Wakil Mahasiswa Nasional Muhammad Hakim Jaafar berkata pemimpin generasi pelapis perlu dilatih untuk menerangkan dan memaklumkan segala dasar serta agenda terkini pembangunan negara kepada golongan muda.
“Zaman sekarang orang muda lebih cenderung kepada kewujudan dalil-dalil, maksudnya setiap perkara yang disuruh andai tidak diterangkan dengan betul kenapa kita perlu buat seperti itu, orang muda akan memberontak, itu jiwa orang muda.
“Maka kita perlu melatih kader-kader muda supaya mereka dapat menerangkan kepada generasi ini dengan baik, selain melatih mereka supaya menjadi orator yang baik,” katanya ketika membahaskan usul ucapan presiden UMNO pada perhimpunan agung parti itu pada Jumaat.
Muhammad Hakim yang juga Timbalan Pengerusi Kelab UMNO Warwick dan Coventry, United Kingdom berkata anggota UMNO sebagai sebahagian daripada sebuah keluargabesar mempunyai tanggungjawab untuk mempertahan dan memelihara maruah partidaripada dikhianati orang lain.
“Bacul kita kalau sebagai ahli keluarga kita membiarkan ahli keluarga kita difitnah, dicerca dan dimaki hamun oleh orang lain.
“Mahasiswa Nasional ingin menyeru kepada perpaduan sesama kita dan kami ingin mengajak semua agar sama-sama berikrar untuk membela dan mempertahankan parti dan keluarga kita,” katanya. - Media UMNO
No comments:
Post a Comment