Saturday, March 29, 2014

DEAR A.KADIR JASIN, SIAPA YANG TANDUS IDEA? KAMU ATAU UMNO?


Saya agak tertarik dengan artikel yang diterbitkan oleh Portal The Malaysian Insider hari ini bertajuk "Umno tandus pemimpin, tiada yang berani cabar Najib, kata bekas editor NST", dimana ianya menceritakan kritikan oleh bekas editor NST, Datuk A.Kadir Jasin yang sebelum ini hebat pernah 'menghina' bloggers pro-UMNO dan dikatakan mempunyai gerakan untuk menjatuhkan DS Najib Razak.

Artikel itu melaporkan bahawa Kadir mendakwa PM Najib Razak adalah paling lemah dan tidak popular? Dia ni popular sangat ke? Siap buat statistik sendiri lagi yang menunjukkan bahawa sokongan terhadap PM berkurang.. Sudah-sudahlah Kadir, jangan jadi bodoh, disaat PM Najib sibuk menguruskan konflik MH370, kamu pula sibuk kritik!!

Sebelum ini dia hina bloggers... Sila rujuk - DEAR DATUK A KADIR JASIN "Lu Langsi Lu Mati!!!"

Umno tandus pemimpin, tiada yang berani cabar Najib, kata bekas editor NST
The Malaysian Insider, 29 Mac, 2014. 
Apakah Umno terlalu ketandusan bakat kepimpinan sehinggga menyebabkan tidak ada yang mahu mencabarnya ketika kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dilihat sebagai paling lemah sekarang, kata bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Abdul Kadir Jasin. 
Kadir dalam blognya The Scribe berkata, satu keanehan atau ironi kerana Najib adalah PM Malaysia yang paling buruk prestasi pilihan raya (sejak krisis 13 Mei 1969), tetapi tidak tercabar. 
"Adakah ini disebabkan oleh Umno ketandusan bakat kepemimpinan atau sudah menjadi begitu autokratik sehingga presiden tidak boleh dicabar lagi," katanya. 
Atau, katanya, adakah negara kita sebenarnya lebih terkongkong dan tidak bebas walaupun diuar-uarkan sebagai terbuka, liberal dan sederhana. 
Beliau berkata, keadaan ini mungkin boleh diterima oleh majoriti ahli dan penyokong Umno, tetapi sama ada ia akan diterima oleh pengundi dan rakyat jelata amnya adalah persoalan yang berbeza. 
"Sekali lagi mungkin ada dikotomi antara kedudukan Najib yang kukuh dan selamat sebagai PM dengan sokongan pengundi terhadap Umno dan BN," tulisnya. 
Kadir mengulas laporan pada Disember lalu mengenai populariti Najib mengikut kajian Merdeka Center jatuh kepada 52%. 
Sebanyak 67% daripada responden dalam kajian itu menyebut peningkatan kos sara hidup dan inflasi sebagai punca mereka hilang keyakinan terhadap Najib. 
Populariti beliau merudum di kalangan semua bangsa walaupun kejatuhan paling teruk adalah di kalangan orang India. 
Sokongan orang India terhadap Najib jatuh daripada 76% kepada 57% dan sokongan orang Cina jatuh 13% lagi kepada hanya 21%. Hatta orang Melayu yang menjadi penyokong utama beliau pun memberi penarafan yang lebih rendah – jatuh daripada 73% kepada 66%. 
Kadir berkata, penarafan dan kritikan nampaknya tidak menjejaskan kedudukan Najib sebagai PM. Tidak nampak ada cabaran yang berwibawa agar beliau mengundurkan diri daripada kerajaan dan parti. 
"Tidak seperti (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang ditentang hebat oleh (Tun) Dr Mahathir Mohamad dengan bantuan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin dan (Tun) Daim Zainuddin serta sekumpulan blogger pro-Umno selepas PRU 2008, Najib tidak menghadapi gerakan seperti itu," katanya. 
Malah, katanya, tidak ada siapa pun di kalangan kepemimpinan kanan Umno sekarang yang berminat menjadi PM. 
Katanya, ini berbeza daripada zaman Abdullah apabila Najib cukup berminat untuk mengambil alih jawatan nombor satu itu. 
Dengar khabar, Kadir juga mengkritik PM adalah kerana 'frustrated' kerana tidak dapat menjadi pengerusi Media Prima Berhad. Malah, dia juga tidak beri ruang untuk orang lain kritiknya sedangkan dia lantang bersuara mengkritik pihak lain! (rujuk SINI) 
ULASAN UNTUK ARTIKEL THE MALAYSIAN INSIDER DIATAS:
  • Tidakkah Kadir sedar akan gerakannya untuk menjatuhkan Najib adalah TIDAK LAKU kerana gerakannya dilihat MEMUDARATKAN PARTI dan hanyalah KEPENTINGAN yang bersifat KRONISME (BERKELOMPOK).

Siapa yang menggerakkan gerakan ini? Adakah ianya dibuat atas dasar kejujuran mahu menambahbaik sistem pemerintahan atau sengaja mahu jatuhkan Najib kerana iri hati?


  • Setelah berjaya menjatuhkan Pak Lah, hanya blogger Tun Daim mendapat keuntungan, tidak cukup dengan itu, dia mahu jatuhkan Najib pula? Gerakan ini dilihat tidak jujur dan relevan dengan asas perjuangan UMNO, iaitu Melayu dan Islam.
POPULARITI
  • Kadir mahu kaitkan bandingkan populariti Tun M dengan Najib... Tun M berapa lama dia jadi PM? DS Najib pula baru berapa lama?
  • Populariti Tun M dulu pun mula melonjak sekitar awal 90'an iaitu setelah hampir sedekad dia memegang jawatan sebagai PM. Betul?
Ini pula salah satu cara Kadir mencari publisiti murahan:


NO WONDER KENAPA KJ CAKAP PEMIMPIN BN SYOK SENDIRI!!

Untuk lebih menarik, sila rujuk [SINI]

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive