Wednesday, May 16, 2012

#JDAB2012 LATEST!! Seramai 300 Anak Perak Bakal Jadi Mahasiswa #UiTM Secara Percuma!! @ZambryAbdKadir @NajibRazak @datosahol

Jelajah Destini Anak Bangsa baru sahaja tamat penjelajahannya di Negeri Perak. Seramai 300 orang lagi sasaran baru bakal mengikuti program MDAB yang dijalankan ini.

Setelah tamat penjelajahan di checkpoint pertama di Kampung Pasir Panjang Laut seperti yang aku updatekan di artikel sebelum ni, JDAB telah melawat 3 lagi kawasan iaitu di Bruas, Changkat Jering dan akhir sekali ialah Bagan Serai.

RINGKASAN

Bruas : Program Diadakan di Dewan Orang Ramai Baharu bersama YB Dato Hamdi Hj Abu Bakar, Ketua Penerangan Menteri Besar Perak. Sambutan agak dingin disana dan telah berjaya mengumpul seramai 50 orang.

Changkat Jering : Program telah diadakan di Dewan Bunga Raya dan mendapat sambutan hampir 200 orang. ADUN Trong Merangkap Ketua Parlimen Bukit Gantang, Dato Rosli Husin telah hadir memberikan sokongan.

Bagan Serai : Program di Dewan Komuniti Bagan Serai bersama ADUN Alor Pongsu (Dato Sham Mat Sahat) dan disini telah mengumpul kehadiran paling ramai. Sebanyak hampir 200 orang calon MDAB berjaya diserapkan.

Tahniah kepada skuad JDAB dan warga UiTM Perak kerana telah menjayakan program hari ini.

Untuk maklumat lanjut, layari www.jelajah-anak-bangsa.blogspot.com atau follow twitter @JelajahDestini dan hashtags #JDAB2012 untuk update terkini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive