Tuesday, December 3, 2013

#PAU2013: PUTERI UMNO LANCARKAN TABUNG KEMANUSIAAN & TUBUH 3 BIRO BARU @ZahidaZarik

Puteri Umno menubuhkan tiga biro baharu untuk memantapkan peranan sayap itu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan merapatkan jalinan persaudaraan dengan masyarakat.

Mas Ermieyati Samsudin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketuanya yang baharu, Mas Ermieyati Samsudin berkata biro terbabit ialah: 
  • Biro Sahabat Puteri
  • Biro Media Sosial dan Digital
  • Biro IT dan Bioteknologi
“Puteri telah membuat lantikan baharu untuk mengetuai ketiga-tiga biro yang ditubuhkan itu termasuklah juga 20 biro lama yang menyaksikan 70 peratus lantikan adalah barisan muka baharu,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas exco Puteri di Ibu Pejabat Puteri Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.

Zahida Zarikh Khan, Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Dalam majlis yang turut dihadiri Naib Ketua Puteri Umno yang baharu Zahida Zarikh Khan, beliau turut melancarkan tabung kebajikan khas pergerakan iaitu ‘Tabung Prihatin Puteri’. Tabung itu kata Mas Ermieyati bagi membantu mangsa bencana alam dan musibah seperti banjir, ribut dan sebagainya.

Sejak diwujudkan lapan hari lalu, tabung ini sudah mengumpul hampir RM130,000 daripada Puteri bahagian seluruh negara. “Daripada jumlah itu sebanyak RM50,000 akan diberi masing-masing kepada mangsa taufan Haiyan di Filipina dan banjir di seluruh negara, manakala selebihnya akan diguna untuk bencana-bencana lain,” katanya. - SUMBER

RINGKASAN:

Tiga (3) Biro baru ditubuhkan iaitu:
  1. Biro Sahabat Puteri
  2. Biro Media Sosial dan Digital
  3. Biro IT dan Bioteknologi
Telah melancarkan tabung kebajikan khas pergerakan iaitu ‘Tabung Prihatin Puteri’. Sepanjang tempoh lapan (8) hari ditubuhkan, tabung ini telah mengumpul sebanyak:
  1. Hampir RM130,000 hasil kutipan daripada Puteri Bahagian seluruh negara.
  2. RM50,000 daripada hasil tersebut akan diagihkan kepada mangsa-mangsa taufan Haiyan di Filipina dan bencan banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.
  3. Baki selebihnya akan digunakan untuk bantuan bencana-bencana lain.

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive