Friday, March 23, 2012

MasyaAllah...... @anwaribrahim ialah jelmaan Attarurk !!

88 tahun setelah kejatuhan Khalifah Uthmaniyah 

Untuk mengenali siapakah Mustafa Kamal Attarturk. klik [SINI

Tanggal 3 Mac 1924 adalah tarikh malang buat umat Islam seluruh dunia. Tarikh di mana berakhirnya sistem kekhalifahan umat Islam yang berdiri selama 1292 tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Kini setelah 88 tahun kejatuhan khalifah Uthmaniyah di Turki, ramai pejuang Islam terus merintih dan marah perbuatan keji dan jahat Mustafa Kamal Antartuk bersengkongkol dengan puak-puak kafir harbi menjatuhkan khalifah semata-mata ingin menjadi seorang Presiden sebuah Republik !

Pasha Mustafa Kamal Antartuk berasal dari keturunan Yahudi Daunamah yang berhijrah dari Sepanyol ke Greece. Keturunan-keturunan Yahudi Daunamah ini mengaku telah memeluk Islam namun masih kental mengamalkan ritual dan amalan agama Yahudi.

Sejak belajar di kolej tentera, Kamal aktif mengerakkan anasir membenci pemerintahan Islam Turki. Peluang untuk disanjung oleh rakyatnya menjadi kenyataan apabila beliau secara sengaja diberikan kemenangan teknikal oleh British dalam peperangan di Semenanjung Balkan sebanyak dua kali. Kemenangan ini membolehkan Kamal dilantik sebagai panglima tertinggi angkatan tentera Turki oleh Sultan.
Hari-hari terakhir Khalifah Uthmaniah.

Namun dalam masa yang lain, Kamal melakukan pengkhianatan apabila secara sengaja membiarkan tentera Inggeris mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyah tanpa tentangan hebat sehingga memudahkan British menawan wilayah-wilayah jajahan Turki. Kekalahan Turki dalam Perang Balkan (1912-1913) dan Perang Dunia Pertama (1914-1918) menyebabkan imej Uthmaniyah terus tercalar.

Kekalahan ini juga menyebabkan Turki dipaksa oleh British menerima genjatan senjata dan terpaksa membubarkan Dewan Rakyat yang menentukan kekuasaan khalifah. Keengganan khalifah menyebabkan British mencetuskan huru-hara dan menyalahkan pula khalifah di atas keadaan tersebut. Tentera Bersekutu turut membiayai sepenuhnya gerakan reformasi oleh Gerakan Kaum Muda Turki pimpinan Mustafa Kamal demi menghancurkan kepimpinan khalifah Uthmaniyah dan menggantikannya dengan sistem politik baru yang lebih bebas dan liberal serta menolak Islam.

Perlantikan Mustafa Kamal sebagai pemimpin harapan British telah digunakan oleh pengikut-pengikutnya untuk menjalankan dakyah memburukkan kesultanan Uthmaniyah. Sementara Tentera Bersekutu seperti British, Perancis dan Soviet Union mula sibuk membahagi-bahagikan kekuasaan empayar Uthmaniyah, tentera-tentera Greece pula giat membunuh dan mengusir beramai-ramai umat Islam di Greece, Balkan dan Cyprus. Barat turut berjaya memainkan propaganda melekakan umat Islam kononnya tentera Turki berjaya mengalahkan tentera Greece dan Islam berjaya tertegak kembali di Balkan sehinggakan ada penyair dan ulama diupah supaya melabelkan Kamal Antartuk sebagai ‘Khalid Al Walid’ dan ‘Imam Mahdi’. Hakikatnya, tentera Greece tidak memberikan sebarang tentangan dan membiarkan tentera Turki masuk ke Greece secara aman!

Umat Islam leka dan teruja dengan ‘kemenangan’ tersebut, akhirnya tersentak apabila pada tanggal 3 Mac 1924, Mustafa dan British memaksa pembubaran kerajaan khalifah dengan menghalau khalifah dan kerabat diraja keluar dari istana dan negara. Kamal diberi gelar ‘Antartuk’ dan dilantik sebagai seorang Presiden di sebuah Republik yang baru!. Melalui perintah Antartuk, Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-Undang Syariah dimansuhkan. Manakala sekolah-sekolah agama ditukar menjadi sekolah awam dan azan ditukar ke bahasa Turki. Serban, purdah, janggut diharamkan, manakala hiburan dan budaya sekular digalakkan.

Ingatlah kaum muslimin! Usaha menghapuskan khalifah Uthmaniyah dilakukan dengan begitu rapi. Seorang yang bercita-cita tinggi tetapi lemah pegangan iman dan kesedaran terhadap syariat Allah ternyata mudah dipergunakan oleh kafir harbi untuk menghancurkan Islam secara sistematik. Pengkhianat sebegini sentiasa akan dianggap oleh kafir Barat sebagai pejuang kebebasan. Manakala di kalangan pengikut taksub mereka, dia mudah ditabal sebagai manusia ‘anugerah tuhan’ atau ‘Imam Mahdi’ yang kononnya akan membawa pembaharuan. Wahai umat Islam, lihatlah apa yang cuba dilakukan oleh musuh-musuh Islam di negara kita kini begitu banyak persamaannya dengan apa yang pernah dilakukan oleh perosak Islam - Kamal Antartuk;.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya Allah akan mengutus kepada umat ini seorang mujaddid terhadap agamanya setiap 100 tahun”. Adakah kita hanya menunggu pimpinan mujaddid tersebut tanpa berbuat apa-apa bagi melindungi Islam. Sebaliknya terus leka bercakaran merebut kekuasaan. Mungkinkah tarikh 3 Mac 2024 akan lahir mujaddid itu? Lambat lagi wahai umat…lihatlah satu persatu hak kita dicabuli, kita diam sajakah?

SUMBER : MY MASSA

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive