Tuesday, July 23, 2013

#PRKKualaBesut: DS @Zahid_Hamidi PESAN SUPAYA RAKYAT #KualaBesut JANGAN JADI MANGSA PENIPUAN PAS! #TolakCheLong


Pengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut diingatkan supaya tidak mudah tertipu dengan kempen pembangkang termasuk kononnya tidak mendambakan jawatan Menteri Besar jika memperoleh kemenangan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dakwaan kononnya apa yang diumumkan kerajaan di Kuala Besut adalah atas desakan pembangkang hanyalah satu kempen mudah bagi meraih perhatian walhal kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti cukup perihatin dalam membela rakyat.

"Agaknya pada mereka BN ini tidak ada perancangan, hanya mereka yang lebih pintar kononnya. Sedangkan BN mempunyai keperihatinan tinggi terhadap rakyat tanpa mengira siapa suarakan asalkan untuk kebaikan rakyat.

"Jadi, saya harap pengundi di Kuala Besut tidak tertipu sekali lagi dengan kempen mudah sebegini, termasuk slogan 16:16 kononnya tidak membawa apa-apa makna kepada mereka," katanya pada sidang media selepas mendengar taklimat keselamatan di Markas Taktikal Polis (Martek) di Kuala Besut, semalam.

Beliau mengulas dakwaan pembangkang bahawa semua projek yang diturunkan kerajaan di Kuala Besut sepanjang kempen pilihan raya ini kononnya terjadi setelah dibangkitkan mereka.


Naib Presiden Umno itu turut menarik perhatian bahawa jika berjaya, teori 16:16 akan mewujudkan kerajaan tergantung di Terengganu yang akan mengudang ketidakstabilan politik dan pentadbiran di negeri itu.

Justeru, katanya pengundi Kuala Besut mempunyai peranan cukup penting dalam menentukan masa depan negeri itu kerana jika kerajaan tergantung akan berlaku kekecohan dalam menentukan siapa yang bakal membentuk kerajaan akibat jumlah kerusi yang seimbang itu.

Ahmad Zahid juga menyifatkan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa mereka tidak akan menuntut jawatan menteri besar sekiranya menang pada Rabu ini sebagai satu lagi perangkap yang akan memerangkap rakyat dan keadaan politik di Terengganu. - TRANSFORMASI13

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive