Tuesday, March 27, 2012

Duit RM300 Juta Dalam Akaun MB Selangor??



Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini melahirkan keraguan terhadap pelaksanaan program di bawah Geran Selangorku berjumlah RM300juta yang diumumkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebab dana itu dikatakan tidak direkodkan di bawah akaun Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas kawasan Gombak Setia itu berkata, program-program di bawah Geran Selangorku tidak akan dapat dirancang dengan baik kerana dana itu didapati tidak ada di bawah akaun MBI.

"Bagaimana nak rancang program untuk rakyat di bawah Geran Selangorku dan Merakyatkan Ekonomi Selangor jika dana RM300 juta tidak diletak di bawah akaun MBI,” katanya dalam soalan tambahan kepada Abdul Khalid pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Abdul Khalid ketika membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2012 berkata, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM300 juta bagi pelaksanaan “Geran Selangorku” yang akan digunakan pada tahun 2012 untuk faedah rakyat Selangor.

Beliau berkata, geran itu akan diuruselia oleh MBI memandangkan pengurusannya adalah bersepadu dengan pentadbiran kerajaan negeri. - UTUSAN


No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive