Thursday, April 26, 2012

HOT!! Ambiga Sokong #TIBAI !!!

Nampaknya keburukan moral Anwar Ibrahim semakin hari semakin ketara.. Sampaikan kawan seangkatan dia pun dah tak percaya dia dah..?? Itulah balasan Allah S.W.T selepas dia disabitkan tak bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan. Muka pun dah makin hilang seri... Dari sudut pandangan aku, karier politik Anwar Ibrahim ini dah hampir sampai ke penghujung. Jom baca artikel dari blog awek cun Putrajaya ni..

Dipetik dari blog Jendela Maya :


Anwar Ibrahim Kecewa Bila Ambiga Sokong TIBAI...

Pendedahan berterusan oleh Ahli-Ahli Majlis Syura Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) mampu menjatuhkan Ketua Pembangkang itu daripada menjadi pemimpin utama negara ini. 
Justeru, ceramah seperti yang dilakukan pada malam pelancaran TIBAI di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi wajar diperluaskan ke seluruh negara untuk merealisasikan matlamat penubuhan kelab oleh bekas-bekas pemimpin dan pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. 
Seorang pengunjung yang menghadiri pelancaran kelab TIBAI, Arman Putera Asmuni, 39, berkata, majlis ceramah seumpama itu merupakan peluang terbaik untuk memberi peluang orang ramai mendengar dan menilai pendedahan dilakukan oleh individu yang pernah berjuang bersama Penasihat PKR itu. 
"Selama ini saya hanya dengar daripada media dan hari ini saya mahu dengar sendiri daripada mulut orang yang pernah mengenali Anwar dan bekas sekutunya. 
"Daripada apa yang dikongsi oleh penceramah malam ini, saya rasa pendedahan yang dihebahkan mengenai Anwar selama ini ada logiknya," katanya yang datang dari Shah Alam bersama tiga rakan pada majlis yang dirasmikan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali. 
Seterusnya klik [SINI]

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive