Friday, March 30, 2012

HOT!! #AmanKampus Aspirasi Mahasiswa VS Mahasewel #ProPembangkang


Pada awalnya, program ini tergendala seketika gara-gara 'rombongan che kiah' #AmanKampus ni sampai lewat ke lokasi kerana ada masalah teknikal yang tak dapat dielak.. But, it's okay.. no problem. Yang penting, alhamdulillah segala program untuk hari ni (29/3/2012) telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan sabotaj oleh mana-mana pihak..


Penceramah : Ustaz Yusnadi dari Jabatan Pengajian Islam UUM yang membicarakan topik 'Halwa Cinta' (Cinta Kepada Allah SWT).

Rombongan ini telah tiba di UUM dalam lingkungan pukul 7 malam semalam. Time ngam-ngam baru sampai je diorang terus pergi ke Masjid Sultan Badlishah, UUM untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah, bacaan yassin, tahlil dan sesi tazkirah oleh Ustaz Yusnadi dari Jabatan Pengajian Islam, UUM. Tidak ketinggalan juga warga kampus UUM dan Geng ADHOC Anak Kelantan yang turut hadir menceriakan majlis berkenaan. Wahh bestnye.. Tak semena-mena jer diorang dapat 'BONUS+ALLOWANCES+FREE GIFT' untuk malam jumaat yang mulia semalam.. Hmmm.... Jauh beza kan dengan apa yang MAHASEWEL PRO-PEMBANGKANG lakukan ????


Diorang sedang kusyuk mendengar ceramah sampai ada yang menguap pun nak cover-cover..Hehehe 

Nampaknya sesi tazkirah ini telah memberi impak hebat kepada jiwa majoriti individu yang hadir semalam.. Termasuklah jiwa gua sendiri. Hee. Tau tak kenapa? Ada orang nak nangis beb semalam.. Haha.. Bukan nak nangis sebab nak balik rumah naa.. Tapi sedih dan sebak tengok rakan-rakan dan umat seagama kita  yang rata-ratanya seperti tidak sayangkan dan tak begitu mengambil berat akan Allah S.W.T dan Rasulullah. Dahsyat.. Gua surrender beb....

Khusyuk - ADHOC Siswa Anak Kelantan khusyuk menghayati nasihat dari Ustaz Yusnaidi

Okay.. Gua taknak cerita panjang dan gua taknak ulas-ulas macam kita tengah korek isi kelapa muda... Now, gua cuma korang bandingkan jer yang mana keruh, yang mana jernih... Aspirasi Mahasiswa atau Mahasiswa Pro-Pembangkang ???

NEXT.. 


Ketika sesi soal jawab.. Mereka berani tampil kehadapan  untuk bertanya demi menambah ilmu pengetahuan.

Seperti apa yang gua tuliskan diatas.. Golongan Aspirasi Mahasiswa lebih cenderung dan selesa untuk menghadiri majlis ilmu bagi mengisi 'kelengkapan diri' yang masih tidak lengkap itu...

TETAPI


Mahasiswa Pro-Pembangkang pulak sangat taksub untuk menghadiri ceramah berunsur politik dan kepartian oleh pemimpin kaki spin yang diangkat menjadi 'IMAM MAHDI' oleh seorang ustaz 'pakar motivasi' dari PKR... Sedangkan kita semua tahu, ceramah sebegitu tidak akan memberikan apa-apa faedah terutamanya untuk diguna pakai oleh seorang insan bergelar 'MAHASISWA'...

P/S : Anda nilaikan sendiri... Sebab anda juga berakal seperti saya :)
















No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive