Sehingga sekarang, teori popular, pengundi hantu dari kalangan warga asing, terus popular di kalangan Pakatan Rakyat. Sekalipun, mereka sendiri tidak ada bukti, malah dalam petisyen pilihanraya yang dibuat di mahkamah pun, haram tak sekali bentang kes dengan bukti pengundi hantu, sebaliknya sekadar mempertikaikan dakwat kekal yang tak kekal tetapi gagal membuktikan ketidakkekalan dakwat tersebut membolehkan pengundi mengundi lebih dari sekali, namun cerita tentang pengundi hantu dari kalangan warga asing, terus dipopularkan.
Anehnya, sekalipun semua teori tersebut hanyalah satu pembohongan, tohmahan dan fitnah semata-mata, tetapi para penyokong Pakatan Rakyat cukup percaya.
Pada PRU13 lalu, Pakatan Rakyat terutama sekali DAP banyak bercakap tentang pengundi hantu dan kemudian blackout. Walaupun telah diterangkan bahawa tuduhan tersebut tidak berasas tetapi para penyokong Pakatan Rakyat tetap juga menyebarkan tohmahan dan fitnah tersebut sehinggalah mereka mengadakan demonstrasi demi demonstrasi.
Namun akhirnya, mereka senyap sunyi apabila KESEMUA PETISYEN yang dibuat, langsung tidak menyebut tentang pengundi hantu dari kalangan warga asing.
Nampaknya Chegu Bard yang masih tidak serik setelah berulang kali terkantoi menipu, meneruskan semula fantasi pengundi hantunya. Dalam kenyataan terbarunya, entah dari mana gambar dikutip, Chegu Bard cuba menimbulkan keraguan berhubung kehadiran sejumlah warga asing yang dipercayai dari Myanmar di Kajang. Chegu Bard turut cuba mengaitkan tempoh yang agak panjang untuk PRK DUN Kajang tanpa sedikit pun dia berusaha untuk menceritakan bagaimana Anwar Ibrahim terlalu mendesak agar PRK dijalankan seberapa segera bagi memberikannya alasan untuk menghindar daripada perbicaraan di Mahkamah Rayuan berhubung kes liwat bekas pembantu peribadinya.
Ternyata, pembohongan dan fitnah berterusan dilakukan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya PKR tanpa rasa bersalah sedikit pun. Mereka tetap juga menipu dan memperdayakan sekalipun mereka telah terkantoi dan tiada sebarang bukti yang ditunjukkan.
Mujur jugalah, para penyokong Pakatan Rakyat kebanyakannya bodoh-bodoh belaka dan mudah diperbodohkan sehingga cerita bongok seperti yang dituturkan oleh Chegu Bard pun mudah untuk mereka percaya.
Baca kenyataan medianya:
Kenyataan Media
19 Februari 2014
Perkembangan Pelik di Kajang, SPR Harus Minimakan Ruang Manipulasi
Satu perkembangan yang pelik telah berlaku di sekitar Kajang apabila pasukan pemantauan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengesan beberapa bas persiaran menurunkan warga asing di hadapan KTM Kajang pagi ini.
Apakah ianya satu kebetulan apabila ribuan warga asing dipercayai warga Myanmar hadir ke Kajang dengan beg besar seolah-olah baru masuk ke negara melalui KLIA.
Dalam perkembangan yang sama, adakah kehadiran warga asing ini turut berkaitan dengan kelewatan melampau tarikh pilihanraya kecil yang jatuh pada akhir Mac dengan alasan yang tidak masuk akal?
SAMM tidak menolak kemungkinan kelewatan tarikh PRK ada kaitan, demi persiapan lebih rapi untuk penipuan pilihanraya kecil N25. Usaha SPR untuk menggunakan senarai pemilih yang baru (Mac 2014) juga agak meragukan.
SAMM turut menggesa supaya SPR meminimakan ruang-ruang manipulasi antaranya dalam soal jumlah pengundi awal yang begitu ramai.
Menjadi persoalan, mengapa SPR menggunakan petugas dari pengundi DUN Kajang? Mengapa tidak SPR memanggil petugas dari sekitar Bangi, Semenyih dan Cheras untuk menjadi petugas pilihanraya?
Jika SPR memanggil pengundi Kajang sebagai petugas maka ia membuka ruang manipulasi dengan peningkatan besar jumlah pengundi awal. Ini sepatutnya boleh dielakkan.
Sebagai sebuah badan yang tercalar teruk menafikan demokrasi dalam PRU lalu, SPR harusnya terarah untuk menjadi lebih bersih bagi mengembalikan keyakinan orang ramai. Namun pemerhatian SAMM setakat ini, SPR tetap tidak berubah dan tidak punya usaha yang nyata untuk perbaiki kelemahan. SPR terus diperkudakan pemerintah.
Sebelum ini SAMM telah mendesak pihak SPR memperinci anggaran perbelanjaan RM1.6 juta untuk PRK Kajang yang disifatkan agak tinggi. Ia ekoran operasi SPR yang kerap menggunakan orang tengah dalam pelbagai urusan secara tidak langsung berlaku ketirisan dan pembaziran.
Akhir sekali, SAMM menyeru kepada orang ramai dan semua aktivis demokrasi agar turun ke Kajang untuk memastikan pilihanraya kecil kali ini berlangsung dengan bersih dan adil. Harus diingat, Inilah 'turning point' bagi pihak Barisan Nasional maka tidak mustahil penipuan terbesar dalam sejarah bakal berlaku di Kajang.
Sekian,
che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Credit: http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/02/fitnah-lagi-chegu-bard-dah-mulakan.html?m=1
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment