Showing posts with label wan azizah. Show all posts
Showing posts with label wan azizah. Show all posts

Wednesday, March 12, 2014

#PRKKajang: WAN AZIZAH TAK MENGAKU AMALKAN NEPOTISME KERANA APA?? #KajangBetrayed #Kajang



Saya tertarik dengan wawancara oleh portal The Malaysian Insider bersama Datuk Seri Wan Azizah, calon PKR bagi PRK N25 Kajang yang baru diumumkan semalam.


Seperti yang kita semua tahu, Wan Azizah adalah pengganti kepada calon asal, iaitu suaminya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dimana telah gugur kelayakannya untuk menjadi calon rentetan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun (kes liwat 2) baru-baru ini. Untuk pengetahuan, sudah dua kali Wan Azizah menggantikan tempat Anwar. Sebelum ini di Permatang Pauh, kali ini di Kajang pula.


FACT: KALAU SEKALI ORANG PERCAYA LAH, KALAU DUA KALI? SIAPA NAK PERCAYA? INI NEPOTISME NAMANYA..
APA ITU NEPOTISME? 

Menurut sumber dari WIKIPEDIA, Nepotisme bermaksud melebihkan saudara-mara serta rakan-rakan yang ada hubungan dan bukannya penilaian objektif bagi keupayaan, meritokrasi atau kekesuaian terhadap sesuatu jawatan. Contohnya, tawaran jawatan kosong kepada saudara-mara, walaupun masih ada lagi orang lain yang lebih layak serta sanggup melaksanakan tugas sedemikian. Perkataan nepotisme berasal daripada perkataan Latin 'nepos', yang bermaksud "anak saudara" atau "cucu".  

Persoalanya ialah, kenapa perlu WARIS juga yang menjadi pengganti? Saya tahu, ramai dari PKR sendiri yang terkilan dengan keputusan ini, kerana terlalu ketara NEPOTISME yang diamalkan mereka sekeluarga.

INFO: RATING UNTUK UKURAN KELAYAKAN KEDUA-DUA CALON PRK KAJANG
Dibawah adalah wawancara tersebut:
Sumber: The Malaysian Insider 
 
The Malaysian Insider (TMI): Boleh Datuk Seri nyatakan perasaan menggantikan Datuk Seri Anwar di Kajang?
Datuk Seri Dr Wan Azizah (DSWA): Saya pada mulanya enggan untuk kembali aktif berpolitik kerana saya rasa apabila Anwar keluar dari penjara saya sudah buat apa yang saya boleh buat. Tetapi apabila ini berlaku, mereka, PR dan rakan komponen PAS dan DAP berbincang dan keluar nama saya, termasuk daripada biro politik kami (PKR).
Ia sebahagian daripada khidmat nasional saya. Apa yang akan saya tinggalkan daripada hidup saya adalah sumbangan kepada generasi muda. Saya hendak tinggalkan dengan saya ada berbuat sesuatu. Jadi cucu cicit saya tahu apa saya buat pada masa lalu.
TMI: Sebagai presiden, sudah ditentukan ini kerusi PKR dan DSWA sudah tentu mempunyai input siapa akan dipilih. Bagaimana hanya DSWA yang dipilih. Kenapa tidak orang lain?
DSWA: Saya tiada dalam mesyuarat ketika itu. Saya rasa tidaklah wajar saya ada dalam mesyuarat itu. Ia secara semulajadi, saya ada persamaan dengan Anwar. Mereka lihat saya, mereka nampak Anwar. Saya mahukan itu. Mereka akan nampak kesusahan yang keluarga kami hadapi. Dari segi ketidakadilan, kami perlu berjuang.
TMI: Apa mesej DSWA ingin bawa kepada pengundi Kajang. Anwar bertanding dengan membawa mesej Langkah Kajang, DSWA bagaimana?
DSWA: Masih sama. Mereka cuba bawa Anwar ke penjara, tetapi saya masih lagi bersama parti. Ini langkah parti, sebahagian langkah PR. Kami mahu teruskan kerana fanatik agama digunakan berleluasa.
Salah satu kekuatan kita sebagai rakyat Malaysia adalah keharmonian. Semua agama hidup bersama dengan agama Islam sebagai agama rasmi. Kita tidak jadikan Islm sebagai agama yang tidak mempunyai toleransi. Kalau hendak berdakwah dengan Islam perlu dengan kebijaksanaan, bil hikmah.
Selain itu, meningkatkan prestasi kerajaan Selangor. Kami mentadbir dengan baik, tetapi dengan Anwar dalam kerajaan sebagai Adun, berbanding beliau sebagai penasihat ekonomi, seringgit untuk seringgitlah. Itu masih akan diteruskan. Kalau saya ada dalam DUN, saya boleh membantu. Kajang akan membantu ke Putrjaya kerana kita ada model kerajaan yang bagus.
Saya juga akan bangkitkan isu setempat seperti pungutan sampah, peluang pekerjaan, terutamanya yang muda dan kesesakan trafik.
TMI: Perasaan kali kedua menggantikan Anwar?
DSWA: Kali kedua senang sikit. Kali pertama terkejut sikitlah. Memang bila Anwar jadi calon, saya datang, sebagai presiden parti, datang makan kenduri. Ada juga duda kahwin janda, ada saya makan kenduri. dan kami nak buat suatu kajian supaya kelicinan trafik akan diatasi.
TMI: Memang satu masalah kesesakan dalam bandar, tetapi sudah dua penggal, kenapa masih tidak selesai?
DSWA: Bila saya sudah ada dalam DUN, saya akan beri tekanan lebih lagi.
TMI: PR sukar untuk mendapatkan pengundi Melayu, dan ia dicerminkan dalam landskap politik nasional, bagaimana sokongan pengundi Melayu di Kajang?
DSWA: Apabila saya mula-mula pergi, memang mereka tidak begitu teruja menerima saya dan Anwar. Anwar pergi ke tazkirah di masjid, penerimaan begitu baik sekali.
Apabila jatuh hukum mereka nampak jelas. Itu satu ketidak adilan. Langkah Kajang memang tepat. Mereka melihat memang betul tergesa-gesa dan digunakan mahkamah untuk menjatuhkan Anwar untuk penamaan calon. Mahkamah bersidang dekat maghrib, petang Jumaat, dulu tarikh bulan April, dicepatkan kepada bulan Mac. Tiada peluang langsung.
TMI: Adakah situasi itu akan mengejutkan pengundi Melayu?
DSWA: Selepas itu lain penerimaannya, lain persepsinya. Mereka melihat memang Anwar sebagai mangsa.
TMI: Apabila jadi situasi begini, lihat DSWA nampak Anwar. Adakah PR cuba dapatkan undi simpati?
DSWA: Tidak. Jangan lupa masa Anwar dalam penjara, saya tiga kali jadi ahli Parlimen. Ketua pembangkang wanita pertama. Saya ke belakang bukan bermakna saya tidak layak.
TMI: Bagaimana dengan politik kekeluargaan?
DSWA: Yang menjadi masalah nepotisme apabila saya ingat anak saya tidaklah berjuta-juta dan paling kaya dalam dunia. Saya kira kalau Nurul Izzah bertanding di kawasan mudah menang yalah. Tetapi Nurul Izzah bertanding pada masa sukar 2008, lawan menteri, 2013, pun menteri.
Jadi saya bertanding di Permatang Pauh 2004. Saya hampir kalah, walaupun dengan seorang imam.
TMI: Apabila nampak Anwar digantikan dengan isteri, ada tanggapan gunakan nepotisme dan percubaan gunakan simpati orang, respons?
DSWA: Simpati itu saya rasa tidak digunakan, orang melihat. Orang bukan tidak nampak kezaliman yang berlaku. Sebab itu mereka rasa terpanggil membetulkan keadaan mahkamah. Sebagai isteri, saya juga presiden parti dan diterima anggota parti sejak penubuhan. Saya merasa jadi ketua pembangkang. Jangan lupa itu, iaitu pada 2008 sebelum Anwar bertanding.
TMI: DSWA ada menyebut ini tidak menggagalkan Langkah Kajang, tetapi pemimpin PR ada yang berkata supaya Anwar masuk ke Kabinet pentadbiran negeri Selangor, ada kemungkinan DSWA akan sertai Kabinet negeri?
DSWA: Adun sudah tentu. Tetapi pasukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan PR dan akar umbi sebagai parti akan menjadi lebih mantap.
TMI: Tidak sertai pentadbiran negeri?
DSWA: Saya kira, saya sama-sama menaiki prestasi itu yang kita mahukan sebagai langkah ke Putrajaya.
TMI: Ada berpendapat Langkah Kajang adalah untuk meredakan pertelingkahan antara Azmin Ali dan Khalid, bagaimana DSWA memainkan peranan?
DSWA: Saya tak tahu. Saya sering dilihat dengan pendekatan yang lembut, rekonsiliasi, bukan dengan Umno. Saya ada watak keibuan, saya rasa keluarga ada pertelingkahan, tetapi kami satu keluarga.
Berdasarkan wawancara ini, adakah pembaca tahu apa sebabnya Wan Azizah tetap mehu pertahankan kerusi Anwar itu?  Jangan jadi seperti penyokong PKR, hanya tahu membangkang, membantah dan mahu menegakkan benang yang basah, pastikan anda semua tahu hal dibawah ini:
ANWAR TETAP MAHU PEGANG JAWATAN PRESIDEN PKR
Walaupun terpaksa menarik diri daripada menjadi calon Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, ekoran keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu, namun Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mahu memegang jawatan Presiden PKR pada pemilihan parti Mei tahun ini.
Selanjutnya di AIDC
Lagi sumber yang mengatakan bahawa mereka NEPOTISME...








Dari Permatang Pauh ke Kajang, Masa @DrWanAzizah Hanya Untuk Anwar Bukan Rakyat! #PRKKajang
Tujuan Anwar Ibrahim meletakkan Wan Azizah adalah untuk meraih simpati politik pengundi Kajang dan perkara ini diakui oleh blogger pembangkang sendiri.
Seperti dalam dua artikel sebelum ini, saya tekankan Wan Azizah bukan orang politik, dia sekadar seorang isteri yang sanggup melakukan apa sahaja demi Anwar Ibrahim. Sejarahnya jelas, Wan Azizah dikatakan berkahwin dengan Anwar Ibrahim tanpa restu keluarga.
Pernikahan Wan Azizah dengan Anwar Ibrahim tidak direstui keluarga kerana bapa Wan Azizah, Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmood tidak perkenan dengan sikap radikal Anwar Ibrahim yang terlibat dengan demontrasi pelajar.
Apabila lamaran Anwar Ibrahim ditolak, dengan bantuan seorang ustaz Wan Azizah dibawa ke Permatang Pauh untuk dinikahkan dengan Anwar Ibrahim menggunakan wali hakim.
Kak Wan sanggup engkar bapa sendiri demi Anwar Ibrahim!
Penglibatan Wan Azizah dalam politik disebabkan desakan keadaan ketika Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dipenjarakan atas salah laku rasuah dengan menubuhkan ADIL pada 4 April 1999.
Sambung baca lagi di Double-Y
 
Wan Azizah Terus Dijadikan “Bahan Pengawet” Kerjaya Politik Anwar Ibrahim 
Apa yang pasti PKR akan menggunakan strategi undi simpati, dan deraian serta air mata yang berbondong-bondong milik Wan Azizah bakal menghiasi siri ceramah dalam kempennya bermula malam ini. Bijaknya Anwar, dia terus meletakkan dirinya di gelanggang publisiti agar menjadi perhatian dunia, dan pencalonan Wan Azizah tidak ubah seperti alat dan perkakas publisiti untuk Anwar Ibrahim.
Persoalannya, sejauh mana PKR, sebuah parti politik yang berbangga dengan slogan “demi rakyat”, boleh difikirkan rasional meletakkan Wan Azizah sebagai calon dan bakal mewakili 39,279 pengundi DUN Kajang sekiranya menang kelak?
Apakah Wan Azizah mampu memberikan khidmat kepada rakyat atas kapasitinya rela berkhidmat, atau sekadar sekali lagi menjadi proksi, atau “mayat hidup” kepada survival politik Anwar Ibrahim? 
Selanjutnya di MYKMU 



















Tuesday, March 11, 2014

#PRKKajang: PERSAINGAN 2 PENJURU YANG BAKAL MENAMATKAN KARIER POLITIK WAN AZIZAH?


PRK DUN N25 Kajang menyaksikan saingan satu lawan satu antara BN dan PKR selepas proses penyerahan borang pencalonan ditutup tepat pukul 10 pagi tadi.

Saingan berkenaan menyaksikan pertembungan dua pemimpin wanita berpengaruh daripada kedua-dua parti politik.


Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun akan mewakili BN manakala Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili partinya pada PRK itu.

Tiada calon Bebas hadir menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) seperti yang digembar gembur pada awal-awal pengumuman tarikh pilihanraya. Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman.

WAN AZIZAH HANYA PANDAI KELUARKAN AIR MATA PALSU  

Seperti diketahui Anwar Ibrahim tidak layak bertanding kerana dihukum penjara lima tahun oleh mahkamah rayuan, Zaid Ibrahim juga dilaporkan menarik diri begitu juga dengan Nallakaruppan.
PR memilih Wan Azizah sebagai calon PKR bagi kerusi DUN Kajang.
Pengundi Kajang perlu ingat bahawa, Wan Azizah bukan calon atau pemimpin yang berkredibiliti kerana beliau memasuki politik disebabkan desakan untuk perjuangkan nasib suaminya.
Pengundi Kajang juga perlu tahu memilih Wan Azizah bermakna mereka mengulangi kesilapan PRU13.
Selanjutnya di blog Double-Y


HAKIKATNYA, ADAKAH RELEVAN SEKIRANYA WAN AZIZAH DIPILIH SEBAGAI ADUN? 


TIDAK!!!
WAN AZIZAH ADALAH 'PENGAWET' KERJAYA POLITIK ANWAR
Dr. Wan Azizah telah pun diumumkan sebagai calon bertanding untuk PRK Kajang dalam satu sidang akhbar khas baru-baru ini. Pencalonan ini dikhabarkan telah dipersetujui oleh Lim Kit Siang yang mewakili DAP dan Dr. Hatta Ramli mewakili PAS.
Apa yang pasti PKR akan menggunakan strategi undi simpati, dan deraian serta air mata yang berbondong-bondong milik Wan Azizah bakal menghiasi siri ceramah dalam kempennya bermula malam ini.
Bijaknya Anwar, dia terus meletakkan dirinya di gelanggang publisiti agar menjadi perhatian dunia, dan pencalonan Wan Azizah tidak ubah seperti alat dan perkakas publisiti untuk Anwar Ibrahim.
Persoalannya, sejauh mana PKR, sebuah parti politik yang berbangga dengan slogan “demi rakyat”, boleh difikirkan rasional meletakkan Wan Azizah sebagai calon dan bakal mewakili 39,279 pengundi DUN Kajang sekiranya menang kelak?
Apakah Wan Azizah mampu memberikan khidmat kepada rakyat atas kapasitinya rela berkhidmat, atau sekadar sekali lagi menjadi proksi, atau “mayat hidup” kepada survival politik Anwar Ibrahim?
Selanjutnya di UMNO-ONLINE


#PRKKajang: @chewmeifun VS @drwanazizah .. MANA SATU PILIHAN KALBU? #PilihMeiFun

CALON BN DUN N25 KAJANG
IKON WANITA MCA
CALON PKR
PENGGANTI SUAMI (PARTI ANAK BERANAK)
IKON ISTERI 'TAAT'?

GELANGGANG PRK KAJANG: PERTEMUAN ANTARA DUA IKON


Sumber: Rakyat News

OPSS!! I'm Sorry!! :P
Kajang akan memperlihatkan pertembungan antara dua wanita apabila Datin paduka Chew Mei Fun dari Barisan Nasional (BN) bertanding menentang Datin Seri Wan Azizah Ismail meggantikan suaminya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Azizah yang juga Presiden PKR dicalonkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang berikutan Anwar bakal menghadapi hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan.
Anwar yang merancang untuk bertanding di Kajang terpaksa melepaskan hajatnya itu ekoran Mahkamah Rayuan telah menolak keputusan Mahkamah Tinggi 2012 diatas pertuduhan liwat II beliau.
Ianya sekaligus menutup dakwaan kemungkinan peralihan kuasa Menteri Besar Selangor kepada Anwar sekiranya PRK Kajang berpihak kepada PKR.
Menurur Wan Azizah, tugasnya kini adalah untuk menyambung legasi suaminya ekoran telah dicalonkan untuk bertanding di Kajang.
Beliau kemudiannya enggan mengulas dakwaan mengatakan akan menggantikan tempat untuk Anwar sementara Ketua Pembangkang itu berada di penjara sepertimana dilakukan beliau di kerusi Parlimen Permatang Pauh dahulu.
"Mereka boleh kata apa yang mereka mahu tetapi apa yang penting nama saya telah dicalonkan kerana saya presiden dan saya harus bertanggungjawab," kata Azizah.
Pencalonan Anwar di Kajang tidak mengejutkan kerana namanya antara terkuat dalam senarai 12 calon untuk menggantikan Ketua Umum PKR itu mengatasi anaknya, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.




Friday, April 5, 2013

#PRU13: SAH!! WAN AZIZAH TIDAK AKAN BERTANDING!! #GE13


Nampaknya kali ini Wan Azizah tidak akan mengambil tempat untuk bertanding dalam pilihanraya penting, PRU-13 kali ini. Hal ini mungkin telah lama dirancang ataupun satu strategi murahan mereka. Anaknya Si Nurul Izzah menafikan hal ini. Hok aloh... takpayah lah merumitkan keadaan. Anda boleh rujuk artikel daripada NST dibawah:

Azmin, Nurul at loggerhead over Wan Azizah's position
Parti Keadilan Rakyat (PKR) election director Azmin Ali said today that party president Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail will not contest in the 13th General Election. 
Speaking to reporters at a press conference at the PKR headquarters today, Azmin said this when asked to confirm a statement by PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim during an Al-Jazeera interview on Wednesday that his wife Wan Azizah would not be contesting. 
Meanwhile, Bernama reported today that Wan Azizah's daughter Nurul Izzah who is also the party's vice-president saying the news of her mother not contesting in GE13 is not true.

Tuesday, March 12, 2013

"Siapa Rapat Dengan Suami Saya, Saya Akan Pastikan Dia Hancur" - Wan Azizah


Seperti apa yang saya dedahkan sebelum ini [SINI] bahawa SETPOL YB Mak Lampir (Zuraida) mendakwa dalam suratnya bahawa Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah akan menghancurkan sesiapa saja lelaki yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Tup tup hari ini memang betul apa yang dikatakan. Sila baca di bawah:



SUNGAI RAPAT ONLINE:

Mohd. Fareez Kamal Intidzam mendedahkan bahawa Presiden parti Keadilan Rakyat mengupah samseng untuk memukulnya kerana cemburu hubungan akrab beliau dan Anwar Ibrahim. 
Mohd. Fareez Kamal Intidzam hari ini juga menegaskan bahawa dia tidak pernah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. 
Penjelasan itu dibuat Mohd. Fareez bagi menjawab kenyataan majikannya bahawa dia hanyalah sebagai pembantu urusan Parlimen pada 2011 yang kemudiannya berhenti untuk membantu perniagaan bapanya. 
Berikut kenyataan penuh Mohd. Fareez kepada pihak media bagi menjawab penafian yang dibuat oleh Zuraida itu: 
Seterusnya..

Thursday, March 7, 2013

#Dedah [BUKTI] : Kenapa Wan Azizah Jealous Dengan Lelaki Yang Rapat Dengan Anwar Ibrahim?



PANAS!! Terkejut jugak tadi lepas baca pendedahan dari portal RPK, Malaysia TodayRPK mendedahkan surat daripada Saudara Mohd Fareez Kamal Intidzam (KPT: 890625-10-5273), iaitu Setiausaha Politik YB Mak Lampir (Zuraida Kamaruddin). Surat ini telah ditujukan khas kepada Presiden Pas, Haji Abdul Hadi Awang bertarikh 04/03/2013. Dibawah saya akan senaraikan secara ringkas intipati surat tersebut.

Saudara Fareez telah menyatakan bahawa:

  • Punyai hubungan yang sangat rapat dengan Anwar Ibrahim.
  • Bekerja sebagai Pegawai Diplomasi Sulit (Antarabangsa) kepada Anwar Ibrahim sejak tahun 2008.
  • Isteri Anwar Ibrahim, Si Wan Azizah dan Anak Anwar Ibrahim, Si Nurul Izzah amat mencemburui hubungan baik Fareez dan Anwar.
  • Wan Azizah dan Nurul Izzah akan menghancurkan sesiapa sahaja yang dilihat rapat dengan Anwar.(termasuk Fareez)
  • Meminta Pak Hadi mendesak supaya Wan Azizah undurkan diri daripada jawatan Presiden KEADILAN sebelum PRU-13.
  • Wan Azizah tidak layak menjawat jawatan Presiden KEADILAN dan akan memalukan Pakatan Rakyat kerana beliau tidak boleh bertanding di kerusi Parlimen.
  • Mencadangkan Azmin Ali menggantikan tempat Wan Azizah kerana Azmin adalah pemimpin yang 'lengkap' dan sangat berbeza kreadibilitinya jika dibandingkan dengan Wan Azizah.
Lampiran surat dari Fareez kepada Hadi Awang:

http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/special-reports/54912-is-azmin-ali-making-his-move-or-is-this-sodomy-3

Screenshot dari artikel RPK:

http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/special-reports/54912-is-azmin-ali-making-his-move-or-is-this-sodomy-3

Secara asasnya, memang betul kenyataan pertama Saudara Fareez itu, iaitu Wan Azizah tidak layak untuk memegang jawatan sebagai Presiden KEADILAN. Menurut sumber lain, Wan Azizah berpolitik adalah kerana didesak untuk berpolitik oleh penyokong suaminya, Anwar Ibrahim Al-Tarturk. Tak guna berpolitik dan memegang jawatan setinggi everest jika ianya hanyalah kerana perasaan cemburu itu dan tak guna jadi keldai. Selain itu, sumber juga berpendapat bahawa Wan Azizah adalah seorang yang HIPOKRIT kerana kaum ibu ditimbakan dengan air mata beliau dan pelbagai penipuan telah dibuat Wan Azizah dengan pengubahan teks ucapan supaya dapat menaikkan kemarahan rakyat kepada pihak kerajaan:

Bukti screenshot emel:



Ketiga Kak Wan menghina wanita bertudung kerana kerap kali mempertahankan konon suaminya tidak terlibat dalam kegiatan seks di luar tabie. 
Jika benar Anwar Ibrahim bukan jenis lelaki yang menyukai lelaki jambu kenapa Kak Wan cemburu luar biasa kepada lelaki yang mempunyai hubungan rapat dengan Anwar? 
Dia sanggup menipu berjuta wanita di Malaysia dengan imej warak, tudung, sopan, lembut puii!, walhal di dalam dirinya penuh dengan kejahatan sehingga ahli PKR sendiri melihat dia tak layak menjawat jawatan no.1 dalam parti. 
Double-Y

Banyak persoalan yang terungkap daripada surat yang ditulis saudara Fareez ini. Salah satu yang paling melekat lekit dalam akal fikiran ni adalah "Kenapa Wan Azizah Cemburu Dengan Lelaki Yang Rapat Dengan Anwar Ibrahim?" Nasib baik persoalan pertama dah terjawab. Hahaha!

P/S: So, maknanya hubungan sulit Anwar dan Shamsidar tu kak Jijah tak cemburu lah yer? 

MY SLIDESHARE UPLOAD