Saturday, October 5, 2013

SIRI X-FILES: SENARAI TOP 10 KES JENAYAH MISTERI DI MALAYSIA...


Senarai Top 10 kes jenayah yang dianggap belum selesai dan penuh misteri di Malaysia. Entri ini dikongsikan oleh MyNewsHub. Agak mengerikan dan agak menakutkan. Baca dibawah:

10. Kematian Ratu Cantik

Jean Perrera Sinappa merupakan bekas ratu cantik di mana suaminya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Tetapi 4 bulan kemudian iaitu pada 6 April 1979, dia dijumpai mati di dalam kereta di Lebuhraya Persekutuan, Kuala Lumpur. Bekas teman lelaki yang juga abang iparnya, Karthigesu dijumpai tidak sedarkan diri di tepi jalan luar kereta tersebut. Apabila Karthigesu sedar di hospital, dia mengadu dipukul di bahagian kepala dari arah belakang.

Keputusan mahkamah mendapati Karthigesu didapati bersalah membunuh Jean dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Pihak pendakwaan mengemukakan kes di mana Karthigesu dilihat cemburu apabila mendapati Jean mempunyai hubungi sulit dengan doktor di Sri Lanka, Dr Narada Warnasurya. Bagaimanapun, Karthigesu dibebaskan dua tahun selepas rayuannya diluluskan di Mahkamah Rayuan.

9. Mana Anak Saya?



Beberapa tahun lalu, berita tentang kehilangan kanak-kanak menjadi berita utama di media tempatan. Bagaimanapun, kisah kematian Sharlinie Mohd Nashar lama dimainkan media sebelum ia menjadi suram.

Pada 9 Januari 2008, Sharlinie, 5, bermain di taman permainan di kawasan rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya bersama kakaknya sebelum dia didapati hilang. Masyarakat mula memandang serius laporan tersebut apabila wujud watak ‘lelaki kucing’ setelah suspek dikatakan meminta mangsa mencari kucingnya yang hilang.vKehilangan Sharlinie terus menjadi isu hangat dalam media tempatan apabila kes itu timbul ketika kes kehilangan Nurin Jazlin Jazimin masih lagi panas.

Polis yang meneruskan siasatan dilihat semakin ‘dingin’ dan kehilangannya masih lagi tidak diketahui hingga ke hari ini.

8. Kematian Gadis Yang Merobek Jutaan Hati


20 Ogos 2007, Nurin Jazlin Jazimin, 8, telah pergi ke sebuah pasaraya berdekatan rumahnya untuk membeli klip rambut sebelum di dilaporkan hilang. Saksi kejadian berkata dia diculik dan dibawa masuk ke dalam sebuah van berwarna putih di Wangsa Maju. Kehilangan gadis itu mendapat liputan media yang luar biasa hinggakan nama dan mukanya boleh dikatakan tersemat di fikiran setiap rakyat Malaysia pada ketika itu. Ratapan sedih keluarga yang mengharapkan dia pulang ke pangkuan keluarga telah menyentuh hati ramai pihak di mana rakyat Malaysia terus memanjatkan doa supaya dia pulang dengan selamat.

Sebulan selepas itu, seorang kanak-kanak dijumpai mati dalam keadaan berbogel di dalam sebuah beg gim di Petaling Jaya. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah memberi sedikit sebanyak maklumat berkenaan suspek yang membuang beg tersebut. Keluarga Nurin gagal untuk membuat pengecaman mayat akibat kecederaan teruk yang dialami mangsa. Namun, ujian DNA mengesahkan mayat tersebut adalah Nurin, kepada pasangan tersebut. Seorang wanita Indonesia kemudiannya ditahan berkenaan kes tersebut tetapi kes itu masih belum diselesaikan.

7. Apabila Keseronokan Bertukar Kematian


Norita Samsuddin, 22, merupakan seorang anak gadis yang berasal dari negeri utara tanah air yang mencuba nasib di kota raya, Kuala Lumpur. Mempunyai susuk tubuh yang menarik, dia dikatakan menerima beberapa tawaran sebagai peragawati namun menolaknya apabila dia ketika itu bekerja sebagai eksekutif pemasaran di Transpro Sdn Bhd sebelum dia dijumpai mati.

5 Disember 2003, Norita dijumpai mati di dalam bilik di sebuah pangsapuri mewah di Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Mangsa dijumpai dalam keadaan berbogel dan tangannya diikat menggunakan baju dalam dan beberapa wayar. Tiada sebarang tanda dia dicederakan kecuali kesan cekik di lehernya dan beberapa cebisan baju di dalam mulutnya. Jurutera, Hanif Basri kemudiannya ditahan dan dituduh membunuh mangsa. Hanif dipercayai orang terakhir yang menjumpai Norita pada malam tersebut dan pihak pendakwaan cuba membuktikan dia adalah orang terakhir menjumpai mangsa ketika mangsa masih hidup.

Bagaimanapun, semasa perbicaraan berlangsung, dipercayai ada orang lain telah melawat Norita selepas Hanif. Pertuduhan terhadap Hanif dilihat terlalu lemah. Hanif dibebaskan selepas timbulnya teori konspirasi berkaitan kehidupan sosial Norita selama ini. Mungkin segala yang benar telah dikuburkan bersama Norita.

6. Benarkah Pelayan Yang Melakukannya?


Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan Negeri Sabah, Datuk Norjan Khan Bahadar dijumpai mati di dalam sebuah bilik hotel di Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu pada 11 Februari 2004. Norjan dijumpai mati terbaring dalam keadaan lengkap berbaju di tepi katil dengan beberapa kesan tikaman kecil di bahagian leher dan muka beliau. Polis pada mulanya mengesyaki motif cemburu sebagai punca utama kematian tersebut tetapi menukar kepada motif rompakan walaupun tiada barang yang hilang di dalam biliknya.

Penyiasatan membawa kepada penangkapan seorang pelayan, Azman Bakar di mana polis percaya suspek cemburu melihat Norjan bersama lelaki lain. Ketika sidang penghakiman, seorang saksi telah membawa seorang ahli perniagaan Pakistan, Amir Khan. Beberapa bukti timbul semasa perbicaraan yang menunjukkan Datuk Norjan mempunyai hubungan dengan Amir Khan walaupun dia menafikannya.

Azman Bakar kemudiannya dibebaskan apabila pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan bahawa Azman pada faktanya mengenali Norjan. Tiada tangkapan lain dibuat. Sekali lagi, kes misteri yang tidak diselesaikan.

5. Tragedi ‘Double Six’


Anda yang menetap di Kuala Lumpur mungkin pernah melalui Taman Tun Dr Ismail dan pastinya akan terperasan Jalan Tun Fuad Stephens. Namun, berapa ramai sahaja yang tahu siapakah dia sebenarnya. Pastinya ada yang menjawab beliau adalah bekas Ketua Menteri Sabah. Tetapi berapa ramaikah yang tahu berkenaan kematian beliau yang penuh misteri dan kes tersebut masih tidak diselesaikan hingga ke hari ini.

Pada 6 Jun 1976, Tun Fuad Stephens bersama beberapa pegawai kerajaan termasuk anak sulung beliau, Johari menaiki pesawat Nomad GAF yang dikendalikan oleh Sabah Air di Lapangan Terbang Labuan dalam perjalanan ke Kota Kinabalu. Bagaimanapun, ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, pesawat itu terhenti dan terhempas lalu membunuh semua anak kapal termasuk juruterbang.

Khianat disyaki sebagai motif utama kejadian tersebut walaupun kemudiannya kelemahan reka bentuk pesawat dilihat sebagai punca utama insiden tersebut. Kematian Tun Fuad terjadi selepas 44 hari penggal kedua beliau sebagai Ketua Menteri Sabah. Keadaan politik yang mengiringi kematiannya begitu ironis kerana ia mempunyai kaitan dengan isu minyak dan gas di Sabah.

YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat. Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama. Sebaik sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.

Sejurus pesawat tersebut menjunam di kawasan air cetek, lokasi berkenaan menjadi tumpuan orang ramai kerana ketika terhempas, ia dikatakan menggegarkan kawasan itu. Malapetaka tersebut kemudiannya dikenali sebagai peristiwa Double Six sempena tarikh kejadian itu iaitu 6/6/1976. Setahun selepas kejadian tersebut, sebuah tugu peringatan didirikan di lokasi berkenaan bagi memperingati tragedi itu yang merupakan salah satu peristiwa penting negara.

4. Berakhirnya Kesengsaraan Kehidupan


Xo Jian Huang, 14, warganegara China telah dihantar untuk menetap di Malaysia bersama sepupu bapanya. Bagaimanapun, pada 27 September 2005, dia dijumpai mati lemas dalam sebuah kolam renang dengan 23 kesan dera di badan mangsa. Siasatan membawa kepada penangkapan dan perbicaraan yang melibatkan tiga lelaki yang dituduh membunuh Xu; bapa saudaranya seorang ahli perniagaan, Koh Kim Teck dan dua orang pengawal peribadinya, Resty Agpalo dan Mohd Najib Zulkifli.

36 hari perbicaraan telah menyebabkan gelaran ‘Datuk Seri’ ahli perniagaan itu dibatalkan. Bagaimanapun, disebabkan timbulnya keraguan yang tidak dapat diselesaikan dan tidak terjawab, ketiga-tiga suspek itu bebas daripada membunuh mangsa. Bukan itu sahaja, saksi yang sepatutnya hadir semasa perbicaraan dikatakan telah hilang menyebabkan ketiga-tiga suspek itu dilepaskan.

Memetik laporan media pada 2010, pihak pendakwaraya membuat rayuan untuk menentang tertuduh dan Koh yang terkenal dengan personaliti korporatnya berjaya menghilangkan diri. Pada sidang rayuan, seperti dijangka, Koh tidak menghadirkan diri pada semua sesi rayuan. Pada 2010, dia telah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan tetapi Koh masih menghilangkan diri. Adakah dia yang menyiksa anak saudaranya? Adakah pengawal peribadinya turut terlibat? Kenapa ada saksi yang hilang?

3. Wanita Ilmu Hitam


Kes tersebu telah selesai. Pembunuh telah dihukum mati. Kes ditutup. Bagaimanapun, apa yang terjadi di sekeliling dan keanehan pembunuh kes ini menyebabkan ia masih tersenarai dalam carta ini. Pada 22 Julai 1993, polis menemui mayat ADUN Batu Talam, Mazlan Idris yang dicincang. Bekas penyanyi yang kemudian bertukar menjadi bomoh, Mona Fandey ditahan bersama suami dan pembantu beliau.

Ketiga-tiga mereka didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati. Hukuman mati tetap dilaksanakan walaupun terdapat rayuan. Tiada siapa yang hidup pada era 90-an boleh melupakan perbicaraan Mona Fandey – Mazlan Idris. Mayatnya telah dicincang kepada beberapa bahagian selepas berlangsungnya satu upacara ghaib dipercayai bertujuan untuk membawa lebih banyak wang untuknya.

Mayat Mazlan kemudian ditanam di stor berhampiran rumahnya di Pahang. Apa yang dianggap sebagai ‘belum selesai’ ialah ketika kekejaman mereka itu dibawa ke muka pengadilan. Sepanjang perbicaraan, Mona sentiasa berkata “Aku takkan mati” dan kekal tenang dengan senyuman di bibirnya.

2. Tragedi Pembunuhan Ketua Polis Negara


Tan Sri Abdul Rahman Hashim telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-3. Pada 7 Jun 1974, ketika Abdul Rahman berada di dalam kereta menuju ke Bukit Aman, kereta yang dipandu Sarjan Omar Yunus yang melalui Jalan Tun Perak telah dihujani beberapa das tembakan. Dua penyerang yang tidak dikenali telah melepaskan 11 das tembakan pada kereta tersebut di mana tujuh das terkena KPN.

Pada masa itu, Malaysia sedang berusaha menentang kebangkitan kuasa subversif yang datang dari kalangan ahli komunis. Dipercayai bahawa pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng yang mengeluarkan arahan bunuh. Bagaimanapun, ia tidak berjaya dibuktikan di mahkamah. Pada 1975, dua orang lelaki, Lim Woon Choong dan Ng Foo Nam didapati bersalah membunuh Ketua Polis Perak Tan Sri Khoo Choong Khong di Jalan Ashby di Ipoh.

Kemudian timbul teori bahawa berkemungkinan penyerang tersebut adalah orang yang sama menyerang Abdul Rahman walaupun tiada bukti kukuh. Lim dan Ng telah dihukum mati pada tahun 1978 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sehingga hari ini, masih tidak diketahui adakah benar mereka berdua pembunuh upahan yang membunuh Abdul Rahman.

1. Tragedi Kemalangan Pesawat Negara


Pada hari Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan rakyat Malaysia dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS) apabila salah sebuah pesawat miliknya terhempas dan mengorbankan banyak nyawa termasuk orang kenamaan. Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh krew penerbangan telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau dekat Kampung Ladang, Tanjong Kupang, Gelang Patah, Johor.

Rangka pesawat itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya. Peristiwa yang berlaku 34 tahun lalu itu juga meninggalkan memori hitam kepada sejarah negara apabila ia turut mengorbankan Duta Cuba ke Malaysia yang pertama, Mario Garcia Inchaustegui dan isterinya, Gladys yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri seminar di Pulau Pinang.

Berdasarkan kisah yang dinyatakan kepada umum, pada pukul 7.21 malam hari kejadian, pesawat Boeing 737 yang dikendalikan Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Lapangan Terbang Subang.

Sebelum sempat melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Subang, Ganjoor sempat memberitahu menara kawalan mengenai kehadiran pengganas di dalam pesawat yang sedang dikendalikannya. Selepas mengetahui perkara tersebut, pihak berkuasa Lapangan Terbang Subang segera mengosongkan laluan 33 bagi membolehkan pesawat Boeing 737 kendalian Ganjoor dan Kamarulzaman mendarat dengan selamat.


Bagaimanapun, pesawat tersebut tidak sempat untuk melakukan pendaratan di lapangan terbang itu, sebaliknya Ganjoor bertindak terbang semula ke awan dan memberitahu menara kawalan yang dia diarahkan oleh pengganas untuk menuju ke Singapura. Peristiwa ini mempunyai kisah misteri dan seramnya tersendiri. Kira-kira pukul 8.15 malam, pesawat yang membawa 93 penumpang bersama tujuh krew penerbangan itu hilang dari radar menara kawalan dan terhempas di sebuah kawasan hutan paya bakau di Tanjong Kupang, Gelang Patah.

Selain mengorbankan Mario Garcia dan usahawan Jepun, Tomio Gotto, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid; Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican serta dua pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime.

Beberapa spekulasi bahawa ‘Japanese Red Army’ adalah pihak yang bertanggungjawab tetapi tiada bukti ditemui untuk menyokong teori tersebut. Ia kekal sebagai memori tragis dalam sejarah penerbangan komersial di Malaysia dan kematian kesemua anak kapal pesawat berkenaan menjadikan tragedi berada di tempat teratas senarai kami.


SUMBER: MYNEWSHUB

#PemilihanUMNO: LET'S SEE!! @KhairyKJ MAHU BEKERJA UNTUK PEMUDA LAGI!! #KJ4KP


"Pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia: Tinggal lebih kurang seminggu sebelum perwakilan Pemuda UMNO di seluruh negara menentukan kepimpinan untuk penggal akan datang.

Sepertimana yang rakan-rakan sedia maklum, saya sekali lagi menawarkan diri untuk terus menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, jawatan yang saya sandang sejak tahun 2009.

Selama empat tahun yang lepas, pelbagai program telah Pemuda UMNO-BN laksanakan dengan tema mendekati orang muda melalui politik khidmat bakti. Program-program yang dijalankan oleh Pemuda UMNO-BN di bawah kepimpinan saya menyentuh isu-isu yang menjadi kebimbangan anak muda negara terutamanya yang berbangsa Melayu.

Hasil kajian yang telah kami buat dalam BN Youth Lab beberapa tahun dahulu, pendekatan Pemuda UMNO-BN telah diubah secara menyeluruh. Orang muda zaman sekarang tidak lagi tertarik dengan politk yang berteraskan retorik semata-mata, sebaliknya mereka mahu melihat apakah penyelesaian atau solutions yang dapat ditawarkan oleh parti-parti politik.

Oleh yang demikian, saya telah membawa Pemuda UMNO-BN kearah solutions-based politics yang mementingkan jalan penyelesaian dan bukan hanya tahu mendesak kerajaan tanpa cadangan atau pelan pelaksanaan sendiri.

Contohnya, kita mendapati orang muda risau dengan masa depan kerjaya mereka dan juga kos sara hidup yang meningkat. Pemuda UMNO-BN telah bertindak atas kebimbangan ini dengan penganjuran Karnival Kerjaya Pemuda BN (BN Youth Job Fair) yang sudah masuk tahun keempat penganjuran dan telah menjelajah ke seluruh negara. BN Youth Job Fair telah menerima hampir sejuta pengunjung sejak ia bermula dan telah membantu 140,000 orang - majoritinya anak muda - mendapat peluang pekerjaan.

Pemuda UMNO-BN juga telah mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan untuk menangani masalah perumahan untuk orang muda melalui BNY HOPE yang akhirnya menjadi polisi baharu melalui PR1MA, Skim Rumah Pertamaku dan rumah transit untuk orang muda. Jelajah 1Malaysia atau JOM dibawah Pemuda UMNO-BN pula telah berjaya membaik pulih ratusan rumah usang orang muda di seluruh negara.

Pemuda UMNO-BN juga telah memperjuangkan isu gaji minimum bersama kesatuan-kesatuan sekerja sehingga ia menjadi realiti. Pada akhir tahun ini Akta Kebangkrapan akan dipinda hasil daripada usaha kami untuk memberi peluang kedua kepada mereka yang dibelenggu status muflis.

Banyak lagi program-program yang kami telah buat selama empat tahun lalu. Pemberian biasiswa untuk anak muda daripada keluarga berpendapatan rendah untuk ke IPTS juga telah kita berikan melalui BNYES, lesen motosikal diberi dengan harga yang terendah melalui (BL1M) yang masih dalam pelaksanaan, gerakan sukarelawan dibayai melalui Dana Belia 1Malaysia (kini diambil alih 1M4U), profesional muda dilibatkan dalam politik melalui BNYV dan isu keadilan sejagat sering dibangkit terutama isu Palestin.

Ini tidak termasuk peranan Pemuda UMNO-BN sebagai suara orang muda. Sebagai contoh, baru-baru ini kami membantah cadangan PTPTN untuk menyenaraikan para peminjam yang lewat membayar atau tidak membayar hutang di bawah senarai CCRIS sehinggakan cadangan itu tidak diteruskan.

Inilah antara pencapaian kami selama empat tahun yang lepas. Memang betul, corak kepimpinan Pemuda UMNO sekarang berbeza dengan zaman dahulu.

Namun saya berpendapat gaya lama di mana Pemuda sinonim sebagai kumpulan pendesak semata-mata sudah tidak relevan lagi.

Insya'Allah sekiranya diberi mandat sekali lagi, saya akan terus memimpin Pemuda UMNO-BN supaya kami dapat membawa lebih banyak lagi idea penyelesaian atau solutions untuk orang muda. Semua orang boleh bercakap, tetapi bukan semua yang boleh melaksanakan.

Mohon sokongan rakan-rakan pada 12hb Oktober. Saya, KJ, sekali lagi menawarkan diri sebagai calon nombor 1 bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia".

Friday, October 4, 2013

PTPTN BERJAYA GELAPKAN MATA PEMBANGKANG! #ShamsulAnuar4MT


Insentif diskaun 20 peratus bagi pembayaran balik keseluruhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mendapat sambutan menggalakkan, termasuk daripada mereka yang disenaraihitamkan.

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata sejak 1 Oktober 2012 hingga tarikh akhir insentif itu Isnin lepas, seramai 4,469 daripada 79,134peminjam yang melangsaikan hutang mereka, terdiri daripada mereka yang disenaraihitamkan.

"PTPTN menerima pembayaran balik sebanyak RM758.20 juta daripada 79,134 peminjam dan setelah ditolak diskaun 20 peratus, jumlah keseluruhan bayaran pinjaman yang diterima adalah RM606.56 juta," katanya pada sidang berita di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, pemberian insentif diskaun 20 peratus yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013, membantu mengatasi masalah hutang tertunggak peminjam PTPTN.

"Pembayaran balik pinjaman PTPTN adalah sangat penting kerana ia memastikan kelestarian PTPTN dan menjamin pembiayaan kepada generasi yang akan datang sebagaimana kemudahan yang diperoleh peminjam PTPTN ketika ini," katanya.

Shamsul Anuar berkata, kutipan pembayaran balik pinjaman PTPTN semakin meningkat dengan RM553 juta berjaya dipungut pada 2009, RM638 juta (2010), RM737 juta (2011) dan RM800.47 juta pada tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, secara keseluruhan bayaran balik pembiayaan pendidikan yang diterima sehingga 31 Ogos lalu hanya RM4.48 bilion atau 48.04% daripada bayaran balik sebenar yang sepatutnya diterima, iaitu sebanyak RM9.33 bilion.

Katanya, jumlah itu selepas ditolak penangguhan dan pengecualian bayaran balik berjumlah RM130 juta (RM0.13 bilion).

Beliau berkata, setakat ini seramai 887,337 atau 66.15 peratus daripada keseluruhan 1.341 juta penerima pinjaman PTPTN membayar balik pinjaman.

Shamsul Anuar berkata, peminjam masih boleh mendapat insentif diskaun 10 peratus jika memulakan bayaran balik pembiayaan PTPTN mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan. "PTPTN sentiasa bersedia untuk berunding sekiranya terdapat kekangan untuk peminjam melaksanakan bayaran balik mengikut jadual dan melakukan penstrukturan semula pinjaman," katanya. - Bernama

MyMassa harap Pengerusi PTPTN, Dato' Shamsul Anuar Nasarah dapat meneruskan diskaun 20% kepada peminjam PTPTN dalam belanjawan 2014. Dengan pemberian diskaun ini bukan sahaja dapat membantu Kerajaan memperkukuh dana PTPTN, malah dapat membantu golongan muda kerana majoriti peminjam adalah di bawah umur 40 tahun. - MYMASSA

#PemilihanUMNO: KENAPA @KhairyKJ PERLU DIPERTAHANKAN SEBAGAI KETUA PEMUDA? #KJ4KP


Mengapa KJ perlu dipertahankan sebagai Ketua Pemuda UMNO?

Dipetik daripada BH:

Khairy membuat perbandingan mengenai zaman beliau bertanding ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Presiden UMNO dan secara bersendirian sekarang. Ikuti temubual wartawan BH, Razak Rashid Ghows dengan beliau.

Wartawan: Kenapa saudara menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan Ketua Pemuda dan tidak bertanding jawatan lebih tinggi?

Khairy: Saya melihat kerja saya dalam Pemuda UMNO masih lagi belum selesai. Saya sudah meletakkan fasa pertama ketika menjadi Ketua Pemuda di mana kita beri tumpuan kepada langkah menstrukturkan semula Pemuda UMNO. Tujuannya bagi menjadikan Pemuda badan yang fokus kepada masalah orang muda dan penyelesaian seperti isu pekerjaan, pendidikan, perumahan, iaitu lebih berorientasikan isu berbanding dulu. Sebelum ini ia lebih retorik politik, sekarang lebih kepada penyelesaian. Fasa kedua bagi memastikan perubahan ini dapat diinstitusikan melalui program pendidikan politik baru di mana kita mahu lahir ramai lagi pelapis yang mempunyai pandangan moden dalam politik di mana perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air tetap menjadi teras kita. Ahli politik dan pemimpin politik muda yang memahami cabaran yang dibawa politik baru, soal isu tadbir urus yang baik, hak asasi manusia, hubungan kaum dan sebagainya supaya kita dapat kembalikan sokongan orang muda kepada Barisan Nasional (BN) dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia.


S: Apakah itu bermakna saudara tidak berpuas hati dengan pencapaian Pemuda UMNO sejak mengambil alih jawatan itu pada 2009?

J: Saya puas hati dengan pencapaian setakat ini, cuma kita kena melanjutkan prestasi kita. Kita kena pastikan apa yang kita dapat buat selama ini dapat ditanamkan ke akar umbi. Ada pelbagai cabaran untuk kita gerakkan Pemuda dari segi pentadbiran, dari segi semangat ahli. Kita kena beri tumpuan lebih kepada soal kepemimpinan. Bila kepemimpinan pada peringkat bahagian itu kuat dan punyai idealisme tinggi, kita dapat lahirkan lebih ramai pemimpin berkaliber peringkat bahagian dan kita dapat meningkatkan prestasi keseluruhan. Saya menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan sebab penggal pertama, saya tidak ada jawatan dalam kerajaan. Penggal kedua sudah dapat amanah menjaga Kementerian Belia dan Sukan. Saya nampak kita boleh bawa agenda ini bersama di mana saya jaga belia negara dan juga Pemuda dalam UMNO itu sendiri. Kekuatan itu saya akan guna untuk tingkatkan lagi prestasi Pemuda UMNO.

S: Ke mana hala tuju Pemuda UMNO yang saudara akan bawa atau agenda Pemuda UMNO selepas ini sekiranya terpilih semula?

J: Agenda saya ialah untuk menjadi tempat pertemuan atau ‘interface’ utama bagi UMNO dan generasi muda. Kita tahu bahawa generasi muda menjadi kuasa besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan juga akan menjadi kuasa besar dalam PRU-14. Kaji selidik yang dibuat oleh Merdeka Centre menunjukkan pengundi muda Melayu antara umur 21 hingga 30 tahun, kira-kira 54 peratus menyokong BN pada pilihan raya lalu. Itu petanda baik bagi kita, tetapi pengundi muda daripada kaum lain tak berapa menyokong BN. Itu cabaran untuk kita, macam mana UMNO boleh memainkan peranan bagi meningkatkan sokongan daripada orang muda Melayu dan macam mana boleh bantu BN untuk cuba meyakinkan yang lain juga. Jadi hala tuju saya masih lagi ‘politikal’, macam mana untuk bawa undi pada pilihan raya akan datang.


S: Ternyata saudara sudah melalui pelbagai dugaan dan jatuh bangun dalam politik. Bagaimana saudara melihat peluang kali ini?

J: Setiap kali bertanding saya serah kepada perwakilan atau pengundi, cuma kita boleh buat yang terbaik dengan menawarkan idea atau wawasan yang jelas. Yang selebihnya kita serah kepada perwakilan. Saya menang pada 2009 dalam keadaan yang susah. Waktu itu orang kata menantu Presiden UMNO dan sebagainya, tetapi presiden yang hendak keluar, Pak Lah (Abdullah) pada waktu itu hendak meletak jawatan. Jadi ia tidak beri apa-apa kelebihan kepada saya. Tapi dalam keadaan itu masih lagi boleh menang, lawan bekas menteri besar, lawan seorang yang ada nama besar dalam UMNO tetapi dapat mengatasinya, Alhamdulillah berkat sokongan daripada kawan-kawan. Jadi kali ini pun saya buat yang sama, bukannya saya mahu kekalkan jawatan ini untuk diri saya, tetapi saya menjawab panggilan perjuangan. Jadi saya serah kepada perwakilan sebab saya sudah tahu jatuh bangun dalam politik, peritnya bila kita jatuh, apa perasaannya selama empat tahun. Saya tidak tahu peluang saya macam mana dan saya serah pada budi bicara perwakilan. Saya yakin perwakilan boleh menilai sebab nak jaga Pemuda dengan keahlian hampir 650,000 dan jaga pentadbiran bukan perkara senang. Kita menghormati setiap calon yang menawarkan diri, tetapi kalau tak ada pengalaman jadi Ketua Pemuda bahagian atau cawangan, macam mana nak jaga organisasi nasional yang ada 650,000 ahli.


S: Dulu saudara bertanding dalam bayangan ‘Perdana Menteri’, kali ini bertanding sebagai Khairy Jamaluddin tanpa bapa mentua. Kini saudara menghadapinya bersendirian?

J: Saya tidak melihatnya sebagai masalah sebab pemilihan lepas pun tidak bawa apa-apa kelebihan kepada saya (sebagai menantu Perdana Menteri). Sebabnya, pada pemilihan lalu beliau adalah Perdana Menteri yang akan melepaskan jawatan, presiden yang akan melepaskan jawatan, jadi tak ada apa-apa pengaruh pada saya.


S: Persepsi orang ramai mungkin lain, saudara dikaitkan dengan Perdana Menteri?

J: Mungkin persepsi itu membawa masalah kepada saya pada waktu dan ketika itu. Kali ini bila tidak ada apa-apa kaitan dan saya bertanding atas diri saya sendiri, mungkin mereka boleh nilai. Selama empat tahun saya menjadi Ahli Parlimen biasa dan penyokong kerajaan, sering kali berentap dengan pembangkang, bawa Pemuda UMNO selama empat tahun tanpa apa-apa jawatan, tetapi masih lagi bertahan. Ramai yang kata dia tidak akan sampai satu tahun bawa Pemuda UMNO dan akan mengaku kalah dan ada orang yang akan buat undi tidak percaya. Dalam keadaan ini, saya dapat bertahan selama empat tahun, Alhamdulillah saya diberi rezeki ini dan saya harap dapat gunakan rezeki ini untuk bantu Pemuda supaya lebih baik lagi.


S: Cara saudara dan beberapa orang dalam Pemuda atau UMNO sendiri berlainan daripada orang lama, khususnya dari segi pemikiran. Saudara lebih terbuka dan kerap kali dilihat sebagai menentang arus. Bagaimana saudara boleh menyesuaikan diri dan mengimbangi antara lama dan baru?

J: Apabila kita menyahut agenda transformasi Presiden parti yang juga Perdana Menteri, kita kena buktikan melalui pemikiran baru. Itu yang dituntut oleh transformasi. Kalau kita cakap soal transformasi tetapi tidak bawa transformasi dalam pemikiran, kita tidak akan bawa apa-apa perubahan. Yang penting walaupun pemikiran saya kadangkalanya berbeza dengan pemimpin lain lebih senior, penghormatan itu tetap ada dan kita akan bertemu dengan mereka. Saya selalu suka berbincang dengan pemimpin lebih senior, dalam kalangan menteri dan menteri besar, saya akan jelaskan pandangan daripada generasi saya. Bukan bermaksud kita nak lari daripada perjuangan asal UMNO nak bantu Melayu dan pastikan agama dan bangsa pelihara. Itu tetap mesti ada, tetapi soal politik baru yang saya sebutkan tadi, urus tadbir baik, pemikiran lebih terbuka, termasuk kepada kebebasan bersuara dan sebagainya, itu kita kena jelaskan. Ini tuntutan generasi saya, mungkin bukan generasi anda, tetapi generasi kami. Saya melihat diri saya sebagai pembawa obor generasi saya seperti mana mereka satu ketika dulu bawa aspirasi generasi mereka. Saya nampak penghormatan itu ada, tiada masalah.


S: Dalam pemilihan ini, ada empat calon lain akan mencabar saudara.

J: Saya terbuka sebab sistem kita yang sama-sama pinda empat tahun lalu (2009) yang mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa UMNO adalah parti yang terbuka. Kita buka kepada perwakilan di peringkat bahagian untuk memilih jawatan tertinggi dalam UMNO. Yang kedua, kita buka seluas-luasnya, dengan sedikit syarat kepada ahli kita untuk bertanding, hatta jawatan tertinggi dalam parti. Bila sudah buat pindaan itu, takkanlah sebagai antara pemimpin yang menyokong pindaan itu, saya nak kata oh tak boleh bertanding lawan saya. Bila ada orang nak bertanding Ketua Pemuda kita mengalu-alukan atas semangat keterbukaan dalam parti. Tetapi bagi saya untuk perwakilan, dia kena fikir sedalam-dalamnya, ini bukan pesta populariti sekelip mata saja. Ini adalah soal masa depan parti, mesti bertanggungjawab.


S: Bagaimana pandangan saudara berhubung kesediaan Datuk Mukhriz Mahathir untuk bertanding jawatan Naib Presiden?

J: Beliau adalah seorang pemimpin generasi muda dalam parti kita yang ada masa depan cerah dan berjaya menjadi Menteri Besar Kedah. Kita berharap beliau dapat membangunkan Kedah dengan baik dan kekalkan kekuasaan BN di Kedah. Soal dia nak bertanding jawatan apapun dalam parti, terpulang kepada dia sebab dalam semangat keterbukaan, kita tidak boleh halang. Kita perlu semua pemimpin memainkan peranan dalam UMNO. Saya tidak mahu lihat pemimpin kita bergaduh sampai kita kerugian seorang pemimpin yang boleh membantu pasukan UMNO.


S: Andainya masa depan ini adalah hak anda dan Mukhriz sebagai pelapis, boleh saudara bekerja sebagai satu pasukan?

J: Saya tidak ada masalah, kita pernah bekerja sebagai satu pasukan ketika saya menjadi Naib Ketua dan beliau EXCO Pemuda UMNO. Saya sudah kenal beliau begitu lama. Saya rasa dalam UMNO, saya antara orang yang kenal beliau paling lama sejak umur saya enam tahun lagi. Dia lebih tua daripada saya 11 tahun dan saya kenal dia daripada kecil lagi. Jadi saya tidak ada masalah dengan dia, untuk kebaikan parti.


S: Apa pandangan saudara mengenai sistem baru pemilihan UMNO ini?

J: Tiada siapapun tahu sebab kali pertama nak buat. Insya-Allah saya berharap tiada pertikaian sebab kita semua bersetuju dengannya. Saya harap ia berjalan lancar.


S: Terdapat banyak seruan, saranan, gesaan daripada banyak pihak termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri yang mahu golongan muda diberi laluan untuk mengambil alih kepemimpinan UMNO di semua peringkat.

J: Itu saranan yang baik dan sebagai Ketua Pemuda takkan saya tak sokong saranan itu. Saya nak melihat lebih ramai lagi orang muda diberi tempat. Tetapi yang penting ialah kombinasi yang baik. Kita perlu juga yang berpengalaman, sebab itu Pemuda UMNO kita tawar empat orang untuk bertanding dalam Majlis Tertinggi (MT). Saya harap mereka dapat tempat dalam MT. Kita nak tunjuk bahawa proses peremajaan dalam UMNO bukan hanya terhad pada Pemuda dan Puteri, tetapi juga dalam arus perdana, parti induk dan kalangan orang dewasa ada kepemimpinan orang muda.


S: Mengenai Wanita UMNO pula, bagaimana saudara melihat tindakan kompromi Datuk Seri Azalina Othman dalam perebutan jawatan Ketua Wanita?

J: Saya lihat mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Sekiranya Azalina bertembung dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, kita akan kehilangan salah satu daripada dua orang itu. Saya lihat Shahrizat masih lagi kuat dalam Wanita dan Azalina mungkin tidak berjaya. Kita akan kerugian sebenarnya sebab Azalina adalah pemimpin yang ada bakat dan masa depan. Dengan kompromi, kita dapat kekalkan kedua-duanya, sudah tentunya lebih baik untuk kita. Shahrizat akan terus jadi Ketua Wanita, kestabilan pada Wanita UMNO dan dapat menyediakan Azalina untuk ambil alih kepemimpinan Wanita satu hari nanti.


S: Apa pandangan saudara mengenai penyertaan orang lama dalam pemilihan ini?

J: Itu keputusan mereka dan mesti dihormati. Prinsip sekarang ialah keterbukaan, sesiapapun boleh menawarkan diri. Yang penting perwakilan perlu pilih dengan bijak siapa akan menjadi wajah UMNO empat lima tahun akan datang apabila kita berdepan dengan rakyat.


S: Apa pandangan saudara mengenai UMNO selepas pemilihan ini?

J: Selepas pemilihan kita kena bersatu semula dan rapatkan barisan. Sudah pasti dalam pemilihan, walaupun dalam semangat kekeluargaan, mesti ada yang terguris, terasa dan terpinggir apabila kalah. Kita kena fokus balik pada usaha PRU-14, itu penting. Ini soal hidup mati UMNO. Pemilihan UMNO ini adalah untuk kita pilih wajah UMNO yang akan berdepan dengan rakyat. Pilihlah mereka yang diterima oleh rakyat dan ahli, jangan kita pilih hanya mereka yang popular dalam kalangan ahli, malah mereka mesti diterima rakyat.





Thursday, October 3, 2013

TATAETIKA OH TATAETIKA!! #PemilihanUMNO

Pindaan terhadap perlembagaan parti bukan sahaja memberi dimensi baru kepada proses transformasi UMNO, tetapi tanpa disangka turut mengelirukan calon berikutan format baharu tersebut.

Ramai antara calon keliru sama ada mereka boleh memberi kenyataan kepada media atau tidak dan kenapa perlu ada peraturan melarang daripada berjumpa terus dengan perwakilan selagi tidak mendapat kebenaran ibu pejabat.

Meskipun Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali telah menjelaskan bahawa calon boleh memperkenalkan diri di media konvensional dan sosial, kekeliruan itu masih wujud.

Bahkan, kekeliruan itu bukan hanya membabitkan calon muka baharu, tetapi 'pemain lama' yang menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi yang sepatutnya tahu selok-belok tataetika pun menghadapi masalah serupa.

Ini kerana antara syarat yang harus dipatuhi ketika membuat kenyataan akhbar bukan sahaja jangan memfitnah, mencela atau membuat tuduhan palsu tetapi calon tidak dibenar berkempen sehingga kelihatan 'menjual diri'.

Akibatnya, petugas media yang membuat liputan mengenai pemilihan UMNO kali ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kenyataan daripada calon-calon yang bertanding khususnya untuk menjawab isu-isu tertentu.

Mereka sebaliknya mengelak untuk ditemubual petugas media dan kerap kali memberi alasan perlu merujuk kepada Jawatankuasa Pemilihan UMNO terlebih dahulu, kerana bimbang akan dituduh berkempen secara terbuka.

Situasi tersebut melanda calon Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. Beliau yang dikenali mesra media dan mudah didekati untuk mendapat ulasan mengenai sebarang isu keberatan untuk berbuat demikian.

Ketika ditemui Utusan Malaysia di Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU) di Janda Baik bagi mengulas isu pemilihan kali ini, beliau menolak dengan sopan kerana ingin mendapat kepastian daripada Tajol Rosli terlebih dahulu.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pemilihan UMNO dan lembaga disiplin parti perlu memberi penjelasan lebih terperinci apa sebenarnya yang boleh dan apa pula larangan yang mesti dipatuhi calon agar tiada sesiapa teraniaya.

Sekadar memberi jawapan bahawa semua ahli UMNO sudah cukup maklum mengenai tataetika parti tidak memadai kerana pemilihan kali ini melibatkan sejumlah 33,682 calon di peringkat bahagian dan 158 di peringkat pusat.

Penjelasan berterusan itu penting bagi mengelakkan terjadinya 'rumah siap pahat berbunyi' meskipun hasrat dan objektif transformasi yang dilakukan cukup murni iaitu memastikan UMNO kekal relevan. - UTUSAN

#PemilihanUMNO: PERWAKILAN MAHU PILIH CALON #NKPUM YANG POPULAR KE YANG RAJIN BEKERJA? #OneBro4NKP


Jika dinilai melalui populariti di media sosial atau jumlah 'followers',belum tentu seorang calon yang bertanding akan menang kerana belum tentu visi dan misi yang mahu dibawakannya sampai kepada perwakilan untuk meniali calon yang bakal dipilih untuk menjadi pucuk pimpinan mereka. 

Sumber tidak rasmi memberitahu bahawa Azwan Bro mendahului di 'Ground'.

DIKEMASKINI DARI BLOG MMI:


Seperti yang diketahui umum, UMNO akan mengadakan pemilihan bagi menentukan kepimpinan baru bagi penggal 2013 - 2016. Amalan demokrasi yang diamalkan sejak 67 tahun lalu, kini telah diberikan nafas baru oleh pimpinan tertinggi parti apabila telah mengumumkan 'TRANSFORMASI UMNO' sebagai langkah pemilihan baru dalam parti iaitu dengan membuka ruang kepada para ahlinya untuk sama-sama terlibat dalam proses menentukan kepimpinannya.

Untuk pengetahuan umum, dalam sayap pemuda sahaja 85,000 ahlinya akan menentukan barisan kepimpinan yang akan menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Seperti semua sedia maklum, kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang kini di kosongkan oleh Datuk Razali Ibrahim antara kerusi panas yang telah menyaksikan pertandingan 4 penjuru yang membariskan nama-nama  besar dalam pergerakan pemuda, iaitu 
Khairul Azwan Harun , Lokman Adam & Jamawi yang masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.

Namun dalam pemilihan kali ini para pemuda UMNO mestilah bijak memilih kepimpinan yang benar-benar berkaliber untuk digandingkan bersama Ketua Pemudabagi membentuk jentera yang kebal bagi menghadapi PRU-14 nanti.


Calon pilihan saya ialah Azwan Bro. Ini adalah kerana dengan apa yang saya nampak, dia lebih berpengalaman. Selain itu, dia merupakan pemuda yang aktif. Antara program yang dilaksanakannya ialah:
  • BN Youth Town Hall Meeting di setiap daerah
  • aktiviti sukarelawan seperti BN Youth Volunteer
  • Skuad Prihatin Pemuda 
  • Karnival Kerjaya 
  • Perak Muay Thai BN Youth
  • Program Pemuda Prihatin YBU dan banyak lagi.
Antara faktor lain pula ialah:
  • Telah mendaftarkan lebih 14,000 ahli Pemuda UMNO seluruh negeri Perak menjadi pengundi berdaftar yang baru & kesannya semua saluran pengundi 5,6 & 7 di kawasan luar bandar dimenangi BN .
  • Berpengalaman sebagai pengurus pasukan bola sepak sebagai Timbalan Presiden PAFA dalam PERAK FA.
  • Paling penting KHAIRUL AZWAN HARUN @ AZWAN BRO adalah ZURIAT & DARAH DAGING UMNO.Beliau tidak pernah sesekali berpaling tadah & mengkhianati perjuangan parti terbesar orang Melayu.
SELANJUTNYA [SINI]



DARI PARLIMEN: AKTA PENCEGAHAN JENAYAH (PCA) LULUS!! #SidangDewanRakyat2013


Sejak mengalami proses pindaan sejak awal minggu lalu, Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang mengembalikan penahanan tanpa bicara selama dua tahun diluluskan Dewan Rakyat selepas tamat bersidang jam 1 pagi. 

RINGKASAN KRONOLOGI SEPANJANG PERBAHASAN:
  • Keputusan pengundian yang dibuat awal pagi ini turut menyaksikan beberapa Fasal yang di bawa oleh ahli Parlimen pembangkang ditolak dan pindaan diusulkan kerajaan diluluskan.
  • Pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) membantah pindaan akta berkenaan atas alasan ianya menyalahi hak asasi manusia.
  • Pemimpin Barisan Nasional (BN) menyokong pindaan berkenaan atas faktor keselamatan umum ekoran peningkatan kes jenayah bunuh dan kongsi gelap
  • Selepas melalui proses perbahasan selama dua hari, sesi perbahasan yang bermula jam 4.30 petang semalam telah bersidang sehingga jam 1 pagi tadi selepas Dewan mengemukakan usul memberhentikan jam pada jam 11:59 malam.
  • Cubaan ahli Parlimen PR untuk menghentikan bacaan kali kedua rang undang-undang pencegahan jenayah itu melalui usul belah bahagi - GAGAL kerana majoriti ahli Parlimen MENYOKONG pindaan berkenaan.
  • Rang undang-undang berkenaan kemudiannya di bawa ke peringkat Jawatankuasa dan dibahaskan.
  • Selain pemimpin politik, anggota badan pertubuhan bukan kerajaan dari Suara Rakyat Malaysia (Suaram) turut membantah pindaan akta berkenaan.
  • Kumpulan berkenaan turut mengadakan demonstrasi di perkarangan Parlimen minggu lalu dan menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • Antara yang dilihat turut hadir sebelum proses pengundian bermula termasuklah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
RUJUKAN: Yahoo! News

Wednesday, October 2, 2013

#BR1M: MAAF TUN M. INI KALI SAYA TAK SOKONG.

Kenyataan Tun M bahawa BR1M tak perlu diteruskan lagi bagi saya sebagai rakyat berpendapatan sederhana adalah TIDAK WAJAR. Ini adalah kerana ia seolah-olah tidak mementingkan kepentingan rakyat. Saya akui bahawa saya tidak searif Tun M untuk membuat penafian seperti ini, tetapi biarlah ianya sejagat dengan apa yang diperlukan rakyat sekarang. 

Seperti apa yang diwar-warkan, Amaun BR1M akan ditingkatkan sehingga RM2,000 dan akan dibayar 2 kali dalam masa setahun. Pembelanjaan ini akan menelan berbillion ringgit dan berkemungkinan akan merudumkan  ekonomi negara kita. Kita patut puji langkah berani yang diambil kerajaan ini demi kesenangan rakyatnya. 

Jika merasakan BR1M adalah satu bebanan, kita ada solusinya. Ini adalah kerana Malaysia mempunyai banyak alternatif lain bagi mengekalkan kestabilan ekonominya. Salah satu produknya ialah, Kedai 1 Malaysia. Ianya boleh digunakan sebagai distributor sampingan bagi menyokong kestabilan ekonomi negara kita. 

Sebentar tadi, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan telah mengesahkan bahawa BR1M akan diteruskan kepada golongan yang memerlukan.


The government wants to continue giving 1Malaysia People's Aid (BR1M) handouts to needy groups, said Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan. 
He said the BR1M scheme can help local economies as the cash handouts are used to buy goods, benefiting sundry shops, pasar tani, night markets and shoppping centres. 
"BR1M is not just a cash handout to ease the people's burden but can also bring positive impacts to domestic economic growth and consumption," he told reporters after opening the BankTech Asia Congress 2013 here today. 
He was responding to former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad's suggestion yesterday that BR1M payments be discontinued in Budget 2014 and for ways to be found to reduce the people's dependence on the government, such as by equipping them with income-generating skills.\ 
Ahmad said the government has provided various skills training courses at such centres as Industrial Training Institutes (ILP), MARA Skills Institutes (IKM), National Youth Skills Institutes (IKBN) and GiatMara. - MALAYSIAN DIGEST

Daripada apa yang dinyatakan oleh Datuk Ahmad Maslan, ternyatalah bantuan ini sangat positif kepada sosioekonomi negara kita, dan ianya membuktikan bahawa kerajaan mendahulukan rakyat seperti prinsip yang DS Najib tekankan, iaitu 1Malaysia. 




\

SALAM PERKENALAN KEPADA MANJONG MARI. JANGAN JADI MACAM BUDAK-BUDAK.


Menjawab entri dari blogger Manjong Mari betajuk  Siapa Datuk Shamsul Anuar Nasarah nak arahkan Tuk Guru Nik Abdul Aziz.. :

Entri ini diterbitkan bukan kerana mahu jilat dan kipas para pemimpin, tapi atas niat membetulkan semula kenyataan yang dikeluarkannya. Saya tak nafikan ada betulnya dengan apa yang ditulisnya seperti dibawah:

#ShamsulAnuar4MT
MANJONG MARI (25 September 2013): 
bangga dengan Obama Presdien Amerika, yang boleh aku kategorikan sebagai kafir harbi,, apa tak nya, berapa ramai umat Islam terbunuh akibat dari tangan-tangan tentera Amerika,, 
Alih-aluh,, ada mamat pekak badak boleh berbangga dengan Obama,,, 
malang orang Lenggung dapat Ahli parlimen bodo piang...
nak tanya buat kepada orang-orang Umno dan yang sewaktu dengannya, termasuk Juragan 69,, 
Apa bezanya Chin Peng dengan Barrack Obama... ?
Mungkin kita berbeza pendapat dan haluan. Tapi, persamaan kita ialah staus, iaitu rakyat Malaysia. Apa yang saya mahu majukan disini ialah saya sama sekali TIDAK SETUJU dengan penulisannya seperti diatas. Dia hanya mengolah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah secara menyeluruh. Terbuktilah bahawa blogger otai ini tidak berfikiran terbuka. Jika dibandingkan semula dengan kenyataan YB seperti dibawah:

Berita yang dipetik dari ANTARAPOS (24 September 2013)

KUALA LUMPUR: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu akur kepada kejayaan Perdana Menteri yang berjaya membuatkan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mahu mengunjungi Malaysia pada 11 dan 12 Oktober depan. 
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata kunjungan Obama itu sekaligus menzahirkan satu pengiktirafan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak oleh negara luar terhadap Malaysia. 
"Ini menunjukkan Barack Obama mengiktiraf negara kita, mengiktiraf negara kita dari pelbagai aspek, sebab itu jangan kita lihat dia dari satu sudut sahaja. 
"Kita perlu lihat penghormatan sebuah kuasa besar dunia kepada kita dan sebab itu Barack Obama datang ke Malaysia, kalau kita tengok dari segi sejarahnya berapa ramai presiden-presiden Amerika yang pernah datang ke negara kita?  
"Jadi sebab itu kalau kita tengok YAB Datuk Seri Najib mengepalai negara kita, ramai tokoh-tokoh besar antaranya dari China dan India kunjung ke Malaysia dan ini sebenarnya adalah satu bentuk pengiktirafan," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen tadi. 
Malah beliau meminta Nik Aziz berfikiran terbuka dan tidak terlalu sinis terhadap apa jua yang dibuat oleh kerajaan termasuk apabila menerima kunjungan daripada pemimpin negara luar. 
"Saya rasa kita perlu lihat lebih kepada banyak aspek, yang hadir ke Malaysia ini adalah pemimpin penting di dunia, bukan saja kedatangan mereka penting dari segi hubungan politik tetapi ekonomi juga. 
"Sebab itu apabila kehadiran Obama ke Malaysia, dia membantu kita dan memberi kelebihan kepada kita dalam pelbagai aspek walaupun kita tidak bergantung kepada Amerika 100 peratus," katanya. 
Terdahulu Nik Aziz menyifatkan kedatangan Presiden Amerika itu ke Malaysia bukanlah satu kebanggaan buat rakyat negara ini. 
Sebaliknya kunjungan Obama ke Malaysia hanyalah dianggap sebagai lambang kerjasama yang telah terjalin sejak sekian lama antara kedua-dua negara tersebut. 
"Tiada yang membanggakan jika Malaysia dikunjungi Presiden Amerika kerana ia hanyalah mengesahkan hubungan baik antara kedua-duanya yang telah terjalin sekian lama. 
"Kunjungan tersebut juga hanyalah tanda terima kasih Amerika Syarikat kepada Malaysia yang selama ini menyokong pendirian Amerika dalam pelbagai isu antarabangsa termasuk dalam isu rampasan kuasa tentera di Mesir yang mana Malaysia hanya sanggup menyatakan tidak setuju dengan kadar yang paling minimum sahaja," katanya menerusi laman Facebook semalam.
Jika dinilai dari sudut nasionalisme dan patriotime, kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dengan lawatan Presiden Amerika Syarikat ini ke negara kita. Bukan semua negara mampu menerima pengiktirafan seperti ini. Terima kasih kepada Perdana Menteri kita, DS Najib Razak atas kejayaan sepanjang pemerintahannya.

Patut lah negeri yang dipimpin pembangkang semuanya tidak maju dan penyokongnya pula hanya berfikiran sempit.

SALAM PERKENALAN KEPADA MANJUNG MARI

RM320K UNTUK KEMPEN DI #FB DAN #TWITTER? KESIAN MENTERI KENA KENCING


Beberapa kelemahan dikesan dalam aktiviti pendidikan kesihatan termasuk kos pembangunan laman sosial Facebook dan Twitter bernilai RM320,000 yang tidak wajar, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Menurut laporan itu, kos kempen 'Tak Nak Merokok' dibuat oleh sebuah syarikat melibatkan akaun Facebook bernilai RM199,068 bagi tempoh Julai hingga Disember 2011 dengan bilangan 100,000 'like/fans'.

Bagi kempen 'Intervensi Penyakit Tidak Berjangkit', ia dilakukan melalui akaun Facebook dan Twitter oleh syarikat lain berjumlah RM120,500.

Skop kerja kedua-dua kontrak hampir sama namun harga yang ditawarkan berbeza.

"Selepas kontrak tamat didapati kandungan dalam laman sosial tidak dikemas kini KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)," menurut laporan itu.

Ketua Audit Negara berkata KKM seharusnya menimbangkan kewajaran kedua-dua sebut harga bagi kempen melalui Facebook dan Twitter kerana terdapat persamaan maklumat dalam sebut harga dan memastikan laman sosial berkenaan sentiasa relevan dan kemas kini.

Ketua Audit Negara turut menegur kempen KKM menerusi pengagihan barangan dalam bentuk cenderahati seperti beg galas dan penanda nota bermesej yang tidak diagihkan kepada golongan sasar disebabkan penggunaan perkataan tidak sesuai.

"Beg galas dan pelekat penanda yang memaparkan slogan 'Smoking, A Stupid Habit for Stupid People' tidak sesuai diagihkan kepada golongan sasar," menurut laporan itu.

Jabatan Audit Negara turut mendapati poster dan risalah di mana karya seni yang siap disediakan secara dalaman dan cetakan dibuat syarikat percetakan mengandungi beberapa kesilapan laras bahasa dan ejaan melibatkan kos melebihi RM31,200.

Pada satu kempen, penggunaan bait perkataan 'KE ARAH ELIMINASI TRANSMISI VERTIKAL' pada papan iklan kempen HIV/AIDS di sebuah klinik kesihatan di Kelantan memaparkan mesej yang sukar difahami masyarakat setempat.

"Pada pendapat audit, KKM hendaklah menekankan penggunaan laras bahasa, ejaan yang betul dan penyampaian mesej yang mudah difahami," menurut laporan itu. - awani

APA CER NI NAIK JADI KP TANPA BERTANDING?

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zakaria dilantik mengetuai pergerakan itu di negeri ini.

Difahamkan, pelantikan Zainuri itu dibuat atas dasar membolehkan beliau memangku tugas Ungku Salleh Ungku Jamal yang memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO negeri sejak tahun 2011.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Johan Abdul Aziz menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan perkara tersebut malam tadi.

Menurut Johan, pihaknya telah menerima surat daripada Pergerakan Pemuda UMNO pusat pada Jumaat lalu yang memaklumkan mengenai perubahan jawatan dalam Pemuda UMNO negeri itu.

Beliau memberitahu, antara perkara yang terkandung dalam surat itu ialah Pemuda UMNO pusat melantik Zainuri untuk menjalankan tugas-tugas Ungku Salleh sebagai Ketua Pemuda UMNO Selangor.

Utusan Online difahamkan keputusan itu diambil ekoran Ungku Salleh telah digantung keahlian partinya ekoran kes mahkamah.

Berikutan itu, beliau berkemungkinan hilang kelayakan untuk bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Serdang dalam pemilihan parti bulan ini.

UTUSAN

Tuesday, October 1, 2013

#PemilihanUMNO: KENALI @NazliahAli, DARI JAUH MERANTAU DEMI PERUBAHAN #NazliahAli4NKPUM



Nazliah Ali, seorang Ahli Puteri akar umbi berusia 35 tahun dari Sabah ini menawarkan diri untuk turut serta dalam pertandingan tiga penjuru bagi mengisi kekosongan sebagai Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Sudah 3 Penggal dia bertahan sebagai Ketua Pergerakan Puteri Parlimen Tawau. 

JAWATAN YANG DIPEGANG:

2004 – sehingga kini : KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN P.190 TAWAU (Menang tanpa bertanding sejak 2004 hingga kini)

2009 – sehingga kini: KETUA PENERANGAN PERGERAKAN PUTERI UMNO SABAH.
Pengerusi Biro Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Sabah.- Pengerusi Penganjur Program Bengkel Gerak Kerja Transformasi (GTP) & Pelancaran Puteri Prihatin Peringkat Negeri Sabah yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, Ketua Menteri Sabah pada 9 Oktober 2011.

2004 – 2009 : PENGERUSI BIRO KEBAJIKAN PERGERAKAN PUTERI UMNO SABAH.
- Pengerusi Penganjur Program Menyusur Akar Puteri UMNO Sabah yang dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Panglima Najib Bin Tun Abd Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada Ogos 2005.

2002 – 2003: PENGERUSI BIRO ANTARABANGSA PERGERAKAN PUTERI UMNO SABAH.
- Mewakili Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bersama YB Datuk Rosnah Abdul Rashid ke Kabul, Afghanistan meninjau tapak cadangan sekolah untuk misi Tabung Pendidikan Puteri UMNO Malaysia.


Siapa sangka seorang yang berstatus Puteri seperti Nazliah ini pernah menjadi Pengurus Pusat Pengajian Al-Quran di Tawau, iaitu Al-Baghdadi Learning Centre? Dengan perrwatakan seorang muslimah dan menanam hasrat mahu menceriakan lagi corak islamik dalam Pergerakan Puteri supaya Pergerakan Puteri menjadi sebuah pergerakan yang disegani dan dihormati. Pada pandangan saya, medium yang dibawakannya ini tepat dan penuhi intipati yang diperlukan oleh Pergerakan Puteri masa kini. Oleh itu, atas 'restu' Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman. Dia umumkan bertanding.



Walau bagaimanapun , biar Perwakilan sendiri yang tentukan yang terbaik buat jentera mereka. Saya harap Nazliah dapat dipertimbangkan oleh Perwakilan semua untuk diberi ruang mengisi kekosongan Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.








Monday, September 30, 2013

#2 INI CERITA BUKAN KEMPEN TAU: KENAPA PERLU PILIH NO.4 UNTUK NAIB KETUA PEMUDA? #OneBro4NKP


#2 INI CERITA BUKAN KEMPEN TAU: KENAPA SAYA PILIH NO.4 UNTUK NAIB KETUA PEMUDA?

Pertandingan 4 Penjuru bagi mengisi kekosongan sebagai 'Orang No.2' dalam Pergerakan Pemuda masih lagi punyai teka-teki. Walau macam mana pun, biar tanggal 12 Oktober ini jadi penentu. Bukan apa, sudah timbul kekeliruan kerana banyak sangat cerita. Itu sebab saya mahu bercerita juga, bukan kempen tau:


Nama-nama dan no. calon Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO:

  1. JAMAWI BIN JAAFAR (01)
  2. LOKMAN ADAM (02)
  3. MOHAMAD IRUAN BIN ZULKEFLI (03)
  4. KHAIRUL AZWAN HARUN (04).

Saya yang juga sebagai pemerhati, sudah dapat melihat dan sudah rambang mata mahu pilih mana satu kerana bermacam-macam 'pemanis' sudah keluar dari mulut 'fans' calon. Sampaikan penyokong Jamawi Jaafar tampil dengan hujah konon JJ akan menang kerana dia lebih popular di pusat, penyokong Lokman Adam pula tampil dengan hujah bahawa Lokman Adam bakal memenangi jawatan nombor dua dalam pergerakan pemuda berdasarkan populariti carian google. Tapi apa yang menarik dan buatkan saya tertarik ialah tentang pegangan penyokong Azwan Bro, iaitu  kejayaan yang dikecapi Azwan Bro sepanjang mepelopori Pergerakan Pemuda Perak dan lain-lain penglibatannya dalam NGO.

Politik - Bukan hanya populariti dan 'kapal besar' semata-mata, tapi yang utama ialah punyai 'main point' untuk dijadikan modal insan kepada perwakilan/junior-junior akan datang. Rasanya kalau saya tafsirkan dalam pepatah :- "Kalau baka tak molek, maka tak molek lah janinnya".

Seperti apa yang dinyatakan oleh Blogger Double-Y:
" Antara kejayaan Azwanbro di Perak ialah membawa seramai 14 ribu pengundi muda mendaftarkan diri, selain itu dia turut berjaya menarik minat anak muda Perak melibatkan diri dengan aktiviti kesukarelawan melalui BN Youth Volunteer Perak.


 
Hasilnya sukarelawan BN Youth Perak antara pasukan yang paling aktif sebagaimana diakui oleh Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin. Bermula dengan program-program kesukarelawan inilah, matlamat Azwanbro untuk melahirkan generasi muda yang setia pada perjuangan parti dapat dilaksanakan di Perak. "
 Video:


Daripada sumber yang sama, amat mengecewakan kerana ada cara kempen yang tidak sihat hinggakan sanggup keluarkan gambar-gambar dari musuh kita atas dasar ketidakpuashatian peribadi. Dakwaan sumber mengatakan bahawa 'Azali' Azwan Bro diserang dan dilemparkan dengan imej negatif kerana telah diupah oleh DOT DOT DOT.

Apa-apa pun, walau siapa pun kita, buruk, kacak, kaya, miskin, sombong, peramah.... semuanya ialah adik beradik. Jika Mukhriz Mahathir "BERANI BERUBAH"... So, "MARI BERUBAH".

Upah Blogger Balun Calon NKP?

Terdapat tuduhan yang mengatakan Azwanbro mengupah blogger untuk balun calon-calon NKP yang lain, apabila segelintir blogger menyerang seorang lagi calon NKP.

Jika begitu, bolehkah saya mengatakan seorang lagi calon turut mengupah blogger untuk menyerang Azwanbro secara peribadi memandangkan terdapat beberapa blog yang mengatakan Azwanbro orang korporat yang ego, sombong serta menyiarkan gambar-gambar yang diperolehi dari blog pembangkang bagi memburuk-burukkan Azwanbro?

Saya boleh namakan satu persatu blog-blog ini, malah saya tahu siapa pemilik blog. Tetapi atas prinsip perlawanan secara adik-beradik sebagaimana dikatakan KJ, saya abaikan segala tohmahan tersebut walaupun calon pilihan saya yang diserang.

Justeru, bagi saya kita berkempenlah berdasarkan segala kerja dan peranan yang dilakukan oleh calon pilihan kita bukannya menyerang peribadi mereka. Misi Azwanbro melahirkan generasi muda yang setia pada perjuangan, pada parti bukan melahirkan blogger upahan.

PROTES DRACONIAN: APA MELAUN NI BERDEMO TOLAK ISA DEPAN PARLIMEN NI? NAK SANGAT KE?


Menurut sumber, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 yang dicadangkan kerajaan adalah lebih khusus untuk memerangi jenayah terancang, tetapi bukan hendak mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kenapa ramai-ramai protest ISA depan Parlimen ni? Inilah pembangkang, pantang dapat kesempatan, kira nak balun jer. Siasat dahulu.

Outside Parliament, activist groups protest ‘draconian’ PCA changes 
Several civil society groups protested today against the proposed reintroduction of preventive detention within the Prevention of Crime Act (PCA), calling it “draconian” and an affront to human rights at a gathering outside Parliament here. 
Datuk Ambiga Sreenevasan, former Bar Council president and co-chair of the Bersih electoral watchdog movement, said Putrajaya should increase the salaries of the police and improve their facilities, instead of relying on preventive detention laws to fight crime. 
”We want to help the police, but not with this legislation,” Ambiga told some 50 protesters at the anti-PCA rally outside Parliament house here today. - Malay Mail

#BR1M: AKAN DIBERI DUA KALI SETAHUN DAN CUMA TUNGGU DEPAN ATM SAHAJA!!


Terima kasih kerajaan Malaysia atas inisiatif pemberian BR1M sebanyak 2x setahun. Menurut Menteri Kewangan Kedua. Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kaedah pemberian BR1M selepas ini akan dinaiktaraf, iaitu terus ke akaun bank penerima. Untuk selanjutnya, baca berita yag dipetik dari ASTRO AWANI dibawah:

Dipetik dari ASTRO AWANI:

kaedah penyaluran BR1M juga mungkin dibuat melalui transaksi kepada akaun bank penerima.

Sungguhpun begitu, beliau berkata nilai BR1M hanya akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, 25 Okt ini.

"Kita telah menyediakan draf pertama yang telah dibentangkan kepada perdana menteri, jadi sekarang kita sedang memperkukuhkan lagi pemberian BR1M.

"Nilai sebenar masih belum dipastikan lagi, tetapi ia lebih daripada RM500 yang diberi sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Agama Rakyat Ehsaniah di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan II, Gugusan Manjoi di sini hari ini.

Katanya kaedah agihan BR1M sebanyak dua kali ini membolehkan penerima menggunakannya secara berhemat berbanding pemberian sekaligus.

Ahmad Husni berkata apabila dasar rasionalisasi subsidi dilaksanakan, kerajaan juga sedang meneliti model bantuan terbaik bagi membantu golongan yang mempunyai pendapatan keluarga RM4,000 sehingga RM5,000.

"Kerajaan juga melihat bagaimana mahu membantu golongan ini. Ia lebih kepada konteks apabila kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi, kita juga menyatakan kerajaan akan terus membantu, tetapi kita bantu mereka ini dalam bentuk yang lain, yang ini perinciannya saya tidak boleh beritahu, kita tunggu pembentangan belanjawan nanti," katanya.

Agihan BR1M 1.0 kepada golongan yang layak mula dilaksanakan oleh kerajaan pada 2012.

Bagi BR1M 2.0 yang terkandung dalam pembentangan Belanjawan 2013 oleh Najib di Parlimen pada 28 Sept 2012, bantuan tunai RM500 diberi kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan sementara individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak menerima bantuan RM250.

Sunday, September 29, 2013

#PemilihanCEC: DASAR STATUS QUO. NO MALAY IN DAP.


Menurut AIDC, tiada calon 'melayu celup' yang  dipilih dalam Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP walaupun ada perkataan PEMLIHAN SEMULA. Status Quo yang ada dijaga rapi. Hebat kecinaan mereka. Tapi ada cantik juga tiada status melayu, daripada ada buat apa, semak mata memandang.



Kecuali Zairil, semua 20 Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dipilih semula hari ini adalah calon yang sama dipilih pada 15 Disember tahun lalu.

Tiada calon Melayu yang dipilih mengangotai CEC kerana Zairil sendiri hanya menumpang nama ‘Khir Johari.’

Berikut merupakan 20 CEC yang dipilih yang dilaporkan FMT :

Liew Chin Tong – 1,438 unti
Lim Kit Siang – 1436 undi
Karpal Singh – 1,421 undi
Gobind Singh – 1,409 undi
Lim Guan Eng – 1,304 undi
Chong Cheng Jin – 1,294 undi
Anthony Loke – 1,263 undi
Chow Kon Yeow – 1,203 undi
Fong Kui Lin – 1,193 undi
Teng Chang Khim – 1,164 undi
Tony Pua – 1,158 undi
Zairil Khir Johari – 1,132 undi
Teresa Kok – 1,127 undi
Chong Eng – 1,111 undi
M Kula Segaran – 1,088 undi
Tan Kok Wai – 1,088 undi
Teo Nie Ching – 1,081 undi
Boo Cheng Hau – 961 undi
Nga Kor Ming – 956 undi
Ngeh Koo Ham – 809 undi

Senarai pemenang 20 CEC (bergaris merah) pada 15 Disember 2012 :

#PemilihanUMNO: CALON PERLU DIBERI RUANG JUMPA PERWAKILAN!!! BAIK TAK PAYAH BUAT PEMILIHAN KALAU MACAM TU..


UMNO Kedah mencadangkan supaya calon- calon di semua peringkat dalam pemilihan parti itu bulan depan diberi peluang dan ruang berjumpa serta memperkenalkan diri dengan perwakilan kerana tidak semua daripada mereka dikenali.

Pengerusinya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, terdapat rungutan dan aduan daripada calon-calon mengenai tataetika pemilihan parti kali ini yang dilihat agak mengongkong serta menyekat pergerakan mereka untuk memperkenalkan diri.

Kata beliau, pihaknya memahami tataetika itu bertujuan memastikan tiada sebarang perkara yang boleh memudaratkan parti tersebut tetapi pada masa sama sangat penting untuk setiap calon diberi peluang bertemu perwakilan dan memperkenalkan diri.

"Tidak semua daripada mereka mendapat faedah daripada liputan media yang meluas. Ramai dalam kalangan calon tidak dikenali.

"Calon-calon baharu ini tampil ke depan kerana ada sesuatu yang hendak disumbangkan kepada parti, mereka juga ada kelebihan tertentu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas peringkat negeri di Alor Biak, di sini hari ini.

Mukhriz berkata, beliau bimbang dengan tataetika pemilihan UMNO yang dikeluarkan baru-baru ini boleh memberi kekangan di peringkat badan perhubungan negeri untuk mengatur lebih banyak program atau majlis perjumpaan calon dengan perwakilan.

Berikutan itu, pihaknya berharap urusetia dan pengurusan UMNO mempertimbangkan agar calon-calon dibenarkan berjumpa perwakilan dengan syarat mereka memaklumkan kepada pejabat perhubungan UMNO negeri bagi memantau perjalanan majlis supaya tidak berlaku perkara yang melanggar tataetika pemilihan.

"Kelonggaran itu memberi ruang dan peluang kepada semua calon bergerak dan berjumpa dengan perwakilan tanpa rasa bimbang dikenakan tindakan disiplin atau digugur kelayakan bertanding selain dapat membantu perwakilan menilai sendiri semua calon," ujar beliau. - UTUSAN