Calon Ahli Majlis Tertinggi No.60, Tun Faisal Ismail Aziz yang sebelum ini telah mengejutkan dunia media sosial politik tempatan kerana namanya telah digugurkan. Apa yang saya tahu, telah berlaku kekecohan di laman media sosial terutamanya Facebook, Twitter dan Blog kerana ketidakpuashatian dengan kepincangan yang dilakukan oleh Lembaga Pemlihan. Jika benar TF tidak layak bertanding, dari awal lagi borang pencalonannya tidak disahkan.
Namun begitu, TF menerima dengan terbuka dan mengemukakan rayuan. Rujukan berkaitan hal ini boleh rujuk link dibawah:
Setelah didesak oleh beberapa pihak, akhirnya Lembaga Pemilihan memutuskan akan mengumumkan nama calon-calon yang akan bertanding secara MUKTAMAD pada 7 Oktober 2013 iaitu ESOK.
Dalam seminggu yang getir ini, saya tengok dengan mata saya sendiri betapa gelisahnya TF. Walaupun statusnya masih terumbang-ambing, dia tetap menjalankan tugasnya dan tidak sedikit pun ketinggalan turun ke pelusuk bahagian menemui perwakilan.
Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi masa bagi menentukan nasib TF. Jika dicalonkan semula, Rezeki. Jika tidak dicalonkan semula, anggap sahajalah 'MUNGKIN ADA BENDA YANG LEBIH BAIK BAGI TF'.
Semasa sesi penamaan calon kelmarin, TF sempat ditemuramah oleh wartawan mengenai Pemilihan UMNO. Mari kita tonton apakah kenyataan TF:
http://snapwidget.com/v/560456129317727507#.UlD5z1Bmim4 |
P/S: Walau apa-apa pun kita tunggu sahaja hari esok, mata saya tak henti-henti berdenyut disebelah kanan. Diharap ianya petanda baik. Semoga berjaya Tun Faisal Ismail Aziz.
No comments:
Post a Comment