Thursday, February 20, 2014

KES MERCEDES BENZ: SIAPA KATA @cmlimguaneng DAH BEBAS? @SPRMMalaysia


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan eng hari ini mengatakan bahawa dia telah bebas dari siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait dengan isu Kerajaan negeri Pulau Pinang membeli Mercedes Benz S300L untuk Guan Eng pada harga RM298,263.75 dengan potongan sebanyak 55 peratus atau RM358,954.25 ekoran diskaun dan pengecualian cukai berbanding dengan harga asal RM657,218.


Namun begitu, ternyata LGE telah membuat satu kenyataan yang palsu! Pembaca boleh baca entri dari laman FZ.COM MACC's clearance shows state is clean: Guan Eng , MACC willing to explain to Lim on investigation procedures & MACC: Guan Eng cleared in State Benz purchase. No case against Kok Ping too

Manakala, dibawah pula ialah kenyataan rasmi daripada SPRM sendiri yang mengatakan bahawa Lim Guan Eng masih dalam siasatan: 
KENYATAAN MEDIA: SPRM SEDIA BERI PENERANGAN KEPADA ADUN PULAU PINANG 
MERUJUK kepada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng semalam bahawa beliau keliru antara proses mengumpul maklumat dan siasatan formal, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menjelaskan bahawa SPRM sebelum memutuskan sama ada satu siasatan formal boleh dibuka atau sebaliknya, SPRM akan mengadakan proses mengumpul maklumat apabila menerima maklumat.
SPRM akan mengumpulkan maklumat untuk dinilai oleh Jawatankuasa Menilai Maklumat (JMM), yang akan memutuskan merit sama ada kertas siasatan perlu dibuka atau sebaliknya selaras dengan kehendak undang-undang.
SPRM juga ingin memaklumkan bahawa wujud perbezaan yang jelas antara proses mengumpul maklumat dan siasatan formal.
Memandangkan Ketua Menteri berkata beliau keliru dengan tatacara kerja yang diamalkan oleh SPRM, SPRM bersedia untuk memberi penerangan kepada Ketua Menteri, barisan Exco dan juga Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang berhubung tatacara kerja siasatan bagi memastikan masyarakat faham atas sistem dan prosedur yang digunakan oleh SPRM.
Ternyata Lim Guan Eng perasan dan penipu. Kononnya dia mahu tutup pekung sendiri, tetapi dibuka semula oleh 'tuan tanah'...

Saya yakin Lim Guan eng bersalah dalam isu Mercedez Benz ini dan bakal kehilangan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang!!! SHAME ON YOU GUAN ENG!! YOU & TERESA SAMA-SAMA KAKI KENCING!!

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive