Saturday, March 15, 2014

#PrayForMH370: BENARKAH PESAWAT #MH370 DI PENGKALAN RAHSIA TENTERA U.S DI DIEGO GARCIA?


Berita dari Cabal Times yang melaporkan bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 berkemungkinan telah mendarat di Diego Garcia. Benarkah dakwaan tersebut? Macam-macam spekulasi yang didengari. 
Was Malaysia Airlines Flight 370 Redirected to Diego Garcia? 
 
It has now become fairly evident that the disappearance of Malaysia Airlines Flight 370 from Kuala Lumpur to Beijing is not accidental. In fact, there is a strong possibility that the flight was commandeered to the US military base at Diego Garcia in the Indian Ocean. A bizarre “extraordinary rendition“? 
Selanjutnya

Apakah Diego Garcia?
Pulau Diego Garcia bukan sebuah pulau peranginan dan penempatan walaupun ianya cantik tetapi sebagai pengkalan ketenteraan

Amerika Syarikat. Kedudukan yang strategik di antara Asia Timur dan Asia Barat, ianya tersembunyi dari mata dunia yang sebenarnya menjadi pengkalan tentera rahsia U.S.
Terletak di tengah-tengah Lautan Hindi, Lautan wilayah British India. Diego Garcia adalah asas strategik utama yang bertindak sebagai kawasan pementasan untuk kapal tentera laut, pengebom jarak jauh, kapal udara, dan lain-lain aset ketenteraan yang misi membawa mereka ke Afrika, Asia, dan timur Tengah.
Misi kononnya untuk keamanan dan keselamatan digunakan termasuk statusnya sebagai salah satu tapak pendaratan kecemasan Space Shuttle, dan hosting salah satu daripada 3 tanah untuk Sistem Penentu serta pemantauan kedudukan Global (Global Positioning System’s) juga berfungsi sebagai Rangkaian Pengawasan Angkasa USA.
Perjanjian UK / US yang bertukar pulau ke sebuah pangkalan tentera telah ditandatangani pada tahun 1966. Ia berlangsung sehingga tahun 2036, tetapi sama ada kerajaan U.S boleh memilih untuk keluar pada pada tahun 2016. Sementara itu, terdapat perkara yang bukan remeh dalam kos pemembekalkan ketenteraan, postdam tentera, memperbaiki sistem dan operasi infrastruktur ketenteraan yang tinggi di pulau itu. - Sumber

APAKAH KAITAN DIEGO GARCIA & KEHILANGAN PESAWAT MH370??
Diego Garcia sejak sekian lama merupakan tempat di mana, bot, sampan dan kapal-kapal hilang dan ‘hilang’. Dahulunya, ada penduduk asli di situ. Kemudian mereka dihalau British. Selepas itu British ‘dihalau’ keluar sebahagian daripadanya melalui satu perjanjian dengan pihak Amerika Syarikat.
Pulau itu kini menempatkan pengkalan tentera Amerika. Sebuah pengkalan tentera yang jarang diketahui pihak awam. Sebuah pengkalan tentera yang meresahkan pihak Kerajaan China.
Melihat isu-isu yang berlaku lewat seminggu ini dengan kehilangan penerbangan MH370, lawatan Barrack Obama yang dijadualkan pada April 2014, perundingan perjanjian TPPA yang masih belum dimuktamadkan, hubungan China dan Malaysia yang cuba dikeruhkan melalui isu kehilangan penerbangan ini, fikiran saya melayang ke Diego Garcia. Tidak perlu kepada buluh runcing, bubu, jala, pukat tunda dan sebagainya untuk mengetahui dengan lebih dekat apa yang berlaku.
Penulisan saya pada tahun lepas, 2013 memberikan amaran bahawa False Flag akan dijalankan selepas semua usaha ‘regime change’ gagal. Boleh baca semula apa yang saya amarankan di dalam penulisan di bawah. Saya menulis tentangnya sebelum semua ini berlaku.
1. Malaysia, Selat Melaka dan Tokong Demokrasi Amerika2. Lain boneka dari ventriloquist sama
Pagi ini, apabila berita memuatkan bahawa penerbangan MH370 berpatah balik ke Selat Melaka dan radar menunjukkan kali terakhir ia dikesan di Pulau Perak, seluruh ingatan saya hanya teringat kepada amaran yang saya berikan tahun lepas.
Pulau Diego Garcia, sebuah pulau indah untuk bercuti-cuti. Cuma mereka yang ‘dijemput’ ke sana boleh bersantai di situ.
Obama telah menyelesaikan masalah Osama ben Laden yang menjadi Phantom of The Opera gerakan memerangi keganasan dalam drama dan filem Amerika yang dimainkan seluruh dunia. Mungkinkah April ini, Obama sekali lagi menjadi hero tanpa seluar dalam merah diluar, menyelesaikan kebuntuan dan tekanan ke atas Malaysia kali ini.
Jika demikian, apa harga yang perlu dibayar untuk upah superhero tersebut? LGBT, hak sama rata sama rasa, hak menanam benih diluar kebun yang subur menjadi hak yang tidak boleh didakwa, dasar pro Amerika melalui pelbagai perjanjian, penggadaian Selat Melaka sebagaimana Terusan Panama dan Suez dikawal mereka, dasar anti China, hak untuk murtad dan sebagainya yang selama ini cuba dipertahankan? Wallahua’lam.
SUMBER


P/S: INI SEMUA BUKAN SUMBER RASMI.

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive