Saturday, November 16, 2013

PENGERUSI BARU #Bersih DILANTIK ADALAH DEMI MEMPERKASA COMANGO?

Maria Chin Abdullah dilantik sebagai Pengerusi baharu BERSIH 2.0, selepas hanya beliau seorang dicalonkan dalam pemilihan pertama badan itu yang akan diadakan pada penghujung bulan ini.

Beliau sebelum ini merupakan Pengerusi bersama BERSIH 2.0 bersekutu dengan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Maria dicalonkan sebagai Pengerusi baharu oleh NGO The Association of Women Lawyers (AWL), Centre for Independent Journalism (CIJ), Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (CRC – KLSCAH), Dapur Jalanan, ENGAGE, Persatuan Hak Asasi Manusia (HAKAM), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Islamic Renaissance Front (IRF), Kelab Bangsar, LLG Cultural Development Centre (LLG), Suara rakyat malaysia (SUARAM), Writers’ Alliance for Media Independence (WAMI) dan Women’s Aid Organisation (WAO), lapor bersih.org.

Selain jawatan Pengerusi, lapor The Malaysian Insider turut dipertandingkan adalah jawatan Naib Pengerusi, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa yang dijangka akan dipilih pada 29-30 November di Perpustakaan Petaling Jaya.

Lapor portal itu, bagi jawatan Naib Pengerusi BERSIH 2.0 akan menyaksikan pertandingan antara Dr Ahmad Farouk Musa (Pengerusi & Pengarah IRF) dan Syed Ibrahim Syed Noh (Naib Presiden IKRAM).

Untuk jawatan Bendahari pertandingan antara Masjaliza Hamzah (Pegawai Eksekutif CIJ) dan Nahar Md Nor (Ahli Jawatankuasa IKRAM Pusat).

Lima calon dilaporkan telah bersaing untuk dua kerusi ahli jawatankuasa iaitu K Arumugam (Pengerusi bersama SUARAM), Ng Chak Ngoon (Bekas Presiden Malaysia Site Investigators Association), Farhana Halim (Majlis Peguam/SUARAM), Hishamuddin Rais (Pengasas Radio Bangsar Utama) dan New Sin Yew (Majlis Peguam).

Pengerusi jawatankuasa Pemilih BERSIH 2.0 pula dipengerusi oleh Stanley Yong, Setiausaha Umum Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH).

Menurut Stanley Yong, walaupun tiada pertandingan bagi jawatan Pengerusi, pengumuman rasmi mengenai jawatankuasa BERSIH itu akan hanya dibuat pada 30 November.

Sebanyak 90 organisasi dalam Bersih 2.0 akan mempunyai satu undi dalam pemilihan pada 30 November ini.

The Malay Mail Online melaporkan, Ambiga dan seorang lagi Pengerusi bersama BERSIH, Datuk A. Samad Said telah melepaskan jawatan mereka pada 30 November.

Wikipedia menyebut Maria Chin Abdullah merupakan seorang aktivis hak asasi manusia yang memperjuangkan hak-hak wanita di Malaysia. Beliau memegang ijazah dalam BSc Applied Economics dan sarjana dalam MSc Urban Planning, University of London.

Beliau aktif dalam NGO sebagai Presiden Persatuan Pergerakan Wanita (AWAM) sehingga 1990 dan terus bekerja sebagai Pengarah Eksekutif WDC (Women’Development Collective) sehingga 2005 yang mengetengahkan isu kesaksamaan gender, keganasaan wanita dan hak wanita.

Pada tahun 2005, Maria menjadi Pengasas dan Pengarah Eksekutif kepada Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER) yang memperjuangkan kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat, terutamanya wanita dan remaja.

EMPOWER adalah ahli Joint Action Group for Gender Equality (JAG) yang membentuk COMANGO (Gabungan Persatuan-persatuan Malaysia), sebuah gabungan yang menyediakan laporan status hak asasi manusia Malaysia utnuk proses Unitied Nations Universal Periodic Review.

Selain itu, EMPOWER juga merupakan Sekretariat kepada BERSIH 2.0.

Maria juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah kepada Pusat Asia Pasifik Sumber dan Penyelidikan Wanita (Asia Pacific Resource and Research for Women – ARROW) sejak 2010.

Dalam tribute kepada suaminya, Yunus Lebai Ali, Maria mengaku bertemu dengan suaminya ketika berada di London pada tahun 1979 dan kembali ke Malaysia pada era Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Ketika itu Maria bersama suaminya menubuhkan NIEI (National Institute for Electoral Integrity).

Menurut laman mafrel NIEI dan MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections) telah mendapat tajaan Asia Foundation untuk bekerjasama dengan ANFREL (Asian Network for Free and Fair Elections) untuk memantau Pilihanraya di Malaysia.

Selain itu NAMFREL (The National Citizens’ Movement for Free Elections) yang berpangkalan di Filipina juga merupakan rangkaian ANFREL.

NAMFREL dinamakan oleh bekas pegawai CIA, Philip Agee sebagai ‘tool CIA’ menggunakan slogan ‘kuasa rakyat.”

“Teknik lama CIA, (dengan) menubuhkan (sesuatu) organisasi (NGO) yang kuat (di kawasan) Pasifik yang akan terlibat dalam memantau pilihanraya atau sesuatu sepertinya.

“Yang pertama yang saya tahu adalah NAMFREL di Filipina, yang ditubuhkan sekitar tahun 1950-1951, sebagai salah satu usaha negara tersebut untuk menentang pemberontakan.

“Sebab kami mahukan instrumen (jentera) untuk menjadikan anggota kami (kader-kader/ proksi) sebagai Presiden Filipina.

“Dan kami melaksanakannya melalui organisasi ini, NAMFREL..NAMFREL mengilhamkan (moto perjuangan) Kuasa Rakyat (People Power),” dedahnya yang pernah terlibat sebagai pegawai operasi CIA mulai tahun 1957 dan meninggalkan agensi perisikan itu pada tahun 1968. - AIDC

Friday, November 15, 2013

KESAN DAP DI TAIPING: BABI BEBAS DIKENDONG PENIAGA!!

Sebelum ini sewaktu BN memerintah Parlimen Taiping, memang susah nak jumpa kerabat babi walaupun didepan market babi. Serious gua tak tipu.

Sekarang ni tengok la sendiri!! Apa Nga Kor Meng buat? Takkan dia tak tahu bahawa babi ni pembawa wabak! Bodoh!

TERBARU! WARGANEGARA CINA MATI DITEMBAK DI SABAH!

Berikut adalah salinan report:

Pada 15/11/3 jam l/kurang 0100hrs,  semasa berada di restoran resort mandur pom-pom resort bernama Leonardo, b/bugis terdengar bunyi tembakan. Selepas itu mandur tersebut terus pergi ke kem PGA maklumkan perkara tersebut.

2. Pada jam l/kurang 0105 hrs, seramai 15 anggota pga yg diketuai oleh sjn Mokthar sampai di tempat kejadian. Semasa di tempat kejadian sjn moktar ternampak satu lubang. Selepas buat pemeriksaan didapati ada 1 mayat lelaki terbaring berdekatan pintu. Sjn moktar kemudian maklumkan kejadian itu ke pos mataking dan mabul.

4. Hasil siasatan awal ditempat kejadian iaitu sebuah resort water villa 2 didapati ada satu mayat lelaki bernama Lin Min Hsu, 57thn warganegara cina. Pada mayat tersebut terdapat 2 kesan tembakan pada dada dan rusuk sebelah kiri. Terdapat 4 kelongsong peluru 1 jenis 5.56mm dan 3 jenis 6.62mm. Hasil siasatan awal juga didapati didalam resort tersebut didiami oleh sepasang suami isteri iaitu mangsa dan isteri mangsa bernama An Wei Chang, 58 thn warganegara cina. Kedua mereka mula menginap di pom-pom resort pada 12/11/13 dan dijangka keluar 20/11/13. Dipercayai isteri kepada simati telah dibawa lari oleh saspek dlm kejadian ini. Anggota pga ada mendengar bunyi enjin pam bot beredar dari hadapan resort menuju kearah pulau mataking.

jarak tempat kejadian ke pantai l/kurang 800 meter. Jarak pos pga dgn tempat lejadian l/kurang 1km. kedalaman air semasa kejadian l/kurang 1 meter. Pelancong yang menginap di resort tersebut buat masa sekarang seramai 48 org.Water villa terdapat 6 bilik diresort tersebut pada kejadian tersebut 3 bilik perpenghuni termasuk bilik mangsa.

Butir mangsa mati:-

Li-Min Hsu no pasport 303622261 pasport republic of china

Butir mangsa dicolek:-
An-Wei Chang no paaport 305097177 pasport republic of china.

Kesahihan berita ini belum dipastikan lagi.

HEBAHAN!!! GAMBAR SUSPEK UNTUK SEBARAN... AYUH BANTU @PDRMsia!!! #CommunityPolicing



KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur mengeluarkan fotofit dua suspek bagi membantu siasatan kes yang dikendalikan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini.

Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam satu kenyataan media memberitahu, salah seorang suspek terbabit dikenali sebagai Ika merupakan lelaki beperwatakan wanita.


“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 03-91452222 atau Pusat Kawalan IPD Cheras di talian 03-92840083 atau Hotline Rakan Cop Kuala Lumpur 03-21159999 / SMS ke 32728 atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran,” kata kenyataan itu hari ini.

Polis Kuala Lumpur turut meminta orang ramai menghubungi Pusat Kawalan IPD Cheras di talian 03-92840083 atau Hotline Rakan Cop Kuala Lumpur 03-21159999 / SMS ke 32728 atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran jika mempunyai maklumat tentang seorang lagi suspek. -  SUMBER

NGA KOR MENG KURANG AJAR!! LANGGAR KAWASAN GERAKAN!! PEJABAT SENDIRI ADA APA GUNA?


"Gerakan mengalu-alukan Ahli Parlimen dan ADUN DAP Taiping untuk selesai masalah rakyat di hadapan Wisma Gerakan harian, jangan buat wayang sahaja."

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Meng dan sekutunya telah membuka kaunter aduan di Wisma Gerakan Taiping. Apa yang menariknya ialah, dia dan kroninya dengan 'slumber' telah melanggar kawasan. Apa guna Pejabat DAP Taiping yang gah membangun sepanjang pemerintahannya selama hampir 2 penggal?

Persoalan yang saya mahu ketengahkan disini ialah apa mereka buat selama ini dan kenapa Wisma Gerakan juga dipilih sebagai venue utama?

Atas sebab melanggar kawasan, puak-puak sarkas DAP telah dihalau oleh Majlis Perbandaran Taiping atas aduan yang dilakukan oleh Wakil Pengerusi Gerakan Taiping, Soo Kay Ping. Setelah itu, mereka telah berpindah ke perkarangan kedai.

Menurut ura-ura yang didapati, Punca sebenar hal ini berlaku adalah kerana Dato Tan Lian Hoe telah membidas Nga Kor Meng kerana tidak menjalankan tanggungjawab sepanjang Ahli Parlimen Taiping.

seterusnya





Lagi gambar di FB PGRM Taiping

APABILA KEBIADAPAN MP PEMBANGKANG BERTINDAK SEPERTI MONYET DAN ANAK-ANAK....


Lihat sendiri betapa kurang ajarnya gelagat Ahli Parlimen Pembangkang di Parlimen. Tidak professional dan biadap!!

Jika mahu mensabotaj bukan ini caranya, tetapi perlulah dihujahkan semasa bersidang untuk dibincangkan di Dewan Rakyat.  SELANJUTNYA

Thursday, November 14, 2013

TERKINI!! LAGI KES TEMBAK BERLAKU.. DI KELANTAN!!!


Untuk makluman terdapat 1 kes tembak di Tawang, Bachok pada jam lebih kurang 2120hrs tarikh hari ini...

Repot pertama berkait Tawang Rpt: 1448/13.. Butiran lanjut kes belum diperolehi..

Untuk makluman pembaca. Ini adalah kawasan yang sama berkait dgn kes tembak PK HEM SK Tawang 3 bulan lepas.

HARGA PETROL TURUN RM0.10. MEDIA PEMBANGKANG KENAPA SENYAP?

Harga petrol RON 97 turun sebanyak RM0.10 berkuatkuasa hari ini. Apakah reaksi yang bakal pembangkang persembahkan selepas ini? 

Saya teringin melihat kerenah pembangkang melompat seperti kera dalam sangkar dimana yang kita lihat mereka berdemonstrasi mempertahankan Tuhan Ambiga mereka.

The price of RON97 was quietly dropped by 10 sen effective today, bringing the price of the premium fuel down to RM2.75 per litre. - PAULTAN

Hal ini disahkan melalui surat yang tertulis seperti dibawah:


Melalui sumber lain pula:
SUMBER: 
The price of RON97 was quietly dropped by 10 sen effective today, bringing the price of the premium fuel down to RM2.75 per litre. This decrease comes just over two months after the last price change, where the price of the fuel was increased by 15 sen from RM2.70 per litre. RON95 remains at RM2.10 per litre and diesel at RM2.00 per litre. Unlike RON95 and diesel, the pricing of RON97 is minimally subsidised and claimed to be derived by market forces, so price changes happen more often than RON95, and diesel.

Wednesday, November 13, 2013

BUKTI RAKAN PEMBUNUH PEGAWAI AMBANK LARI TAK CUKUP TANAH!!!


Akaun facebook rakan pembunuh pegawai operasi Ambank, Joemar Omar atau nama palsunya Osman Saleh telah ditutup.


Joemar, pemilik 2 akaun bank, Bank Islam dan Bank Simpanan Nasional. Sehingga kini pihak institusi kewangan mash membisu, belum lagi menjelaskan prosedur dipraktikkan sehingga pemegang MyKad palsu berpeluang membuka akaun bank.

Saya menulis mengenai penjenayah kini diburu polis itu pada 31 Oktober lalu, klik di sini dan banyak gambarnya saya dedahkan sebelum dipaparkan di media cetak dan elektronik, tengok di sini.


Ringkasnya, untuk menutup akaun facebook, Joemar memerlukan kemudahan internet samada diperolehi dari rumah kenalannya atau kafe siber. Mengapakah dia bertindak menutup akaun terbabit? Penjenayah beasal dari Sulawesi Tenggara, Indonesia itu sedar, pelbagai maklumat telah dikumpulkan oleh pihak polis melalui informasi dicatatkannya selama aktif di facebook. Maklumat itu barangkali amat berguna untuk polis mengesan lokasi dia bersembunyi pada masa ini.

Joemar kecut telur.

Kemaskini status terakhir bekas pengawal keselamatan HARAM itu dibuat pada 23 Oktober, hari kejadian Loade Ardina Loade Rasila, 35 tahun, menembak mati pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib, di Subang Jaya, Selangor.

Menurut maklumat dikongsikan oleh polis, Joemar dipercayai masih memiliki RM428,200 wang hasil rompakan Loade Ardina tempoh hari, klik di sini. Loade diberkas di Kota Tinggi, Johor, selepas 19 hari cuba memboloskan diri ke negara asal.

Bayangkan, Loade kini meringkuk di lokap, Joemar pula bak cacing kepanasan diburu oleh pihak berkuasa dan dipercayai masih berada di Malaysia.


Saya percaya selain pihak polis, orang awam juga tidak keberatan untuk menghubungi pihak berkuasa sekiranya terlihat kelibat bajingan ini.

MP LENGGONG BANGUN MOHON BIL API SURAU DAN MASJID DIMANSUHKAN!

Tahniah!

Cadangan ini dibawakan di Parlimen semalam oleh Dato' Shamsul Anuar Hj Nasarah iaitu merupakan Ahli Parlimen Lenggong,  merangkap Pengerusi PTPTN dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

YB Shamsul menyatakan hal ini di laman FB nya.

Ini merupakan satu cadangan yang sangat baik dan murni. Satu pujian patut diberikan kepadanya.

Diharap kerajaan dapat meluluskannya tanpa berfikir dua kali.

Tuesday, November 12, 2013

APE CERR NI??! MALAYSIAKINI JANGAN JADI BODOH!!!!

Dipetik dari laman blog TAIPING WALKER

Seperti yang dketahui sebelum ini Kuil Sri Muneswarar ini adalah ingin DINAIKTARAF bukannya mahu DIROBOHKAN.. Ternyata "MALAYSIAKINI" penipu!.


Tinjauan Mykmu.net pada malam ini mendapati kuil tersebut masih kekal seperti struktur asal tanpa sebarang masalah. Sebaliknya apa yang diruntuhkan ialah bahagian tambahan kuil yang termasuk di bawah tanah Menara Hap Seng dan dibina tanpa kebenaran. Selanjutnya

WAJAH PEMBUNUH PEGAWAI JAIP DIDEDAHKAN.. MOHON SEBAR!!! @PDRMsia

Mohon sebar seluas-luasnya!!

IDENTITI SEBENAR PEMBUNUH KEJAM PEGAWAI AMBANK.


Suspek dalam pembunuhan pegawai Ambank dikenalpasti sebagai Indonesia berasal dari Sulawesi.

Nama Sebenar : Laode Ardina Laode Rasila
Nama Palsu : Ardi Hamzah 
Asal Sebenar : Desa Latugoh, Kacamatan Lawa, Sulawesi
Asal Palsu : Tawau, Sabah

Rakannya Joemar (dipercayai warga Indonesia juga) kini diburu kerana menurut KPN, suspek merupakan perancang rompakan tersebut dan turut melarikan wang rompakan. 

Monday, November 11, 2013

PELAWAK PI MAI PI MAI TANG TU MENINGGAL.. AL-FATIHAH


Alfatihah... baru terbaca status di FB MHI berita kematian pelakon komedi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu Ahmad Busu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang akibat penyakit strok selepas magrib.

Sementara itu, rakan baik Allahyarham pelawak Imuda, 53, berkata jenazah akan dibawa pulang di kediamannya di Taman Seri Andalas, Klang dan dikebumikan pada pagi Isnin.

"Saya dapat tahu tentang pemergian Allahyarham daripada salah seorang anaknya kira-kira selepas magrib tadi, buat masa ini jenazah masih di hospital.

"Saya difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya dan akan disembahyangkan di Masjid Lipat Kajang, Seri Andalas, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam," katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan juga tiga orang anak. - MTK

Sunday, November 10, 2013

KESIAN.. MUDA LAGI SUDAH MATI DITETAK....


Seorang lelaki berusia 22 tahun mati setelah mengalami kecederaan parah akibat ditetak sekumpulan empat lelaki bertopeng yang bersentajakan parang di kediamannya di Taman Desa Chandan di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu mangsa, Susidaran a/l Sukumaran meninggal dunia di tempat kejadian akibat setelah ditetak pada bahagian depan dan belakang kepala, kaki, tangan dan beberapa bahagian anggota badan lain.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Suprintendan Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, tidak lama selepas menetak mangsa, kumpulan sama dilaporkan menyerbu masuk sebuah rumah di Taman Song Choon, dekat sini.

"Kumpulan berkenaan dilaporkan cuba mencari seseorang di Taman Song Choon pada pukul 3.15 petang, tidak lama selepas menetak mangsa di Taman Desa Chandan," katanya.

Menurutnya, pihak polis percaya kejadian tersebut bermotifkan dendam -  UTUSAN

Friday, November 8, 2013

TERIMA KASIH!! REMAJA CINA YANG HINA ISLAM DIBEBASKAN!!

Polis menahan seorang remaja lelaki di Bandar Hilir Melaka pada Khamis bagi membantu membantu siasatan berkaitan kes menghina Islam dengan menulis kata-kata mencerca Allah SWT dalam statusnya di laman Facebook baru-baru ini. 


Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata suspek berusia 17 tahun dari Petaling Jaya itu ditahan pukul 3 petang tadi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini untuk diambil keterangan. 

Remaja itu kemudian dibebaskan tengah malam ini dengan ikat jamin polis, katanya ketika dihubungi Bernama di sini. 

Remaja itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 susulan satu laporan polis diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap tindakan remaja berkenaan.
Zainuddin berkata remaja tersebut sudah berhenti sekolah selepas peperiksaan PMR dua tahun lepas dan ketagih dengan permainan komputer - Bernama.

Thursday, November 7, 2013

LAGI AL-KISAH MENGENAI #UiTM


Lagi kisah tentang UiTM. UiTM merupakan satu-satunya tiket untuk bumiputera melanjutkan pelajaran dengan selesa. Namun, masih ramai yang tidak sedar diri dan menggunakan Diploma dan Ijazah UiTM untuk membuka dada melawan kerajaan. Contohnya seperti awek melayu yang bekerja dengan Lim Guan Eng, Dyana. Nak tahu apa kisahnya? Sambung baca dibawah:


ROCKY'S BRU:

No, thanks. I agree with new YB Irmohizam Ibrahim on the need to maintain UiTM mainly for the sons and daughters of the soil regardless of religion. That IS, after all, UiTM's DNA, it's what makes it different and special. Non-Bumiputera students' intake, if any, should be confined to special cases, eg children of civil servants, police, army, or anak yatim-piatu. If it's decided that access for non-Bumis should be increased, it must be done gradually. If taht happens, it is important that the Bumi-NonBumi ratio must reflect the country's population, as this would serve as a reminder to all these students, when they graduate, of how disproportionate other aspects of real life are out there (and why we must continue to correct the imbalances).

Kit Siang's Dyana, made-in-UiTM

However, I disagree with his idea of turning my alma mater into a Royal UiTM, and not just because it will make this proud institution of higher learning sound like a golf club. A "DiRaja" title will do nothing to protect the UiTM from those who want to force it wide open to non-Bumiputeras (while at the same time blocking the opportunities for Bumiputeras in other fields, eg private sector jobs). PDRM is the perfect example, as cited by DAP Lim Kit Siang's political secretary Dyana Sofya. She should know: just look at how unprotected our police diRaja officers have been against the poisonous barbs thrown by her own party leaders!


So Let UiTM be, I say. And I say that to people like Irmohizam and Dyana's boss Kit Siang.


If at all, it is the "Royal" that needs protecting. The word has been abused, misused, overused. Eg Royal Selangor Club, Royal Ipoh Club, Royal Lake Club, Royal This Golf Club, Royal That Golf Club ... berapa banyak kelab diRaja daa?! My suggestion: DROP all "Royal" titles from these clubs. The word "Royal" should be reserved for our Police, Army, Customs and selected civil services. Otherwise, one may get the impression that that's all our members of Royalty do - clubbing!

Wednesday, November 6, 2013

Al-FATIHAH.. BLOGGER DARI PAHANG MENINGGAL DUNIA

Diberitakan hari ini, blogger The Spirit of Lubok Kawah pulang ke Rahmatullah di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, Pahang.

Beliau yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Kuala Krau meninggal dunia akibat barah hati dan reput tulang yang dikesan sejurus selepas Pilihan Raya Umum yang lalu.

Allyarham meninggal dunia pada usia 68 tahun turut bertanding dalam PRU ke 13 bagi kawasan DUN Jenderak, namun tewas kepada calon BN.

Selain menjadi Ketua Cabang PKR, beliau juga turut menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan PKR Negeri serta Ketua Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal Pahang.

SH doakan semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman dan dirahmati Allah S.W.T. Al-Fatihah... - semut

Monday, November 4, 2013

#PRKSgLimau: BN MENANG PDM, PAS MENANG MAJORITI YANG JATUH 50%

Seperti yang dijangka dari awal, keputusan rasmi bagi PRK N20 Sungai Limau adalah berpihak kepada PAS. Ini perkara biasa, kerana semua tahu bahawa DUN Sungai Limau adalah kubu kuat PAS.

PAS menang 12,068, manakala BN pula 10,985. Majoriti 1,084.

BN menang 10 PDM, PAS pula 9 PDM.

Kesan: PENDUDUK TEMPATAN SUDAH RAMAU SUDAH TOLAK PAS.

-Majoriti PAS berkurang hampir 50%
-BN menang PDM bererti PAS sudah nyawa-nyawa ikan walaupun bertanding di 'rumah sendiri'.

Puncanya pula adalah sudah dirancanh dari awal lagi. Salah satu senario yang mungkin ada sedar adalah dibawah:

JALAN JEM - DISEBABKAN PERAYU UNDI PAS YANG BERTINDAK MENCETUSKAN PROVOKASI/BUKA PASAR HARI SUPAYA PENGUNDI BN LEWAT ATAU MEMBUAT PUSINGAN-U DISEBABKAN KEADAAN LALULINTAS YANG PERLAHAN KE PUSAT BUANG UNDI. 

DISEBABKAN ITU, JIKA KITA TENGOK WALAUPUN 10KM LAGI JARAK UNTUK MASUK PINTU MASUK DUN SUDAH ADA KERETA PENGUNDI PAS PARKING. KEMUDIAN, MEREKA AKAN DIGERAKKAN KE PUSAT BUANG UNDI SECEPAT MUNGKIN DENGAN MENAIKI MOTOSIKAL MILIK PREBET SAPU BERKOPIAH/BERBAJU PRO PAS SEBAGAI SIGNAL, ADA JUGA YANG OFFERKAN DIRI UNTUK SERVIS DUA HALA.

SETUJU?



#PRKSgLimau: #BeraniHijrah!! KEPUTUSAN TERKINI.. @barisannasional MENDAHULUI!!!

PILIHAN RAYA KECIL DUN (N20) SUNGAI LIMAU.

1715HRS/041113

CULAAN IKUT PUSAT MENGUNDI  (17)

1)PDM Batu 16,, Sek Keb Padang Lumat  
Jum pengundi  - 1149 org
BN - 522  / PAS - 627
BN kalah 105 undi.

2)PDM Sungei Limau, Sek Keb Sg Limau
Jum pengundi - 1,305 org
BN - 700 / PAS - 605
BN menang 105 undi.

3)PDM Sungei Kering, Sek Keb Sg Kering
Jum pengundi  - 358 org.
BN - 272 / PAS - 86
BN menang 202 undi.

4) PDM Simpang 3, SRJK (C) Aik Min, Spg 3 Sg Limau.
Jum pengundi : 1242 org
BN : 645 / PAS : 597
BN menang 48 undi.

5)PDM Selengkoh, Sek Keb Hj Kasim Jassin
Jum pengundi  - 1006 org. BN - 601 / PAS - 405
BN menang 195 undi.

6) PDM Kabu 10, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau
Jum pengundi  - 1950 org.
BN - 1030 / PAS - 920
BN menang 55 undi.

7)PDM Matang Buloh, Sek. Keb. Permatang Buloh.
Jum pengundi - 1,949 org.
BN 45%(877) / PAS 55%(1071)
PAS menang 10%( 194) undi.
                                 
8)PDM Sungei Dedap, Sek. Keb. Sg. Dedap.  
Jum pengundi  : 2,005 org.
BN 42%(842) / PAS 58%(1162)
PAS menang 16%(320) undi.

9)PDM Gelam 3/Bukit Choras,  Sek. Men. Agama Al-Nadzah.
Jum pengundi  : 2,084 Org.
BN 30%(625) / PAS 70%(1458)
PAS menang 40%(833) undi.

10)PDM Bukit Besar, Sek. Keb. Bukit Besar.
Jum pengundi : 2,359 Org.
BN 40%(943) / PAS 60%(1415).
PAS menang 20%(472) undi.

11)PDM Simpang Tiga Luar, , Sek. Keb. Simpang 3 Sg. Daun.
Jum. pengundi  : 1,548 org.
BN 48%(743) / PAS 52%(804)
PAS menang 5%(61) undi.

12)PDM Sungei Daun, Sek. Keb. Sg. Daun Tengah.
Jum. pengundi  : 1,826 Org.
BN 58%(1059) / PAS 42%(766)
BN menang 16%(293) undi.

13)PDM Sedaka/PDM Ulu Sedaka, Sek. Keb Ulu Sedaka.
Jum. Pengundi - 1546 org
BN 689 /PAS 702
Mati - 6 org.
Undi Kelabu/Atas pagar/Tak dapat dikesan 149 org.
PAS menang 13 undi.

14)PDM Dulang Kecil, SMK  Dulang Kechil
Jum Pengundi - 1814 org
BN 1337 / PAS 398 org.
Mati - 0
Undi Kelabu/Atas pagar/Tak dapat dikesan 79 org.
BN menang 939 undi

15)PDM Padang Lumat,  SMK Bt 17.
Jum pengundi - 849 org
BN 413 / PAS - 363
Mati - 1
Undi Kelabu/Atas pagar/ Tak dapat dikesan 55
BN menang 50 undi

16)PDM Dulang Besar, SMK Dulang Besar
Jum pengundi - 989 org
BN 759 / PAS - 226
Mati - 4
Undi Kelabu/Atas pagar tak dapat dikesan 0 org.
BN menang 533 undi

17)PDM Kg Titi Batu, SJKC Pei Hwa Bt 17.
Jum pengundi - 1596 org
BN 661 / PAS 735
Mati - 2
Undi Kelabu/Atas pagar / pengundi luar 198 org.
PAS menang 74 undi.
JUMLAH KESELURUHAN.
BN 11876
PAS 10925
Majoriti 951

Faktor faktor yg mempengaruhi peratusan pengundi:-

1.Pengundi luar
2.Pengundi Cina
3.Sabotaj
4.Undi protes
5.Jentera pilihanraya, jalan sesak serta cuaca.

#PRKSgLimau: HOT! NAIB KETUA PEMUDA 'JINAKKAN' PUAK PROVOKASI PAS!!

TAHNIAH DAN PATUT DIBERI PUJIAN!! MEMANG SAH PERWAKILAN DAN BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIH KHAIRUL AZWAN HARUN SEBAGAI NAIB KETUA PEMUDA BARU!!

Daripada sumber yang didapati. Semasa ketibaan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun di PDM Bukit Besar sebentar tadi, penyokong PAS telah mencetuskan provokasi.

Alhamdulillah,  tiada apa-apa bemda tak baik berlaku walaupun sedang 'keseorangan tanpa pengapit' ketika itu.

Provokasi ini selesai setelah Azwan telah pergi sendiri hulurkan tangan 'minta izin masuk kawasan'. Tinggi risiko yang diambil Azwan ini. Bayangkan jika Azwan dibelasah ketika itu?

Pelik.. Difahamkan semasa kejadian ini berlaku, Azwan sedang 'keseorangan'. Entah kemana hilang exco-exco baru dan barisan pemuda yang baru menang pemilihan baru-baru ini?

#PRKSgLimau: TERKINI!! PERATUSAN TERKINI PENGUNDI YANG KELUAR MENGUNDI!! #BeraniHijrah

Peratusan keluar mengundi PRK N20 Sungai Limau 8.00 - 10.00 pagi hari ini (4/11/2013)

Matang buluh 24%
Sg Dedap   37%
Gelam 3   29%
Bkt Choras  23%
Bkt Besar  16%
Spg 3 Luar 27%
Spg 3   36%
Sungai Daun 23%
Sungai Limau  34%
Selengkoh 29%
Sedaka  belum dpt
Ulu Sedaka  31%
Kabu 10  30%
Sg Kering 29%
Pdg Lumat  29%
Batu 16  27%
Kg Titi Batu 30%
Dulang Kecil 35%
Dulang Besar  32%

#PRKSgLimau: AYUH HIJRAH SEMPENA MAAL HIJRAH!! WAJIB TOLAK PAS!!! #BeraniHijrah #KedahAmanMakmur




Selamat menunaikan tanggungjawab kepada 27,287 pengundi berdaftar di DUN N20 Sungai Limau. 





Sejak hari penamaan calon hinggalah ke hari ini (3/11/2013), dilihat BN mempunyai potensi besar untuk menang pada PRK kali ini. Daripada keperibadian yang dimiliki oleh Calon BN. Nampak gaya, dapat mengatasi mojoriti yang dimenangi PAS pada PRU-13.

Daripada sumber-sumber rakan bloggers lain pula, melalui maklumat yang mereka perolehi, nampaknya cenderung kepada BN. Boleh rujuk dibawah:

Dari laman KEDAH KE KL:

HOT! Penipuan Azam Samat dah terbongkar! #PrkSgLimau

Mula-mula dulu depa dok sebar gambar Azam dengan Allahyarham Ustaz.. dari blog hingga ke masjid-masjid. Kononnya itu untuk membuktikan si Azam ni 'rapat' dengan Allahyarham Ustaz. Ya laa.. masa mula-mula jadi calon dulu, depa dok kata si Azam ni rapat sangat dengan Allahyarham Ustaz, rupanya dia lagi rapat dengan musuh ketat Allahyarham Ustaz si Phahrolrazi tu.

Kemudian Utusan Malaysia pun keluarkan kisah


Bila dah kantoi si Azam ni memang sah dua pupu kepada Phahrolrazi dan mereka juga satu team di Pas Jerai untuk menekan Allahyarham Ustaz semasa menjadi Menteri Besar Kedah dahulu, Pas lagi galak keluarkan gambar calon depa bersama Allahyarham Ustaz dalam blog, dan perbanyakan risalah gambar Azam dan Allahyarham Ustaz dikampung-kampung dan masjid sekitar Sungai Limau.

Sedang mereka asyik menjadikan gambar Azam dan Allahyarham Ustaz sebagai modal utama kempen di Sungai Limau. Tiba-tiba,




TPM Kata BN Ada Harapan di #PRKSgLimau - Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan & Jentera Diminta Siap Siaga!



Siap Siaga! - kata TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin tengah hari tadi meminta jentera pemuda bersiap siaga sebarang kemungkinan yang dilakukan oleh PAS menjelang malam pembuangan undi ketika membuat lawatan ke Bilik Gerakan Pemuda BN yang turut diiringi oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir.

Ini kerana PAS mungkin membuat provokasi jahat bagi meraih undi simpati dari penduduk Sungai Limau, selain itu menurut TPM kajian sikap ke atas pengundi menunjukkan BN mempunyai harapan cerah untuk memenangi DUN Sungai Limau.


Selain membuat lawatan TPM turut melepaskan konvoi bermotorsikal pemuda BN - Naib Ketua Pemuda Azwanbro yang memberikan taklimat akhir kepada Ketua-Ketua Pemuda BN sebaik sahaja selesai lawatan TPM turut mengarahkan jentera bersiap siaga kerana PAS dijangka menggunakan taktik kotor sebagaimana dilakukan sebelum ini.






#PRKSgLimau : Undi PAS, DAP Puas!

11/04/2013

Perjumpaan Pimpinan PAS malam tadi bersama ketua ketua pusat mengundi turut dihadiri wakil DAP yang mana DAP dah sahkan sg Limau PAS akan menang kerana DAP berjaya dapat 2800 undi untuk PAS. Menurut wakil DAP prk Sg limau kali ini hanya boleh ditentukan dengan faktor beli undi dan atas sebab itu DAP telah menyalurkan peruntukkan kepada 2800 pengundi bagi memastikan untuk mengundi PAS esok. Atas penerangan wakil DAP itu menyebabkan 4 ketua pusat mengundi yang hadir tidak berpuas hati dengan campurtangan wakil DAP dan telah bertindak keluar dari meeting yang diadakan. 4 ketua pusat mengundi PAS juga telah mengugut untuk menututup dan tidak membawa pengundi esok keluar kerana tidak berpuas hati DAP mengatur segala proses Prk Sg Limau dan bermain dengan pembelian undi.

"DAP dah atur kemenangan, nampak sangat lah bahawa DAP yang boleh tentukan kemenangan PAS walaupun di tempat Melayu"

Terbukti PAS hanya ikut telunjuk DAP dalam apa cara sekalipun termasuk dengan Prk Sg Limau ini dengan menggunakan duit yang DAP perolehi bagi membeli undi. Tak hairan lah Lim kit Siang keluarkan kenyataan Prk Sg limau Duit merupakan faktor kemenangan parti yang bertanding.

*Undi PAS, DAP Puas!


Sempena hari mulia Maal Hijrah yang akan menjelang esok, ayuh HIJRAH!!



Saturday, November 2, 2013

#PRKSgLimau: 48 JAM TERAKHIR: TAKTIK TERDESAK PAS PALING BIADAP TAHAP MAKSIMA!!!


Nampaknya, 48 jam terakhir sebelum pilihan raya kecil Sungai Limau berlangsung, kehangatan dan taktik terdesak untuk meraih undi semakin menjadi-jadi di situ.

Terbaru, beberapa patung yang dipotong kaki dan ditulis Kaki Ustaz dikesan digantung di beberapa lokasi.

Timbul persoalan ia angkara siapa?

(BACA: Patung Kaki: BN Buat Laporan Polis)

Pihak Pakatan Rakyat (PR) dengan pantas menuding jari ia adalah perbuatan Barisan Nasional (BN) dengan mengaitkan ia kepada ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai gula dan kaki bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Datuk Seri Azizan yang terpaksa dipotong.

Namun, di pihak BN pula menuduh ia perbuatan PR.

Ini kerana, jika PAS sanggup menggunakan teknik pertindihan gambar antara calon mereka dengan Ustaz Azizan, maka mungkin mereka atau parti lain dalam PR seperti PKR atau DAP menggunakan taktik kotor seperti itu.

Kalau difikirkan lojik, takkan sebodoh itulah jentera BN untuk meletak patung di merata tempat di kubu kuat Allahyarham Ustaz Azizan.

Buat apa hendak cari penyakit… sudah tentu benda itu akan menimbulkan kebencian kepada BN dan bukannya PR atau PAS.





Ini taktik kempen yang sangat hina.

Rasanya, pihak polis perlu diminta menyiasat ia perbuatan siapa.



Janganlah begitu terdesak sangat untuk kedua pihak hendak menang sehingga menghina Allahyarham yang banyak jasa kepada penduduk Kedah dan Sungai Limau. - MyNewsHub

PART 1: #PRKSgLimau - SEBAB KENAPA ANDA PERLU #BeraniHijrah UNTUK PERUBAHAN #N20SgLimau!!


Berikut adalah sebab dan jawapan kenapa pengundi di DUN Sungai Limau perlu tolak PAS pada Pilihan Raya Kecil ini. Ini semua adalah demi kesejahteraan dan kebaikan kepada penduduk Sungai Limau sendiri bagi memastikan mereka semua dapat merasa 'hasil kerja' dalam agenda utama negara kita, iaitu TRANSFORMASI.


Part I - AGAMA ISLAM DIJUAL BELI, HUKUM SYARIAH DIJADIKAN BAHAN MAINAN KETIKA KHUTBAH JUMAAT. 

Pada khutbah jumaat pada solat jumaat semalam (1/11/2013), di Masjid Sungai Dedap, Sungai Limau,  Khatib yang menyampaikan khutbah pada waktu itu telah menjatuhkan hukum baru, iaitu WAJIB TOLAK KERAJAAN. Malah, dalam masa yang sama dia turut menghasut dan memburukkan kerajaan pusat agar dapat mencetuskan imej negatif supaya pengundi di N20 Sungai Limau mengundi PAS. 

Saya mahu ajukan satu soalan kepada Khatib tersebut - Pernahkah Majlis Fatwa Negara keluarkan kenyataan rasmi bahawa rakyat Malaysia WAJIB TOLAK KERAJAAN sedia ada? Tidak pernah bukan?

Apa yang lebih memeranjatkan lagi ialah teks khutbah tersebut telah ditulis sendiri tanpa ada kelulusan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. Disamping, ada ura-ura mengatakan bahawa doa yang dibacakannya ketika khutbah tersebut tidak langsung mendoakan kesejahteraan Pemangku Sultan Kedah, Tunku Abdul Malik ibni Sultan Badlishah tetapi mendoakan kesejahteraan calon PAS N20 Sungai Limau Ustaz Azam Samad.

Khatib ini perlu dihadapkan ke Mahkamah Syariah supaya hal 'jual beli agama' seperti ini menjadi perkara yang tidak remeh-temeh dan dapat dijadikan pedoman kepada orang (muslim) lain.

Tonton video dibawah sebagai BUKTI:


#PRKSgLimau: TEKAD CALON BN DR AHMAD SOHAIMI & NAIB KETUA PEMUDA UMNO @AzwanBro KPD PENGUNDI #N20SgLimau




YAN, 1 Nov - Kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Limau dimeriahkan dengan perlawanan persahabatan antara pilihan Pemuda UMNO Jerai dengan pasukan bola sepak Piala Emas Raja-Raja Hijau Kuning.

Perlawanan berkenaan yang berlangsung di padang Sek Keb Sungai Daun berlangsung cukup meriah yang turut disaksikan oleh penduduk tempatan untuk melihat secara dekat pemain pasukan masing-masing.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Datuk Harun berkata program tersebut adalah salah usaha pergerakan itu untuk mendekati orang ramai khususnya dikalangan orang muda.

"Saya gembira melihat ramai penduduk tempatan yang hadir termasuk generasi muda yang datang untuk melihat pemain-pemain kesayangan dan pemain harapan mereka. Program seperti ini kita akan teruskan dalam usaha mendekati orang muda," katanya.



Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sejurus perlawanan berkenaan di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau menyeru agar generasi muda di Sungai Limau untuk membawa mesej perubahan di Sungai Limau sempena pilihan raya kecil berkenaan.

"Mesej perubahan di Sungai Limau perlu dibawa bersama iaitu kita kena sedar bahawa PRK ini apa jua keputusan samaada BN atau sebaliknya itu tidak akan mengubah kedudukan kerajaan yang mentadbir negeri Kedah hari ini.

"Tetapi yang lebih mustahak mesej-mesej yang perlu disampaikan pengundi muda di kawasan ini, ini adalah peluang dan ruang yang ada bagi kita membawa pembangunan sekiranya calon kita terpilih.

"Sudah tentu beliau boleh jadi jambatan antara kerajaan negeri dengan penduduk tempatan. Saya fikir ini satu kelebihan kepada penduduk tempatan kelak," ujarnya. -MediaUMNO

MY SLIDESHARE UPLOAD