Wednesday, March 5, 2014

ANWAR TUDUH TUN DAIM MANUSIA PALING KORUP, ANWAR PULA APA? MANUSIA KURAP?

[DIKEMASKINI] 


Nampaknya Tun Daim mula diserang oleh Anwar. Anwar mendakwa bahawa Bekas Menteri Kewangan/Melayu terkaya di Dunia ialah manusia yang paling korup di Malaysia, dan juga mempunyai banyak bank di luar negara. (Klik SINI)

ANWAR TUDUH TUN DAIM KERANA NAK TUTUP PEKUNGNYA SENDIRI?

Ini mungkin berikutan dengan pertikaian ramai pihak yang kurang berpuas hati kerana Nama Tun Daim tidak tersenarai dalam dalam senarai 'TOP 40 RICHEST MALAYSIAN' keluaran majalah Malaysian Business baru-baru ini. Pembaca boleh rujuk THE GODFATHER OF CORPORATE MALAYSIA: ANWAR OR DAIM ZAINUDDIN? untuk info lebih lanjut. Manakala, untuk entri saya yang lain berkaitan TUN DAIM ZAINUDDIN [klik SINI]


Anwar dakwa Daim manusia paling korup di Malaysia



Keadilan Daily :
KAJANG, 3 MAC: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin antara Menteri kabinet paling rasuah apabila menggunakan proksi di luar negara untuk membina empayar perniagaan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tun Daim menteri kewangan sebelum saya, manusia yang paling korup rasuah dalam sejarah Malaysia, saya ambil (jawatan menteri kewangan) selepas dia.

"Lepas jadi Menteri Mewangan (ada) puluh bilion ringgit. Bank di Afrika, bank di Eropah Timur untuk simpan duit dengan menggunakan proksi, " katanya.

"Kalau kamu buat 'open study' (kajian terbuka) boleh tahu macam mana dia punggah kekayaan negara ini," kata Anwar dalam ceramah di Taman Saga Emas di Kajang sempena perasmian bilik gerakan jentera dDaerah Mengundi Bandar Kajang.
Kata Anwar pada amalan korupsi yang dilakukan Tun Daim wajar didedahkan untuk mengelakkan rakyat daripada terus diperbodohkan.

"Jika Najib punya integriti, dia perlu bertanggung jawab dengan apa yang dilakukan dan apa yang dicuri oleh Tun Daim Zainuddin dan bagi balik kepada rakyat, " kata Anwar.

"Kalau tidak bercakap, mereka ingat macam orang (rakyat Malaysia) tidak tahu, " katanya.

Hadir sama Cdalam program ceramah tersebut ialah ahli parlimen Kepong, Tan Seng Giaw, Adun Taman Templer, Tuan Zaidi Abdul Talib pimpinan KEADILAN Selangor. 
P/S: MASA ANWAR TUDUH DAIM, DAIM DIAM. MASA DAIM TUDUH ANWAR, ANWAR PULAK DIAM. TEKA-TEKI APA NI?

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive