MENJADI TANDA TANYA RAMAI PIHAK.
Minggu ini, pasti ramai PRESS di Malaysia sangat sibuk bukan? Terutamanya PRESS daripada majalah Malaysian Business terbitan Berita Publishing Sdn Bhd. Ini adalah kerana brtita yang disiarkan akhbar The Star - 'Daim’s exclusion from M’sia’s richest list queried' telah memberikan sedikit pembayang untuk menjadi penyelesaian kepada tanda tanya tersebut.


 
Kesian kat Tun Daim.. Sebelum sempat cari 'port' nak 'menyorok' dan 'menyamar' menjadi 'Rakyat Marhaen' seperti 'satira gambar' dibawah, Tup tup.. orang lain pulak main petik-petik nama dia lagi sekali:

"Jika Tiada Angin, Masakan Pokok Tak Bergoyang"
Pada mulanya, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar kerana mempertikaikan bahawa Tun Daim Zainuddin telah 'MISSING IN ACTION' daripada senarai 'TOP-40 Richest in Malaysia' keluaran majalah Malaysian Business milik syarikat Berita Publishing Sdn Bhd.

Untuk cerita yang lebih lanjut, sila [Klik SINI & SINI]
Yang menjadi persoalan disini ialah MANA DAIM? KENAPA TAK kenyataan untuk SELAMATKAN DIRI SENDIRI? Semua orang tahu bahawa Tun Daim ini ialah TOKOH KORPORAT YANG DISEGANI RAMAI, adalah wajar baginya umtuk membuat kenyataan bagi menyelamatkan diri sendiri, atau dalam erti kata lain, jika mahu selamat atau menghentikan tuduhan bahawa  TUN DAI M ZAINUDDIN BEBAS RASUAH.

Untuk lebih sensasi mengenai Tun Daim sila klik [SINI],

Esok saya akan ceritakan lagi siapa sebenarnya 'GODFATHER' yang sebenarnya. Tunggu Part 3 menyusul.

Thursday, February 27, 2014

#PRKKajang: CHEW MEI FUN MERUPAKAN 'KILLER' YANG DIGERUNI ANWAR?


“Kalau kerbau kita pegang talinya, kalau manusia kita pegang janjinya”. Itu insiden yang terjadi pada 8 April 2010 setelah dengan tidak berdolak-dalik lagi, Datin Paduka Chew Mei Fun meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan.

Waktu itu bukan ‘kecil anak’ jawatan yang disandangnya. Jawatan Ketua Wanita MCA, Pengerusi Wanita MCA Selangor dan Pengerusi Skuad Bantuan Bencana (CRSM) dilepaskan. Bukan itu sahaja tetapi berserta sekali jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta senator.

Semua ini atas sebab prinsip. Iaitu enggan bekerjasama dengan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang terpilih sebagai Presiden MCA pada 28 Mac tahun yang sama, meskipun terbukti telah terlibat dalam satu skandal.

Meskipun Soi Lek sebelum itu menawarkan Mei Fun untuk menduduki Majlis Presiden, dia tetap berpegang pada prinsipnya. Tindakan Mei Fun itu wajar dipelajari kerana di situlah letaknya natijah demokrasi yang sebenarnya.


Dan tiga tahun selepas tidak mempunyai sebarang jawatan, mungkin kerana ditakdirkan atas integriti yang ada pada beliau, Mei Fun kembali bangkit dalam MCA setelah terpilih sebagai Naib Presiden pada penghujung tahun lalu.

Baru-baru ini, beliau dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac ini.

Kalau diamati dari segi integriti, prinsip ini barangkali tidak ada pada diri Anwar. Kita tentu tidak akan sesekali lupa bagaimana Anwar sekitar 2011 dengan selamba berbohong bukan saja kepada rakyat di negara ini, malah kepada seluruh penduduk dunia apabila mendakwa akan berlakunya peralihan kuasa kerana lebih 30 ahli parlimen BN akan melompat menyokong pakatan pembangkang.

Kredibiliti dan maruah Penasihat PKR itu sebenarnya sudah tercalar sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen. Sedangkan sebelum itu, bukan main lagi tidak mahu mengiktiraf keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Kononnya ada blackout, penipuan undi termasuklah isu 40,000 warga asing yang didakwa digunakan untuk mengundi.

Pembohongan dalam dakwaan isu 40,000 warga asing yang dibawa masuk menjelang pengundian itu begitu serius. Tetapi seperti mana sebelum ini, dakwaan terbaharu itu dinafikan Anwar walaupun dakwaan sama disiarkan dalam portal berita antarabangsa, antaranya Straits Times Singapore, Wall Street Journal, China Post, The Economist dan Korean Press.



Terlalu banyak pembohongan demi pembohongan yang dilakukan olehnya dalam usaha untuk mempengaruhi rakyat membenci UMNO dan kerajaan. Anwar berbohong dan melempar tuduhan liar untuk membangkitkan rasa amarah, sekali gus menghasut rakyat bertindak mengadakan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan.

Dan barangkali sudah tiba masanya bagi Malaysia mengamalkan ‘politik ilmu bukannya politik ampu, politik hikmah bukan politik fitnah dan politik bakti bukan politik undi’.

Hakikatnya, integriti adalah fenomena abstrak dan subjektif yang lazimnya digandingkan dengan persepsi manusia terhadap kredibiliti, ketulusan, keikhlasan, kejujuran, etika, prinsip moral, hati budi, perilaku dan tahap dedikasi serta komitmen manusia lain. Ini terutamanya bagi mereka yang berjawatan seperti para menteri serta ahli Parlimen.

Watak yang dimainkan oleh ahli politik, apatah lagi bakal-bakal calon pilihan raya kecil DUN Kajang nanti termasuklah butir bicaranya juga dinilai dari sudut keintegritiannya. Sekiranya yang diomong dan diceramahkan itu tidak dilaksanakan, pada waktu itulah integritinya terhilang. Apatah lagi jika bicaranya itu sering kali mencela dan mencaci, pada waktu itu jugalah, integritinya semakin pudar dan lenyap. Inilah yang disebut oleh Syed Hussein al-Atas dalam Intelektual Masyarakat Membangun sebagai ‘bebalisme’ yang mana cirinya yang menonjol adalah kehilangan pekerti.

Di sebalik wajah integriti yang bertaut pada Mei Fun, apakah akan ada kejutan pada 23 Mac ini di Kajang? Adakah kira-kira 42 peratus pengundi Cina di Kajang akan memberi peluang kepada Mei Fun atau setidak-tidaknya untuk ruang kepada MCA sendiri tampil dengan tekad baharu memberi sumbangan kepada kaum Cina.

Jika diambil kira rekod MCA dengan parti saingannya, DAP dalam sejarah pilihan raya memang tidak kurang hebatnya. MCA juga boleh belajar daripada sejarah politik parti itu sendiri dalam 11 pertembungan dengan DAP bagi merebut kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum yang diadakan sejak 1969.

Pada 1969, MCA seri dengan DAP apabila kedua-dua parti itu masing-masing memenangi 13 kerusi. Namun pada pilihan raya 1974 MCA bangkit dengan (19-9),1978 (17-16) dan 1982 (24 -9). MCA kemudiannya tewas kepada DAP, dua kali berturut-turut pada 1986 (17-24) dan 1990 (18-20). Tetapi MCA kembali bangkit pada 1995 (30-9), 1999 (28-10) dan 2004 (31-12 ). MCA kembali kalah pada 2008 (15-28) dan yang terbaharu 2013 (7 -38). Ini bermakna MCA berjaya menewaskan DAP 7 kali, tewas 4 kali dan seri sekali dalam 11 pertembungan mereka.

Secara keseluruhannya MCA berjaya menang 219 kerusi berbanding DAP hanya 189 dalam pertembungan 44 tahun mereka sejak 1969.

Mei Fun boleh mengambil suntikan semangat ini untuk berdepan dengan PKR di Kajang.

Calon bukan pilihan atau ‘underdog’ pasti akan muncul dalam setiap pilihan raya termasuk dalam saingan pilihan raya kecil seperti Kajang. Sejarah pilihan raya di negara ini menyaksikan ramai calon ‘heavyweight’ yang tumbang. Apa yang membezakan calon-calon bukan pilihan ini adalah kemampuan dan keterampilan mereka untuk menggugat calon pilihan dan menjadi calon ‘Giant Killer‘.

Mei Fun tampil dengan rekod integriti dan reputasi yang baik. Cuma, mampukah beliau mencipta kejutan sebagai si Giant Killer - dalam keadaan politik semasa di mana sesetengah pengundi sudah mempunyai pendirian masing-masing parti atau calon mana yang mahu diundi? - Source

Thursday, February 20, 2014

#PRKKajang: KENAPA PERLU LETAK CALON MELAYU? INI SEBABNYA!!


PRK Kajang merupakan satu pilihanraya kecil yang mungkin paling sinikal dalam sejarah politik Malaysia, berlaku hanya kerana mahu menyelesaikan kemelut dalaman PKR. Tapi dari sudut berbeza ini adalah medan persepsi untuk menampakkan sosok Anwar Ibrahim SEMAKIN HAMPIR menakluk Putrajaya. Kajang adalah sebuah daerah yang berjiran dengan Putrajaya.

Ini bukan analisis rasis tapi untuk menyedarkan pihak yang berkaitan tentang terdapatnya sentimen rasisme yang harus diambil kira dalam menentukan calon paling layak untuk menentang Anwar Ibrahim di PRK N25 Kajang pada 23 Mac nanti. Terdapat info yang mengatakan DS Najib Razak akan meneruskan kouta tradisi kepada MCA jika BN bertanding di PRK Kajang. ADAKAH ITU KEPUTUSAN TERBAIK??

Presiden MCA yang baru dilantik, DS Liow Tiong Lai mungkin akan mempertahankan MCA untuk meletakkan calon mereka bagi membuktikan kaum Cina sudah mula kembali kepada BN di bawah kepimpinannya. Dari satu info sahih Tiong Lai cuma mampu menjanjikan kenaikan undi Cina kepada BN dalam PRK Kajang dalam kadar 30%, berbanding 15% undi Cina yang BN perolehi dalam PRU13. Dapatkah kenaikan 15% undi Cina merubah keputusan PRK Kajang, 30% dari 40% (pengundi Cina keseluruhan) itu cuma dalam kadar 14% undi Cina keseluruhan untuk BN. Seperkara lagi, DAPATKAH KITA MEMPERCAYAI JANJI MCA??

PENGUNDI MELAYU

Seperti di peringkat nasional dalam PRU13 lalu UMNO telah membuktikan peningkatan undi Melayu kepada BN, termasuk juga di Kajang jika diperhatikan pada statistik jumlah undi di peti-peti undi majoriti Melayu di seluruh Kajang.


Dapatkah MCA mengakui hakikat ini.... akur dan mengalah sesekali, dan membuktikan kesungguhan mereka dengan memberi bantuan kempen yang padu kepada calon Melayu dari UMNO dalam PRK Kajang kali ini.

Anwar Ibrahim telah menggerakkan langkah awal di kawasan-kawasan peti undi Melayu walaupun tempoh kempen yang sah belum lagi bermula. Seperti biasa wayang 'plain-folks' akan ditayangkan bagi mempertontonkan kezuhudan peribadi. Nawaitu tersirat adalah kebimbangan Anwar terhadap pengundi Melayu yang mungkin akan menjejaskan jumlah majoriti, sekaligus menempelak kredibilitinya selaku pemimpin nomero uno dalam Pakatan Rakyat.

Dua minggu di Kajang sebelum tarikh kempen rasmi (penamaan calon)
kenapa cuma berlegar di kawasan PDM Melayu??
Anwar sedar jumlah peratusan keluar mengundi dalam PRK akan berkurangan berbanding jumlah pengundi PRU13 lalu, namun persepsi tetap dilihat kepada jumlah majoriti bukan peratusan majoriti. Kerana itulah Anwar terpaksa turun dan 'bersandiwara' habis-habisan di sekitar kawasan Melayu di DUN Kajang bagi memastikan jumlah undi dan majoriti yang akan dimenanginya lebih banyak dari jumlah majoriti calon PKR dalam PRU13 lalu.SATU-SATUNYA PENGHARAPAN ANWAR SEKARANG ADALAH UNDI MELAYU!

BN tidak perlu mensasarkan kemenangan di PRK Kajang, kerajaan negeri tidak akan berubah meskipun berjaya merampas DUN Kajang. Cukuplah BN memasuki gelanggang dengan harapan untuk mengurangkan majoriti yang dimenangi oleh PKR pada PRU13 lalu... ITU SUDAH CUKUP UNTUK DIISYTIHARKAN SEBAGAI SEBUAH KEMENANGAN. Kemenangan adalah bonus, tapi pengurangan majoriti sudah cukup untuk memijak-mijak maruah seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim!

MERAIH UNDI MELAYU


Di era BN masih kukuh pada PRU tahun 1999, calon PAS, Dr Syafie Abu Bakar memenangi majoriti kecil 37 undi mengalahkan calon MCA dari BN. PRU13 lalu calon PKR, Lee Chin Cheh menewaskan calon BN, Lee Ban Seng dengan majoriti 6,824 undi... BN cuma memperolehi 15% undi kaum Cina. DAPATKAH KITA MENGHARAP MAGIS DARI MCA BILA MENENTANG ANWAR IBRAHIM (baca:calon Melayu dari PKR)??

Satu-satunya jalan keluar dari enigma ini adalah meletakkan CALON MELAYU UMNO sebagai calon BN dalam PRK Kajang...itu saja jalan terbaik untuk menghukum Anwar Ibrahim dan PKR. Personaliti calon pula harus diteliti sehabis baik dengan meletakkan seorang pemimpin MUDA, ANAK TEMPATAN, PROFESIONAL ataupun dari kalangan AGAMAWAN. Kriteria-kriteria itu sudah cukup untuk menjunamkan Anwar Ibrahim walaupun bertanding sebagai underdog. Ramai pemimpin muda UMNO tempatan yang pastinya boleh dijulang!

Ura-ura mengatakan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Berjasa akan turut meletakkan calon mereka, BN mungkin boleh meletakkan proksi calon Cina sebagai calon bebas jika mahu memecahkan undi Cina. Ini kerana jika BN meletakkan calon Cina MCA sudah pasti lebih ramai calon Melayu akan bertanding atas tiket bebas dan akan mengecilkan margin undi Melayu kepada BN, ketika undi Cina kepada BN yang masih boleh dianggap sebagai 'misi mustahil'.

Kesimpulan di sini untuk dipertimbangkan secara serius oleh DS Najib Razak, BN cuma akan bertanding sebagai pelengkap syarat jika meletakkan calon MCA.

Jika BN mahukan sebutir peluru perak untuk menembak mati segala arogan Anwar Ibrahim, calon MELAYU, MUDA, ANAK TEMPATAN, PROFESIONAL/AGAMAWAN adalah keputusan yang tidak akan pernah disesali!! - #BN4Kajang

Thursday, February 13, 2014

#PRKKajang: KETUA WANITA PKR DECLARE AKAN SABOTAJ ANWAR, HOW ABOUT PAS?


Zuraida Mak Lampir mensabotaj Anwar di PRK Kajang?

"KALAU saya merupakan pengundi Kajang, saya akan merosakan kertas undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang." - Zuraidah Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang, Ketua Wanita PKR)
Kenapa? Ini pasti Zuraida sudah sedar akan kemudaratan PRK yang bakal diadakan ini. 

Apa yang memudaratkan itu? baca dibawah:

KALAU saya merupakan pengundi Kajang, saya akan merosakan kertas undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Ini sebagai tindak balas terhadap kenyataan Zuraida Kamaruddin dari sayap wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kononnya mahu membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh lebih 10,000 undi majoriti.
Lee Chin Cheh yang bertanding sebagai muka baharu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah memperoleh 19,571 undi dalam pertarungan enam penjuru, mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Lee Ban Seng dengan majoriti 6,824 undi.
Zuraida bagaimanapun berkata Anwar ialah pemimpin nombor satu dan menetapkan sasaran supaya undi majoritinya mencecah 10, 000.
Pandangannya adalah silap. Jangan lupa PRK Kajang adalah sesuatu yang disengajakan, ia menyusahkan rakyat demi menyelesaikan masalah parti.
Kajang merupakan kawasan campuran dengan hampir 40,000 pengundi di mana 48.5 peratus ialah Melayu, Cina (40.44 peratus), India (10.15 peratus) dan lain-lain (0.91 peratus).
Angin pembangkang bertiup kencang pada tahun lalu, kejayaan PKR mengekalkan kerusi ini bukan sesuatu di luar jangkaan.
Namun dalam PRK Kajang, walaupun Anwar nampak berada dalam kedudukan baik, tetapi beliau mungkin mengalami penurunan undi majoriti.
Andaikan Anwar mendapat sokongan Cina tetapi Melayu tidak menyokong, beliau tetap akan kecundang.
Walaupun PKR menang, tetapi tetap 'tiada muka' jika undi majoriti menurun. PRK Kajang turut menjejaskan hubungannya dengan rakan pakatan.
Jika Sultan Selangor tidak berkenan Anwar menjadi Menteri Besar, maka segala yang dilakukan menjadi sia-sia.
Dalam PRU-13, sebanyak 88.4 peratus pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab manakala undi rosak ialah 541 keping. Lazimnya, peratus keluar mengundi akan menurun semasa pilihan raya kecil.
Jika saya ingin menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi tetapi tidak dapat membuat pilihan antara Anwar dan MCA, maka saya akan membuang undi rosak. Jumlah undi rosak yang tinggi mungkin memberi amaran kepada calon.
Gabungan Bersih sendiri telah mempertikaikan PRK Kajang dan berpendapat Anwar harus memberi penjelasan kepada rakyat.
Kem Anwar tidak boleh terlalu angkuh dan keluarkan kenyataan untuk menang lebih 10,000 undi majoriti. Jentera mereka dari awal lagi sudah silap tafsir terhadap keadaan semasa.
Jika Zuraida tidak jelas dengan apa yang sedang berlaku, sila melayari laman web dan membaca pesanan yang ditinggalkan penyokong pembangkang.
Pesanan kepada calon bebas pula, tolonglah jangan datang mengacau. Empat calon bebas di Kajang telah kehilangan deposit dalam PRU-13, keadaan sama akan berlaku dalam pilihan raya kecil - MalaysiaGazette
Walau bagaimanapun, Sayap Wanita PKR Dah sedar, bagaimana pula dengan PAS? 

P/S: Tonton video dibawah sebagai tatapan puak PAS!!

Wednesday, February 12, 2014

INFO #PRKKajang: PENDEDAHAN SALASILAH HIDUP @anwaribrahim!!!


Kalau bab nak bercerita kisah Anwar, rasanya sudah ramai tahu dan buat-buat tak tahu (macai pembangkang) mengenai sifat hipokrit dan kaki kencingnya. Namun begitu, adakah semua tahu tentang sejarah Anwar?

Saya tertarik dengan video-video yang dimuat naik di channel Youtube iFiles JSmith dimana ianya menceritakan semula salasilah hidup insan bernama Anwar Ibrahim. Ia bermula bagaimana Anwar mula menjadi aktivis pelajar  di Universiti Malaya dan berakhir dengan pendeharkaannya kepada UMNO. 

Berikut adalah salah satu video daripada Channel Youtube tersebut.

"Kuasa Rakyat adalah ideologi yang diimport dari Zionis di Amerika"

Jom sama-sama tonton video dibawah:


Untuk siri BM (SINI)
Untuk siri English (SINI)
Untuk siri Mandarin (SINI)

MY SLIDESHARE UPLOAD