Saturday, February 15, 2014

LAGI KAUM CINA KECAM VIDEO 'ONEDERFUL MALAYSIA' @teresakok


Kumpulan Profesional Cina hari ini tidak bersetuju dengan penerbitan video dan 'Onederful Malaysia CNY 2014' terbitan Teresa Kok berikutan mengandungi elemen keganasan lembut (soft violent) yang boleh mempengaruhi mereka yang tidak berfikir secara positif.

Anggota Profesional Pertubuhan Psikologi Amerika, Dr. Wong Kok Fye berkata, perwatakan yang dipaparkan dalam vedio tersebut telah mewujudkan satu lakonan mempersendakan golongan transeksual yang mana lelaki berpakaian wanita dan lelaki lembut.

"Saya merasakan kandungan video ini mengandungi banyak elemen keganasan lembut yang boleh membawa kesan sosio psikologi kepada masyarakat.

"Kanak-kanak yang tidak mempunyai latar belakang politik apabila menonton video ini merasakan bahawa tidak mengapa untuk menjadikan golongan transeksual sebagai bahan lawak jenaka," katanya pada satu sidang media di Subang Jaya hari ini.

Antara kumpulan profesional cina yang hadir termasuk Pengamal Pendidikan, Loh Wei Jing, Peguam Ryan Ng Chua Yie, Pelatih Korporat, Phoenix Low Kai Lay dan Aktivis Sukarelawan, Alex Lee Keat Lay .


Beliau menjelaskan, video tersebut turut menjejaskan suasana Tahun Baru Cina serta tidak membantu keadaan sosial negara tetapi menjadikan situasi lebih buruk.

Kumpulan itu juga bersepakat mendesak Teresa memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia walaupun mereka tahu beliau tidak akan berbuat demikian.

Dalam klip video bertajuk ‘Onederful Malaysia CNY 2014′ berdurasi hampir 12 minit itu, Teresa yang juga Naib Pengerusi DAP berlakon sebagai pengacara yang menemu ramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baru Cina.

Tiga tetamu undangannya itu mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya mengenai pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah.

Video itu didakwa turut dikatakan menghina kaum Melayu menerusi perkataan 'Malay Si' yang membawa maksud 'Melayu Mati'.
.
Selain itu, kandungan video tersebut turut memperlekehkan insiden pengganas di Lahad Datu, Sabah yang mengorbankan beberapa pasukan tentera di negara ini. - RAKYATNEWS

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive