Thursday, October 24, 2013

PANAS!! @KhairyKJ ADA SKANDAL DENGAN INSPEKTOR WANITA??

Disebalik kesibukan sehariannya menjalankan tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan, mungkin ramai yang tak tahu bahawa YB Khairy Jamaluddin dalam diam sebenarnya menjalankan perniagaan Ayam Percik di sebuah pasar malam dan telah berkenalan rapat dengan seorang inspektor wanita. 

Jangan panik atau mula mencari alamat pasar malam serta identiti polis wanita tersebut kerana sebenarnya, Khairy cuma melakonkan watak sebagai penjual Ayam Percik menerusi filem pendek arahan Elaine Daly berjudul "Inspektor Mastura".

Menurut Elaine, dia bertemu Khairy di salah sebuah acara pada Oktober tahun lalu dan dalam pada masa yang sama dia mencari-cari seseorang yang mempunyai tarikan tersendiri. Elaine kemudian menyatakan hasrat pada Khairy untuk memintanya berlakon dalam filem pendek pertama arahannya dan Khairy serta merta menerimanya.

"Saya terjumpa dia (Khairy) tahun lepas dalam sebuah acara dan kebetulan pada masa itu saya sedang mencari seseorang untuk melakonkan watak penjual ayam percik yang berkenalan dengan watak utama filem tersebut, Inspektor Mastura lakonan Sharifah Aleya. Lalu saya terus bertanyakan pada dia sekiranya dia sudi untuk melakonkan watak tersebut dan menceritakan jalan cerita serta matlamat filem tersebut untuk projek 'Ikal Mayang: Telling Women Stories' cetusan 'Women:Girls', iaitu sebuah organisasi bukan kerajaan, serta merta dia menerima tawaran tersebut.

"Saya memang sangat terkejut dan teruja kerana dia terus menerimanya, sangat-sangat mudah. Kerana menurut Khairy, dia percaya filem ini dihasilkan untuk tujuan yang baik dan mempunyai mesej berguna kepada masyarakat khususnya tentang persepsi mereka kepada polis wanita," ujar Elaine ketika ditemui pada pratonton dan sidang media 'Ikal Mayang' di GSC The Gardens pada Selasa.

Mengulas tentang komitmen Khairy pada watak 'penjual Ayam Percik' itu, Elaine mengakui dia sangat kagum dengan bakat lakonan yang dimiliki Khairy kerana ia sangat semulajadi dan bersahaja, malah Khairy juga meletakkan komitmen yang tinggi pada watak lakonannya meskipun cuma satu babak sahaja.

"Kerana kesuntukan masa, kami hanya menyiapkan filem tersebut dalam masa dua hari saja dan adegan pasar malam yang membabitkan Khairy diadakan pada sebelah malam. Agak lewat kerana kami terpaksa menunggu hujan berhenti dan pada masa itu ada gerai-gerai yang sudah tutup. Saya mula risau kerana memikirkan Khairy mungkin tidak biasa dengan persekitaran dan cara kerja penggambaran filem, tapi dia tetap tenang dan meminta saya tidak panik.

"Walaupun babak lakonannya cuma sedikit sahaja, namun dia datang dengan persiapan rapi dengan menghafal skrip dan berlatih bersama-sama Leya. Apa yang lebih mengagumkan, Khairy berjaya melakukan adegan tersebut dengan hanya dua kali 'take' sahaja," jelas bekas Ratu Cantik Malaysia ini.

"Inspektor Mastura" memaparkan tentang dilema seorang polis wanita melindungi hatinya daripada perasaan cinta lantaran sejarah hitam yang dilaluinya. Beto Kushairy, Hans Isaac serta Adibah Noor antara pelakon handalan yang membintangi filem pendek ini.

Sebanyak 15 karya filem pendek arahan 15 pengarah wanita terlibat dalam projek 'Ikal Mayang' ini walaubagaimanapun "Inspektor Mastura" serta lima lagi filem pendek lain dipilih untuk ditayangkan di saluran Astro First bermula 7 Novermber depan.

Sumber: BLOG TUPAI

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive