PERTAMA SEKALI, SILA MINTA MAAF SECARA TERBUKA
Ibdillah Ishak, Pengerusi Biro Media Baru (BMB) merangkap EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang telah menang semasa Pemilihan UMNO baru-baru ini. Jawatan Biro Media Baru itu disandang oleh Saudara Tun Faisal Ismail Aziz semasa penggal lepas. Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada Saudara Ibdil.
Namun begitu, saya pelik kenapa EXCO yang berfikiran 'kurang bijak' dan 'bodoh pandai' ini dipilih?
SEDIH KERANA BEGITU CEPAT MERASA SELESA DENGAN JAWATAN BARU HINGGA TIDAK TAHU HARGAI JASA ORANG LAIN!!
BANNER INI DIGUNAKAN UNTUK KEMPEN MEDIA SOSIAL IBDIL DI MEDIA SOSIAL SEWAKTU BERTANDING KERUSI EXCO SEMASA PEMILIHAN UMNO BARU-BARU INI. BOLEH PULA GUNA KHIDMAT BLOGGERS UNTUK BERPOLITIK? (INDIVIDU)KENYATAAN IBDIL:
" Kita rasa satu kesilapan kerana membayar blogger, kalau tak dibayar mereka akan hentam kita pula. Sekarang BMB akan cari sukarelawan yang sanggup berkhidmat pada parti secara sukarelawan tetapi mereka tiada platform.
Paling penting untuk pengamal media maya adalah saluran maklumat. Kita akan minta pihak PMO untuk adakan mesyuarat dengan pengamal media maya sebelum sesuatu dasar kerajaan keluar.
Kita akan buat applikasi untuk telefon pintar. Kita lihat rakyat perlu aplikasi untuk mudahkan mereka berinteraksi dengan kerajaan.
Kita akan perluaskan media maya, INSTAGRAM, twitter merupakan saluran untuk kita menyebarkan maklumat. Dan kita harap selepas ini, pengamal media maya tidak sibuk berpolitik sangat. Kita kena tunjuk pada rakyat, UMNO bekerja. Sebab kalau pembangkang hentam pun, rakyat akan tak endah sebab kerajaan buat kerja "
Sebagai manusia normal, patutkah dia berkata sedemikian? Maaf, saya terpaksa labelkan Ibdil ialah sebagai manusia tidak kenang budi!!
Saya tertarik dengan ulasan yang dikeluarkan dilaman blog Taiping Mali:
Saya tertarik dengan ulasan yang dikeluarkan dilaman blog Taiping Mali:
VIDEO SEWAKTU IBDIL MEMBUAT PERSEMBAHAN 'Raja Lawak'
Tahniah juga kerana beliau akan membangunkan aplikasi untuk mesra telefon pintar bagi membolehkan maklumat sampai ke akar umbi khususnya generasi Y.
Paling menarik apabila beliau melemparkan kekesalan kerana UMB sebelum ini telah membayar elaun atau upah kepada bloggers dan impaknya bloggers akan menghentam 'kita' apabila mereka tidak dibayar. Secara tak langsung Ibdil telah menghentam Tun Faisal kerana mengupah bloggers dalam membuat kerja-kerja bersabit perang cywar politik.
Mengimbas balik sejarah UMB selepa memilihan 2009, Tun Faisal selaku Pengerusi Media Baru mengambil pendekatan yang sangat berbeza berbanding Ibddil.
Tun Faisal@TFI telah membentuk jawatankuasa dan beliau sendiri turun padang untuk mendekati bloggers. TM masih buat pertama kali beliau bertemu bloggers ialah di Janda Baik dan seterusnya TFI membuat road show ke seluruh negara untuk memberi pendedahan mengenai media baru bersama team yang digerakkan oleh beliau. TM walaupun bukan dari kumpulan Pemuda Umno turut dijemput oleh TFI untuk sama-sama berganding bahu dalam menjayakan misi dan visi beliau. Bahkan ramai otai-otai bloggers yang berkarya sebelum dan selepas PRU 12 turut sama menyumbang pengalaman dan brrkongsi ilmu dengan UMB.
Hari ini kita cukup gembira kerana unit media di bawah TFI begitu aktif dan digeruni oleh pihak lawan. Kita tahu UMB adalah khusus untuk pemuda dan puteri Umno. Apa juga krisis dan masalah dalaman, bloggers otai tidak akan campur tangan, masalah mereka, merekalah yang selesaikan.
Syukur kerana kami otai-otai bloggers yang ahli Umno dan bukan Umno kini bersatu di bawah satu ikatan 'we r brothers'. Kami sudah bersumpah dan berjanji akan menumpaskan musuh negara, sekali lagi diulang sasaran kami ialah musuh negara.
Kebanyakan kami menulis dan berkarya bukan kerana upah atau dibayar tetapi atas rasa tanggungjawab dan kesedaran terhadap cintanya kepada pemerintah dan ingin mengekalkan sistem pemerintahan sekarang maka muncullah ramai bloggers. Kami tidak pernah minta kerja sebagai wartawan bloggers, kami tidak mengisi borang untuk jawatan tersebut, kami tidak dipanggil temu duga oleh mana-mana pemimpin Umno.
Kami bloggers adalah bloggers, we are brothers we r brotherhood, susah senang kami sendiri tanggung. Komputer beli sendiri, bill internet sendiri tanggung, bill telefon sendiri tanggung. Tak terima pun gaji daripada TFI.
Jadi kalau dikatakan bloggers berbayar dan bergaji itu adalah wartawan. Kita tahu, bloggers berbayar dan bergaji adalah berada dipihak pembangkang.
Bloggers yang bergaji di pihak Umno mungkin majikannya ialah Umno Bahagian atau Umno negeri dan mungkin dalam pemuda juga ada bahagian yang menggajikan bloggers untuk menulis, itu hak mereka, sebagai insentif atau gaji hakiki.
Kepada Ibdillah, TM bagi tempoh 6 bulan untuk melihat apa yang dicakapkan dilaksanakan, jika tidak anda gagal. TFI yang bekerja keras pun dianggap gagal, kita ingin lihat pula hasil dari pemikiran baru anda, jika berjaya diucapkan tahniah.
Dipetik dari DEWAN MASYARAKAT (Hak Milik Dewan Bahasa & Pustaka) :
KUASA MAGIS MEDIA SOSIAL
Sepanjang kempen Pilihan Raya Presiden 2008, pengundi muda yang menghabiskan masa berjam-jam melayari blog dipukau supaya singgah ke blog parti Demokratik. Mereka disuntik dengan mesej retorik yang menjadi nadi kepada karisma dan pengaruh beliau..
Ini pula apa Si Ibdil ni spin!!
RAKYAT NEWS:
SAYA CABAR IBDIL BUAT SESI DIALOG BERSAMA PENGGIAT MEDIA SOSIAL, TERUTAMANYA BLOGGERS DALAM MASA TERDEKAT. INI ADALAH SUPAYA IBDIL DAPAT MEMBUKA MATA MENGENAI KEPENTINGAN, RISIKO SERTA JASA KAMI KEPADA KERAJAAN BARISAN NASIONAL.
SAYA MERAYU!!! SAHUT CABARAN INI!!
No comments:
Post a Comment