Thursday, March 20, 2014

#MH370: [VIDEO] LIHATLAH BAGAIMANA ANWAR PERLEKEHKAN KERAJAAN UNTUK TUTUP PEKUNG DIRINYA SENDIRI!!


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencanang dirinya sebagai pemimpin yang paling layak mengendalikan misteri kehilangan pesawat MH370 berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Esok (hari ini) pukul tiga ada lagi media nak wawancara saya..sebab mereka kata kalau wawancara saya, saya boleh jawab. Kalau wawancara Najib, Najib beri kenyataan saja. Jadi lebih baik saya ganti dia.

"Sekarang ini terbalik. Daripada nak padamkan Anwar, sekarang semua media antarabangsa mula wawancara saya semula," katanya dalam satu ceramah di Sungai Sekamat, malam tadi.


Anwar juga terus memperlekehkan Najib sebagai tidak berani berdepan dengan media antarabangsa.

Ujarnya, kegagalan Najib berbuat demikian memalukan dan mencerminkan ketidakmampuan pemimpin nombor satu negara itu berhadapan dengan dunia bagi menangani krisis tersebut.

Tambahnya lagi, Malaysia sudah cukup malu dengan kelemahan kerajaan menguruskan insiden tersebut yang sehingga hari ini masih menemui jalan buntu.

"Kalau orang tak boleh tanya orang nombor satu di Malaysia, nak tanya siapa lagi? Dia (Najib) bertanggungjawab. Saya hairan sebab satu dunia mengatakan dia tak sanggup berdepan dengan media antarabangsa. Dia biasa dengan Utusan dan TV3 saja.

"Dalam kes MH370 ini, selain mendoakan keselamatan mereka, kita tahu berkecamuk, lemahnya pimpinan negara ini khususnya Perdana Menteri yang pada hemat saya tidak layak terus memimpin negara kita. Itu menunjukkan kelemahan yang mengejutkan dunia," ujarnya.

Dalam ceramah yang sama, Anwar dalam pada itu terus menghentam kerajaan berhubung penglibatan bomoh yang katanya hanya menjadi 'nilai tambah' yang bukan saja memalukan negara, malah menjatuhkan maruah umat Islam negara ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau akan menjalankan tanggungjawab 'membanteras' perkara syirik tersebut walaupun telah diugut saman oleh bomoh berkenaan.

"Tiga malam lalu Tok Guru Haron Din kata kepada saya supaya memastikan setiap ucapan saya mesti menegur dan beritahu umat Islam bahawa kerja syirik jangan kita subahat, dan keduanya ianya memalukan, menjatuhkan maruah umat negara kita. Jadi saya jalankan tanggungjawab saya," katanya.

Ketika negara menjadi tumpuan masyarakat dunia, kemunculan tiba-tiba 'bomoh jutawan' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini yang kononnya ingin membantu mencari pesawat itu, memburukkan lagi keadaan.

Rakaman ritual bomoh itu yang dimuatnaik ke laman internet menjadi viral dan menyaksikan ratusan video 'parody' dari seluruh negara dihasilkan masyarakat dunia.

Selain mentertawakan Malaysia, mereka juga mengkritik perbuatan tidak masuk akal bomoh itu.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan tersebut adalah bercanggah dengan ajaran Islam dan akan mengambil tindakan terhadap bomoh itu. -  Antara Pos

#PRKKajang: JAWAPAN BAGI FITNAH @AzminAli TERHADAP ISTERI PM @NajibRazak!!!

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah membandingkan kreadibiliti diantara isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor dengan Calon PKR PRK Kajang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (WAWI). 

Azmin sama sekali tidak menyatakan yang positif langsung terhadap DS Rosmah, dia telah memburukkan isteri PM secara total dan melobi kebaikan WAWI dengan begitu gah sekali.

PEMBAZIRAN adalah topik utama Azmin. Mari kita lihat, siapa yang membazir sebenarnya:


Antara dialog Azmin:
  • “Calon kita Dr Wan Azizah gigih berjuang. Beliau tidak ambil saham, tidak membeli cincin dan tidak menaiki jet persendirian.”

MASIH INGAT LAGIKAH JET PERIBADI INI? SIAPA YANG MENAIKI JET INI? 

ALASAN: TIADA PENERBANGAN KOMERSIAL 


SENARAI PENUMPANG:
  1. Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim
  2. Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw
  3. Naib Presiden PKR, Tian Chua
  4. Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr. Hatta Ramli
  5. Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin b
  6. Bekas Ahli Parlimen Kemaman dari PKR, Abdul Rahman Yusof
Walaupun jet ini tidak dinaiki oleh Wan Azizah (mungkin tidak sempat atau tidak dijemput) tetapi ianya dinaiki oleh 6 pemimpin PKR, dengan alasan, tiada penerbangan komersial pada waktu tersebut. 

Pada 14 September 2012, Tian Chua muat naik gambar semasa mereka naik jet ekslusif dari Labuan ke Kota Kinabalu atas nasihat Anwar Ibrahim dengan harapan perkara tersebut tidak disembunyikan.


Untuk penerangan penuh, rujuk SINI

Tidakkah ini boleh diklasifikasikan sebagai PEMBAZIRAN? 


  • “Kerajaan membelanjakan RM426,000,” jelas Azmin berkenaan jumlah perbelanjaan yang ditanggung kerajaan akibat daripada perjalanan Rosmah ke Qatar.

Sila rujuk laman Selangorkini -> SPR anggar kos PRK Kajang RM1.6 juta

Bagaimana pula dengan kos pembelanjaan yang mencecah hampir RM2 juta untuk PRK Kajang? PRK Kajang diadakan DENGAN SENGAJA dan mempermainkan mandat rakyat bagi menyelesaikan krisis dalaman PKR Selangor.

Bekas ADUN Kajang telah meletak jawatan dengan sengaja bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim, malangnya hasrat itu tidak tercapai kerana Anwar telah gugur syarat kelayakannya untuk bertanding kerana dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan (Kes Liwat II yang mellibatkan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan). Justeru, tempat Anwar tersebut telah digantikan dengan Wan Azizah bagi bertanding sebagai ADUN Kajang pada PRK Kajang yang akan berlangsung pada 23 MAC ini. Ternyata pencalonan WAWI hanyalah bagi memenuhi kemahuan Anwar semata-mata, bukannya kerana serius untuk memimpin rakyat.

Tidakkah ini juga boleh diklasifikasikan sebagai PEMBAZIRAN? 



  • “Wan Azizah semasa bergelar isteri Timbalan Perdana Menteri tidak menyalahguna kuasa,”
Siapa Azmin yang tahu dan boleh sahkan bahawa Wan Azizah tidak menyalahgunakuasa sewaktu Anwar menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dahulu?


Saya pun tidak boleh sahkan, tapi saya hanya boleh membuat andaian bahawa Wan Azizah 'bersubahat' kerana 'membenarkan' Anwar menyalahgunakuasa. Ini kerana Wan Azizah pasti tahu keperibadian, kesalahan dan segala rahsia Anwar bukan? Tetapi sehingga kini masih tiada penjelasan.

Contohnya: jam omega (rujuk SINI)



Tidakkah ini juga boleh diklasifikasikan sebagai LUDAH KE LANGIT TERKENA BALIK MUKA SENDIRI ? 
  • kos bil elektrik rumah Najib untuk tahun 2013 ialah RM2.1 juta manakala bil air berjumlah RM231,000.
Rujuk artikel dari The Malaysian Insider -> Bil letrik, air di kediaman rasmi Najib lebih RM2.5 juta setahun

Jawapan:
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini memberi penjelasan berhubung isu bil elektrik kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana. - sinarharian.com.my
  • Shahidan menjelaskan bahawa bil yang tinggi disebabkan ia termasuk penggunaan dewan seminar, bilik mesyuarat dan kuarters kakitangan dan ia bukan hanya digunakan oleh Perdana Menteri dan isteri. -  sinarharian.com.my
  • "Sebagai anggota Parlimen, dia (Ong) harus tahu bezakan antara kompleks dan rumah...jika seluruh kompleks itu hanya digunakan oleh Perdana Menteri dan isterinya, bil elektrik akan sama seperti mana-mana rumah yang didiami dua orang," kata Shahidan. -  astroawani.com
Atau boleh rujuk di blog RBF ONLINE

  • BN “wajib dikuburkan” kerana zalim dan rakus dalam pemerintahan sehingga menyusahkan rakyat

UNTUK MANIFESTO PAKATAN RAKYAT SELANGOR [klik SINI]

Siapa yang susahkan siapa? 2 penggal PR perintah Selangor, tapi janji dalam manifesto mereka tidak ditunaikan. Rakyat dengan penuh harapan mengharapkan perubahan, hakikatnya kerajaan persekutuan yang selesaikan banyak 'tahi' yang ditinggalkan Pakatan.

Contohnya isu air Selangor. Kesian rakyat kerana kemudahan air mereka dicatu rentetan kedegilan saf kepimpinan Pakatan Rakyat tidak mahu meneruskan Langat II.

Akhirnya....

MoU yang ditandatangani Khalid membolehkan kerajaan negeri mengambil alih 4 syarikat konsesi air di negeri itu serta suntikan dana RM2 billion oleh kerajaan pusat, selain daripada memberikan pampasan RM9.65 billion kepada syarikat tersebut

Galeri foto --> SINI
Penerangan mengenai isu penstrukturan air Selangor --> SINI



Antara Kak Wan dan Kak Ros

FMT News: 
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali malam tadi membandingkan calon PKR untuk PRK Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor. 
“Calon kita Dr Wan Azizah gigih berjuang. Beliau tidak ambil saham, tidak membeli cincin dan tidak menaiki jet persendirian,” kata Azmin yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak dan Ketua PKR Selangor dalam sesi ceramah di Sungai Sekamat malam tadi. 
Azmin menyambung ceramahnya dengan menyatakan perihal pembaziran oleh Rosmah. 
“Di sana siapa yang menggunakan jet persendirian? Saya bukan fitnah. Dia tidak menaiki pesawat MAS atau Air Asia. 
“Kerajaan membelanjakan RM426,000,” jelas Azmin berkenaan jumlah perbelanjaan yang ditanggung kerajaan akibat daripada perjalanan Rosmah ke Qatar. 
“Wan Azizah semasa bergelar isteri Timbalan Perdana Menteri tidak menyalahguna kuasa,” kata Azmin. 
Beliau turut mendedahkan pembaziran wang menerusi bil elektrik dan air ketika ekonomi gawat dan rakyat terpaksa mengikat perut. 
Menurut beliau, jumlah kos bil elektrik rumah Najib untuk tahun 2013 ialah RM2.1 juta manakala bil air berjumlah RM231,000. 
Terdahulu sebelum itu, Azmin menyatakan bahawa BN “wajib dikuburkan” kerana zalim dan rakus dalam pemerintahan sehingga menyusahkan rakyat. 
PRK Kajang ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail dan naib presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun. 
Kerusi DUN Kajang diisytiharkan kosong ekoran tindakan penyandang jawatan Adun, Lee Chin Cheh dari PKR yang meletakkan jawatan pada Jan 27. 
Kerusi Dun ini mempunyai 39728 pengundi berdaftar. Dalam pilihanraya umum tahun lalu sebanyak 87.9% pengundi melaksakan tanggungjawab mereka. Hanya 541 undi rosak direkodkan. - FMT
PILIH CALON BN - DATIN PADUKA CHEW MEI FUN (PILIHAN TEPAT!!!)


P/S: SIAPA YANG BAZIR? SIAPA YANG BERCERAMAH TAK CERMIN DIRI DULU??? 

#PrayForMH370: KAN AKU DAH CAKAP, PESAWAT #MH370 ADA KAT DIEGO GARCIA.......


Sebelum ini saya sudah pun menerbitkan artikel berkaitan pendaratan pesawat Malaysia Airlines MH370 di Pusat Militri rahsia Tentera Laut Amerika Syarikat - Diego Garcia.

Namun, kesahihannya masih belum pasti. Kini terdapat satu lagi teori/spekulasi yang sama, dimana kali ini ianya mempunyai kenyataan dari Rumah Putih (The White House Washington D.C).

Dipetik dari artikel sebelum ini - [klik SINI]
Apakah Diego Garcia?
Pulau Diego Garcia bukan sebuah pulau peranginan dan penempatan walaupun ianya cantik tetapi sebagai pengkalan ketenteraan
Amerika Syarikat. Kedudukan yang strategik di antara Asia Timur dan Asia Barat, ianya tersembunyi dari mata dunia yang sebenarnya menjadi pengkalan tentera rahsia U.S. 
 
Terletak di tengah-tengah Lautan Hindi, Lautan wilayah British India. Diego Garcia adalah asas strategik utama yang bertindak sebagai kawasan pementasan untuk kapal tentera laut, pengebom jarak jauh, kapal udara, dan lain-lain aset ketenteraan yang misi membawa mereka ke Afrika, Asia, dan timur Tengah. 
Misi kononnya untuk keamanan dan keselamatan digunakan termasuk statusnya sebagai salah satu tapak pendaratan kecemasan Space Shuttle, dan hosting salah satu daripada 3 tanah untuk Sistem Penentu serta pemantauan kedudukan Global (Global Positioning System’s) juga berfungsi sebagai Rangkaian Pengawasan Angkasa USA. 
Perjanjian UK / US yang bertukar pulau ke sebuah pangkalan tentera telah ditandatangani pada tahun 1966. Ia berlangsung sehingga tahun 2036, tetapi sama ada kerajaan U.S boleh memilih untuk keluar pada pada tahun 2016. Sementara itu, terdapat perkara yang bukan remeh dalam kos 
pemembekalkan ketenteraan, postdam tentera, memperbaiki sistem dan operasi infrastruktur ketenteraan yang tinggi di pulau itu. - Sumber

Ini pula sumber yang mendedahkan jawapan dari The White House mengenai pendaratan pesawat MH370 di Diego Garcia.

Sumber dari blog Dr.MiM:
Yang terbaru, Amerika Syarikat telah menafikan teori tersebut. Jay Carney, Setiausaha Akhbar White House telah menafikannya. 
The United States has ruled out the possibility of the missing Malaysian plane landing at its Indian Ocean base in Diego Garcia. 
“I’ll rule that one out,” White House Press Secretary Jay Carney told reporters on Tuesday when asked about such news reports appearing mainly in the Chinese press.  
Mr. Carney said the Malaysian government has the lead in this investigation and the U.S. officials are in Kuala Lumpur working closely with the Malaysian government on the investigation. 
Malah, Jay Carney sendiri mengaku betapa sukarnya operasi mencari MH 370. Di antara kenyataan beliau yang telah MiM terjemahkan, 
"Ini adalah keadaan yang sukar dan luar biasa, dan kami sedang bekerja keras , dengan kerjasama rapat dengan kerajaan Malaysia dan rakan-rakan lain , untuk menyiasat beberapa kemungkinan senario bagi apa yang berlaku kepada penerbangan" kata Jay Carney. 
 
"Amerika Syarikat sepenuhnya komited untuk membantu rakyat Malaysia dan usahasama dengan rakan kongsi antarabangsa mengenai penyiasatan ini, atas usaha ini. " Dan kami menyediakan bantuan melalui NTSB , FAA dan melalui FBI. Kita berhubung rapat dan bekerjasama dalam siasatan ini." kata beliau lagi. sumber
Kenyataan pihak White House ini sekaligus menidakkan suara-suara sumbang kepimpinan Pakatan pembangkang dan media antarabangsa yang kononnya kerajaan Malaysia tidak berkemampuan mengepalai operasi mencari dan menyelamat MH 370.

 
Laporan seterusnya: 
Meanwhile, U.S. State Department Spokesperson Jen Psaki said the focus now was on new search areas announced by the Malaysian Prime Minister over the weekend, which are based on a detailed, highly technical and innovative analysis of the potential flight path. 
The U.S. Navy is repositioning the P-8A’s Poseidon to Perth, Australia to conduct searches along the southern corridor. And additionally, P-3C Orion will continue to conduct its mission to search west of Indonesia.