Thursday, March 7, 2013

#PrayForSabah: Syabas @PDRMsia & ATM! Kematian Penceroboh Sulu Bertambah!! #Pray4Sabah


Pasukan keselamatan Malaysia menembak mati lebih ramai lelaki bersenjata apabila mereka memperluaskan buruan terhadap kumpulan bersenjata Sulu pada Rabu, selepas operasi ofensif menentang kumpulan itu di Kampung Tanduo pada Selasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, lelaki bersenjata terbunuh dalam pertempuran di tiga lokasi berasingan selepas polis dan anggota tentera memperluaskan pencarian mereka ke Kampung Tanjung Batu, kira-kira dua kilometer dari Kampung Tanduo.

“Kami percaya sebahagian musuh terbunuh walaupun kami tidak mengesahkan bilangan kematian buat masa ini,” katanya.

Beliau berkata, mereka mempercayai lelaki bersenjata Sulu berjaya melarikan diri ke Kampung Tanjung Batu dari Kampung Tanduo dan polis memburu mereka di sana.-Mstar

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive