Thursday, August 15, 2013

UPDATE!! KEADAAN TERKINI DI MESIR!! #PrayForMesir

Ratusan rakyat Mesir pro-Morsi/Ikhwanul Muslimin yang menjadi mangsa kekejaman tentera dan polis Mesir






Pasukan keselamatan Mesir yang sepatutnya menjaga rakyat negara tersebut kini menjadi penembak curi di atas bangunan-bangunan




Masjid-masjid dipenuhi jenazah untuk diuruskan


Pasukan keselamatan Mesir yang bergambar bangga kerana dapat menawan khemah para peserta demonstrasi

Bantahan diteruskan di seluruh negara sebagai tanda solidariti


Mangsa penembak curi pasukan Keselamatan Mesir yang ditembak di kepala. Perhatikan sebahagian otak yang dipegang oleh pembonceng


Hospital dan masjid di bakar bagi mengelakkan peserta demonstrasi bersembunyi menyelamatkan diri

Pasukan Keselamatan Mesir yang melaksanakan tugas sebagai penembak curi untuk membunuh rakyat sendiri

Gas pemedih mata dilepaskan tanpa mengira anak-anak kecil dan orang tua.

Kanister gas pemedih mata yang dibekalkan oleh Israel




Kredit gambar kepada Laman FB Mesir Kini.


Apa yang berlaku di Mesir kini sangat menyedihkan. Dikhabarkan ribuan rakyat Mesir yang menyertai perhimpunan pro Morsi telah dibunuh dengan kejam oleh pasukan Keselamatan mereka sendiri. Sehingga hari ini, tiada tanda-tanda akan berlaku kebangkitan bersenjata di kalangan rakyat Mesir sendiri seperti di Syria dan Libya.


Ini adalah kerana, pertelagahan melibatkan dua kumpulan sunnah yang semazhab, walaupun pihak tentera jelas mendukung fahaman sekular. Bantuan daripada US untuk pendukung pro Ikhwanul Muslimin juga boleh dikatakan mustahil kerana jelas tindakan luar batas kemanusiaan oleh tentera Mesir bermula semalam adalah bagi memenuhi ultimatum US sendiri untuk menamatkan revolusi dan bantahan rakyat secepat mungkin bagi:


1) Mengekalkan kestabilan semenanjung Sinai (Israel) dan Suez 


2) Dan untuk mengelakkan bantuan ketenteraan yang bernilai billion USD kepada tentera Mesir dihentikan. 


Malah, Arab Saudi/Qatar/UAE juga tidak dapat berbuat apa-apa bagi mewujudkan keseimbangan kuasa kerana masalah fahaman/mazhab selain tekanan daripada sekutu US sendiri.


Hanya doa yang dapat kita panjatkan kepada rakyat Mesir agar Allah SWT memberikan penyelesaian yang terbaik untuk mereka. Kepada rakyat dan para pelajar Malaysia di sana, tolong jauhkan diri dan jangan sesekali terlibat dalam perhimpunan anti Kerajaan ini. Keselamatan dan masa depan anda semua adalah lebih penting walau anda semua merasa sedih dan kecewa atas apa yang berlaku di sekeliling anda. Insya Allah, pihak Kerajaan akan sentiasa memantau situasi semasa dan merancang langkah membawa pulang yang sebaiknya dalam tempoh terdekat. 

Ingatlah, segala apa yang terjadi ini adalah petunjuk daripada Allah SWT dan ada pengajaran di sebaliknya. Hargailah nikmat keamanan yang kita kecapi selama ini. 




Kenyataan terkini YAB PM DS Najib Razak berhubung konflik di Mesir:

"Kami dikejutkan dengan laporan keganasan terhadap penunjuk perasaan di Mesir dan menyeru pihak berkuasa untuk membataskan tindakan.

Mana-mana korban awam adalah amat dikesali. Kami menggesa semua pihak untuk menghentikan permusuhan dengan serta-merta dan bekerja ke arah penyelesaian yang aman."

- Dato' Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia

SUMBER: MY MASSA

#PemilihanUMNO13: MT UMNO PERLU BARISKANKAN ORANG MUDA SEBAGAI SAYAP PARTI!! #UbahUMNO


Ramai tokoh muda berwibawa yang sudah melangkaui usia 40 tahun, tidak memungkinkan untuk mereka terus bersama dalam barisan perjuangan Pemuda UMNO.

Tokoh-tokoh ini harus diangkat ke barisan hadapan, tidak perlu menunggu tua & berlapuk untuk memastikan cetusan pemikiran mereka sentiasa diperhalusi dalam memperkukuhkan daya saing UMNO.

Kita imbas kembali barisan MT yang dipilih dalam pemilihan 2008 lalu, berapa keratkah diantara mereka yang betul-betul menganggap MT adalah platfom memperkuat parti dan menggemuruhkan lagi suara bangsa... atau sekadar menguji populariti diri semata.



Jadi gua sarankan di sini, generasi pemimpin muda dalam UMNO yang telah melepasi umur Pemuda jangan gentar untuk cuba bertanding merebut jawatan MT. Pastinya arus sokongan sekarang berubah bila semakin lantang suara-suara di peringkat akar-umbi yang mahukan perubahan dalam UMNO.

Perubahan yang lebih baik bagi memastikan rintihan setiap aras generasi diperdengarkan, dan tokoh-tokoh muda pastinya diperlukan lebih ramai berdiri di jawatan Ahli Majlis Tertinggi!! - 1Peluru

BELASAH DALAM LIF: [VIDEO] PENJELASAN LENGKAP OLEH MANGSA!!!


Polis sedang mengesan seorang penjawat awam yang dilihat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membelasah isterinya di dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam dekat sini, Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlan Kesah berkata suspek berusia 36 tahun dan bekerja di Jerantut, Pahang itu menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya selepas kejadian pukul 4 petang itu.

"Pasangan suami isteri yang berasal dari Pulau Pinang sebelum itu melawat anak sulung mereka yang menerima rawatan di hospital dan motif kejadian dikatakan berpunca daripada masalah keluarga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.

Beliau berkata susulan kejadian itu, wanita berkenaan yang mengalami kecederaan pada pergelangan tangan, kepala dan muka sedang menerima rawatan di sebuah hospital di sini.



Mazlan turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan polis tidak menjalankan siasatan terhadap kes itu selepas mangsa membuat laporan pada hari yang sama kejadian itu berlaku.

"Kami memandang serius kes seumpama ini dan telah memproses IPO (perintah perlindungan sementara) untuk mengasingkan wanita itu daripada suaminya," katanya.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek supaya menghubungi balai polis berdekatan.

SUMBER

Sunday, August 11, 2013

PEMILIHAN UMNO: TARIKH DIPINDA, ADAKAH INI GAME ATAU TEKA-TEKI?


Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bersetuju meminda tarikh bagi mesyuarat cawangan Umno, mesyuarat bahagian Umno dan penamaan calon untuk pemilihan parti kepada tarikh yang ditetapkan.

Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiauhsaha Agung parti tersebut, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kenyataan tersebut telah memaklumkan bahawa mesyuarat cawangan Umno telah dilanjutkan daripada 31 Ogos kepada 15 September 2013.

Pendaftaran penamaan calon untuk pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pula dilanjutkan daripada 7 September kepada 21 September 2013.

Untuk mesyuarat bagi ketiga-tiga sayap itu pula, ia telah ditetapkan pada 12 Oktober 2013.

Bagi penamaan calon untuk pemilihan majlis tertinggi umno, tarikhnya dilanjutkan daripada 7 September kepada 28 September 2013, manakala mesyuarat bahagian dan hari pemilihan Majlis Tertinggi Umno dipinda daripada 5 Oktober kepada 19 Oktober 2013.

Menurut Tengku Mansor, pindaan tersebut dibuat berikutan cadangan dan permintaan dari Umno bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan yang antaranya ialah tarikh mesyuarat cawangan sebelum ini berlangsung dalam bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dan tamat tempoh mesyuarat pada 31 Ogos 2013.

Selain itu, beliau juga memaklumkan dua pemimpin negara luar iaitu Presiden China dan Presiden Amerika Syarikat juga akan berkunjung ke negara ini pada awal Oktober 2013 dan persediaan untuk menerima kedatangan tetamu negara ini perlu dibuat.

Menurutnya lagi, Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti telah pun dimaklumkan tentang perkara tersebut oleh pihak pengurusan Umno.

Pemilihan MT Umno sebelum ini telah diumumkan akan diadakan serentak dengan mesyuarat perwakilan bahagian pada 5 Oktober, manakala persidangan dan pemilihan jawatan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno pula pada 28 September. - AWANI

TOK PA TEGASKAN SEMUA CALON MT UMNO KENA AMANAH!


Ahli-ahli UMNO perlu memilih pemimpin yang berwibawa untuk terus menerajui parti itu mendepani cabaran akan datang dalam pemilihan Oktober ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kegagalan dan kejayaan parti keramat orang Melayu itu pada masa depan bergantung kepada barisan pemimpin yang dipilih ahli-ahlinya dalam pemilihan tersebut.

"Mereka seharusnya memilih pemimpin yang berwibawa kerana gagal dan berjayanya parti bergantung kepada pemimpin yang dipilih oleh ahli," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Darul Falah, di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Kamarzan Ahmad Meah, Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah, Datuk Abdul Aziz Derasyid dan ADUN Bukit Bunga, Mohd. Adhan Kechik.

Semalam Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap proses pemilihan parti yang akan berlangsung Oktober ini tidak merosakkan atau menggugat UMNO sebagai sebuah parti terkuat di negara ini.

Sehubungan itu, beliau amat berharap UMNO mendahului parti-parti politik lain dari segi kaedah pemilihannya yang berjalan begitu baik dan bersih serta mencerminkan tahap kematangan yang lebih tinggi daripada mana-mana parti politik lain.

Dalam pada itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, insiden keganasan senjata api yang berlaku kebelakangan ini tidak memberi kesan kepada imej negara dalam kalangan pelabur asing.

Walau bagaimanapun, katanya, perkara itu perlu dibendung segera bagi mengelak gambaran negatif jenayah terbabit tidak dapat dikawal sehingga akhirnya menjejaskan imej negara.

Mengulas jenayah sama yang berlaku di negeri itu, Mustapa tidak menolak kemungkinan kes-kes itu mempunyai hubung kait dengan kedudukan ekonomi Kelantan yang disifatkan masih terkebelakang.

"Selain faktor ekonomi, terdapat banyak faktor lain yang menyumbang kepada kejadian tersebut termasuk penyeludupan senjata api, pemansuhan undang-undang, bersifat peribadi dan penyalahgunaan dadah," katanya.

Mengenai isu royalti minyak yang terus dipolitikkan pihak tertentu, Mustapa berkata, beliau dimaklumkan jawatankuasa khas yang dibentuk kerajaan untuk meneliti perkara tersebut kini di peringkat akhir menyiapkan laporan mereka dan akan dibentangkan kepada kerajaan sebaik sahaja dimuktamadkan.

"Saya minta rakyat bersabar kerana jawatankuasa ini turut dianggotai Tengku Mahkota (Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra) selaku wakil Kelantan. Kita serahkan kepada jawatankuasa itu, apa yang pasti kerajaan akan hebahkan penemuannya kelak," katanya. - UTUSAN

Saturday, August 10, 2013

#BahanaMansuhISA: 4 KES TEMBAK DALAM MASA 24 JAM. AMBIK!

KL - Empat kejadian tembakan dilaporkan di Georgetown, Ipoh dan di sini, dalam tempoh 24 jam sejak malam Rabu, dengan satu kematian dilaporkan.

Dalam kejadian tembak di persimpangan lampu isyarat di Jalan Anson, Georgetown pada jam 11.50 pagi kelmarin, Veerappan Kanapathi, 37, mati di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner (ACP) Gan Kong Meng, berkata mangsa meninggal dunia dalam kereta BMW warna hitam yang memiliki plat pendaftaran Kuala Lumpur selepas ditembak oleh dua suspek lelaki bermotosikal yang salah seorang daripadanya berasal dari Ayer Itam.

Bercakap kepada pemberita di sini, Kong Meng berkata polis menjumpai 14 kelongsong peluru 9mm di sebelah tempat duduk pemandu.

Tiga rekod jenayah

Katanya, mangsa dipercayai mati ditembak di bahagian leher dan kepala.

Kong Meng berkata, mangsa yang tinggal di Ayer Itam mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan Akta Dadah Berbahaya.
Dalam kejadian jam 12.50 pagi semalam pula, mangsa, Chong Peng Meng, 43, dari Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim dikatakan berada di parkir kelab malam terbabit sebelum didatangi seorang lelaki memakai topi keledar berpenutup penuh yang melepaskan tembakan dan mengenai paha kiri mangsa.

Kong Meng berkata, mangsa yang baru keluar dari kereta BMW miliknya, terkejut dan cuba menyelamatkan diri apabila suspek secara tiba-tiba melepaskan beberapa tembakan.

"Mangsa berjaya mengelakkan diri tetapi satu tembakan mengenai paha kirinya sebelum suspek melarikan diri menggunakan motosikal yang diletakkan berhampiran kawasan itu.

"Siasatan menemui tujuh kelongsong peluru jenis 9mm dan satu tembakan mengenai kereta jenis PERODUA Myvi. Kita tidak menolak serangan terbabit ada kaitan dengan pergaduhan kumpulan kongsi gelap dan mangsa kini stabil selepas dirawat di Hospital Pulau Pinang," katanya.

Di Ipoh pula, seorang lelaki yang sedang memandu kereta parah selepas terkena tembakan dilepaskan dua suspek bermotosikal di Taman Klebang Putra, dekat Chemor di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong, berkata dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, dua lagi yang berada dalam kereta itu dipercayai anggota keluarga lelaki berusia 29 tahun itu tidak cedera.

Katanya, mangsa yang bukan berasal dari daerah ini, sedang dirawat di sebuah hospital di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

Di Kuala Lumpur, seorang pemandu teksi cedera di tangan kiri selepas dikatakan tertembak dirinya sendiri di depan sebuah restoran di Desa Sri Hartamas di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun dikatakan menemui sebuah beg sandang berwarna hitam berisi sepucuk pistol di bahagian tempat duduk belakang teksinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah, berkata mangsa cuba mengeluarkan pistol itu dari beg berkenaan, namun satu das tembakan terlepas secara tiba-tiba dan terkena tapak tangan kirinya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Empatkestembakandalam24jam/Article/index_html



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 9, 2013

KENAPA OBAMA DATANG MALAYSIA?

Barack Obama akan berkunjung ke Malaysia pada oktober ini dan dengan ini adalah satu bukti bahawa Malaysia ini adalah Negara Strategik di Rantau Asia. Lawatan Obama ke Malaysia adalah amat penting , kerana AS tidak akan akan berbuat sesuatu jika ianya tidak memberikan kepentingan strategik kepada mereka.

Obama akan menghadiri sidang kemuncak keusahawanan Global keempat GES di Kuala Lumpur pada 11 Oktober 2013 nanti.GES adalah komitmen berterusan Obama bagi menekankan betapa pentingnya keusahawanan di negara Majoriti Islam seluruh Dunia.

Manakala di setengah pihak mempertikaikan lawatan obama serta dikaitkan dengan penguasaan Amerika ke atas Malaysia. Sebenarnya Lawatan ini merupakan titik tolak kepada pengiktirafan AS kepada Negara Malaysia yang mempertahankan Keusahawanan cara Islam dan tidak menolak yang lain untuk terus bersama kembangkan ekonomi global secara total bersama-sama.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 8, 2013

SALAM AIDILFITRI KEPADA UMNO DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA


Penulis mewakili rakan-rakan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua saf kepimpinan UMNO Negeri Kelantan yang sentiasa menyokong perjuangan para bloggers dan facebookers di Kelantan. Jasa dan penghargaan daripada pemimpin UMNO Negeri kepada kami sangatlah dihargai, moga 1 Syawal 1434H yang tiba ini bakal membuka lembaran baru di antara aktivis media sosial bersama pemimpin-pemimpin UMNO Negeri...

Selamat Hari Raya Tok Pa, Tok Napi, Cikgu Yeh, TS Annuar Muso, Tok Awang dan semua sekali lah kiro ni... - TUKAR KELATE

Tuesday, August 6, 2013

KERJASAMA DATUK PI BUKTIKAN UMNO KELANTAN BUKAN KAKI LIPAT!!


Sebelum apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kepada Dato Hanafi Mamat, Bendahari UMNO Kelantan kerana sudi campur tangan dalam isu ini walaupun dalam keadaan tidak sihat, semoga cepat sembuh. Seperti apa yang dijelaskan oleh GELOMBANG KICK, memang benar nahawa individu bernama Eizwan Abdullah telah menerima sebanyak RM30,000, iaitu mendapat secara (RM15,000X2):

RM15,000 pertama sebelum Hari Penamaan Calon dan RM15,000 kedua selepas Hari Penamaan Calon.

Penjelasan ini saya telah dengar sendiri daripada pihak Bendahari UMNO Kelantan. Untuk memastikan kami tidak salah fakta, saya telah bertanya sebanyak 3X ''Duit itu sudah sampai ke tangan Eizwan atau tak?''. Jawapannya YA.

Sejak hari penamaan calon, rasanya ''Blogger-blogger Teraniaya'' ini hanya mendapat tidak sampai rm500 setiap seorang, itupun wang saguhati daripada Agensi (dirahsiakan). Jika dicongak secara kasar sekalipun, RM500X5 baru RM2,500. Apakah yang telah terjadi dengan bali lagi RM27500??

Kami tidak laparkan wang itu sebenarnya, cuma kami mahu tuntut hak, kami juga punyai tanggungan dan bayaran yang perlu dijelaskan. Tambah-tambah Syawal lagi 2 hari je lagi ni.... Renug-renugkan....

Semoga Allah tunjukkan jalan kebenaran. Amin....

Dato' Hanafi Mamat

RUJUK ENTRI YANG DIPETIK DARI BLOG GELOMBANG KICK UNTUK GAMBARAN LEBIH JELAS:



Penyonglap Sebenar Jentera Siber BN Kelantan Terbongkar, Terima Kasih Datuk Pi
Isu penyonglapan wang peruntukkan jentera siber BN Kelantan pada PRU 13 lalu mencapai kata sepakat untuk didedahkan oleh beberapa blogger seperti Tenteramaya, KakirayauKB, KelateToday danTukarkelate akhirnya mendapat gambaran kedudukannya yang sebenar daripada Badan Perhubungan Umno Kelantan apabila mendapat campurtangan daripada Bendahari Umno negeri tersebut, Datuk Hanafi Mamat beberapa hari lalu sebelum pihaknya menghubungi wakil team Kelantan Cyber Warriors. 
Seperti yang diperkatakan sebelum ini, kecaknaan beliau memandang isu penganiayaan terhadap jentera Umno ini sebagai satu isu yang serius dan perlu ditangani telah beliau buktikan dalam tempoh kurang dari tiga hari. 
Selaku seorang pemimpin yang bertanggungjawab, kesibukkan beliau menguruskan permasalahan rakyat serta membantu golongan memerlukan dibulan yang mulia ini tidak menjadikan alasan kepada beliau untuk membiarkan jentera yang sedikit sebanyak membantu BN dianiaya tanpa pembelaan. Lantas beliau mengambil tanggungjawab itu dan sedaya upaya berusaha dalam menyelesaikannya. 
SETERUSNYA

Monday, August 5, 2013

KETUA JENTERA SIBER KELANTAN BERSAMA LABU-LABUNYA.


Seperti yang saya tuliskan sebelum ini, mungkin telah timbul sedikit pertanyaan daripada semua pembaca. Itu adalah kerana saya rasa mungkin belum tiba masa untuk saya buat pendedahan sepenuhnya. Selain itu adalah kerana menghormati Bendahari UMNO Kelantan, Dato Hanafi Mamat kerana menyuruh kami 'postpone' dahulu entri kami seperti yang ditulis di laman blog GELOMBANG KICK:
# Untuk makluman juga, difahamkan pembongkaran mengenai individu, bukti dan maklumat berkaitan mungkin tertangguh seketika bagi menghormati permintaan Datuk Hanafi Mamat yaitu Bendahari Umno Kelantan yang berjanji akan menyiasat dan cuba menyelesaikan masalah ini. Terima kasih diatas keprihatinan beliau terhadap nasib mangsa-mangsa terbabit. Jika beginilah tahap kecaknaan yang ada pada diri Datuk Hanafi Mamat, maka beliau mesti dipertahankan untuk terus menjadi nakhoda Umno Bahagian Pasir Mas, supaya 'transformasi' didalam Umno dapat dipacu oleh pemimpin yang benar-benar mempunyai kewibawaan seperti beliau... Anda Mampu Mengubahnya.

Tapi disebabkan mahu menuntut hak kami. Saya telah dedahkan siapa manusia itu. Beliau adalah Eizwan bin Abdullah. Ada ura-ura mengatakan bahawa kegiatannya mengencing orang telah kantoi ditangan Tok Pa, dan beliau telah dipecat daripada menjadi Pegawai Media kepada Tok Pa. Berita ini saya dapat ketika Post Mortem PRU-13 bersama Tok Pa di Sutera Inn Hotel, Kota Bharu.

Seperti apa yang kami mahu tuntut ialah:
1. Penjelasan wang sebanyak RM30,000 yang telah dapat ketangan dia, tetapi tidak tahu kemana wang itu pergi.
2. Kemana pergi semua gadget-gadget yang dia telah beli menggunakan wang Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. 
3.Elaun yang dijanjikan 
Sejak selepas PRU-13, dia tidak pernah memberi respon kepada panggilan telefon atau SMS daripada pihak kami. Seminggu sebelum PRU, berlaku sedikit perbalahan di Whatsapp Group tentang hal ini, tetapi dia telah declare untuk bayar elaun kami selepas PRU. Last2, habuk pun takda!

Next entri saya akan pastikan semua bukti hitam putih akan didedahkan di blog saya.

IKUTI KISAH DARIPADA MANGSANYA YANG LAIN:

KAKI RAYAU KB:

GELOMBANG KICK:
KELATE TODAY






Saturday, August 3, 2013

LAGI BLOGGER TERANAYA DIKENALPASTI! SIAPA YANG BUAT?


Siapa sebenarnya Dot Dot Dot tersebut? 

Saya adalah seorang blogger yang paling muda dan 'JUNIOR' dikalangan Team Jentera Siber Kelantan yang diketuai oleh Dot Dot Dot. Pada Asalnya saya dipanggil oleh Saudara 'YY' kerana saya di'recommend'kan oleh abang saya atas bakat yang saya perolehi dalam bidang editing. Selain itu, kerana saya adalah budak lepasan SPM yang tiada sumber pendapatan dan sedang menunggu untuk melanjutkan pelajaran.

Saya bermula dengan ilmu yang kosong dan alhamdulillah kini saya berjaya mengenali dunia blog dengan lebih dalam lagi. Ini adalah hasil dari tunjuk ajar rakan sekumpulan saya iaitu Double-Y , Tentera Maya , Gelombang Kick dan Kelate Today. Terima kasih semunya.

Semasa saya berkhidmat dalam Team Jentera Siber Kelantan yang diketuai oleh Dot Dot Dottersebut, saya dijanjikan dengan elaun dimana dalam fikiran saya elaun tersebut saya mahu simpan dan guna untuk menampung perbelanjaan saya ketika saya mula melanjutkan pelajaran. Tetapi malangnya, elaun tersebut hanya didalam fikiran sahaja dan tidak pernah wujud didalam alam nyata.

Saya juga pernah mendengar bahawa Dot Dot Dot tersebut menjanjikan elaun harian kepada jentera. Tetapi seperti saya katakan tadi, hanya dijanjikan sahaja tetapi elaun tersebut tidak pernah ada depan mata. Saya bukan mata $ ataupun kaki kipas, saya hanyalah orang yang berpegang pada janji. Saya lakukan kerja apa yang disuruh. Bersengkang mata siang dan malam untuk memuaskan hati Dot Dot Dot apabila melihat hasil kerja saya. Tetapi kerja saya umpama 'melepas batuk ditangga'.

Patutkah seorang pejuang yang memperjuangkan untuk memastikan Umno merampas Kelantan dilayan seperti ini? Adakah ini sifat semulajadi Dot Dot Dot yang hanya mementingkan 'kroni'nya sahaja dan menutup sebelah mata apabila memandang orang selain 'kroni'nya.

Saya lampirkan beberapa hasil kerja editing saya sebagai bukti semasa saya berkhidmat di dalam Team Jentera Siber Kelantan yang lepas. Anda juga boleh melihat video-video tersebut di dalam Channel 'TukarKelantan13' di Youtube.






Saya berasa sangat kecewa dan sedih apabila mendapat tau yang saya 'dikencing' oleh Dot Dot Dot. Melaui kajian saya yang tak seberapa ini, punca Umno susah untuk merampas Kelantan adalah kerana adanya pemimpin yang bersikap 'kaki kencing' seperti individu yang diamanahkan untuk menjaga Team Jentera Siber Kelantan. Tidak mustahil saya menjadi seorang penyokong PAS akibat adanya sifat seperti individu tersebut di dalam Umno.

Akibat dari sifat 'kaki songlap' dan 'kaki kencing' Dot Dot Dot tersebut, saya yang teraniaya ini terpaksa membuat pinjaman PTPTN untuk menampung perbelanjaan pelajaran saya di Universiti. Terbantut segala niat dan usaha saya untuk belajar berdikari dan memiliki diploma atau ijazah dengan hasil wang titik peluh sendiri tanpa menyusahkan orang tua atau ahli keluarga yang lain.



Friday, August 2, 2013

SEDIH! LUAHAN HATI BLOGGER TERANIAYA.


Kami antara penulis di blog 'Kelatetoday' ingin mengambil kesempatan ini untuk bersama rakan-rakan seperjuangan yang teranianya yang sejak akhir-akhir ini mereka kelihatan sudah mulai bangkit mencari kebenaran dan membongkar penyelewengan. Bermulanya kami dengan team cyber 'Kelate' iaitu pada awal Februari 2013 kira-kira 3 bulan sebelum PRU, ada antara kami didatangkan daripada Pasir Gudang Johor oleh rakan blogger yang dikenali dengan 'YY' sebelum diperkenalkan dengan seorang lelaki yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan team media negeri tersebut, kemudian ditempatkan di war room berhampiran dengan bandar Kota Bharu.
Jika sebelum ini kami selaku orang luar sering terfikir kenapa Barisan Nasional begitu sukar untuk mengambil alih pentadbiran daripada Pas Kelantan, namun kini kami sudah punyai jawapan dari apa yang pernah kami fikirkan itu, dan anda semua usah berasa hairan dengan situasi berkenaan kerana sampai bila-bila pun BN tidak akan mampu untuk tawan negeri Kelantan jika masalah penyelewengan seperti yang berlaku sebelumnya itu gagal diselesaikan. Pengalaman kami di Kelantan sangat mendukacitakan, mungkin jika lebih lama lagi menetap disana dan berhadapan pula dengan sikap beberapa kerat sebagaimana individu yang diamanahkan untuk menjaga team media ini, tidak mustahil kami juga akan menjadi antara salah seorang dari penyokong Pas.
Bayangkanlah selama tiga bulan kami bertungkus lumus bersengkang mata, akhirnya kami berputih mata, apa yang dijanjikan pada kami semuanya bohong belaka, tiada ihsan sedikit pun mereka pada kami orang berjuang, perasaan benci kami terhadap sikap tidak telus individu yang ber'imej' Umno ini sekaligus membuatkan kebencian kepada Umno juga mulai berputik. Adakah perasaan ini yang membelenggu rakyat Kelantan sehingga mereka  tekad menolak BN ? Fikir saya bersendirian..... Sebagai salah seorang jentera maya yang berperanan untuk membantu BN dalam menghadapi PRU 13 yang lalu, kami tidak sepatutnya dibebankan dengan permasalahan kewangan sehingga menyebabkan kami hilang fokus dan sering memikirkan mengenai tanggungan yang belum kami selesaikan ekoran ketidakjujuran pihak yang menguruskan peruntukkan berkenaan. Kami sesama sendiri lebih banyak bercakap mengenai masalah tangunggan yang kami hadapi daripada bercakap mengenai tugas kami yang sepatutnya.
Suci ikhlas macammana sekalipun berjuang, kami tetap mempunyai tanggungjawab kepada diri sendiri serta keluarga, tidak semestinya bila ikhlas kami tidak perlu makan, kami tidak perlu memberi nafkah kepada keluarga dsbnya. Tapi kenapa pihak yang diberi amanah oleh Umno ini langsung tidak memikirkan nasib kami ? Sanggup menyeleweng hak kami ! Adakah begini wajah Umno yang sebenar ? Adakah ini cara Umno berjasa kepada pejuangnya ? Tidakkkkkk!!! Maaf kami ingin katakan, Umno di Johor tidak seteruk Umno di Kelantan, pengurusan Umno disini masih lagi baik dan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan, masih lagi berhati perut.....!!!! Tapi Umno di Kelantan............? 
Kami tidak pasti sampai bilakah keadaan didalam Umno Kelantan ini akan berlanjutan, kami tidak faham macammana seorang individu yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab boleh diberi kepercayaan untuk mengurus hal yang berkaitan dengan kewangan, takkanlah Umno Kelantan sudah ketandusan individu-individu yang beramanah ? Hairan sungguh kami dibuatnya!!! Nak tahu kenapa ?Tunggu !!! Kerana kami punyai banyak cerita untuk dibongkarkan mengenai seorang individu yang menyeleweng peruntukkan jentera maya BN Kelantan selepas ini, modus operandinya cukup licik !!! 

Thursday, August 1, 2013

PART 2: PEMBONGKARAN MODUS OPERANDI LICIK JOGHO MALAYSIA DAN $$$


Seperti entri PART 1 sebelum ini, [KLIK]

Untuk pengetahuan anda, mangsa-mangsa kepada Ketua Jentera Siber Kelantan A.K.A Jogho Malaysia sudah lama menunggu masa untuk bangkit menuntut hak mereka. Ini kerana mereka sudah jemu menunggu respon dari dia. Sudah hampir 4 bulan masa diberi

TAPI, pernahkah dia angkat panggilan telefon atau balas sms/Whatsapp daripada mangsa-mangsa yang sudah tersepit tersebut? Dah la komen-komen di Facebook semuanya didelete, akaun FB pun di'block'. Kalau dia berada di pihak yang BENAR, kenapa takut sangat nak berdepan dengan kami untuk jelaskan apa yang kami bangkitkan sebelum ini?

Tak perlu rasanya nak hantar wakil untuk pesan pada 'bro' kami di KL tu supaya hentikan entri. Walaupun dia dah call marahkan aku semalam suruh hentikan entri, tapi sorry. Ini hal periuk nasi dan hak orang teraniaya. Kami ada hak untuk suarakan apa yang kami patut suarakan. Orang luar dilarang masuk campur sama sekali.

Kalau ikutkan, benda ni memang tak patut dibesarkan, tapi sikap dia yang buatkan kami TERPAKSA lakukan sebegini. Lumrahnya, siapa dia pada kami untuk jatuhkan dia, sememangnya tiada apa-apa jawatan penting untuk kami jatuhkan pun. Melainkan dia bakal MB Kelantan atau Bakal pengganti EXCO Kesenian, Jamawi Jaafar.

●Adakah salah kami menuntut hak kami? ●Adakah disebabkan 'penuntutan hak' kami ini, ada 2, 3 kerat pengikut setia dia yang tidak tahu pokok pangkal cerita sanggup sakiti kami, adakah anda yg mengatakan aku ni kawan suatu ketika dulu sanggup aniaya kawan sendiri disebabkan $$$$?

Baiklah, aku akan cerita pangkalnya dulu. Kita mulakan dengan pembayang. Baca dibawah:

CONTOH:

Bayangkan anda ialah seorang peniaga pasar malam-------> 
  • (Jumlah MODAL + UNTUNG jual beli) + (Senarai barang + jumlah barang rosak) = ???
Kami cuma nak tahu jumlah ??? tu jer. Susah ker?? Yang menjadi persoalan dan isu disini, kami tak dapat langsung jumlah ??? tersebut!! Hampir 100% jumlah ??? masuk poket dia. Mana hak kami??

Ini juga merupakan sebab musabab utama kenapa dia sudah jadi 'halimunan' dalam barisan perhubungan UMNO Kelantan. 

KENAPA??

Peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada JENTERA SIBER telah disalahgunakannya untuk meraih populariti dirinya sendiri kerana difahamkan dia bakal bertanding dalam pemilihan UMNO yang bakal menjelang nanti.

Kami sudah ada hitam putih sebagai statut untuk membuktikan bahawa kami benar kerana kami sudahpun bersemuka dengan 'penyumbang' dana tersebut untuk kepastian. Actualky, kami bukan jenis sondol macam kerbau rodeo sebab kami tahu dia seorang yang licik dan pantang tengok $$$.

PEMBONGKARAN MODUS OPERANDI:

Susah dan boleh tergeliat lidah kalau nak explainkan satu persatu. So, aku bagi summary dulu. Macam ni...

1) Wang peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada 'pihak yang patut' telah di'swing' kepada pihak lain semata-mata untuk mendapatkan mileage politik murahan. Padahal, 'pihak yang patut' tersebut sanggup berkampung di Warroom untuk menjalankan tugasan yang diamanahkannya. Sebelum itu, mereka dijanjikan elaun harian sebanyak ****. Tapi, hingga ke hari ini, mana? Disebabkan itu, atas sebab nak jaga nama BNYCT dan KELATE CUBERWARRIORS, aku pulak terpaksa overlap loan dengan bank sebab nak bayar gaji kawan-kawan yang senasib. Hish!

Satu lagi, kenapa la dia nak control semua peruntukan sampaikan salah seorang blogger, iaitu KELATE TODAY hanya dapat sejumlah amaun yang hanya cukup-cukup untuk membeli tiket bas untuk pulang ke kampung halamannya di Johor Bharu. Patut ke macam tu? Berbaloi ke?

2) Sejumlah wang peruntukan yang telah dapat sebanyak ** telah dibelanjakan untuk membeli gadget tambahan (laptop, printer?) dan telah habis sebanyak %%. Aku tak kisah kalau nak beli benda yang berguna tapi apa yang peliknya, jumlah %% dia tak declarekan pada 'penyumbang' dan mana menghilang semua gadget-gadget tersebut sebaik tamatnya tarikh pilihanraya umum? Tidakkah itu semua hak 'penyumbang' dan perlu dikumpulkan untuk diserahkan semula. Takkan pisang berbuah dua kali? Benda yang sama pernah terjadi semasa PRN Sarawak lepas. (Sumber dalaman).

SAMBUNGAN PART III MENYUSUL.

P/S: Ini bukan amaran atau ugutan, sebelum muka awak terpampang dilaman-laman blog dan permanent menjadi maklumat di Google, Disyorkan supaya awak tampil beri penjelasan dan buktikan bahawa awak itu tak bersalah supaya semua Cybertroopers dan barisan pemimpin Kelantan tahu siapakah E***** A******* dan siapa berada dilandasan betul. 

Ini bukan cakap kosong dan ini bukan olok-olok seperti dialog percakapan dia. SATU saja kami mohon, sila tampil dan jelaskan satu persatu apa yang patut dijelaskan.

 ENTRI BERKAIT: GELOMBANG KICK & KAKIRAYAUKB

Wednesday, July 31, 2013

PART 1: JOGHO KELATE VS JOGHO MALAYSIA. SIAPA LEBIH LAYAK?


Daripada artikel yang saya tulis sebelum ini [KLIK]

Luahan daripada blogger KELANTAN:

Cuba kita renungkan, kalau kumpulan pejuang maya yang punyai suara pun boleh dikencing, apatah lagi ahli biasa, dan sikap individu seperti ini sudah pasti menjadi satu ancaman kepada Umno, mana tidaknya, bila ia tidak amanah dan menimbulkan rasa tidak puas hati serta pemberontakkan dikalangan mangsanya atau orang bawahannya, sedikit sebanyak serangan fakta yang akan dilakukan oleh mangsa-mangsa itu tadi turut akan terpalit sama kepada parti. Kemudian jadi satu kerja pula ahli-ahli Umno untuk bersuara sumbang membela individu seperti ini.

Sebelum mangsa-mangsa tadi bangkit melakukan serangan dengan membongkar segala bukti yang saya difahamkan ianya sudah pun tersusun rapi dan hanya menunggu waktu yang sesuai sahaja, eloklah jika ahli-ahli Umno mengambil sedikit iktibar dari apa yang berlaku itu dalam usaha untuk memartabatkan Umno sebagai parti yang benar-benar memperjuangkan agama, bangsa dan negara.


Seperti yang ditulis GK, siapakah yang telah mengencing pejuang maya yang mempunyai suara tanpa had itu?

Panjang kalau aku nak ceritakan kat sini. Diringkaskan, saya sebagai jentera yang pernah berkhidmat dengan 'ketua pejuang siber kelantan' kini hidup terumbang-ambing. Kenapa? Kerna beliau telah songlap sebilangan peruntukan yang sepatutnya sampai ke tangan blogger dan cybertrooper yang berpenat lelah berjuang bagi memastikan kemenangan BN di Kelantan.

Psst: Siap pergi Phuket dan Australia lagi tu guna duit songlap tersebut.  Tak tahu betul ke tak.

Pada awalnya, jentera siber dibawah kepimpinan beliau telah dijanjikan dengan bermacam-macam janji manis. Jika anda masih ingat, laman blog TUKAR KELATE pernah menjadi suatu laman blog yang sohor dan FB page TUKAR KELANTAN yang pernah menjadi rujukan utama facebookers tentang politik kelantan. Tak ketinggalan juga kedua-dua laman ini diiktiraf oleh Pengerusi UMNO Kelantan iaitu Tok Pa kita. 

Antara kejayaan blog tersebut ialah:
● Tarian Kucing Garong di UTUSAN


Atas dasar busuk hati yang teramat sangat kerana kedua laman ini ada perkataan TUKAR. Beliau (ketua pejuang siber) telah membuat satu 'game' sampaikan anak buahnya termakan dengan 'mulut busuk' yang dijaja beliau hingga pejuang siber tersebut jadi benci dengan ketua gerakan TUKAR, Jogho Kelate atau Kamaruddin Kassim.

Saya mahu DIA tampil untuk menjelaskan apa yang terjadi dalam masa 3 hari.

P/S: INI BARU PART 1. TUNGGU PART 2 PULAK

Tuesday, July 30, 2013

@NajibRazak VS @MuhyiddinYassin: KOMEN PRO PEMBANGKANG

Berikut adalah komen dari blog pro pembangkang. 

http://tukanglawan.blogspot.de/2012/07/muhyiddin-vs-najib-permaianan-sudah.html?m=1

Siapa Lebih Layak Memimpin? Jogho Kelate Atau Jogho Malaysia?

Dimanakah anak muda ini ? Sewaktu PRU 13 yang lalu beliau antara dari salah seorang yang dilihat paling 'kalut' bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional di Kelantan, dan pernah satu ketika, hampir jam 1 pagi, dimana orang lain sedang nyenyak tidur atau sedang ber'kopitiam', saya terjumpa beliau dan beberapa orang jenteranya yang sedang memasang poster gerakkan TUKAR di Jalan Lundang, namun sekarang, ketika mana orang lain sedang 'kalut' lagi 'ribut' menawarkan diri bertanding merebut jawatan didalam Umno, beliau pula sunyi sepi, membuatkan saya tertanya dimanakah beliau ?

Bukan berniat untuk menafikan hasil kerja atau sumbangan orang lain, tapi sekadar menyatakan kebenaran mengenai individu yang pernah tampil menghidupkan kembali suasana politik UmnoBN di Kelantan dalam PRU 13 lalu. Mungkin ramai dikalangan kita yang masih ingat dengan sebuah gerakkan yang dikenali sebagai gerakkan TUKAR, dan sebagai makluman, beliau jugalah perancang utama kepada gerakkan tersebut.

Sebuah gerakkan yang boleh kita anggap sebagai berjaya biarpun BN masih lagi gagal menawan negeri berkenaan, kerana kegagalan itu adalah disebabkan kegagalan yang dicipta sendiri oleh kebanyakkan jentera BN, namun bilangan kerusi yang dimenangi oleh BN tetap bertambah.

Berbalik kepada cerita mengenai individu ini, saya difahamkan 'sunyi sepi' beliau disaat orang lain sedang 'kalut ribut' adalah disebabkan sekarang ini beliau sedang mengerjakan umrah, mungkin sekembalinya nanti dari mengerjakan umrah beliau akan kembali aktif dan menawarkan diri untuk bertanding dalam apa-apa jawatan yang beliau rasa layak untuk digalasnya.

Pada pendapat peribadi, individu seperti beliau seharusnya diangkat oleh ahli-ahli Umno supaya kepimpinan Umno nanti akan terdiri dikalangan mereka yang agresif dan punyai idea yang boleh memberi manfaat kepada parti. Bayangkan jika mereka yang mengepalai sayap-sayap parti di semua bahagian di Kelantan merupakan individu seperti beliau, apakah anda rasa mustahil untuk BN mengambil alih pentadbiran negeri itu dalam PRU 14 nanti ?.

Pertelagahan pendapat dalam sesuatu hal memang sukar untuk dielakkan, tapi tidak semestinya kita menyempitkan fikiran dengan pertelagahan pendapat itu bagi kita menafikan kebolehan yang ada padanya. Tambahan pula jentera-jentera yang berkerja dibawah beliau yang setakat saya tahu tidak ada seorang pun yang merungut di'kencing' oleh beliau, masing-masing mereka berpuas hati.

Bagaimanapun jika kita pergi jauh sedikit, kita dapat melihat individu yang lebih kurang sebaya juga dengan beliau dan diberikan amanah untuk mengepalai sesuatu kumpulan, dan pada masa sama bercita-cita besar sama besar dengan 'bual'nya, terbukti cacar marba dan tidak amanah sekaligus boleh menjadi ancaman kepada parti jika individu seperti ini yang diangkat untuk menjadi pemimpin dalam parti.

Cuba kita renungkan, kalau kumpulan pejuang maya yang punyai suara pun boleh dikencing, apatah lagi ahli biasa, dan sikap individu seperti ini sudah pasti menjadi satu ancaman kepada Umno, mana tidaknya, bila ia tidak amanah dan menimbulkan rasa tidak puas hati serta pemberontakkan dikalangan mangsanya atau orang bawahannya, sedikit sebanyak serangan fakta yang akan dilakukan oleh mangsa-mangsa itu tadi turut akan terpalit sama kepada parti. Kemudian jadi satu kerja pula ahli-ahli Umno untuk bersuara sumbang membela individu seperti ini.

Sebelum mangsa-mangsa tadi bangkit melakukan serangan dengan membongkar segala bukti yang saya difahamkan ianya sudah pun tersusun rapi dan hanya menunggu waktu yang sesuai sahaja, eloklah jika ahli-ahli Umno mengambil sedikit iktibar dari apa yang berlaku itu dalam usaha untuk memartabatkan Umno sebagai parti yang benar-benar memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Justeru, mana-mana individu yang merasakan layak untuk bertanding jawatan didalam parti, pastikan anda benar-benar layak dan terbukti kelayakkanya setelah berpengalaman menjadi 'Jogho', kalau pengalaman menjadi 'Jogho' kumpulan pun gagal kerana tidak amanah, macammana nak jadi 'Jogho' untuk negeri ? Hah apa ? Nak jadi 'Jogho' Malaysia !!! lagi-lagilah brotherrrr!!! Anda Mampu Mengubahnya.

Gelombang Kick

Saturday, July 27, 2013

#PRKKualaBesut: ABE KU MASUK TUGAS TAK SAMPAI 24JAM DIUMUM SEBAGAI ADUN.

Dua belas jam selepas bergelar Yang Berhormat, Tengku Zaihan Che Ku Rahman dari Barisan Nasional (BN) turun padang dengan melawat Pasar Kuala Besut, untuk menemui rakyat dan membeli-belah.

Tengku Zaihan, 37, ditemani isterinya, Salbiah Othman, 34, dilihat keluar dengan sebuah kenderaan dan menuju ke pasar berkenaan yang menjadi tugas pertama selepas bergelar wakil rakyat.

Walaupun masih penat dan tidak cukup tidur, saya berusaha sedaya upaya menemui penyokong selepas diumumkan sebagai wakil rakyat” - Tengku Zaihan Che Ku Rahman, ADUN Kuala Besut

Beliau diumumkan pemenang dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon PAS, Endut @ Azlan Yusof, memulakan tugas pertamanya berjumpa penyokong di pasar berkenaan.

Bermesra dengan pengundi

Sebaik tiba di pasar itu, beliau dan isteri beramah mesra dengan orang ramai dan peniaga serta pengunjung di situ.

Katanya, walaupun masih penat dan tidak cukup tidur, beliau berusaha sedaya upaya menemui penyokong selepas diumumkan sebagai wakil rakyat malam kelmarin.
“Selepas ini, saya akan menziarah seorang penduduk di Kampung Gong Nering, Kuala Besut yang dilaporkan meninggal dunia malam tadi,” katanya, ketika ditemui di sini, semalam. - Berita Harian

Thursday, July 25, 2013

#PRKKualaBesut: KEPUTUSAN DAN 'POST MORTEM RESULT'. (SUMBER DALAMAN)

Berikut adalah keputusan dan statistik penuh keputusan PRK Kuala Besut yang baru selesai semalam. Apa-apa pun tahniah buat calon BN, Tengku Zaihan dan takziah kepada Che Long, eh silap semoga Che Long boleh cuba lain kali.

DEDAH! RANCANGAN @MuhyiddinYassin MAHU SAILANG @NajibRazak DIBONGKAR!!

Hal ini mungkin sesuatu yang tak mustahil. Kerana Anwar Ibrahim pernah lakukannya sewaktu dia menjadi TPM dulu.

Menurut MALAYSIA CHRONICLES :

Sumber Umno memberitahu Harakahdaily bahawa kini populariti timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengatasi bosnya Datuk Seri Najib Razak di dalam Umno.

“Malah isteri Muhyiddin (Hajjah) Norainee (Abd Rahman) lebih popular daripada (Datin Seri) Rosmah (Mansor),” kata sumber Umno itu yang menghubungi Harakahdaily pagi tadi.

Ditanya apa bukti beliau untuk menyatakan demikian, berikut ialah jawapannya.

“Ada orang terkenal daripada Universiti Malaya maklumkan kajiannya pada Muhyiddin. Dan beliau sangat gembira. Terbukti keputusannya untuk membisu tatkala orang war-war tidak dipertandingkan dua jawatan tertinggi dalam Umno adalah tepat,” kata sumber Umno itu lagi.

Menurut sumber Umno itu lagi, Najib kini semakin hilang pengaruh sepenuh di dalam Umno. Najib, katanya, kini terus diasak Tun Daim Zainuddin dan Tun Mahathir Mohamad.

“Ada orang sangat besar mengingatkan Najib bagaimana semua orang kanannya tewas di PRU13, tapi orang lain boleh menang. Contoh yang paling ketara ialah di Kedah, di mana Setiausaha Politiknya Datuk Sahlan Ismail tewas pada Datuk Mahfuz di Pokok Sena, tapi yang lain menang termasuk mengalah Mat Sabu. Najib terduduk apabila diingatkan perkara itu dan diberi amaran bahawa nyawanya sebagai presiden Umno kini di hujung tanduk,” tambah sumber Umno.

Beliau turut berkata sehingga kini perbincangan masih hangat samada perlu menggunakan pilihanraya kecil Kuala Besut sebagai titik permulaan menjatuhkan Najib.

Blogger pro-Mahathir dan bekas editor NST A Kadir Jasin menulis pada hari Ahad yang lalu bahawa Umno hanya akan berubah sekiranya mereka tewas di Kuala Besut.

“Harapan Umno berubah kepada yang lebih baik melalui pemilihan kepimpinan tahun ini adalah tipis. Umno mungkin berubah hanya jika atau apabila kalah dalam PRU. Wallahualam,” tulis Kadir.

Kadir turut berkata BN mungkin kalah di Kuala Besut sebagaimana ia tewas di Kuala Terengganu selepas pilihanraya 2008.

“Ahli Parlimen BN Kuala Terengganu, Razali Ismail, meninggal dunia. Allahyarham menang PRU 2008 dengan kelebihan undi 628 saja.

"BN meletakkan Wan Ahmad Farid Wan Salleh, orang kanan Perdana Menteri waktu itu (Tun Abdullah Ahmad Badawi). Media menguar-uarkan kemenangan besar bagi BN. Dia kalah kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut, dengan defisit undi sebanyak 2,631.

"Tidak mustahil hal yang sama berlaku di Kuala Besut pada 24 Julai ini. Cuma kelebihan undi bekas ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) BN, Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar, adalah besar. Dia memperoleh 8,809 undi manakala calon PAS, Napisah Ismail, mendapat 6,375, memberikan majoriti 2,434,” tambah beliau.

Sumber Umno menyatakan bahawa Kadir sememangnya berharap agar Muhyiddin akan mencabar Najib sebagaimana beliau.

“Kadir dalam tulisannya menulis Muhyiddin 'tidak berminat' mencabar Najib kerana 'sudah penat' dan tidak mahu dilihat sebagai tidak setuju dengan semua PM sebenarnya sedikit tersasar. Muhyiddin cuma sedikit terkilan apabila Mahathir berkata tiada dalam Umno yang layak menggantikan Najib. Tapi Daim telah memberikan keyakinan semula padanya kerana kuat melobi jawatan presiden dipertandingkan.

"Bagi Muhyiddin, sekiranya Tan Sri membaca ini, tolong bertanding untuk selamatkan Umno daripada terus reput. Kami perlu kepimpinan yang baru. Kami hendakkan juga Puan Sri Noraini menggantikan tempat Rosmah. Semua ahli Umno kini hanya menunggu isyarat daripada Tan Sri. Asalkan Tan Sri bagi signal, kita semua akan bersatu di belakang Tan Sri untuk memaksa Najib mengundur diri daripada tewas di tangan Tan Sri,” rayu sumber Umno itu sebelum menamatkan perbualan.

Wednesday, July 24, 2013

ISU TANDAS: KEBENARAN YANG PATUT RAKYAT MALAYSIA TAHU!

Berkaitan dengan isu sekolah Sri Pristana, ini adalah artikel yang saya jumpa (SINI). Artikel tersebut 100% ditulis dalam English, dan berikut adalah terjemahan nya.

Artikel ini di tulis oleh seorang lelaki india yang telah pun melawat sendiri ke sekolah tersebut.

"Saya ada pengalaman buruk kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan dari pihak saya sendiri apabila ada sesuatu isu timbul.

Sejak dari itu, saya mula memandang setiap perkara dari sudut perspektif yang berbeza. Dengan bersikap secara adil, saya ingin berkongsi sesuatu info berkenaan sekolah sk Pristana mengenai isu yang tengah hangat diperkatakan oleh semua sekarang.

Saya telah pun pergi MELAWAT sekolah tersebut dan ini adalah hasil yang saya dapat:

1. kantin sekolah tersebut sebenarnya mengalami masalah dalam menampung sebanyak 350 pelajar yang keluar untuk waktu rehat pada masa yang sama. Hal ini berlaku semenjak Januari 2013 lagi.

2. Pelajar- pelajar duduk disekitar kantin kerana kantin terlalu kecil dan tidak dapat menampung mereka yang lain untuk makan di dalam kantin itu sendiri.

3. Pengetua yang melihat situasi ini memutuskan untuk mengunakan bilik PERSALINAN yang terletak BERHAMPIRAN dengan kantin.

4. bilik persalinan tersebut mempunyai beberapa buah kerusi dan meja yang telah dibuka sejak bulan MAC 2013. Ini adalah salah satu inisiatif dari Pengetua untuk mengelakkan pelajar-pelajar duduk di sekitar kantin dibawah terik dan panas matahari.

5. Sehingga bermulanya Ramadhan, semua pelajar termasuklah pelajar MELAYU telah pun menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai "kantin"

6. Sebenarnya TIADA tandas berdekatan dengan bilik persalinan tersebut.

7. Yang sebenarnya, ia hanyalah dua bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan yang terletak bersebelahan.

7. Kamu boleh mengatakan bahawa ada tanda "tandas" (gambar lelaki dan perempuan yang selalu kita lihat di depan pintu tandas) di situ. sebenarnya, itu bukan tanda "tandas" tetapi tanda yang membezakan bilik persalinan lelaki dan perempuan.

8. Tiada sebarang MANGKUK TANDAS didalam bilik persalinan tersebut dan jika dilihat secara dekat, pelajar meletakkan KASUT mereka diluar bilik persalinan.

9. Pengetua menggunakan bilik persalinan (lelaki) kerana ia mempunyai fasiliti seperti sinki. Tempat itu juga adalah tempat yang paling DEKAT dengan kantin. Bilik persalinan perempuan masih tidak di gunakan buat masa ini.

10. Di sekolah tersebut mempunyai 3 orang guru BUKAN MELAYU (2 orang india dan seorang lagi orang asli) . Semua mereka sedar tentang hal ini dan mereka tiada masalah berkenaan dengan solusi sementara kerana masalah ruang kantin yang kecil dan tidak dapat menampung kesemua pelajar. Jika kamu berfikir bahawa pelajar INDIA di layan teruk, mestilah dua orang guru india juga akan bersuara dan marah tentang hal ini bukan? PIBG sekolah juga sedar akan hal ini .

11. Ibu bapa yang telah menyebarkan gambar ini di facebook, hanyalah melawat sekolah setelah diberitahu oleh pemandu bas sekolah yang kononnya pelajar makan didalam tandas. mereka TIDAK TAHU perkara ini telah berlaku sejak bulan MAC 2013.

12. Sekolah itu telah di arahkan untuk tutup "kantin sementara" dan telah menerima alternatif yang lebih baik dan telah dipersetujui oleh pengetua sekolah.

Ini adalah sebahagian daripada kisah sebenar yang GAGAL untuk difahami oleh sesetengah pihak.

Sumber: FB

P/S: SAYA BAGI AMARAN KEPADA PEMBANGKANG JANGAN CUBA CETUSKAN ISU PERKAUMAN!!

Tuesday, July 23, 2013

#PRKKualaBesut: PLEASE NOTE!! JANJI @barisanasional KEPADA PENGUNDI @kualabesut_!! #BN4KualaBesut #TolakCheLong

"BN akan meneruskan komitmen untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di Kuala Besut."
Itulah janji calon BN di N01 Kuala Besut, iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman A.K.A Abe Ku yang diilhamkan bagi memastikan kesejahteraan penduduk di kawasan yang bakal 'ditaklukinya' terjamin.

Peningkatan infrastruktur dan pembangunan dari segi ekonomi, sosial dan kebudayaan.

Seperti anak jati Kuala Besut seperti Abe Ku, dia mahu tengok kampung halamannya dibangunkan sejajar dengan aspirasi negara iaitu lebih maju dari sekarang especially dalam bidang pelancongan kerana Kuala Besut mempunyai kelebihan aset, iaitun Pulau Perhentian.

“Sebagaimana yang kita tahu, Kuala Besut merupakan pintu masuk ke Pulau Perhentian kita tahu pulau ini merupakan 13 pulau tercantik dunia kita akan selaras kemudahan asas di Kuala Besut merupakan gateway selaras ke arah bertaraf lebih tinggi mungkin bertaraf dunia,” - ABE KU

JIKA: Harapan PAS termakbul untuk seri dengan BN iaitu menang 16:16 kerusi. Dengan itu, Che Long (mulut plaster) sudah menanam hasrat dan berharap sangat-sangat kemenangan berpihak kepadanya supaya dapat mewujudkan “check and balance” dalam kerajaan negeri Terengganu. (Padahal nak kembangkan bisnes.. kan che long kan?)


CHE LONG APTB (APA PUN TAK BOLEHH......!!!)


“Kalau kita menjadi kerajaan kita banyak boleh membantu kalau jadi kerajaan tapi seandainya tidak jadi kerajaan Che Long akan berusaha membantu semampu Che Long untuk membantu seperti yang Che Long buat Che Long akan meningkat lagi InsyaAllah.” - CHE LONG PLASTER

Dari segi spiritialiti, kedua-dua calon dari PAS dan BN cukup yakin dengan aura kemenangan yang bakal mereka dapat pada esok hari. Tapi pemenangnya tetap seorang. Siapa? Kita tunggu keputusan pilihan 17,683 pengundi di Kuala Besut esok.