Tuesday, July 23, 2013

#PRKKualaBesut: AMANAT DARIPADA DATUK @ahmad_maslan KEPADA SEMUA JENTERA @barisanasional!! Cc: @ kualabesut_ #BN4KualaBesut #Vote4AbeKu #BNMuda

Berikut adalah pesanan daripada Tok Mat kita kepada semua jentera parti ketika menghadapi hari pengundian.

Dari UMNO ONLINE:

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan meminta agar kesemua jentera Barisan Nasional (BN) melipat gandakan gerak kerja kempen dan memastikan segala tugasan yang diberikan berjalan lancar menjelang hari pengundian esok.

Menurut beliau, jentera BN juga perlu memastikan tugasan-tugasan yang diberikan dirancangkan dengan rapi dan teliti serta dilaksanakan sebaik yang mungkin bagi mengelakkan sebarang masalah di hari pengundian nanti.

“Antara tugasan yang penting dan perlu diberi perhatian ialah potfolio pengundi luar, kenderaan, peraih undi, ejen pengiraan undi dan beberapa tugasan lain lagi." Itu antara enam potfolio yang amat penting menjelang hari pengundian nanti.

“Satu perkara yang saya ingin maklumkan ialah kita perlu ingat bahawa setiap undi amat berharga tidak kira  samada undi itu datang dari wanita, pemuda, dewasa dan golongan tua. Undi dari kesemua golongan itu amat penting untuk memastikan kemenangan BN pada hari pengundian nanti,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Sementara itu, beliau juga meminta agar pengundi di DUN Kuala Besut agar tidak terpengaruh dengan slogan 16:16 yang didendangkan oleh pihak pembangkang sebagai modal kempen mereka.

“Sekiranya ditakdirkan Allah tiba-tiba Pas memenangi pilihanraya ini, mereka tidak akan dapat untuk mentadbir negeri Terengganu kerana BN mempunyai kelebihan satu undi yang datangnya dari speaker DUN iaitu Zubir Embong."

“Tetapi kita tak mahu kedudukan 16:16 kerana sekiranya perkara itu berlaku, negeri Terengganu akan menjadi tidak stabil , akhirnya rakyat juga yang rugi dan menjadi mangsa atas ketidakstabilan itu."

“Tapi sekiranya BN memperolehi jumlah kerusi asal iaitu 17 kerusi dan pembangkang kekal dengan 15 kerusi, maka Terengganu akan menjadi lebih stabil dan rakyat yang akan menerima kebaikan pembangunan, ekonomi dan sebagainya,” ujarnya.

Justeru itu, beliau meminta agar rakyat dan pengundi di DUN Kuala Besut ini tidak terpukau dengan slogan 16:16 yang dicanangkan oleh pembangkang.

“Saya mohon agar pengundi  DUN Kuala Besut mengekalkan kemenangan BN di sini agar jumlah kerusi BN sebanyak 17 kerusi, apatah lagi memandangkan kerusi DUN Kuala Besut sebelum ini sememangnya milik BN,” akhiri beliau.

SUMBER: MediaUMNO

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive