Wednesday, July 17, 2013

[VIDEO] #PRKKualaBesut: DEDAH! SIAPA RAMPAS TANAH TAPAK PANGSAPURI KG LAY OUT?? MARI SAKSIKAN!! #N01KUALABESUT


Sungguh tak sangka, masih ada akal lagi PAS ini dengan memainkan semuala Isu perobohan 4 kediaman yang berlaku pada bulan oktober 2012. Actually, bagi aku ini adalah taktik busuk PAS untuk meraih simpati pengundi muda. Disebabkan kecelaruan ini, 2 orang sahabat saya, iaitu blogger yang sama-sama membantu saya membenam PAS semasa PRU-13 dulu iaitu Double-Y dan Gelombang Kick telah turun padang bagi mendapatkan kepastian penduduk kampung.


Dipetik dari laman blog Double-Y:

Bagi merungkai persoalan serta tuduhan yang dilemparkan oleh PAS melalui sidang media kelmarin, saya serta sahabat blogger GelombangKick berkunjung ke tapak Pangsapuri berkenaan yang terletak di Kg. Lay Out.
Kronologi kes :




Isu perobohan empat kediaman di Kg.Lay Out tidak sepatutnya ditimbulkan oleh pembangkang, Ini kerana tindakan kerajaan negeri mengambil semula tanah yang diduduki mereka jelas tidak melanggar sebarang peraturan. selanjutnya..

Ini pula dipetik dari laman blog Gelombang Kick:
Isu yang ditimbulkan Pas dimana kerajaan BN telah merampas tanah rakyat di Kampung Layout, Tok Saboh sebenarnya langsung tidak menjadi 'butir gatal' kepada penduduk disini ekoran isu berkenaan timbul hanya kerana seorang saja penduduk yang juga penyokong tegar Pas tidak berpuashati dan ingkar terhadap beberapa notis pindah yang telah diberikan kepadanya.

Masalah yang berlaku ini juga berpunca sewaktu pemerintahan Pas di Terengganu 1999-2004 dimana kerajaan Pas ketika itu telah memberikan tanah berkenaan kepada salah seorang penyokong kuat Pas sebelum tanah itu dijual kepada beberapa orang yang lain dengan harga RM4,000 hingga RM 7,000 mengikut keluasan tanah, daripada beberapa bahagian tanah yang dijual itu 4 buah rumah kayu yang 'daif' sudah dibina, biarpun tanah-tanah berkenaan tidak mempunyai geran, mereka diyakinkan geran akan keluar sejurus selepas itu kerana masih dalam pemprosesan untuk mendapatkan geran sehinggalah berlarutan dan berkuburnya kerajaan Pas di negeri tersebut.

Diatas sebab itu jugalah kerajaan negeri yang baru selepas itu cuba mencari insentif untuk menyelesaikan masalah berkaitan supaya tidak ada mana-mana pihak yang teraniaya dalam masalah berkenaan. Namun gara-gara keengganan penyokong tegar Pas itu berpindah setelah beberapa kali notis diberikan menyebabkan Pihak Berkuasa Tempatan tidak mempunyai pilihan selain mengambil tindakan dengan mengikut peruntukkan undang-undang yang ada, ia bagi memastikan mereka yang lain yang turut terlibat dengan pengambilan tanah ini juga mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Takkanlah kerana percaturan politik Pas terhadap seorang penyokong tegarnya itu kerajaan negeri hendak mengabaikan suara majoriti yang lain, kerana kesemua mereka bersetuju dan menerima wang pampasan serta rumah yang dijanji akan diberikan oleh kerajaan negeri kepada mereka. selanjutnya..

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive