Friday, December 6, 2013

#PAU2013: #MahasiswaNasional CADANG SUPAYA AKADEMI DEBAT DIBINA BAGI MEMPERKASAKAN #UMNO


UMNO perlu mewujudkan Akademi Kepimpinan dan Akademi Debat bagi membina generasi pelapis kepimpinan negara serta mengasah bakat pemimpin baharu.

Wakil Mahasiswa Nasional Muhammad Hakim Jaafar berkata pemimpin generasi pelapis perlu dilatih untuk menerangkan dan memaklumkan segala dasar serta agenda terkini pembangunan negara kepada golongan muda.

“Zaman sekarang orang muda lebih cenderung kepada kewujudan dalil-dalil, maksudnya setiap perkara yang disuruh andai tidak diterangkan dengan betul kenapa kita perlu buat seperti itu, orang muda akan memberontak, itu jiwa orang muda.

“Maka kita perlu melatih kader-kader muda supaya mereka dapat menerangkan kepada generasi ini dengan baik, selain melatih mereka supaya menjadi orator yang baik,” katanya ketika membahaskan usul ucapan presiden UMNO pada perhimpunan agung parti itu pada Jumaat.

Muhammad Hakim yang juga Timbalan Pengerusi Kelab UMNO Warwick dan Coventry, United Kingdom berkata anggota UMNO sebagai sebahagian daripada sebuah keluargabesar mempunyai tanggungjawab untuk mempertahan dan memelihara maruah partidaripada dikhianati orang lain.

“Bacul kita kalau sebagai ahli keluarga kita membiarkan ahli keluarga kita difitnah, dicerca dan dimaki hamun oleh orang lain.

“Mahasiswa Nasional ingin menyeru kepada perpaduan sesama kita dan kami ingin mengajak semua agar sama-sama berikrar untuk membela dan mempertahankan parti dan keluarga kita,” katanya. - Media UMNO

Thursday, December 5, 2013

#PAU2013 #TanyaIbdil: PENGERUSI #BMB, @Ibdil JANGAN CABAR BLOGGERS.. SAYA CABAR, SAHUT CABARAN INI!!!

PERTAMA SEKALI, SILA MINTA MAAF SECARA TERBUKA


Ibdillah Ishak, Pengerusi Biro Media Baru (BMB) merangkap EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang telah menang semasa Pemilihan UMNO baru-baru ini. Jawatan Biro Media Baru itu disandang oleh Saudara Tun Faisal Ismail Aziz semasa penggal lepas. Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada Saudara Ibdil. 

Namun begitu, saya pelik kenapa EXCO yang berfikiran 'kurang bijak' dan 'bodoh pandai' ini dipilih? 

SEDIH KERANA BEGITU CEPAT MERASA SELESA DENGAN JAWATAN BARU HINGGA TIDAK TAHU HARGAI JASA ORANG LAIN!!


BANNER INI DIGUNAKAN UNTUK KEMPEN MEDIA SOSIAL IBDIL DI MEDIA SOSIAL SEWAKTU BERTANDING KERUSI EXCO SEMASA PEMILIHAN UMNO BARU-BARU INI. BOLEH PULA GUNA KHIDMAT BLOGGERS UNTUK BERPOLITIK? (INDIVIDU)
KENYATAAN IBDIL: 
" Kita rasa satu kesilapan kerana membayar blogger, kalau tak dibayar mereka akan hentam kita pula. Sekarang BMB akan cari sukarelawan yang sanggup berkhidmat pada parti secara sukarelawan tetapi mereka tiada platform.
Paling penting untuk pengamal media maya adalah saluran maklumat. Kita akan minta pihak PMO untuk adakan mesyuarat dengan pengamal media maya sebelum sesuatu dasar kerajaan keluar.
Kita akan buat applikasi untuk telefon pintar. Kita lihat rakyat perlu aplikasi untuk mudahkan mereka berinteraksi dengan kerajaan.
Kita akan perluaskan media maya, INSTAGRAM, twitter merupakan saluran untuk kita menyebarkan maklumat. Dan kita harap selepas ini, pengamal media maya tidak sibuk berpolitik sangat. Kita kena tunjuk pada rakyat, UMNO bekerja. Sebab kalau pembangkang hentam pun, rakyat akan tak endah sebab kerajaan buat kerja " 
Sebagai manusia normal, patutkah dia berkata sedemikian? Maaf, saya terpaksa labelkan Ibdil ialah sebagai manusia tidak kenang budi!!

Saya tertarik dengan ulasan yang dikeluarkan dilaman blog Taiping Mali:

BMB, IBDILLAH VS BLOGGERS

VIDEO SEWAKTU IBDIL MEMBUAT PERSEMBAHAN 'Raja Lawak'

Tahniah juga kerana awal-awal lagi telah keluarkan kenyataan yang agak pedas kepada penggiat media seperti bloggers, facebookers dan lain-lain.

Tahniah juga kerana beliau akan membangunkan aplikasi untuk mesra telefon pintar bagi membolehkan maklumat sampai ke akar umbi khususnya generasi Y.

Paling menarik apabila beliau melemparkan kekesalan kerana UMB sebelum ini telah membayar elaun atau upah kepada bloggers dan impaknya bloggers akan menghentam 'kita' apabila mereka tidak dibayar. Secara tak langsung Ibdil telah menghentam Tun Faisal kerana mengupah bloggers dalam membuat kerja-kerja bersabit perang cywar politik.

Mengimbas balik sejarah UMB selepa memilihan 2009, Tun Faisal selaku Pengerusi Media Baru mengambil pendekatan yang sangat berbeza berbanding Ibddil.

Tun Faisal@TFI telah membentuk jawatankuasa dan beliau sendiri turun padang untuk mendekati bloggers. TM masih buat pertama kali beliau bertemu bloggers ialah di Janda Baik dan seterusnya TFI membuat road show ke seluruh negara untuk memberi pendedahan mengenai media baru bersama team yang digerakkan oleh beliau. TM walaupun bukan dari kumpulan Pemuda Umno turut dijemput oleh TFI untuk sama-sama berganding bahu dalam menjayakan misi dan visi beliau. Bahkan ramai otai-otai bloggers yang berkarya sebelum dan selepas PRU 12 turut sama menyumbang pengalaman dan brrkongsi ilmu dengan UMB.

Hari ini kita cukup gembira kerana unit media di bawah TFI begitu aktif dan digeruni oleh pihak lawan. Kita tahu UMB adalah khusus untuk pemuda dan puteri Umno. Apa juga krisis dan masalah dalaman, bloggers otai tidak akan campur tangan, masalah mereka, merekalah yang selesaikan.

Syukur kerana kami otai-otai bloggers yang ahli Umno dan bukan Umno kini bersatu di bawah satu ikatan 'we r brothers'. Kami sudah bersumpah dan berjanji akan menumpaskan musuh negara, sekali lagi diulang sasaran kami ialah musuh negara.

Kebanyakan kami menulis dan berkarya bukan kerana upah atau dibayar tetapi atas rasa tanggungjawab dan kesedaran terhadap cintanya kepada pemerintah dan ingin mengekalkan sistem pemerintahan sekarang maka muncullah ramai bloggers. Kami tidak pernah minta kerja sebagai wartawan bloggers, kami tidak mengisi borang untuk jawatan tersebut, kami tidak dipanggil temu duga oleh mana-mana pemimpin Umno.

Kami bloggers adalah bloggers, we are brothers we r brotherhood, susah senang kami sendiri tanggung. Komputer beli sendiri, bill internet sendiri tanggung, bill telefon sendiri tanggung. Tak terima pun gaji daripada TFI.

Jadi kalau dikatakan bloggers berbayar dan bergaji itu adalah wartawan. Kita tahu, bloggers berbayar dan bergaji adalah berada dipihak pembangkang.

Bloggers yang bergaji di pihak Umno mungkin majikannya ialah Umno Bahagian atau Umno negeri dan mungkin dalam pemuda juga ada bahagian yang menggajikan bloggers untuk menulis, itu hak mereka, sebagai insentif atau gaji hakiki.

Kepada Ibdillah, TM bagi tempoh 6 bulan untuk melihat apa yang dicakapkan dilaksanakan, jika tidak anda gagal. TFI yang bekerja keras pun dianggap gagal, kita ingin lihat pula hasil dari pemikiran baru anda, jika berjaya diucapkan tahniah.

Dipetik dari DEWAN MASYARAKAT (Hak Milik Dewan Bahasa & Pustaka) :  

KUASA MAGIS MEDIA SOSIAL

.. Buktinya, lihatlah betapa bijaksana Presiden Barack Obama menjinakkan media sosial lalu mengenderainya ke Rumah Putih. Daripada seorang senator yang kurang popular pada 2004, kini beliau muncul menjadi antara ikon kulit hitam paling menonjol dalam sejarah dunia.

Sepanjang kempen Pilihan Raya Presiden 2008, pengundi muda yang menghabiskan masa berjam-jam melayari blog dipukau supaya singgah ke blog parti Demokratik. Mereka disuntik dengan mesej retorik yang menjadi nadi kepada karisma dan pengaruh beliau..




Ini pula apa Si Ibdil ni spin!!

 RAKYAT NEWS:

Pengerusi Biro Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Ibdillah Ishak menjelaskan bahawa kenyataannya mengenai kesilapan menyumbangkan insentif kepada penggiat media maya telah disalahtafsirkan oleh beberapa pihak.Ibdillah menjelaskan, beliau hanya mahu kajian semula terhadap pemberian insentif dilakukan semula bagi memastikan ianya lebih teratur dan efektif."Apa yang saya maksudkan adalah kita perlu cari pendekatan baru sumbangan insentif kepada para penggiat media maya."Saya juga ada menerima maklumat dari peringkat akar umbi mengenai sikap para penggiat yang tidak mahu buat kerja jika tiada insentif."Jadi saya mahu tahu dan memahami apa masalah mereka serta membantu mereka kerana saya ini akan menambah mengukuhan parti," katanya kepada Rakyatnews semasa ditemubual di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.Beliau menegaskan, pihak yang cuba menyalahtafsirkan kenyataan beliau perlu berhenti berbuat demikian.Katanya, penggiat media sosial pro-UMNO perlu lebih fokus untuk menghadapi dakyah dan fitnah yang dibawa pembangkang."Kepada mereka yang memutarbelirkan kenyataan saya, berhentilah serang-menyerang antara sesama kita sendiri."Saya minta kita fokus hendak menangkis kenyataan pembangkang yang kebanyakan adalah palsu," katanya.


SAYA CABAR IBDIL BUAT SESI DIALOG BERSAMA PENGGIAT MEDIA SOSIAL, TERUTAMANYA BLOGGERS DALAM MASA TERDEKAT. INI ADALAH SUPAYA IBDIL DAPAT MEMBUKA MATA  MENGENAI KEPENTINGAN, RISIKO SERTA JASA KAMI KEPADA KERAJAAN BARISAN NASIONAL.

SAYA MERAYU!!! SAHUT CABARAN INI!!

Wednesday, December 4, 2013

#PAU2013: AMANAT TIMBALAN PRESIDEN DIHORMATI, #TransformasiPuteri BAKAL BERI IMPAK KEPADA BELIA @ZahidaZarik


Amanat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa berucap pada perasmian serentak pergerakan sayap malam tadi yang menjurus kepada pendekatan Puteri UMNO untuk memberikan fokus pada golongan muda akan disahut menerusi gerak kerja yang lebih agresif selepas ini.

Ketua Puteri UMNO Negeri Perak, Salbiah Mohamed berkata, pendekatan dan transformasi perlu dibuat oleh Puteri UMNO untuk memastikan golongan muda meyakini bahawa UMNO dan BN adalah landasan yang tepat yang benar-benar akan memastikan kebajikan, hak-hak Melayu dan Bumiputera diperjuangkan.

“Tidak ada parti lain yang konsisten kejayaan menerajui negara dan parti melainkan UMNO dan BN. Jadi selaku ahli Puteri, kita terpanggil untuk menyahut cabaran Timbalan Presiden UMNO untuk memastikan lebih ramai lagi golongan orang muda dan juga golongan profesional untuk sama-sama memberikan sokongan kepada UMNO dan BN.,

“Pada masa yang sama kita juga akan pastikan parti keramat UMNO ini terus dapat menerajui serta mengekalkan dasar perjuangan kita untuk memartabatkan agama, memperkasakan Melayu dan Bumiputera,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Temenggor, Perak.

Sementara itu, EXCO Pergerakan Puteri UMNO, Norrul Huda Marsidin berkata, Puteri UMNO berjaya meningkatkan jumlah keahlian Puteri tetapi pada masa sama masih berjuang untuk mendapatkan sokongan daripada kumpulan profesional muda.

“Puteri perlu mencari formula untuk memastikan profesional muda ini mampu bergiat aktif dalam pergerakan dan pada masa sama meneruskan kecemerlangan dalam kerjaya masing-masing. Kita perlukan orang muda daripada pelbagai latar belakang dan semua bidang untuk memantapkan Puteri”, ujarnya. - MediaUMNO

RUJUKAN: 

INFOGRAFIK PETIKAN UCAPAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO

INFO PARLIMEN: RANG UNDANG-UNDANG PEMBEKALAN 2014 (PEMBELANJAAN PEMBANGUNAN) LULUS. #PAU2013


Dewan Rakyat Lulus Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 Bagi Perbelanjaan Pembangunan.

Persidangan Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 bagi tujuan perbelanjaan pembangunan selepas dibahaskan sejak 14 Nov lepas.

Rang undang-undang itu diluluskan selepas dibacakan buat kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Rang Undang-undang memperuntuk RM46.5 bilion sebagai perbelanjaan pembangunan kepada dua jabatan dan 22 kementerian termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.

Turut menerima peruntukan itu ialah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Perkhidmatan Awam juga antara yang menerima peruntukan itu.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung pada Rabu. 

#PAU2013: "SAYAP UMNO JANGAN 'GOYANG' BAWA PERJUANGAN PARTI" - TIMBALAN PRESIDEN


Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menuntut Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO memainkan peranan lebih besar, lantang dan berani dalam membawa perjuangan parti serta terus meyakinkan rakyat bahawa UMNO parti tempat mereka bernaung.

Timbalan Perdana Menteri berkata ketiga-tiga sayap itu yang merupakan tonggak kekuatan parti, memiliki kekuatan masing-masing untuk menggalas harapan rakyat khususnya orang Melayu dan Bumiputera kepada UMNO.

Bagaimanapun, katanya, mereka mesti kembali memahami idealisme dan matlamat perjuangan UMNO yang berjuang bukan sahaja untuk parti tetapi demi orang Melayu dan Bumiputera.

“Kita mesti ingat harapan orang Melayu dan Bumiputera yang amat tinggi kepada UMNO. Orang Melayu dan Bumiputera telah memberikan sokongan padu kepada UMNO dan mereka amat berharap kita dapat membela nasib mereka.

“Bila kita diberi mandat, kita melakukan yang terbaik untuk membela nasib orang Melayu dan Bumiputera, serta menjamin kaum-kaum lain juga mendapat pembelaan yang adil, ” katanya ketika merasmikan secara serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Perhimpunan kali ini yang pertama selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lepas dan pemilihan parti pada Oktober.

Muhyiddin dalam ucapannya mengingatkan sayap parti mengenai komitmen, kerjasama dan perpaduan yang harus diperkukuhkan untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU-14 yang disifatkan lebih mencabar.

“Jangan kita ulangi kesalahan, kesilapan dan kelemahan lampau. Bina kekuatan baharu. Selesaikan sebarang masalah dengan segera supaya Wanita, Pemuda dan Puteri benar-benar wujud sebagai pergerakan yang dihormati,” katanya yang juga mahu ketiga-tiga sayap parti itu untuk berusaha menangani kempen membenci UMNO dengan segera.

Lebih penting, menurut Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO, ketiga-tiga sayap parti perlu menterjemahkan konsep transformasi politik sebagai hijrah minda dan sikap kepada yang lebih baik.

“Generasi lama di dalam UMNO telah menyumbang, yang penting ialah sumbangan generasi hari ini sebagai penyambung risalah perjuangan parti demi agama, bangsa dan tanah air kita,” katanya yang menambah UMNO perlu sentiasa mencari pendekatan baharu untuk kekal relevan.

Beliau berkata sebagai pewaris perjuangan UMNO yang memahami aspirasi golongan muda, Pergerakan Pemuda dan Puteri perlu bijak mendekati generasi itu dan mengajak mereka menyertai perjuangan UMNO.

“Pemuda perlu berinteraksi dengan generasi muda termasuk di kampus dan kampung. Mereka juga wajib menjadi jurubicara umat mewakili suara orang muda.

“Lantanglah bersuara, beranilah membuat pendirian, muncullah di semua pentas menjuarai isu rakyat. Biarlah kehadiran Pemuda dan Puteri benar-benar dirasai dan dihargai oleh rakyat,” katanya.

Sementara Pergerakan Wanita sebagai obor perjuangan parti perlu terus cekal dan kental dengan tradisi menawan hati dan budi wanita-wanita termasuk golongan profesional dan agamawan wanita, katanya.

“Kalau Wanita hendak menjadi tulang belakang UMNO, teruskanlah semangat itu. Yang penting Wanita mampu menyahut apa jua cabaran,” kata Muhyiddin yang turut mengiktiraf sumbangan pergerakan itu yang disifatkan sebagai tulang belakang parti. - MediaUMNO

#PAU2013: LAMAN MEDIA YANG KONDUSIF DISEDIAKAN UNTUK BLOGGERS & PRESS BEKERJA @ahmadmaslan @tunfaisal

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berharap wakil-wakil media daripada dalam dan luar negara yang berkampung sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2013 dapat memberikan maklumat yang berguna dan terbaik untuk rakyat.



Berucap ketika merasmikan Laman Media pagi tadi, beliau turut melahirkan penghargaan kepada seluruh warga media yang melaporkan bahan berita serta maklumat sepanjang perhimpunan berkenaan.


“Segala yang dipaparkan tentunya memberi informasi kepada rakyat di luar sana untuk mengetahui senario sepanjang Perhimpunan Agung UMNO ini. Peranan media cukup penting.

“Seperti yang saya selalu sebutkan… MA (Media alternatif), MB (Media bersemuka), MC (media cetak), MD (media digital), dan ME (media elektronik)… Ini semua memainkan peranan penting dan saya rakamkan penghargaan serta ucapan terima kasih,“ katanya.


Sebanyak 1,724 petugas media dari 118 agensi media tempatan dan antarabangsa, media baharu termasuk blogger membuat liputan sepanjang perhimpunan itu yang akan berakhir Sabtu ini.

Laman Media diwujudkan di aras dua PWTC dan pelbagai kemudahan disediakan dalam usaha memastikan kelancaran petugas media melaksanakan tugas masing-masing.

Sejurus gimik perasmian, Datuk Ahmad Maslan turut melawat laman media yang menempatkan seluruh warga media. Turut serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Seramai 5,726 anggota perwakilan UMNO dari seluruh negara dijadual menghadiri perhimpunan agung parti itu dan daripada jumlah itu, 2,759 hadir untuk perhimpunan agung, manakala perhimpunan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri masing-masing akan disertai 989 anggota perwakilan.


Sebanyak 101 wakil 32 parti dari 28 negara juga telah mengesahkan kehadiran dan sebanyak 80 anggota perwakilan dari 73 Kelab UMNO Luar Negara dan tujuh badan perhubungan negara juga akan hadir.

Pada sebelah petang ini akan diadakan taklimat Presiden, perasmian sayap pada sebelah malam dan esok adalah hari perhimpunan sayap UMNO. Presiden parti, Datuk Seri Najib akan menyampaikan ucapan dasar pada Khamis. - MediaUMNO

Tuesday, December 3, 2013

#PAU2013 [VIDEO]: #TransformasiUMNO: KEBAIKAN ATAU KEBURUKAN?? (ANALISIS PAKAR)

Rancangan Analisis Awani, iaitu diskusi yang membicarakan tentang Transformasi UMNO yang diperkenalkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Semasa Pemilihan UMNO lepas, perwakilan telah merasai impak Transformasi UMNO, iaitu memilih barisan kepimpinan dengan cara paling terbuka (transparent).

TONTON VIDEO DIBAWAH UNTUK ULASAN LANJUT:


Selain ulasan dari video diatas, mari kita baca apa pula pandangan bekas pemimpin tertinggi Pakatan/Peguam, iaitu Sdr. Zulkifli Noordin di laman blognya. Dibawah:

Zulkifli Noordin
Sebenarnya ini adalah kejayaan ahli akar umbi UMNO yang berjaya membuktikan kematangan politik yang tinggi. 
Transformasi ini telah memberikan ahli akar umbi UMNO ruang untuk bersuara, dan mereka telah menterjemahkan suara mereka didalam bentuk pemilihan yang baru berlalu. 
Buat pertama kali dalam sejarah politik negara, barisan kepimpinan UMNO dipilih secara langsung oleh ahli akar umbi. Tiap ahli kini boleh berbangga bahawa pemimpin mereka yang duduk di Majlis Tertinggi UMNO adalah pilihan ahli sendiri; tiap ahli ada saham dalam pemilihan yang baru berlalu! 
Sebenarnya tiada istilah menang atau kalah dalam pemilihan UMNO kali ini. Ianya adalah persoalan memikul amanah dan tanggungjawab. 
Kepada mereka yang baru diberi mandat oleh ahli, saya ucapkan tahniah, dan bersyukurlah. Jauhi sikap takbur, angkuh, sombong dan meninggi diri kerana itu adalah sifat iblis dan syaitan. 
Sebaliknya, pastikan amanah yang diberi dipikul dan dilaksanakan dengan sempurna demi untuk memperkasakan agama, bangsa dan negara. 
Jangan sesekali menganggap amanah itu sebagai jambatan untuk habuan, kedudukan atau jawatan, tetapi adalah satu amanah yang perlu disempurnakan dan akan dipertanggungjawabkan kelak. 
Kepada mereka yang tidak terpilih dalam pemilihan ini, sumbangan saudara/ saudari tetap diperlukan dan pasti akan dihargai oleh UMNO. 
Saya yakin suara dan sumbangan saudara/ saudari akan tetap diberi tempat dan perhatian kepimpinan didalam perjuangan UMNO. 
Tiap ahli UMNO semua peringkat sebenarnya berada didalam satu keluarga besar UMNO. Tiada istilah menang atau tewas bagi mana-mana calon. 
Yang menang ialah UMNO kerana berjaya dalam transformasi politik disaat yang mencabar ini. Tiap ahli UMNO semua adalah pemenang. 
SELANJUTNYA

LAIN-LAIN RUJUKAN:  Transformasi UMNO buka ruang politik

#PAU2013: PUTERI UMNO LANCARKAN TABUNG KEMANUSIAAN & TUBUH 3 BIRO BARU @ZahidaZarik

Puteri Umno menubuhkan tiga biro baharu untuk memantapkan peranan sayap itu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan merapatkan jalinan persaudaraan dengan masyarakat.

Mas Ermieyati Samsudin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketuanya yang baharu, Mas Ermieyati Samsudin berkata biro terbabit ialah: 
  • Biro Sahabat Puteri
  • Biro Media Sosial dan Digital
  • Biro IT dan Bioteknologi
“Puteri telah membuat lantikan baharu untuk mengetuai ketiga-tiga biro yang ditubuhkan itu termasuklah juga 20 biro lama yang menyaksikan 70 peratus lantikan adalah barisan muka baharu,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas exco Puteri di Ibu Pejabat Puteri Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.

Zahida Zarikh Khan, Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Dalam majlis yang turut dihadiri Naib Ketua Puteri Umno yang baharu Zahida Zarikh Khan, beliau turut melancarkan tabung kebajikan khas pergerakan iaitu ‘Tabung Prihatin Puteri’. Tabung itu kata Mas Ermieyati bagi membantu mangsa bencana alam dan musibah seperti banjir, ribut dan sebagainya.

Sejak diwujudkan lapan hari lalu, tabung ini sudah mengumpul hampir RM130,000 daripada Puteri bahagian seluruh negara. “Daripada jumlah itu sebanyak RM50,000 akan diberi masing-masing kepada mangsa taufan Haiyan di Filipina dan banjir di seluruh negara, manakala selebihnya akan diguna untuk bencana-bencana lain,” katanya. - SUMBER

RINGKASAN:

Tiga (3) Biro baru ditubuhkan iaitu:
  1. Biro Sahabat Puteri
  2. Biro Media Sosial dan Digital
  3. Biro IT dan Bioteknologi
Telah melancarkan tabung kebajikan khas pergerakan iaitu ‘Tabung Prihatin Puteri’. Sepanjang tempoh lapan (8) hari ditubuhkan, tabung ini telah mengumpul sebanyak:
  1. Hampir RM130,000 hasil kutipan daripada Puteri Bahagian seluruh negara.
  2. RM50,000 daripada hasil tersebut akan diagihkan kepada mangsa-mangsa taufan Haiyan di Filipina dan bencan banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.
  3. Baki selebihnya akan digunakan untuk bantuan bencana-bencana lain.

#PAU2013: PANAS!! USTAZ KAZIM DEDAHKAN PEMIMPIN PAS GELARNYA 'ANAK BABI'!!

Penceramah Ustaz Kazim Elias yang bertemu Perdana Menteri pada Isnin menyerahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman berhubung pelantikan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Dalam pertemuan sejam dengan Presiden UMNO itu, Ustaz Kazim menyifatkan perbincangannya dengan Najib di menara Parlimen pagi ini mengenai isu pelantikan itu dengan mereka saling bertukar pandangan serta pendapat.

Bercakap kepada media selepas pertemuan itu, beliau turut mengumumkan keluar daripada PAS.

Beliau amat kesal dan kecewa kerana pemimpin PAS memburuk-burukkan beliau termasuk dipanggil 'kambing yang akan dimakan serigala' serta 'anak babi'.


Menurutnya, fitnah dan tohmahan itu semakin `menjadi-jadi' selepas dirinya ditawarkan sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO sehingga ada yang sanggup menggelarnya sebagai binatang, munafik dan barua UMNO. - BNBBC

#PAU2013: "SAYA BERBANGGA ADA NEGARA ISLAM SEPERTI MALAYSIA" - AHLI POLITIK HAMAS

Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal
Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal memberikan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada Malaysia di atas sokongan kepimpinan UMNO dan kerajaan Malaysia yang secara berterusan memberikan sokongan dan bantuan terhadap rakyat Palestin.

VIDEO:




Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO, di atas jemputan khas kepada Hamas untuk bersama-sama di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013.

"Kami berasa amat gembira kerana dapat bersama-sama di dalam perhimpunan Agung UMNO ini. Kami juga mengucapkan tahniah kepada UMNO di atas kemenangan pada pilihanraya umum yang lalu.

"Tahniah juga kepada UMNO,kepimpinan kerajaan serta rakyat Malaysia di atas pencapaian cemerlang yang dicapaikan oleh negara ini dan terima kasih di atas segala bantuan, sokongan dan keprihatinan Malaysia yang tidak pernah putus terhadap rakyat Palestin," ujarnya ketika bercakap kepada pemberita di Putra World Trade Center (PWTC) di sini hari ini.

Ini merupakan kali kedua delegasi Hamas dijemput untuk bersama-sama menghadiri perhimpunan agung UMNO, di mana sebelum ini pertubuhan tersebut diwakili Ketua Biro Perhubungan Luar Negara Hamas, Usamah Hamdan pada perhimpunan Agung UMNO tahun lalu.

Sementara itu, beliau berharap agar hubungan antara UMNO dan Hamas akan berterusan di dalam usaha untuk membantu rakyat di negara tersebut yang kini sedang ditindas oleh regim Zionis.

"Alhamdulilah perhubungan antara UMNO dan Hamas semakin baik dan kehadiran kami di sini adalah sebagai isyarat kepada perhubungan baik di antara dua parti ini.

"Apa yang nyata, hubungan antara Malaysia dan juga rakyat Palestin yang terjalin hari ini merupakan satu perhubungan yang tidak ada galang gantinya,"jelasnya.

Beliau turut menyatakan rasa bangga dengan perkembangan Malaysia di bawah pemerintahan UMNO sebagai tulang belakangnya, di mana pelbagai pencapaian baik dari sudut politik, ekonomi dan juga teknologi yang semakin berkembang.

"Sebagai seorang muslim, kami berbangga dengan adanya negara Islam seperti Malaysia yang mempunyai pencapaian yang begitu cemerlang dari pelbagai sudut, dan kami benar-benar berharap agar kami dapat belajar dan menimba pengalaman dari Malaysia," jelasnya.

Selain itu, beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gaza bari-baru ini dan berharap agar lawatan seperti itu dapat diteruskan bagi membina hubungan yang lebih erat antara Malaysia dan Palestin.

"InsyaAllah, selepas ini kami akan membawa anda melawat Jurusalem dan Al Quds setelah Palestin berjaya mendapat kemerdekaan dan bebas sepenuhnya daripada jajahan dan taklukan Israel,"akhiri beliau. - UMNO Online

#PAU2013 BERMULA.. SELAMAT BERSIDANG KEPADA 5,726 PERWAKILAN!!!


Perhimpunan Agung Umno 2013 bermula hari ini dengan majlis perasmian serentak tiga sayap Umno iaitu pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri.

Perasmian akan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pukul 8 malam ini.

Petang ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden Umno akan menyampaikan amanatnya pada majlis taklimat tertutup di Dewan Merdeka, PWTC yang turut dihadiri anggota Majlis Tertinggi Umno, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta ketua-ketua bahagian.

Perhimpunan agung lima hari itu melibatkan 5,726 perwakilan. Sementara itu, Forum Antarabangsa Umno 2013 masuk hari kedua dan terakhir hari ini bermula dengan sesi ketiga pada pukul 9 pagi dengan tajuk 'When PowerIs Might Is There Hope For Global Moderation'.

Sesi itu bakal menampilkan Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Ambri Baharuddin sebagai moderator dan menampilkan lima anggota panel iaitu Naib Pengerusi Suruhanjaya Hubungan Luar bagi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam Vuong Thua Phong; Pengerusi Parti Golkar dari Indonesia Aburizal Bakrie; Ketua Biro Politik Hamas dari Palestin Khaled Mesha'al; Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Luar, Keadilan dan Pembangunan Parti AK dari Turki Mevlut Cavusoglu; dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Pengerusi forum itu Datuk Dr Norraesah Mohamad dijadual membuat ucapan penggulungan sebelum Muhyiddin menutup forum itu. Seramai 121 wakil daripada 31 parti politik dari 25 negara menyertai forum itu termasuk pergerakan Fatah dan Hamas dari Palestin; Barisan Pembebasan Islam Moro dari Filipina; dan Parti Komunis China. - BERNAMA

Monday, December 2, 2013

#MahasiswaNasional: #PEMANAS BERJAYA SATUKAN IDEOLOGI ANTARA DUA BENUA. @shaberyc @razaliibrahim @tunfaisal


Pada 19 April 2012, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.

AUKU Pindaan 2012

Sejak itu, terdapat sedikit pergerseran dan salah faham oleh Mahasiswa IPT tempatan dan luar negara. Namun ianya dapat diselesaikan:


Mahasiswa IPT tempatan.
  • Sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. 
  • Saban tahun, mereka memendam rasa kerana rakan seusia mereka dari Kelab UMNO Luar Negara (KULN) bukan sahaja mendapat perhatian khusus daripada pemimpin-pemimpin tertinggi parti, malah wakil mereka juga diberikan ruang untuk berucap mewakili suara mahasiswa di dalam negara. 
  • Terdapat segelintir mahasiswa IPT Tempatan merasa tidak puas hati dengan layanan double standard ini.
Sejarah baru tercipta dan semuanya telah diselesaikan dengan professional...


Melalui usaha Datuk Razali Ibrahim, selaku Pengerusi Biro IPT UMNO Malaysia dan sokongan tidak berbelah bagi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara, mahasiswa IPT tempatan tidak lagi perlu merasa terpinggir dan dilayan secara tidak adil kerana telah diadakan Persidangan Mahasiswa Nasional (PEMANAS). Terbukti ianya berkesan dan UMNO dilihat lebih responsif terhadap kehendak mahasiswa IPT Tempatan.



ULASAN LANJUT DARI Blog Tun Faisal:


Walaupun hanya diberi laluan untuk menjadi JURUCAKAP dalam PERSIDANGAN SAYAP, bukan Mesyuarat Agung UMNO, namun ia merupakan suatu break through dan sejarah baru yang patut direkod dalam journal perjuangan mahasiswa IPT tempatan.

Satu lagi bukti, bahawa UMNO itu begitu DEMOKRATIK dan begitu INKLUSIF. Ini juga satu bukti bahawa UMNO jujur untuk memartabat golongan mahasiswa dan bukan memperalat golongan mahasiswa seperti yang dilakukan Pakatan Pembangkang (PR)
Tiga wakil mahasiswa dibenar sertai bahas 
BERITA HARIAN: 
Buat julung kalinya, tiga wakil mahasiswa akan diberi peluang berucap membahaskan usul pada Perhimpunan Agung UMNO, tahun ini. 
Dua wakil akan membahaskan usul berkenaan pada perhimpunan sayap pemuda dan puteri, manakala seorang lagi pada perhimpunan agung.


Dato Razali menjadikan perjuangan sekian lama mahasiswa tempatan suatu kenyataan...

Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi (IPT) UMNO, Datuk Razali Ibrahim, berkata perkara itu sudah mendapat persetujuan Setiausaha Agung parti dan Ahli Majlis Tertinggi (MT). 
Semua usul ini nanti dikaji, kemudian (tiga) wakil (mahasiswa) itu akan membahaskannya pada mesyuarat berkenaan” Razali Ibrahim, Pengerusi Biro IPT UMNO. 
Katanya, satu jawatankuasa kecil akan dibentuk pada peringkat biro itu bagi memilih wakil mahasiswa, selain mengkaji usul sesuai dibawa ke perhimpunan agung dan persidangan sayap. 
“Hari ini (semalam), kita menerima 36 usul daripada mahasiswa menerusi Persidangan Mahasiswa Nasional (PEMANAS 2013). Ia membabitkan usul ekonomi, politik, pendidikan dan agama. 
Kaji usul: 
“Semua usul ini nanti dikaji, kemudian (tiga) wakil (mahasiswa) yang dipertanggungjawabkan itu akan membahaskannya pada mesyuarat berkenaan (perhimpunan agung, puteri dan pemuda),” katanya di sini, semalam.

Sebelum ini, hanya seorang wakil mahasiswa diberi peluang membahaskan usul ketika perhimpunan agung iaitu wakil kelab UMNO luar negara. 
Sementara itu, Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin, berkata wakil mahasiswa bertindak sebagai ‘suara pelajar’ dengan mengutarakan hasrat dan keinginan golongan terbabit, sekali gus akan dibawa kepada perhatian kerajaan. 
Katanya, mahasiswa terbabit terdiri daripada setiap wakil institut pengajian tinggi awam yang dipilih oleh jawatankuasa pendidikan parti. 
“Tahun ini, kita bawa satu kelainan bagi mendapatkan usul yang mantap dan mapan, bukan saja yang dihujahkan oleh wakil setiap negeri, malah daripada kalangan mahasiswa juga. Bagaimanapun, jumlah sebenar wakil masih belum dapat diputuskan. 
“Kita mahu perhimpunan kali ini menjadi medium tepat untuk setiap lapisan perwakilan menyampaikan hasrat yang mereka inginkan dalam UMNO tanpa mengetepikan golongan pelajar,”.
Lagi berita dan ulasan menarik mengenai Persidangan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) 2013 semalam:




AKIBAT DICACI, DICERCA DAN DIHINA.. USTAZ KAZIM ISYTIHAR KELUAR PAS!!

KEMASKINI @ 2200HRS

Pendakwah bebas Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim hari ini mengumumkan keputusan keluar daripada Pas kerana kecewa dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya oleh pucuk pimpinan dan anggota parti itu sejak sekian lama.

Beliau berkata fitnah dan tohmahan itu semakin bertubi-tubi apabila beliau ditawarkan tempat sebagai anggota Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini, meskipun beliau belum menyatakan pendirian mengenai pelantikan itu.

Lebih mengecewakannya ialah beliau anggota Pas tetapi diserang berterusan dengan panggilan tidak sesuai seperti binatang dan munafik selain ada pimpinan parti itu mengatakan beliau umpama kambing yang dimakan serigala, agamawan celaru serta menjadi berhala atau patung sembahan dalam UMNO.

“Kalau mereka mengatakan saya masih Pas, atau selepas kenyataan ini mereka mengatakan saya telah dipecat, tidak kiralah sama ada saya masih anggota Pas atau telah dipecat, saya dengan ini mengisytiharkan saya keluar daripada Pas dan tidak menyokong apa yang telah dibuat fitnah dan kata-kata nista terhadap seorang yang cuba menegakkan Islam melalui bidang dakwah.

“Saya masih sayang kepada Pas yang dahulu yang dibawa oleh arwah Ustaz Fadzil Noor, yang betul-betul memperjuangkan konsep yang sebenarnya tapi saya kecewa dengan Pas sekarang yang apabila dinasihat, ditegur dikatakan barua dan anjing UMNO sedangkan saya adalah anggota Pas dan tidak pernah daftar sebagai anggota UMNO,” katanya.

Ustaz Kazim ditemui selepas mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini berhubung pelantikannya sebagai anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut menegaskan keputusan beliau untuk keluar daripada Pas tiada kaitan dengan pertemuan dengan perdana menteri hari ini, sebaliknya memaklumkan bahawa beliau sudah lama bersabar dengan tohmahan dan fitnah terhadap beliau yang turut menjejaskan anggota keluarga yang lain.

“Bertahun-tahun saya sabar dengan finah yang dilemparkan oleh sahabat-sahabat tapi pada dua tiga hari ini, saya rasa kesabaran saya telah sampai kemuncak. Ada yang panggil sebagai babi, anjing, barua. Saya ada mak dan ayah walaupun dah meninggal, kalau masih hidup, macam mana perasaan ibu saya yang anaknya dipanggil babi.

“Adakah ini perjuangan Pas yang cuba memartabatkan Islam dan menyatupadukan Islam tapi kerjanya memfitnah mengata yang bukan-bukan terhadap saya sedangkan mengatakan saya masih ahli mereka. Kemudian ada pula kenyataan, Ustaz dipecat lepas tu memang ada usul tapi belum ada surat pemecatan.

“Jadi bagaimana keadaan begini, hendak mengurus seorang ahli pun dah timbul masalah besar bagaimana nak uruskan sebuah negara,” katanya.

Sementara itu, menjelaskan status pelantikan beliau sebagai anggota Majlis Tertinggi UMNO, Ustaz Kazim berkata beliau menyerahkan semuanya kepada perdana menteri yang juga Presiden UMNO untuk mengumumkan perkara berkenaan.

“Saya berbesar hati tetapi saya serahkan kepada PM untuk buat pengumuman rasmi. Saya rasa beliau lebih berhak untuk buat pengumuman,” katanya.

Ustaz Kazim berkata selepas pertemuan hari ini, beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Najib khususnya mengenai peranan yang boleh beliau laksanakan sebagai anggota Majlis Tertinggi.
“Apabila Datuk Seri terangkan kepada saya bagaimana orang agama boleh memainkan peranan dalam UMNO dan agensi lain, saya rasa itu bentuk yang baik dan pihak luar perlu pandang baik, orang jemput kita sebab nak dengar nasihat.
“Penerangan yang diberikan puas hati dan yakin apa yang rakyat perlukan dan saya pun suarakan apa yang rakyat biasa inginkan, dan Datuk Seri dengar dengan sangat terbuka dan ada dua tiga benda yang saya lihat terkesan di hati Datuk Seri, dan saya yakin akan ada perubahan selepas ini,” katanya.

Pada 29 November lepas, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan Ustaz Kazim adalah antara sembilan anggota Majlis Tertinggi yang dilantik bagi melengkapkan jumlah 13 Majlis Tertinggi tambahan yang diputuskan presiden UMNO mengikut Fasa 9.2.8. Perlembagaan UMNO.

Ustaz Kazim dipecat sebagai ahli PAS pada 14 Mei 2011...

Jangan kata orang lain malah Ustaz Kazim Elias sendiri hairan dengan sikap PAS yang bersungguh-sungguh mendakwa konon beliau masih ahli PAS.Ini katanya kerana beliau tidak pernah dilayan seperti ahli parti itu di masa dulu.

Penceramah bebas itu juga tidak begitu jelas soal status beliau sebagai ahli parti itu tetapi menggangap masih ahli parti kerana setakat ini tidak pernah terima surat rasmi mengatakan beliau dipecat sebagai ahli.

Ketika jawab soalan dalam sidang akhbar sebelum ceramah beliau di kawasan perumahan PPR di Setapak Sabtu malam,beliau hanya kata dulu ada dengar ura-ura PAS nak pecat beliau.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mengesahkan Mohammad Kazim Elias adalah Ahli PAS semenjak beliau mendaftarkan diri pada 17 Julai 1998 dengan Nombor Keahliannya – 0475276 di PAS Kawasan Tambun dan di PAS Cawangan Kampung Manjoi.

Namun setelah menyelak balik laman blog Dewan Ulamak PAS Perak jelas tertera di situ ia telah meluluskan sebulat suara satu usul pada Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak telah diadakan pada 14 Mei 2011 di Markas Tarbiyah Air Kuning, Perak memecat Ustaz Kazim.

#MahasiswaNasional: APAKAH KELAINAN YANG BERJAYA DIBAWA? KLIK SINI!! @shaberyc @razaliibrahim @tunfaisal


Perhimpunan Agung UMNO 2013 kali ini melakar sejarah sendiri apabila buat julung kalinya memberi peluang kepada tiga mahasiswa untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pada perhimpunan itu.

"Dengan format ini juga kita akan dapat mengasah kebolehan dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda dalam kalangan mahasiswa. 
"Selain itu, ia bertujuan melatih mahasiswa untuk berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea dalam membina dasar-dasar negara," katanya pada sidang media di sini hari ini. 
Seterusnya..

Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi (IPT) UMNO Datuk Razali Ibrahim berkata seorang akan berbahas pada persidangan Pemuda, seorang lagi pada persidangan Puteri dan seorang lagi pada Perhimpunan Agung UMNO.


Razali, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini dan dimaklumkan kepadanya oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pada Ahad.

"Malam ini, kita akan putuskan jurucakap dan 'back-up' (mahasiswa) untuk ke persidangan dan perhimpunan itu daripada kalangan mahasiswa yang mengambil bahagian dalam Persidangan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) 2013 hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan penangguhan PEMANAS 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Sebelum ini, hanya seorang wakil mahasiswa dari Kelab UMNO Luar negara diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan semasa Perhimpunan Agung UMNO.

Persidangan sehari itu dihadiri seramai 150 perwakilan mahasiswa dari dalam dan luar negara dan ia diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang akan berlangsung mulai hari ini sehingga Sabtu.

Pada persidangan berkonsepkan ala Parlimen itu, sebanyak 36 usul diluluskan merangkumi 10 usul ekonomi, 10 politik, sembilan agama dan tujuh pendidikan.

Razali berkata semua usul tersebut akan diagihkan kepada jurucakap yang dipilih untuk dibangkitkan semasa persidangan sayap dan Perhimpunan Agung UMNO.

"Wakil (jurucakap) yang bakal dipilih hanya mampu membangkitkan usul itu, bagaimanapun ia terserah kepada perwakilan untuk menerimanya," katanya.

Razali juga berpuas hati dengan perjalanan persidangan PEMANAS 2013 dan tidak menolak kemungkinan ia akan menjadi acara wajib perhimpunan pada masa depan. - SUMBER

VIDEO:

Temuramah Tun Faisal yang dijemput sebagai moderator antara delegasi persidangan dan pakar bidang berkongsi harapan beliau untuk Persidangan Mahasiswa untuk Perhimpunan Agung UMNO kali ini:


Reaksi Pemerhati:



PERHIMPUNAN AGUNG AUMNO 2013 - SELAMAT BERSIDANG KEPADA SEMUA PERWAKILAN!!

Saturday, November 30, 2013

#MahasiswaNasional: CETUSAN IDEA @RazaliIbrahim YANG #MeremajakanUMNO @shaberyc @tunfaisal

“Transformasi Politik Teraju Idealogi Mahasiswa”

Jangan lupa bahawa esok merupakan hari berlangsungnya Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 yang akan diadakan di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC. 
Persidangan Mahasiswa Nasional ini adalah usaha Datuk Razali Ibrahim (Pengerusi Biro IPT UMNO) agar dapat membentuk 'bakal pemimpin' yang berkreadibiliti.

PROMO VIDEO PERSIDANGAN MAHASISWA NASIONAL 2013:


ENTRI SEBELUM INI: #MahasiswaNasional: INTIPATI PENTING YANG WAJIB DIKETAHUI OLEH SEMUA!! SEBARKAN!!

Meremajakan UMNO - Selaras dengan tema yang dibawakan, "Transformasi Politik Teraju Ideologi Mahasiswa". Ruang yang luas diberikan kepada pemimpin mahasiswa untuk bersuara. Ini secara amnya dapat memberikan nafas baru kepada corak politik negara kita. 

RINGKASAN

Berikut adalah serba-serbi ringkasan mengenai Persidangan Mahasiswa Nasional 2013. Diharap dengan ringkasan ini , pembaca lebih memahami apakah output yang bakal diberikannya kepada barisan kepimpinan mahasiswa ini. 
  1. Anjuran Kelab UMNO Luar Negara dan Biro IPT UMNO.
  2. Seramai 75 pemimpin mahasiswa dari universiti di 14 buah negara dan 75 pemimpin mahasiswa dari semua universiti (IPTA Tempatan) akan menyertai persidangan ini.
  3. Diadakan sebagai inisiatif kepada para pemimpin muda berdiskusi atau berbahas untuk membawa usul-usul ke Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada 2 hingga 7 Disember ini.


MENGAPA PERSIDANGAN INI MENGGUNAKAN FORMAT ALA PARLIMEN DAN JAWATANKUASA PILIHAN KHAS (SELECT COMMITTEE)?

Format ala Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee) digunakan adalah bagi menyediakan platform yang lebih interaktif agar dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa kepada asas perdebatan dalam Parlimen, selain mengasah bakat dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda serta secara tak langsung dapat melatih mereka agar berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea membina dalam dasar-dasar negara.

  1. Memberi pendedahan kepada Mahasiswa Nasional kepada asas perdebatan dalam Parlimen;
  2. Mengasah bakat dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda di kalangan Mahasiswa Nasional
  3. Melatih Mahasiswa Nasional agar berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea membina dalam dasar-dasar negara.


peserta akan diminta untuk mencadangkan usul dan membahaskannya berdasarkan EMPAT (4) bidang dan skop utama, iaitu :

i. Politik - “Kemenangan Selesa Pilihanraya Umum ke-14, Prestasi UMNO dalam PRU 13 dan PRU 14.”

ii. Ekonomi - “Prestasi Ekonomi Melayu/Bumiputra, Rakyat dan Negara.”

iii. Agama - “Penyelesaian Konflik Konservatif, Liberal dan Wasatiyyah.”

iv. Pendidikan - “Prestasi Pendidikan Melayu/Bumiputra, Perpaduan dan Kenegaraan.”

Friday, November 29, 2013

#MahasiswaNasional: INTIPATI PENTING YANG WAJIB DIKETAHUI OLEH SEMUA!! SEBARKAN!!


Apakah Persidangan Mahasiswa Nasional? Baca dibawah untuk pendekatan yang lebih jelas.

KENYATAAN AKHBAR BERSAMA


YANG BERHORMAT DATO’ SRI AHMAD SHABERY CHEEK
Menteri Komunikasi dan Multimedia
merangkap Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara

DAN


YANG BERHORMAT DATO’ RAZALI IBRAHIM
Timbalan Menteri, Jabatan Perdana Menteri
merangkap Pengerusi Biro IPT UMNO Malaysia


Persidangan Mahasiswa Nasional 2013

Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dan Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) UMNO Malaysia akan secara bersama menganjurkan Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 bersempena dengan Perhimpunan Agong UMNO 2013 pada 1 Disember 2013 bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Persidangan ini bertemakan “Transformasi Politik Teraju Idealogi Mahasiswa” dan akan melibatkan 150 orang peserta, iaitu seramai 75 orang pemimpin mahasiswa dari luar negara dan 75 orang pemimpin mahasiswa dari IPTA dalam negara.

Tahun ini, KULN dan Biro IPT berhasrat untuk memperkenalkan pendekatan baru dalam mendampingi golongan mahasiswa, iaitu melalui persidangan yang akan dilangsungkan menggunakan format ala persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee). Format ini julung kali digunakan dan berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang lebih berbentuk konvensyen, seminar, dialog dan forum.

Perubahan pendekatan ini dibuat bagi menyediakan platform yang lebih interaktif agar dapat:

a. memberi pendedahan kepada Mahasiswa Nasional kepada asas perdebatan dalam Parlimen;
b. mengasah bakat dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda di kalangan Mahasiswa Nasional; dan
c. melatih Mahasiswa Nasional agar berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea membina dalam dasar-dasar negara.


Dalam persidangan kali ini, peserta akan diminta untuk mencadangkan usul dan membahaskannya berdasarkan EMPAT (4) bidang dan skop utama, iaitu :

i. Politik
“Kemenangan Selesa Pilihanraya Umum ke-14, Prestasi UMNO dalam PRU 13 dan PRU 14.”


ii. Ekonomi
“Prestasi Ekonomi Melayu/Bumiputra, Rakyat dan Negara.”

iii. Agama
“Penyelesaian Konflik Konservatif, Liberal dan Wasatiyyah.”

iv. Pendidikan
“Prestasi Pendidikan Melayu/Bumiputra, Perpaduan dan Kenegaraan.”

VIDEO



Seramai LAPAN (8) orang Pakar Bidang turut dijemput untuk berkongsi pengetahuan, kepakaran dan pengalaman di dalam bidang masing-masing. Mereka adalah:-

i. Politik 
YBhg Datuk Fuad Hassan
(Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas – JASA)
YBhg Datuk Zulkifli Nordin
(Mantan Pemimpin Kanan PKR / Peguam)

ii. Ekonomi 
YBhg Prof Dr Noor Azlan Ghazali
(Timbalan Naib Canselor UKM – Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa)
YBhg Dr Zubir Harun
(Pengerusi Lembaga Pengarah Amanah Ikhtiar Malaysia – AIM)

iii. Agama 
YBhg Dato’ Dr Hassan Mohamed Ali
(Presiden JATI)
YBhg Dr Fathul Bari Mat Jahaya
(Exco Pemuda UMNO Malaysia)

iv. Pendidikan 
YBhg Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar
(Naib Canselor Universiti Teknologi MARA)
YBhg Prof. Madya Dr Asyraf Wajdi Dato’ Haji Dasuki
(Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah – YADIM)


Pada penghujung persidangan ini, KULN dan Biro IPT berhasrat untuk:

i. mendapatkan sebanyak mungkin usul yang akan disampaikan dalam bentuk RESOLUSI kepada kepimpinan tertinggi UMNO.

ii. mengenal pasti jurucakap-jurucakap yang berpotensi untuk diketengah di dalam Persidangan Sayap-sayap dan pentas Perhimpunan Agong UMNO Malaysia 2013 .

Thursday, November 28, 2013

KRONISME YANG TERSERLAH!! MB SELANGOR LULUSKAN KENAIKAN GAJI 100%!!! GILA!!


Gaji Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim naik lebih 100 peratus bermula 1 Januari depan, iaitu daripada RM14,175.15 kepada RM29,250.

Turut menikmati kenaikan mendadak ialah Speaker, iaitu daripada RM6,109.29 kepada RM22,500; Timbalan Speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750; Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) daripada RM6,109.29 kepada RM20,250 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.

Usul kenaikan gaji itu yang dibawa Abdul Khalid di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, dipersetujui sebulat suara oleh semua ADUN ketika Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) Pindaan 2013. Abdul Khalid berkata, usul itu dibawa untuk membolehkan peruntukan dipinda dan pembayaran gaji baru dapat dibuat mulai 1 Januari.

“Cadangan kenaikan itu dibuat berdasarkan beban tugas yang dipikul ahli dewan tanpa mengira waktu serta keberkesanan pembaharuan dilaksanakan menentukan badan eksekutif dan legislatif.

“Di atas keberkesanan melaksanakan tanggungjawab iaitu menunjukkan hasil dan pendapatan negeri meningkat, pertimbangan sewajar diambil atas permintaan Adun sekalian,” katanya.

Beliau ingatkan semua pihak yang terlibat supaya melaksanakan tugas dengan lebih berkesan selepas kenaikan yang melebihi 100 peratus itu.

“Gaji yang kita berikan ini munasabah untuk tugas-tugas dilakukan, terutamanya jika dapat ambil alih industri air Selangor; aset kita jaga melebihi RM20 bilion.

“Jadi jika rakan-rakan tanya kenapa tiada air, maka Adun kena jawab mengenai perkara tersebut bukan lagi salahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) atau sesiapa.

Jadi tanggungjawab itu besar dan pampasan diberi berpatutan,” katanya.

Beliau berkata, kenaikan gaji dilaksanakan berpandukan Sarawak, selain gaji yang diberikan kerajaan pusat kepada pegawai Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Mei lalu, Dun Sarawak meluluskan kenaikan gaji Ketua Menteri daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000.

Gaji menteri kanan dan Speaker Dun pula naik daripada RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; menteri muda dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; Adun RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian setengah bulan gaji kepada semua kakitangan kerajaan negeri itu yang bakal dibayar pada awal Januari hadapan.
Abdul Khalid berkata, hasil pendapatan negeri bagi 2013 mencecah RM1,899,018,572 iaitu 16 peratus lebih daripada anggaran hasil.

“Pemberian bonus ini melibatkan peruntukan bonus RM14.8 juta yang bakal dibayar kepada 15,643 kakitangan kerajaan negeri.

“Ini bermakna, bagi tahun 2013, kakitangan negeri mendapat satu setengah bulan bonus termasuk bonus hari raya satu bulan yang telah kita berikan pada hari raya tahun ini,” katanya sebelum menangguhkan persidangan. - SINAR