Sunday, September 22, 2013

#PemilihanUMNO: ADAKAH WAJAR ARIFF HAKIMI DIBERI PELUANG SEBAGAI EXCO? #AriffHakimi4Exco


Ariff Hakimi Hj Zulkifli (klik SINI untuk ke laman FB miliknya), merupakan calon EXCO pemuda endorsement oleh Ketua Pemuda Kelantan, Anuar Safian (Rujuk SINI). Dia adalah pemuda yang aktif diperingkat akar umbi dan merupakan orang kuat kepada sebuah program yang telah membawa transformasi kepada anak-anak kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke Menara Gading, iaitu Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB)

Pada pandangan peribadi saya, Ariff Hakimi patut diberi peluang bagi menggalas tugas sebagai EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi pemilihan kali ini KERANA:
  • Platform YDAB dapat diluaskan agar lebih ramai lagi anak-anak orang susah dapat dibantu.
  • Supaya penambahan enrolmen daripada 200,000 kepada 250,000 kepada UiTM yang diumumkan oleh YAB PM semasa Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera lepas dapat dilaksanakan dengan segera.
Menurut sahabat saya, TUKAR KELATE:
Sepanjang perkenalan penulis dengan saudara Ariff Hakimi, dia boleh dikategorikan sebagai seorang yang berjasa kepada UMNO mahupun anak-anak kelantan terutamanya. 
Dia telah banyak melibatkan diri dalam kerja akar umbi (peringkat bahagian) dan aktif pada peringkat nasional dalam Jelajah Destini Anak Bangsa. 

CTRL+KLIK untuk besarkan gambar
 
Jelajah Destini Anak Bangsa ini telah banyak membantu dan membawa satu perubahan kepada bangsa bumiputera yang tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran di Peringkat Universiti. Alhamdulillah, sebuah kejayaan yang besar berjaya dihasilkan.

Bagi saya, wajar untuk anda semua mendekati tentang program MDAB ini:


Apakah Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB)?
- Secara dasarnya menumpu kepada segala usaha universiti mengubah nasib anak bumiputera miskin menerusi suatu proses pemindahan ilmu secara formal di UiTM.

Apakah syarat kemasukannya?
1. Syarat asas kemasukan ke semua program Pra MDAB adalah pelajar yang mempunyaipendapatan/gaji kasar ibubapa kurang RM2000 sebulan.
2. Syarat tambahan sihat tubuh badan, tiada penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program yang dirangka dalam kursus ini.
3. Bumiputera Warganegara Malaysia.
4. Lepasan SPM tahun : 2008 hingga 2012


Berikut merupakan kejayaan MDAB menurut blogger KAKI RAYAU KB:
Ariff Hakimi Hj. Zulkifli merupakan calon yang dipersetujui dan diberi pengesahan oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan Anuar Safian. 
Ariff Hakimi atau dikenali sebagai Ariff di kalangan rakan-rakan merupakan ahli pemuda UMNO dari Bahagian Pasir Puteh merupakan Naib Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) dan Pengarah Eksekutif Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) sebuah NGO yang terlibat dalam membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian di UiTM di bawah program Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB). 
SELANJUTNYA
 
Berikut adalah sedikit sebanyak mengenai Ariff Hakimi Haji Zulkifli. Ada banyak lagi yang mahu ditulis. Tungguuuu.... 
Diharap dia diberi peluang untuk menggalas tugas sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan kali ini.
Diharap Ariff Hakimi Hj Zulkifli diberi peluang untuk menggalas tugas sebagai EXCO Pemuda pada pemilihan kali ini. Apa-apa pun 'GOOD LUCK' kepadanya.

FB: https://www.facebook.com/AriffHakimiHjZulkifli
Twitter: https://twitter.com/ariffhz

Saturday, September 21, 2013

Friday, September 20, 2013

[CHAPTER 2] LAGI PENIPUAN DAP DIDEDAH!


Hari ini adalah hari ketiga saya berblog. Walaupun masih baru blog ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat Malaysia. Ada pemimpin DAP yang pro Dinasti Lim sudah mula kepanasan. Anthony Loke telah menghalang twitter DAP Insider dari mengkutinya. Malah akaun twitter DAP Insider telah disekat. Lim Guan Eng dan Anthony Loke kini menuduh bekas Pengerusi Kebangsaan DAP, Chen Man Hin sebagai batu api sehingga wujudnya blog ini.

Seperti yang dijanjikan,hari ini saya ingin mendedahkan kisah Lima Harimau. Kumpulan ini sangat menakutkan Dinasti Lim. Orang-orang ini mampu mendatang ancaman kepada perjalanan politik Lim Guan Eng. Walaupun mereka kelihatan jinak tetapi bila-bila masa sahaja mereka mampu menerkam Lim Guan Eng. Mereka ialah;

Teng Chang Kim – Selangor
Chow Kon Yeow – Pulau Pinang
Boo Cheng Hau – Johor
Nga Kor Ming – Perak
Ngeh Koo Ham – Perak

Kesemua lima diatas adalah musuh Lim Guan Eng yang perlu dibunuh oleh Dinasti Lim sebelum Lim Kit Siang meninggalkan DAP.

Teng Chang Kim adalah satu-satunya Adun DAP yang paling senior di Selangor. Beliau menang sejak beberapa pilihanraya yang lepas termasuk di bawah pemerintahan BN.

Apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Selangor pada tahun 2008, Teng Chang Kim telah dinafikan haknya untuk dilantik sebagai Exco yang mewakili DAP. Sebaliknya Dinasti Lim lebih rela memilih budak hingusan, Ean Yong Hian Wah. Juga melantik Ronnie Liu sebagai exco. Ini kerana kedua-dua orang ini adalah orang suruhan Dinasti Lim untuk mereka mencari wang di Selangor.

Akhirnya kita menyaksikan bagaimana Teoh Beng Hock yang bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Ean Yong Hian Wah membunuh diri kerana mahu melindungi kegiatan rasuah majikannya. Sedangkan kegiatan rasuah majikannya dilakukan atas arahan Dinasti Lim.

Ronnie Liu diarahkan oleh Dinasti Lim agar mencari wang sebanyak mungkin dari kegiatan haram di Selangor untuk kegunaan DAP Pusat. Sehingga Ronnie dilabel sebagai bapa kepada kegiatan haram. Perkara itu memang benar. Namun ianya dilakukan atas arahan Dinasti Lim. Akhirnya nama Ronnie rosak dan kalah dalam pemilihan CEC 2012. Ronnie juga tidak dicalonkan semula dalam pilihanraya umum ke 13 kerana kata Dinasti Lim ianya boleh menyebabkan nama DAP tercemar dalam usaha mereka untuk membentuk Kerajaan Persekutuan bersama PKR dan PAS.

Akhirnya Teng Chang Kim dipilih oleh Dinasti Lim sebagai exco yang mewakili DAP selepas Pakatan Rakyat berjaya pertahankan Selangor dalam pilihanraya umum ke 13. Dinasti Lim tahu jika Teng Chang Kim tidak dipilih huru hara pasti akan timbul. Dinasti Lim meletakkan Teng Chang Kim sebagai exco bukan dengan ikhlas hati. Ianya tidak lebih sebagai opera cina sahaja. Dinasti Lim dengan bantuan anggota war room mereka, Anthony Loke dan Tony Pua sedang merangka jalan yang paling halus untuk menyingkirkan Teng Chang Kim serta Empat Harimau lagi daripada DAP. Saya akan dedahkan kepada anda nanti apa rancangan halus mereka.

Chow Kon Yeow pula sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang sepatutnya dipilih sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang apabila DAP Berjaya menubuhkan kerajaan di negeri itu pada 2008. Bagaimanapun haknya telah dinafikan oleh Lim Kit Siang apabila dia melantik anaknya sebagai Ketua Menteri.

Boo Cheng Hau pula selaku Pengerusi DAP Johor telah dinafikan haknya untuk mencadangkan calon-calon DAP dalam pilihanraya umum ke 13. Semuanya diputuskan oleh Dinasti Lim demi untuk memastikan Boo Cheng Hau hilang pengaruh di Johor.

Dua sepupu dari Perak, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham sedang bergaduh besar dengan proksi Dinasti Lim di Perak, M.Kulasegaran.

Masalah kekalutan berhubung pemilihan CEC tahun 2012 menjadi peluang terbaik untuk untuk Dinasti Lim menyingkirkan Lima Harimau di atas.

Rancangan yang sedang dilakukan oleh Dinasti Lim umpama satu batu yang berjaya bunuh tiga ekor burung.

Bagaimana caranya dan adakah Dinasti Lim akan berjaya akan kami dedahkan dalam episod akan datang. -THE DAP INSIDER

Thursday, September 19, 2013

#OneBro4NKP [VIDEO]: BARISAN PEMUDA PERAK SOKONG PENUH SAKI BAKI MAYAT TERRORIST CHIN PENG TIDAK DIBAWA KE MALAYSIA!

Pergerakan Pemuda UMNO Perak, bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan Abu Mending Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia.


Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata Chin Peng bukanlah pejuang kemerdekaan seperti yang digambarkan oleh pemimpin pembangkang sebaliknya dia adalah seorang ‘Terrorist’.
“Berhubung dengan desakan daripada pihak pembangkang terutama pemimpin DAP yang mahukan abu Ching Peng ini dibawa ke Malaysia.

“Kami bersetuju dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang tidak membenarkan abu pemimpin komunis itu dibawa masuk ke negara kita.
“Kerana Ching Peng ini merupakan seorang terorist bermakna walaupun beliau sudah meninggal tetapi terorist tetap dianggap terorist dan kita tidak boleh menerima terorist itu datang ke negara kita walaupun dalam bentuk abu.

Beliau menambah, rakyat perlu sedar akan akibat tindakan Chin Peng di dalam Parti Komunis Malaya telah menyebabkan begitu banyak nyawa terkorban.
“Kerana yang lebih penting adalah kita mengetahui disebabkan tindakan Ching Peng dalam Parti Komunis Malaya itu telah menyebabkan ramai yang terseksa dan dia tidak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan.
“Bagaimanapun perkara ini sering diputar belit oleh pihak pembangkang dengan mengatakan kononnya Chin Peng telah berjuang menghalau British dari negara.

“Kita perlu ingat balik, tindakan komunis yang enggan meletakkan senjata walaupun setelah negara kita merdeka dan akibat daripada tindakan itu ramai rakyat yang diseksa oleh mereka.
“Bagaimanapula tindakan itu boleh dianggap sebagai pejuang kemerdekaan sedangkan selepas negara kita merdeka pun mereka masih mengangkat senjata,” katanya ketika mengulas mengenai tindakan pemimpin pembangkang yang mahukan abu Mendian Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia. - AzwanBro.Com




[CHAPTER 1]: PENDEDAHAN PENIPUAN DINASTI LIM DALAM DAP!!


Seperti apa yang saya tulis semalam [SINI], pada awalnya saya cuma sangkakan bahawa blog THE DAP INSIDER hanyalah gimik semata-mata. Hari ini, pendedahan CHAPTER 1 telah didedahkan. baca dibawah.


Mulai hari ini saya akan kongsikan dengan anda bagaimana Dinasti Lim memanipulasi perlembagaan DAP untuk memastikan mereka terus berkuasa.

Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.

Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan disnatinya terus berkuasa.

Parti DAP tidak mempunyai bahagian disetiap parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja.

Cawangan-cawangan parti DAP pula dibahagikan kepada dua kumpulan:
i) Cawangan sijil A
ii) Cawangan sijil B

Penentuan samada sesebuah cawangan layak mendapat sijil A atau sijil B dibawah kuasa Setiausaha Agung.

Ahli-ahli cawangan sijil A layak untuk hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi untuk memilih CEC.

Ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati sahaja dan TIDAK dibenarkan mengundi.

Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk membolehkan mereka mengundi. Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi sijil B untuk menghalang mereka daripada mengundi, walaupun sebelum itu cawangan tersebut mempunyai sijil A. Setiausaha Agung berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya.

Cara kedua bagaimana Lim Kit Siang memanipulasi Perlembagaan DAP untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa.

Perlembagaan DAP yang dirangka Lim Kit Siang juga menetapkan bahawa ahli-ahli yang layak mengundi pada pemilihan parti tidak boleh memilih siapa yang mereka hendak letak sebagai Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Naib Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung dan jawatan-jawatan yang lain. Mereka hanya boleh memilih 20 calon-calon yang bertanding untuk mengisi CEC.

Apabila keputusan 20 yang terpilih sebagai anggota CEC diumumkan maka 20 orang yang terpilih itu akan bermesyuarat untuk menentukan siapa yang dipilih sebagai Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung dan jawatan lain. Tidak ada undi sulit. Mereka diminta memilih secara terbuka di depan keluarga Lim. Apabila berhadapan dengan situasi begini semua anggota CEC akan menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan mereka terpaksa memilih Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung selaku orang yang paling berkuasa dalam DAP.

Jika ada yang cuba melawan mereka tidak akan dipilih sebagai calon dalam pilihanraya dan akan menerima nasib malang sepertimana yang dialami oleh Lee Lam Thye, Wee Choo Keong dan lebih 100 orang lagi yang telah dipecat dari DAP.

Hampir 50 tahun Lim Kit Siang bukan sahaja memanipulasi perlembagaan DAP malah turut memanipulasi kehadiran perwakilan ke Kongres Kebangsaan serta pengiraan undi pemilihan CEC untuk memastikan dia atau dinastinya akan terus menguasai DAP.

Kit Siang tahu dia sekarang sudah dihujung usia dan penggal ini adalah penggal terakhirnya. Jadi dia perlu pastikan perjalanan politik dinastinya dalam DAP terus selamat. Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung dan Lim Hui Ying sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang. Lim Kit Siang juga tahu anaknya Lim Guan Eng tidak sepintar beliau dalam berpolitik dan juga tidak disukai oleh ramai pimpinan DAP kerana sikap angkuh dan sombong. Kebodohan Lim Guan Eng terserlah dalam CEC tahun 2012. Dia tidak sebijak Lim Kit Siang dalam memanipulasi undi sehingga membuatkan DAP berhadapan dengan masalah besar sekarang.

Akibat kebodohan Lim Guang Eng itu, kini Lim Kit Siang sedang memerah otak berfikir bagaimana cara untuk beliau menendang keluar satu kumpulan yang dikenali sebagai Lima Harimau yang boleh mendatangkan masalah besar kepadanya dan dinastinya dalam DAP.

Siapa Lima Harimau dan kenapa Lim Kit Siang perlu sembelih mereka ?

PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA: KADAR KEMISKINAN 'KITA' ADALAH PALING RENDAH!! @NajibRazak #MEB #Teraju


Seperti anda sedia maklum, pada Sabtu lalu saya telah melancarkan inisiatif Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.

Inisiatif ini menyediakan pelbagai strategi untuk dimanfaatkan, agar daya saing anda sebagai Bumiputera dalam sektor ekonomi dapat terus dipertingkatkan.

Pelbagai usaha telah dilaksanakan dari dahulu lagi, iaitu sejak Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan, bagi menperkukuhkan kedudukan ekonomi kaum Bumiputera.

Hasil dari usaha-usaha ini, pendapatan purata isirumah Bumiputera telah meningkat dari RM172 sebulan pada tahun 1970an kepada hampir RM4,500 sebulan pada tahun 2012. Ini adalah peningkatan sebanyak 2,500%!

Kadar kemiskinan di kalangan Bumiputera kini pada paras rendah iaitu 2% berbanding 65% dalam tahun 1970an.

Walaubagaimanapun, jurang ketaksamaan pendapatan antara kaum masih wujud di negara ini, dan kerajaan menyedari hakikat ini.

Misalnya, bagi setiap RM1 pendapatan yang dibawa pulang seorang Bumiputera, seorang rakyat berbangsa Cina membawa pulang RM1.43.

Mereka berupaya memperoleh pendapatan yang lebih tinggi kerana mempunyai daya saing yang tinggi, terutamanya dalam sektor ekonomi.

Justeru, pemerkasaan ekonomi Bumiputera, tidak kira di Semenanjung, mahupun di Sabah dan Sarawak adalah perlu agar kepentingan ekonomi dapat dinikmati semua, tanpa meminggirkan mana-mana pihak.

Saya menyeru agar anda, sebagai seorang Bumiputera di Malaysia, merebut peluang yang telah disediakan melalui inisiatif Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini demi pengukuhan taraf ekonomi anda dan negara.

Baca dan kongsi infografik strategi Pemerkasaan Ekonomi yang boleh didapati di laman Facebook saya dan layari www.teraju.gov.my untuk mengikuti perkembangan terkini tentang inisiatif-inisiatif kerajaan dalam pemerkasaan ekonomi Bumiputera.


Untuk teks ucapan - SINI

#PemilihanUMNO: JOM KENALI CALON NAIB KETUA PUTERI!! #ZahidaZarik4NKP3


Pada pandangan peribadi saya, jika dinilai dari aspek corak kepimpinan yang paling berpengalaman dan kental, saya memilih Saudari Zahida Zarik Khan menggantikan Shahanim Mohd Yusoff bagi kerusi Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Zahida adalah seorang yang aktif di Bahagian disamping erat dalam mendekati golongan belia.

Dia juga punyai potensi untuk memberikan perubahan pesat dalam barisan kepimpinan Puteri, kerana 'politician package' yag dia miliki sangat diperlukan dalam melaksanakan konsep 'Meremajakan UMNO & Transformasi UMNO' seperti yang dinyatakan Presiden. Semoga Zahida Zarik diberi peluang menggalas tugas sebagai Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. 

Berikut adalah sedikit sebanyak mengenai Zahida Zarik Khan, untuk lebih lanjut, boleh baca profil dibawah:


1. EXCO Puteri UMNO Malaysia-(2008 hingga kini)
Pada tahun 2008 telah bertanding untuk jawatan ini di peringkat Malaysia dan telah memenangi tempat ke 4 dari seramai 60 orang yang bertanding,telah mengadakan pelbagai aktiviti turun padang ke Negeri-Negeri berjumpa wanita muda. 
2. Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan, Selangor ( daripada 2003 hingga kini) 
Telah menang tanpa bertanding untuk jawatan ini dari 2003 hingga sekarang dan telah mengadakan berbagai program kebajikan/sukarelawan/sukan/pendidikan/sosial dan agama untuk wanita muda di Parlimen Pandan. 
3. Bendahari Puteri UMNO Negeri Selangor 
Telah dilantik oleh Perhubungan Puteri UMNO Negeri Selangor sebagai bendahari bermula dari 2009 hingga sekarang 
4. Exco Majlis Belia Negeri Selangor MBS 
Telah dilantik sebagai Exco Majlis Belia Selangor bermula dari tahun 2012 hingga sekarang 
5. Exco Majlis Belia Daerah Hulu Langat MBDHL 
Dilantik sebagai Exco Majis Belia Daerah Hulu Langat bermula dari 2012 hingga sekarang 
6. Presiden Persatuan Belia dan Beliawanis Pandan 
Telah dipilih sebagai Presiden Persatuan ini bermula dari 2012 hingga sekarang, telah menganjurkan berbagai bagai Program khususnya untuk Belia dan Beliawanis Pandan 
7. NGO GABUKAS 
Dipilih sebagai Naib Presiden bermula dari 2010 hingga sekarang dan telah menganjurkan aktiviti untuk NGO-NGO di dalam Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. 
8. Youth Leader for International Conference Asian Political Party (ICAPP) 
Telah terlibat dengan ICAAP semenjak 2009 dan telah menghadiri semua Mesyuarat ICAPP di Indonesia, Nepal, Azerbaijan, Thailand, Myanmar, Cambodia, China, Timur Leste, Singapura dan telah dipilih mewakili Malaysia untuk Youth Leader for ICAPP from Malaysia dari 2011 hingga sekarang 
9. Bendahari International Emergency Medical Forum (IMEF) 
Dipilih sebagai Bendahari IMEF bermula dari 2009 hingga sekarang dan telah pergi ke tempat bencana alam seperti di Christchurch New Zealand sewaktu gempa bumi, menghantar bentuan kepada pelajar-pelajar Malaysia, melawat dan menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Brisbane Australia dan melawat dan menghantar bantuan kepada mangsa tsunami di Acheh Indonesia.juga telah melawat dan menghantar bantuan kepada orang-orang miskin di Cambodia sempena Hari Raya Aidiladha 
10. Ahli Lembaga Pelawat Hospital Ampang 
Berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Hospital Ampang bermula dari 2011 hingga sekarang. 
11. Ahli Jawatan Kuasa Kelab UMNO Luar Negara 
Dipilih sebagai Ahli Jawatan Kuasa Kelab UMNO Luar Negara bermula dari 2011 hingga sekarang dan telah turun berjumpa pelajar pelajar Malaysia di luar Negara seperti mengunjungi Universiti dan mengadakan program gotong royong dan kebajikan dengan Pelajar Pelajar di Scotland, Sydney, London, Indonesia, Bali, Jakarta, Perth dan Mesir. 
11.Pengerusi Biro Kesihatan Puteri UMNO Malaysia 
Dilantik bermula dari 2008 hingga sekarang dan telah menganjurkan pelbagai program kesihatan di peringkat Malaysia seperti kempen derma darah,kempen derma organ dan pelbagai kempen kesihatan untuk orang-orang muda 
12. Pengerusi Biro Kebudayaan Puteri UMNO Negeri Selangor 
Dipilih dari 2008 hingga sekarang dan telah mengadakan pelbagai aktiviti kebudayaan peringkat negeri utk wanita muda 
13. Penyelaras Parlimen Belia Kawasan Pandan 
Dilantik bermula dari januari 2013 hingga sekarang dan telah mula mengadakan program-program di Parlimen Pandan seperti yang terbaru akan diadakan Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Pandan 2013 pada 22,23 dan 24 Mac 2013 di Tesco Ampang.

WAN SAIFUL WAN JAN: MELAYU BODOH YANG MAHU ARTIKEL 153 DIMANSUHKAN!!

Wan Saiful Wan Jan? Inilah contoh manusia tidak tahu bersyukur! dan Inilah contoh produk keluaran Pakatan Rakyat! Dia adalah anak anggota polis yang  baru pulang pada tahun 2009 selepas hampir 16 tahun menetap di luar negara, punggung pun tak panas lagi. Setelah puas menghabiskan wang kerajaan melalui biasiswa yang dia dapat, dengan 'slumbernya' telah mengeluarkan pendapat bahawa "inilah masa yang paling sesuai supaya Artikel 153 Perlembagaan Malaysia dihapuskan". BIADAP!

Adakah dia faham apa itu Artikel 153 Perlembagaan Malaysia? Secara amnya, Artikel 153 amat-amat penting kepada kaum bumiputera di Malaysia. Ianya dirangka khas bagi memastikan kita tidak hilang ketuanan melayu yang kita pertahankan dan supaya kita tidak kehilangan tanah untuk bebas dipijak!! Wan Saiful Wan Jan Perlu Diambil Tindakan!!

Wan Saiful Wan Jan is one hell of a lucky Melayu. 
Born in 1975 in Alor Setar, Kedah, he grew up in a police barrack but by the age 18 was already in the UK pursuing his studies, one of thousands of young Melayus who have gotten such opportunities as a result of the push for affirmative actions by the Malaysian government. By the time he came back to Malaysia in 2009, Wan Saiful had spend all his adult years - 16 in total - in the UK! He could have financed his studies and his stay there by himself but he was the son of a policeman, not a king, so it's very likely that he had won some scholarships from the government or a Malaysian GLC at some point.  
In the UK, he became a PAS member but was sacked from the party for the un-Islamic act of joining the UK Conservative Party. He even contested in the English local elections in 2007. Now four years later and still only 38, and having co-founded IDEAS with a young prince from Negri Sembilan, Wan Saiful thinks it is time to remove Article 153 of the Constitution, relieve the Yang DiPertuan Agong the responsibilities of safeguarding the special position of the Malays, and deny all Melayus in 10-15 years the privileges that thousands like Wan Saiful himself have enjoyed during the last 40 years or so.

NOTA:

ARTIKEL 153: memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu - WIKIPEDIA 

#PemilihanUMNO: PENGALAMAN @AzwanBro DIPERLUKAN UNTUK KEKUATAN PEMUDA! #OneBro4NKP @onebro4NKP


Imej keberanian yang dibawa Pemuda sangat penting dalam era politik sekarang. Sejak negara mencapai kemerdekaan lagi, imej keberanian ditekankan demi memperjuangkan nilai sebuah kemerdekaan dan ketuanan melayu. Justeru, ia selaras dengan teras perjuangan UMNO dan 'Transformasi' yang diperkenalkan Presiden. Bagi memastikan ianya terlaksana, barisan pemuda mestilah diketuai oleh individu yang kuat! Tambahan, banyak yang perlu ditangani dalam perubahan landskap politik ketika ini.

Pada pencalonan Naib Ketua Pemuda kali ini, seramai 3 orang akan 'masuk gelanggang', iaitu Jamawi Jaafar, Lokman Adam dan Khairul Azwan Harun (Azwan Bro). 

Pada pendapat peribadi saya, Azwan Bro (Ketua Pemuda Negeri Perak) adalah calon yang sesuai untuk diberi peluang mengisi tempat kosong Naib Ketua Pemuda. Salah satu daripada faktornya adalah, dia berpengalaman mengetuai saf kepimpinan perhubungan UMNO negeri. Sekali gus, melalui pengalaman yang ada, ianya boleh diteruskan pada peringkat nasional bagi memastikan visi dan misi pemuda tercapai. 


Ingat, tanggungjawab sebagai Naib Ketua Pemuda bukanlah suatu yang remeh-temeh, ianya sangat penting bagi memastikan kekuatan jentera pemuda tidak lemah dan cacat. 

Boleh juga baca ulasan tentang kepimpinan Azwan Bro yang dilihat mampu membawa perjuangan pemuda selaras dengan peredaran zaman di blog sahabat saya. DIBAWAH:

Pendapat Azwan Bro tentang kesesuaian perjuangan UMNO mengikut peredaran zaman.
DOUBLE-Y
Sejak negara mencapai kemerdekaan, pendekatan yang digunakan oleh pemuda sentiasa digeruni dan dihormati oleh lawan. Sayap UMNO yang dikenali dengan imej perjuangan yang lantang, berani dalam memperjuangkan isu serta mempertahankan hak dan kepentingan agama, bangsa dan negara kini telah melalui pelbagai proses kematangan. 
Keberanian pemuda bukan saja ketika berjuang menuntut kemerdekaan negara, malah ketika keengganan komunis mengiktiraf kemerdekaan negara sehingga membawa kepada darurat, pemuda memainkan peranan memberi kesedaran kepada rakyat mengenai konsep sebuah negara Merdeka. 
Kini setelah melalui pelbagai proses serta memastikan UMNO terus relevan, pemuda UMNO perlu bijak menyesuaikan perjuangan mereka selari dengan perubahan landskap politik negara. Tanggungjawab besar bukan sahaja di bahu ketua pemuda sebaliknya ia turut dipikul pembantunya iaitu naib ketua. 
Tanggungjawab Naib Ketua Pemuda UMNO harus selari dengan Ketua Pemuda bagi memastikan visi dan misi pergerakan pemuda berjaya dicapai. Di antara tiga calon, Azwanbro dilihat lebih mampu membawa perjuangan pemuda selari dengan peredaran zaman.





FOLLOW TWITTER @onebro4NKP UNTUK MENGIKUTI PERKEMBANGAN TENTANG AZWAN BRO ~ADIOS~

Wednesday, September 18, 2013

PEMILIHAN SEMULA CEC: KANTOI! SEBUAH BLOG KHAS MILIK AHLI DAP BAKAL DEDAHKAN SEGALANYA!!

Daripada email yang saya dapat, penghantar memberitahu bahawa sebuah blog milik individu bernama Peter, THE DAP INSIDER bakal mendedahkan bahawa Pemilihan Semula CEC oleh Parti DAP mempunyai sebuah agenda tersendiri dan penuh dengan penipuan. 

Apa yang menariknya, laman blog tersebut milik Ahli DAP cawangan Johor. Peter dilihat sangat kecewa dan hilang kepercayaan (Swing) terhadap DAP. Apa sebabnya, Wallahualaam.

The DAP Insider akan mendedahkan secara terperinci bagaimana cara Dinasti Lim, Tony Pua, Anthony Loke manipulasi undi untuk memastikan mereka terus berkuasa dalam DAP. Nampaknya 'game' Pemilihan CEC ini semakin rancak dan pucuk pimpinan mereka pun semakin 'kecil laangkah' untuk melangkah. Diharap dengan segera Dinasti Lim dapat turun dan tukar yang lain kerana daripada analisis yang saya buat, mereka ialah punca sentimen perkauman MELAYU-CINA hangat di Malaysia.


Nama saya Peter dan saya adalah ahli DAP sebuah cawangan di Johor.Saya menyertai DAP sejak tahun 1998.Saya masuk DAP kerana percaya parti DAP memperjuangkan demokrasi tulen untuk rakyat Malaysia.Walaupun saya seorang yang cerdik dan memilki ijazah tetapi saya pun tertipu dengan DAP.Mereka bukan berjuang untuk rakyat Malaysia tetapi berjuang untuk Dinasti Lim. 
Kerana saya terlalu lantang melawan Dinasti Lim terutamanya dalam kes penipuan CEC hidup saya menjadi tidak aman.Saya sering diganggu oleh taiko-taiko yang dipelihara Dinasti Lim.Untuk sementara waktu saya melarikan diri ke Indonesia kerana gangguan taiko Lim.Hidup saya lebih aman disini dan saya akan berjuang daripada jauh untuk memastikan semua rakyat Malaysia tahu kejahatan Dinasti Lim. 
Tujuan saya membuka blog ini dalam bahasa melayu untuk menceritakan kepada semua rakyat Malaysia tentang kejahatan Dinasti Lim.Saya tidak mahir menggunakan bahasa melayu.Mujurlah ada seorang rakan berbangsa melayu yang pernah bekerja sebagai pegawai seorang bekas wakil rakyat DAP menolong saya.

Mulai hari ini saya akan menulis tentang penipuan pemilihan CEC.Saya akan dedah sampai habis bagaimana cara Dinasti Lim,Tony Pua,Anthony Loke manipulasi undi untuk memastikan mereka terus berkuasa dalam DAP.

ARIFF HAKIMI CALON EXCO PEMUDA DARI KELANTAN @AriffHZ #AriffHakimi4Exco


Endorsement ini tepat dengan kriteria 'TRANSFORMASI UMNO & MEREMAJAKAN UMNO'..!! 

Tahniah buat sahabat saya dari Kelantan, Dr Ariff Hakimi Haji Zulkifli diatas 'Endorsement' oleh Ketua Pemuda Negeri kerana diberi kepercayaan dan persetujuan  untuk bertanding bagi menggalas jawatan sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia. Sekali lagi tahniah saya ucapkan kerana Saudara Ariff baru sahaja selesai melangsungkan majlis pertunangannya dengan 'gewe' pilihan. 

"SORRY DOC, KAWE TAK DAPAT HADIR!! JUST DAPAT UCAP TAHNIAH JER!!"

Selain itu juga, dia adalah seorang yang sangat aktif dan proaktif kerana amalkan prinsip 'pemimpin turun padang', Doc Ariff sering meluangkan masa bersama golongan mahasiswa bukan semata-mata kerana dia adalah Naib Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK), tetapi juga adalah kerana dia adalah individu 'feveret' orang muda atas sikap sporting dan terbuka. Kalau ikutkan, panjang lagi jari ni nak menaip kerana seronok menceritakan kejayaan sahabat. InsyaAllah, saya doakan semoga Saudara Ariff Hakimi Haji Zulkifli diberi peluang oleh perwakilan supaya dia dapat menggalas jawatan sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia. Amin


TUKAR KELATE:



" Sebelum ini beberapa sahabat penulis melontarkan persoalan siapakah yang bakal diketengahkan oleh barisan Pemuda UMNO Negeri Kelantan sebagai calon exco pergerakkan pemuda UMNO Malaysia dalam Pemilihan Agung UMNO 2013 nanti.


Akhirnya persoalan tersebut terjawab apabila penulis dimaklumkan bahawa Ariff Hakimi Hj. Zulkifli merupakan calon yang dipersetujui dan diberi pengesahan oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan Anuar Safian.


Ariff Hakimi atau dikenali sebagai Ariff di kalangan rakan-rakan merupakan ahli pemuda UMNO dari Bahagian Pasir Puteh merupakan Naib Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) dan Pengarah Eksekutif Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) sebuah NGO yang terlibat dalam membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian di UiTM di bawah program Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB).

Tinggal tiga hari sebelum menjelang hari pencalonan, penulis melihat semakin ramai ahli pemuda yang tampil menawarkan diri bagi merebut jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia sekaligus membuktikan bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang lebih terbuka berbanding pembangkang.

Berikut penulis sertakan sedikit profil Ariff Hakimi :






Nampaknya ahli akar umbi pemuda mempunyai banyak pilihan, kerana penulis dimaklumkan setakat ini lebih 60 borang telah diambil oleh individu-invidu yang ingin bertanding dalam pemilihan UMNO 25 September ini. "

#PemilihanUMNO: @KhairyKJ SIKIT PUN TARAK GOYANG MAA SAMA DIA PUNYA LAWAN!!

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak mempunyai masalah sekiranya jawatan itu dipertandingkan dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu bertanding.

Khairy yang akan mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti bulan depan berkata beliau mengambil sikap terbuka terhadap pertandingan ketua pergerakan itu.

"Kita sudahpun buat pindaan perlembagaan empat tahun lepas dan tiada sekatan dan proses pencalonan untuk jawatan ketua pemuda ataupun untuk apa jawatan sekali pun," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian penajaan Tan Sri Muhyiddin (TSM) Golf Challenge di sini, Selasa.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat beberapa individu termasuk anak bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Sanusi Junid, Akramsyah, yang mahu bertanding jawatan itu.

Mengenai saranan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menasihati pemimpin muda diberi peluang menjelang pemilihan parti, Khairy berkata perkara itu memang diamalkan dalam parti sejak sekian lama.

Katanya proses peremajaan parti sentiasa berlaku dalam parti tetapi ia perlu diperkasakan lagi.

"Umno sentiasa memerlukan peralihan generasi dan kemunculan pemimpin muda dan adalah penting untuk menggabungkan pemimpin muda ini dengan pemimpin berpengalaman," katanya. - mStar

CONFUSE!! MUKHRIZ TAWAR DIRI MAHU BERTANDING EXCO? #Mukhriz4Exco


Khabar angin kencang mangatakan bahawa Dato' Mukhriz akan bertanding Naib Presiden UMNO, tetapi kenapa tiba-tiba keluar berita sahih bahawa 'Mukhriz' akan bertanding Exco? Rileks, Memang benar apa yang dinyatakan. Yang akan bertanding Naib Presiden tu Mukhriz Mahathir (MB Kedah), tetapi yang akan bertanding Exco ini ialah Dato' Ahmad Mukhriz Fuad, Ketua Pemuda Cawangan Pekan Baru (Bahagian Pekan, Pahang). Sumber ini didapati daripada laman FB milik dia [SINI]. Memang sesuai dengan umur dia sekarang, 34 tahun untuk bertanding Exco Pemuda, kerana secara fizikalnya, masih mempunyai kudrat yang kuat untuk berkhuidmat dan bekerja, terutamanya pada PRU-14 akan datang. Tambahan, secara tidak langsung tercapai hasrat YAB Tuan Presiden untuk meremajakan UMNO seperti yang dikerangkakan dalam Konsep Transformasi UMNO. Apa-apa pun aku ucapkan GOOD LUCK dan mudah-mudahan Dato' Ahmad  Mukhriz Fuad diberi peluang untuk menggalas tugas dan mengisi kekosongan kerusi Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada Sesi Pemilihan UMNO kali ini.

Tuesday, September 17, 2013

SENARAI RANKING BLOG PRO-KERAJAAN TERKINI!! @WRSyndicate

BERIKUT ADALAH SENARAI RANKING BLOG PRO-KERAJAAN TERKINI IHSAN DARI WARTA RAKYAT.


SETERUSNYA DI[SINI]

@khalidismath BIADAP!! MAIN-MAIN DENGAN NAMA ALLAH UNTUK UCAP TAKZIAH KEPADA CHIN PENG!!

Nampaknya semakin hari, semakin bangang mahasewel ni. Sebelum ni dia sudah mahsyur dengan ajaran syiah, kali ini, siap main kalimah Allah dan minta mendiang Chin Peng tu ditempatkan dikalangan orang beriman lagi. Ini lah dinamakan SESAT!! Chin Peng tu Non-Muslim, no need to use 'Allah' word for his dead body!! Patutlah sokong sangat kalimah Allah digunapakai oleh golongan bukan Islam. Apa yang menghairankan aku, dalam Pakatan i tergolong dengan ramai golongan yang 'berkopiah' daripada parti PAS, tapi seorang pun tak tegur tindakan Khalid Ismath ni. Mana prinsip 'AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR' ularmak-ularmak PAS???

Dengan bangganya dia mengaku dia SYIAH!! 

P/S: BOLEH ANGKAT KAKI LAMBUNG LA WEI!!

Baca entri dibawah:
@khalidismath 'DEWAKAN' MENDIANG CHIN PENG, DASAR AKTIVIS PRO-MAHASISWA YANG BUTA SEJARAH!! 
" Tindakan aktivis sosial, Khalid Mohd Ismath mengangkat ‘perjuangan’ bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng seperti menderhaka kepada negara. 
Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata, sepatutnya Khalid berfikir secara matang dan jangan bersikap buta sejarah. 
“Kalau ini pemikiran Khalid, kita amat dukacita kereana begitu dangkal sekali. Tindakannya itu menunjukkan beliau sebenarnya buta sejarah. 
“Kalau Chin Peng dikatakan pejuang, tidak nampak kesahihannya, ini menunjukkan kedangkalan pemikiran beliau,” katanya kepada Sinar Harian semalam. 
Katanya, beliau percaya pendirian Khalid itu hanya mewakili dirinya sendiri tanpa ada orang lain yang akan mengikutnya. 
“Apa yang ditulisnya dalam laman Twitter itu tidak akan menarik perhatian kerana beliau seperti tidak tahu sejarah. 
“Kita jelas tolak Chin Peng sebagai pejuang, jadi kita harap Khalid boleh kembali ke sekolah belajar balik sejarah,” ujarnya. 
Semalam, Khalid memuat turun status dalam laman Twitternya yang mengangkat ‘perjuangan’ Chin Peng sebagai berkata ‘jasanya membuka jalan kemerdekaan di Malaysia tidak akan dilupakan’.  "
SELANJUTNYA DI Kaki Rayau KB

#OneBro4NKP "MAYAT SEORANG TERRORIS SEPERTI CHIN PENG TIDAK LAYAK DISEMADIKAN DI MALAYSIA." - @AzwanBro

Memang benar apa yang dinyatakan oleh Azwan Bro tentang sebab musabab mengapa mayat Chin Peng tidak patut untuk dibawa pulang k Malaysia untuk disemadikan. Salah satu sebab yang dinyatakan ialah atas faktor sejarah dan kekejaman yang Chin Peng telah lakukan, dan tiada motif untuk membawa pulang mayat Chin Peng ke Malaysia seperti yang pembangkang beria-ia mahukan. 

WIKIPEDIA: Tindakan puak radikal dalam MPAJA ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang bangkit untuk menentang pihak komunis di bawah beberapa pemimpin seperti Kiai Salleh Karimdari Batu Pahat, Johor. Akibat daripada tindak balas orang Melayu ini, Parti Komunis Malaya gagal merampas kuasa, malah terpaksa meminta campur tangan Tunku agar mententeramkan orang-orang Melayu yang bangkit ketika itu.

Cubaan MPAJA untuk menguasai pentakbiran ini dari pemerintah sebenar menyebabkan mereka dilabelkan sebagai puak kiri dan kemudiannya diharamkan dan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya ditangkap.


Mayat Chin Peng Tidak Boleh Dibawa Pulang 
Pihak-pihak yang menaruh impian hendak membawa pulang mayat atau pun abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng yang meninggal dunia di Bangkok untuk disemadikan di bumi Malaysia adalah dikecam. 
Kita tidak akan membenarkan mendiang dikebumikan di Malaysia atas faktor sejarah dan kekejaman yang pernah beliau lakukan. Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan sebagaimana didakwa oleh beberapa pihak termasuk parti politik. Beliau tetap komunis yang tidak boleh diterima di bumi Malaysia. 
Chin Peng mengetuai PKM yang bertanggungjawab penuh keatas kematian beribu anggota keselamatan dan rakyat waktu darurat. 
Justeru itu, saya tidak nampak sebarang sebab mengapa mayat atau abu Chin Peng harus dibawa balik ke Malaysia. Chin Peng sudah mati dan mayat seorang teroris seperti beliau tidak layak disemadikan di Malaysia.

#RazmanVSKJ: AGAK-AGAK BERAPA BAHAGIAN KENAL RAZMAN? #PemilihanUMNO

Seperti apa yang aku tuliskan sebelum ini - KRITERIA PENTING UNTUK MENJADI KETUA PEMUDA UMNO. BUKAN HANYA POPULARITI DI FACEBOOK SAHAJA!!

Jika Razman masih mahu meneruskan hasrat untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda  yang disandang Khairy Jamaluddin sekarang, dinasihatkan supaya simpan saja lah. Sedangkan anak Sanusi Junid, Akramsyah yang punya 'PAYUNG BESAR' pun, masih kecil lagi ruang untuk dia kecapi kemenangan. Lagilah Razman?? Hanya popular di laman sosial, tetapi tidak di 'underground'. Agak-agak berapa bahagian kenal Razman??

" Seorang lagi mungkin akan mencabar jawatan Ketua Pemuda Umno semasa pencalonan Sabtu ini. 
Razman Hakimi Abdullah, merupakan seorang blogger dan bekas ketua unit komunikasi korporat sebuah kementerian pada Isnin berkata, beliau akan menyertai pertandingan itu sekiranya pencabar Akhramsyah Sanusi Akhramsyah Muammar Ubaidah tidak meneruskan hasratnya untuk menentang penyandang Khairy Jamaluddin bagi jawatan itu. 
"Saya tunggu Akhramsyah membuat pengumuman dulu. Jika beliau tidak bertanding, Insya-Allah saya akan mengumumkan hasrat dan niat saya melalui Facebook dan laman sosial. 
"Saya perlu tunggu dia kerana dia adalah senior dan saya hormat kepadanya. Lagipun kami mempunyai prinsip perjuangan yang sama di dalam Pemuda. Jika dia bertanding, saya akan membantu kempennya di akar umbi," kata Razman kepada Bernama. 
Razman pernah mengganggotai Unit Media Pemuda UMNO Malaysia ketika Pilihan Raya Kecil Manek Urai pada 2009. 
Jawatan ketua pemuda sebelum ini seolah-olah lesu tanpa pertandingan kini menjadi hangat apabila anak bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid dilapor menawarkan diri Sabtu lepas. 
Akhramsyah mengesahkan untuk bertanding melalui blognya, http://www.thoughtsintangents.blogspot.com. 
Ketika dihubungi Bernama pada Isnin, Akhramsyah anggota Umno Cawangan BendangBaru, bahagian Langkawi itu berkata pengumuman rasmi mengenai niatnya itu akan dibuat dalam masa sehari dua lagi. 
Beliau berkata, persediaan rapi perlu dibuat dari segi mental dan fizikal sebelum boleh mengadakan sidang akhbar untuk membuat pengumuman rasmi itu. 
Khairy ketika diminta mengulas niat pencabarnya itu bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen. 
Tumpuan dan fakta lanjut mengenai pertandingan dua atau tiga penjuru ini hanya boleh diketahui jika kesemua calon telah mengambil dan menyerahkan borang pencalonan. 
Borang-borang itu boleh didapati mulai Sabtu lepas, di kaunter yang dibuka di Aras 4 Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), atau pejabat bahagian masing-masing sehingga Jumaat ini, sebelum tarikh untuk menyerahkan borang pendaftaran calon pada Sabtu ini. 
Sebelum ini, tiada anggota Umno yang dilaporkan akan mencabar Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, sebagai Ketua Pemuda yang disandangnya sejak 2009. 
Pada pemilihan parti 2009, Khairy memperoleh 304 undi dengan mengalahkanDatuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (254 undi) dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (232 undi). 
Pemilihan jawatan tertinggi sayap Pemuda akan diadakan pada 12 Oktober ini. - mStar "

AHLI PEKIDA AKAN DIBERI KAD DAN CIP SEBAGAI BUKTI KEAHLIAN YANG SAH!!

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) mengulangi kenyataan bahawa pertubuhan itu adalah sah di sisi undang-undang dan bukan kumpulan samseng. Timbalan Pengerusi Kelantan, Nik Lah Nik Soh berkata, pertubuhan itu didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerusi nombor pendaftarannya 143/83 (K).

Menurutnya, ahli Pekida tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah, sebaliknya bertindak atas prinsip 30 berdasarkan amal makruf nahi mungkar. “Setakat ini kami tidak menerima mana-mana laporan polis berhubung kes salah laku yang dilakukan oleh ahli Pekida seluruh Kelantan.

“Kami juga tidak akan menyimpan mana-mana ahli yang melakukan kes jenayah sebaliknya akan terus membawanya ke muka pengadilan.
Beliau berkata demikian bagi mengulas salah faham yang berlaku berhubung penahanam ahli Pekida Pasir Mas dalam Ops Cantas, baru-baru ini.

Menurutnya, Pekida adalah agensi yang banyak membantu polis dan bukannya ahli kongsi gelap. Nik Lah yang juga Ayahda Pekida Pasir Mas mengingatkan ahli, agar akur dengan arahan pemimpin terutama dari segi pembayaran yuran dan pembaharuan kad keahlian. Kegagalan melunaskan bayaran terbabit akan menyebabkan mereka kehilangan keahlian.

“Bermula tahun ini ahli akan diberi kad baru beserta cip sebagai tanda ahli sah malah ia ditandatangani oleh Presiden Pekida Malaysia yang baru, Jalaludin Yusof. “Mereka juga perlu menyimpan resit pembayaran sebagai bukti pembayaran untuk sesi tahunan atau seumur hidup,” katanya.

Beliau berkata, Pekida tidak bertanggung jawab terhadap ahli yang menggunakan lambang ‘tiga garisan’ pada nombor pendaftaran kenderaan.
Ini kerana katanya, Pekida menyalurkan pelekat yang sah untuk ditampal di cermin dan nombor pendaftaran. - SINAR

ABU MAYAT CHIN PENG TUDAK DIBENARKAN DIBAWA KE MALAYSIA KERANA DIA KOMUNIS!!!!


Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak akan terbabit sama sekali dalam urusan pengebumian Chin Peng yang meninggal dunia di Bangkok, pagi tadi.

Perdana Menteri menegaskan, kerajaan juga percaya urusan pengebumian bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu akan dilakukan di Thailand.

“Kerajaan tidak akan membenarkan mendiang dikebumikan di Malaysia atas faktor sejarah dan kekejaman yang dilakukannya,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga tidak akan membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke negara ini walaupun diminta ahli keluarga mendiang. - BH

Monday, September 16, 2013

ARTIKEL KHAS SEMPENA #HariMalaysia50: "MELAYU PERLU BIJAK PERTAHANKAN KETUANANNYA" -@AzwanBro #OneBro4NKP


Sejarah perjuangan tanah Melayu perlulah diketahui oleh semua orang khasnya orang muda. Kerakyatan tidak akan bermakna jika kita tidak tahu asal-usul kita. Sejarah kita adalah pengajaran bagi kita, adalah panduan perjuangan kita. Generasi muda Melayu perlu mengetahui kepentingan perpaduan, sejarah kejatuhan kerajaan Melayu dan ancaman terhadap ketuanan Melayu yang ada di mana-mana sama ada dari dalam negara, mahupun luar negara. Lebih-lebih lagi Melayu itu dikaitkan dengan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Maka sudah pasti musuh Melayu, juga adalah musuh Islam yang bersifat sejagat dan senantiasa berusaha menjatuhkan pengaruh Islam.

Cabaran masa depan Melayu yang semakin kompleks memperlihatkan betapa bangsa Melayu perlu bijak dalam mempertahankan ketuanannya. Bermula dengan institusi raja-raja, diikuti dengan kekuatan politik, ekonomi serta tahap intelektualnya. Jika kita berpadu dalam semua aspek ini, barulah kedaulatan dan ketuanan itu dapat terpelihara selamanya. Namun, apakah generasi muda mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang secukupnya dalam semua aspek ini? Inilah persoalan yang amat membimbangkan kerana orang Melayu sebenarnya masih belum bersedia untuk menerima keadaan seandainya ketuanan mereka hilang sama ada secara langsung atau sebaliknya.

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” -3:103

Oleh yang demikian, kita tidak boleh lagi menyingkap punca perpecahan dan perbalahan Melayu itu sendiri. Sebaliknya kita sebagai anak muda Melayu yang masih punya kuasa perlu menyusun strategi dan bertindak segera memperbaiki keadaan. Jika kita terpaksa berkorban demi perpaduan Melayu, maka pengorbanan itu mesti dilakukan. Melayu di Malaysia perlu melihat sedalam-dalamnya rumpun Melayu di negara sekelilingnya.

Namun begitu, kita seharusnya ingat bahawa kejayaan yang dicapai Malaysia pada hari ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana usaha yang dilaksanakan pimpinan negara dari dulu lagi yang bertindak atas dasar yang adil dan saksama tanpa mengira kaum serta berlandaskan gagasan 1Malaysia.- AzwanBro.Com

KRITERIA PENTING UNTUK MENJADI KETUA PEMUDA UMNO. BUKAN HANYA POPULARITI DI FACEBOOK SAHAJA!!

SALAH satu tumpuan utama dalam pemilihan UMNO kali ini ialah pemilihan di peringkat Pergerakan Pemuda UMNO. Sudah menjadi kebiasaan, perebutan jawatan dalam sayap UMNO itu sering mendapat perhatian.


Pemilihan kepimpinan Pemuda di pelbagai peringkat kali ini akan menjadi satu yang menarik dan dinamik. Yang nyata, Pemuda mesti menjadi ‘nadi’ kepada usaha transformasi kerajaan.

Kita mengharapkan pemilihan kali ini dapat dilaksanakan dalam keadaan yang tenang, penuh semangat setiakawan dan tidak saling menjatuh dan mengaibkan kawan-kawan yang menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti.

Jangan kita anggap pemilihan ini sebagai perlawanan ‘kalah mati’, yang akan membenam nasib politik kawan-kawan dalam Pemuda.

Selepas pemilihan, kita kembali kepada saf yang sama. Bernakhodakan ketua dan naib yang sama. Kalau prinsip ini dapat kita hargai, insya-Allah Pemuda akan tampil lebih utuh dan kuat.

Ahli-ahli Pemuda di pelbagai peringkat, perlu mencari kalangan pemimpin yang efektif, setia, istiqamah, berpengalaman dan mempunyai ‘modal sosial’ untuk mendekati golongan muda. Apa yang dimaksudkan dengan ‘modal sosial’ ini – pemimpin yang kita cari mestilah serba boleh. Holistik.


Dia bukan sahaja sebagai ‘Ketua Pemuda Cawangan’, malah mungkin aktif di dalam Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG), aktif dengan persatuan belia, menjadi jawatankuasa masjid dan surau dan sebagainya.

Jika kita punya kayu ukur ini, kita akan mempunyai pemimpin Pemuda yang bukan sahaja ada pengaruh dalam parti, tapi akrab dengan rakyat.

Sama juga keadaannya di peringkat bahagian dan pusat. Kita mesti memilih pemimpin yang mencapai KPI yang jelas. Jika beliau seorang Ketua Pemuda Negeri apakah beliau seorang pemimpin yang efektif.

Apa pencapaian dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu? Yang penting bukan ‘jumlah program’ yang dilaksanakan; tetapi apakah ‘keberhasilan politik’, dividen politik yang diperolehi daripada program itu..

Itu lebih perlu dinilai oleh ahli Pemuda. Sudah tentu, dalam konteks politik, keputusan PRU lalu perlu menjadi tunjang kepada sistem nilaian kepada kriteria kepimpinan.

Kita melihat kedudukan Pemuda UMNO hari ini yang dianggap perlu memainkan peranan paling penting bagi menarik perhatian pengundi muda menyokong BN.

Jujur juga saya katakan, PRU13 memberikan kita semangat baru untuk mendekati pengundi, khususnya pengundi muda Melayu. Berdasarkan keputusan PRU yang lepas, Pemuda mencatatkan peratusan sokongan pengundi muda Melayu yang sangat baik.

Johor misalnya, mencatatkan peratusan sokongan pengundi muda Melayu hampir 72 %. Melaka (64%), Negeri Sembilan (62.6%), Pahang (56.7%), Perak (56.2%) dan Pulau Pinang (52.6%).

Secara purata, di peringkat nasional, kita mencatatkan peratusan sokongan 54.3%. Asas pendekatan politik kita terbukti betul dan mampu menarik minat dan sokongan pengundi muda Melayu.

Ini semua berlaku dalam suasana politik yang sangat menduga. Pembangkang benar-benar fokus kepada pengundi muda. Malahan pendekatan ‘populis’ mereka memang ditujukan untuk menarik sokongan pengundi muda. Mansuh PTPTN.

Turun harga kereta. Mansuh tol. Ini semua cubaan menarik minat pengundi muda. Namun, pengundi muda Melayu – masih setia bersama UMNO dan Barisan Nasional.

Dalam konteks BN, kita terpaksa mengakui bahawa dugaan sebenar adalah kepada rakan-rakan Pemuda dalam komponen. Mereka berhadapan dengan tugas yang amat sukar.

Keperluan membuat political turnaround dengan peratusan sokongan pengundi muda berbangsa Cina serendah 5% (Kuala Lumpur) dan 7.5 % (Selangor), sebagai misal, memerlukan pendekatan drastik. Ini bentuk cabaran yang perlu dipikul sama oleh barisan kepimpinan Pemuda nanti.

Secara kebetulan, parti komponen juga akan melakukan pemilihan dan kita harap pasca pemilihan nanti kita mampu membariskan kalangan pemimpin terbaik di dalam Pemuda BN. Set kepimpinan Pemuda BN yang baru, sangat penting dalam berhadapan dengan ranjau dan cabaran pada PRU14 nanti.

Kita bertemu ramai rakan-rakan di seluruh negara sepanjang meraikan Aidilfitri ini dan maklum balas umum yang diterima, kebanyakan mereka berpendapat Khairy Jamaludin wajar diberikan mandat penuh menerajui Pemuda untuk penggal yang akan datang ini.

Kebanyakan mereka membangkitkan soal ‘prestasi kepimpinan’ yang baik, keberhasilan politik (political outcomes) yang dijelmakan oleh kepimpinan beliau sepanjang penggal lalu.

Kelebihan Khairy adalah kemampuannya menarik ‘minat dan kecenderungan’ kumpulan neutral untuk memahami agenda besar UMNO dan BN. Hujahnya jelas dan appealing kepada generasi muda, bukan sahaja dalam UMNO, tetapi mereka yang tidak menganggotai mana-mana parti politik.

Ini dibuktikan dengan kemampuan beliau memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan majoriti yang jauh meningkat. Malahan, ketika mana kita berhadapan dengan tsunami di tempat-tempat lain, Parlimen Rembau mencatatkan peningkatan sokongan pengundi bukan Melayu. ‘Model Politik Parlimen Rembau’ ini perlu kita teliti dan perhalusi.

Pemuda memerlukan seorang Naib Ketua yang mampu berfikir, bergerak dan bertindak seiring dengan ‘kelajuan’ Ketua Pemuda yang ada.

Jika Khairy diberikan mandat sebagai Ketua Pemuda, sudah barang tentu beliau memerlukan seorang naib yang mampu menggalas amanah untuk memastikan Pemuda berada di dalam keadaan yang terbaik.

Seluruh kesungguhan tenaga, kekuatan pemikiran, kudrat kepimpinan diperlukan untuk membantu Ketua Pemuda memimpin jentera yang kuat ini.

Seorang Naib Ketua, pada pandangan saya, mestilah juga berada di dalam lingkungan umur yang ‘dekat’ kepada generasi muda. Jangan ukur pada umur sekarang.

Ukur umur mereka sewaktu PRU14 dilangsungkan nanti. Jika pada ketika ini mereka berumur 40 tahun; menjelang PRU14, mereka sudah menjangkau umur 45 tahun.

Apakah mereka masih mampu memahami pandangan dan perspektif mereka yang berumur lingkungan 20-29 tahun misalnya? Apakah mereka bercakap dalam ‘bahasa’ yang sama dengan pengundi muda pada waktu itu?

Selain itu, ahli juga perlu menilai pencapaian KPI politik mereka yang menawarkan diri. Saya bangkitkan tadi, bukan ‘jumlah program’ yang dilaksana namun kesan dan impak politik itulah yang lebih perlu dinilai sebaiknya.

Saya fikir, daripada sudut pengalaman, mereka yang menawarkan diri, pastinya mempunyai pengalaman politik yang tersendiri. Pencapaian dan prestasi politik itulah yang perlu lebih dinilai.

Tidak dapat tidak, pelbagai isu, keinginan, aspirasi generasi muda mesti disantuni dengan bersungguh-sungguh. Pemuda perlu lihat pelbagai ‘segmen’ dan rencam kumpulan generasi muda yang ada di luar sana.

Pendekatan mesti menyeluruh. Dalam masa yang sama, isu-isu seperti kos sara hidup, perumahan, latihan, pendidikan, peluang kerjaya, usahaniaga, kemiskinan bandar – perlu juga dilihat secara teliti.

Jika ada satu bidang tumpuan ‘dalaman’ yang mampu saya cadangkan, lihat semula ‘proses perkaderan dan latihan kepimpinan’ di dalam Pemuda. Aspek ini mesti diberikan pengukuhan.

Akademi Pemuda mesti diberikan nafas dan kesungguhan baru. Khairy pernah mengumumkan tentang penubuhan Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) – dan pada saya ini langkah yang sangat tepat.

Najib dalam ucapan di Perhimpunan Agung UMNO 2011, bercakap mengenai membina jatidiri ‘orang UMNO’. Tiga perwatakan yang Presiden jelaskan iaitu taat setia, cinta dan kasih kepada perjuangan parti dan sanggup berkorban.

Pada saya, ciri-ciri dan karakter ini mesti disemai benihkan di kalangan ahli Pemuda pelbagai peringkat. Kita tidak mahu mempunyai pemimpin yang kesetiaannya kita ragui, kasihnya kepada parti kita khuatiri dan pengorbanannya belum terbukti.

Pemuda UMNO perlu bergerak dengan penuh rasa yakin – tetapi bukan sombong. Kerja dan tugas kita tidak berakhir dengan PRU13. Gelombang PRU14 mungkin lebih menduga. Saf mesti diperkemas. Jatidiri mesti diperkukuh. Istiqamah perlu ada. - Sumber

#PemilihanUMNO: GANERASI KE-4 PENGASAS UMNO TAWARKAN DIRI!! #OnnHafiz4Exco #PAU2013

Walaupun berasal daripada keluarga politik terkenal tanah air, namun Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Sembrong Onn Hafiz Ghazi amat mesra dan senang didekati.

Beliau yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Sembrong dan Exco Pemuda Pusat, bertekad mahu membantu dalam memastikan Umno terus kekal sebagai pejuang tunggal bangsa Melayu dan agama Islam.

"Saya lihat bahawa parti Umno adalah satu-satunya parti yang akan terus membela nasib orang melayu dan agama Islam di negara ini. Saya ingin menjadi sebahagian daripada pasukan utama Pemuda yang akan melihat kepada nasib dan hala tuju orang Melayu muda," katanya kepada Malaysian Digest.

Onn Hafiz, 35, yang pernah bertugas di syarikat perakaunan PricewaterhouseCoopers (PwC), cicit kepada pengasas Umno (Allahyarham Datuk Onn) dan cucu kepada Perdana Menteri ketiga (Allahyarham Tun Hussein Onn) mahu berdiri di atas kaki sendiri dalam perjuangan politiknya.

Hubungan kekeluargaan sebagai anak saudara Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilihat sebagai satu kelebihan kepadanya di dalam dunia politik kerana jasa Hishammuddin sebagai mantan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

“Saya telah berkhidmat dan dilatih dibawah beliau (Dato Seri Hishammuddin) selama tujuh tahun dan banyak yang telah saya pelajari. Keikhlasan untuk berjuang demi agama dan bangsa sentiasa di titik beratkan.

"Dengan pengalaman dan tunjuk ajar yang saya terima, saya rasa sudah bersedia untuk berkhidmat dan membantu Pemuda di peringkat nasional.

Ditanya tentang penerimaan anggota Pemuda Umno terhadap tawarannya untuk merebut satu daripada jawatan Exco Pemuda Pusat, Onn Hafiz berkata, penerimaan daripada anggota Pemuda Umno seluruh negara adalah menggalakkan.

"Alhamdulillah, sambutan mereka terhadap saya setakat ini adalah baik dan saya berdoa agar mendapat sokongan daripada rakan-rakan perwakilan Pemuda Umno," katanya.

Tambah beliau, jawatankuasa Pemuda Bahagian Sembrong juga sebulat suara menyokongnya untuk bertanding Ketua Pemuda Sembrong bagi menggantikan Ariffin Nan yang berhasrat bertanding jawatan Naib Ketua Bahagian. - SUMBER