Friday, August 30, 2013

TRAGIS!! KEJAM!! EKSEKUTIF PENERBANGAN AIR ASIA-X MAUT DIREMPUH PEROMPAK!!

Sungguh tak disangka kematian eksekutif penerbangan Air Asia-X, Shahrinawati Abu Bakar, adalah lebih tragis daripada laporan sebelum ini dengan fakta baru diterima.

Polis petang ini mengesahkan beliau bukan sahaja dilanggar malah barangannya juga turut dirompak. Kejam!!

Ketua Polis Ampang Amiruddin Jamaluddin berkata seorang saksi bersama rakannya telahpun membawa Shahrinawati ke hospital, malangnya sudah terlambat. Inilah yang dikatakan takdir Allah S.W.T bahawa ajalnya telah tiba.

"Saksi melihat dua lelaki cuba merompak beliau. Dia kemudian mengundurkan kereta bagi menghalang penjenayah tetapi malangnya terkena mangsa," kata Amiruddin.

Shahrinawati, 30, diserang ketika keluar dari kenderaan pada jam 2.45 pagi.

Laporan awal mendapati mangsa maut disebabkan cedera parah namun hasil penyiasatan mendapati sebaliknya.

Dua penjenayah melarikan diri menggunakan motosikal Yamaha LC berwarna hitam dan secara kebetulannya, salah seorang daripada mereka telah keciciran dompet.

Kejadian berlaku di hadapan kondominium Palm Villa di Taman Cempaka di mana mangsa tinggal bersama tiga adiknya.


Siti Mariam Mohd Hanif, 23, rakan kepada mangsa, berkata Shahrinawati seorang ketua yang baik. "Dia seorang yang tegas bila bekerja dan dihormati ramai," katanya yang kali terakhir berjumpa mangsa pada petang Rabu ketika sesi taklimat.

Bapa mangsa, Abu Bakar Jemain, 53, ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur kelihatan tenang. "Ini sudah ditakdirkan. Biar polis yang menyiasat," katanya.

Rakan dan saudara hadir ke Masjid Nurul Hidayah Pandan Indah petang tadi bagi memberikan penghormatan terakhir kepada allahyarham. Al-Fatihah - SUMBER

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive