Saturday, March 15, 2014

#PRKKajang: WAN AZIZAH PERLEKEH MISI #PrayForMH370 ATAS DASAR APA????????


Memang agak memalukan apabila portal ternama melaporkan berita murahahn seperti ini. Apa yang lebih memalukan apabila individu bertaraf Doktor dan jurusan pengajian dari luar negara, Datin Seri Dr. Wan Azizah (Calon Parti PKR untuk PRK N25 Kajang) mengeluarkan kenyataan tidak berasas dan boleh dikategorikan sebagai 'BODOH' dengan memperlekeh usaha kerajaan dalam operasi mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 hari lepas.


Untuk pengetahuan Kak Jijah, Isu kehilangan MH370 ini bukan sesuatu yang patut dipolitikkan untuk menaikkan 'mileage' sendiri hingga menyalahkan 'Barisan Nasional' kerana tidak punyai kelengkapan lengkap untuk operasi mencari. 

Kalau macam tu boleh tak jika ianya digunakan untuk misi mencari jam omega?


Selain itu, Wan Azizah perlu sedar bahawa ini adalah isu yang melibatkan 13 buah negara, disamping ianya adalah merupakan isu utama yang menjadi perhatian semua pihak didunia. Pesanan kepada portal TMI, tidak perlulah cuba mencari publisiti murahan dengan menerbitkan berita yang agak menjengkelkan dan menyentuh sensitiviti ramai pihak ini kerana mahu mempublisitikan calon.


Seperti apa yang dilaporkan oleh Selangor Press:
Portal berita, The Malaysian Insider (TMI) dilaporkan telah memadam artikel bertajuk “Dunia Guna Alat Canggih, Malaysia Pakai ‘Bomoh Doremi’ Cari MH370, kata Dr Wan Azizah” yang diterbitkan di portal tersebut sebelum ini (SINI). 
Artikel tersebut menyelitkan kenyataan Presiden PKR itu yang memperlekehkan usaha kerajaan Malaysia dalam operasi mencari pesawat MH370, dalam ceramahnya di Sungai Jelok, Kajang malam tadi.
Selain itu, dinyatakan bahawa pihak Selangor Press juga cuba menghubungi pihak TMI tapi tiada maklum balas.
Ekoran tersiarnya artikel itu semalam, masyarakat terutamanya yang bersimpati atas tragedi pesawat MH370 mengutuk keras kenyataan dan tuduhan tidak berasas dibuat calon PKR untuk Pilihanraya Kecil (PRK) DUN kawasan itu. 
Beberapa pemerhati politik melihat tindakan TMI tersebut bertitik tolak atas paksaan pihak tertentu agar artikel tersebut dipadam bagi mengelak Wan Azizah daripada terus dihentam masyarakat terutama menjelang PRK ini. 
Semasa ceramah di Sungai Jelok itu, Wan Azizah telah menyelar kerajaan dan menuduh bahawa kerajaan Malaysia bergantung kepada khidmat bomoh untuk mencari pesawat MH370, selain turut menyelitkan beberapa kutukan terhadap pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.
Selanjutnya di Selangor Press
Ini ialah petikan penuh dari artikel “Dunia Guna Alat Canggih, Malaysia Pakai ‘Bomoh Doremi’ Cari MH370, kata Dr Wan Azizah” terbitan TMI yang mana ianya telah dipadam seperti dakwaan Selangor Press:
The Malaysian Insider - 15 MAC 2014 
Ketika 13 negara menjalankan misi mencari dan menyelamat menggunakan peralatan dan kelengkapan canggih untuk mengesan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, tindakan Malaysia menggunakan khidmat "Bomoh Do Re Mi" memalukan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Presiden PKR itu dalam ceramah di Taman Maju Satu, Kajang malam tadi berkata, tindakan menggunakan bomoh itu memalukan negara, apatah lagi Malaysia turut dikenali sebagai salah sebuah negara Islam di dunia. 
"Bagaimana Barisan Nasional (BN) menangani krisis pesawat hilang. China, kerana majoriti penumpang rakyat mereka, menggunakan satelit, Singapura menggunakan kapal selam. Malaysia pakai bomoh, naik tikar.

"Kita ada satu filem P Ramlee dahulu, Laksamana Doremi, itu memang dongeng," katanya ketika berceramah di hadapan 300 penyokong Pakatan Rakyat (PR) merujuk kepada lagenda seni tanah air. 
"Kalau orang Islam, kita tidak buat macam ini. Memalukan orang Islam," katanya. 
Isu berkenaan kehilangan pesawat MH370 mula menjadi sebahagian intipati ceramah kempen PR untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan. 
Dalam ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, beliau membangkitkan isu kelemahan pengendalian misteri kehilangan pesawat tersebut apabila pihak berkuasa memberikan jawapan yang bercanggah sesama sendiri ketika ditanya pemberita. 
"Negara kita, menghadapi krisis demi krisis. Sekarang ini jerebu, MH370, tapi pemimpin tidak buat apa-apa pun," kata Dr Wan Azizah.
"Ini masa depan saya, ini untuk masa depan. Mari kita tukarkan apa yang tidak baik dengan kerajaan kita," katanya. 
Ketika ceramah malam itu, pemimpin PR, termasuk penyokong-penyokong mereka turut bertafakur seminit bagi menghormati 239 penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang hilang daripada radar pada 8 Mac lalu selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing. 
Mereka yang beragama bukan Islam dilihat turut memegang lilin sebagai simbolik acara tersebut. 
Sementara itu, rakan komponen Pakatan daripada DAP, Lim Kit Siang, berkata meskipun kehilangan pesawat berkenaan merupakan berita yang sukar untuk rakyat Malaysia, PRK Kajang terpaksa diteruskan memandangkan ia dirancang lebih awal. 
"Tapi ada perkara kita tidak boleh tunggu seperti Kajang ini. Kita terpaksa menjalankan kempen walaupun berat hati. 
"Soalan utama adalah mencari dahulu pesawat walaupun timbul banyak persoalan," kata veteran DAP itu. 
Lim berkata, Pakatan turut bersedih atas insiden berkenaan dan mengharapkan yang terbaik untuk anak kapal dan penumpang MH370. 
"Hari ini hari ketujuh kehilangan pesawat MH370, kita semua sedih.
"Kita pun tidak tahu apa yang berlaku. Kita berharap dan berdoa supaya semua penumpang dan anak kapal semua selamat. 
"Tetapi hari ini nampaknya ada perkembangan, pertama kali mereka (pihak berkuasa) yang bertanggungjawab kata ada unsur sabotaj," katanya.
Ketua Parlimen DAP itu berkata, PRK DUN Kajang bakal menentukan hala tuju Malaysia. 
"PRK ini sebagai peluang untuk mewakili 30 juta rakyat Malaysia untuk tunjuk hala tuju masa depan Malaysia. 
"Sebab itu saya ada satu harapan. Tidak kira apa keputusan mahkamah, kita ada mahkamah rakyat," katanya merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan yang manjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar atas kesalahan liwat, sekali gus melucutkan kelayan beliau untuk bertanding di DUN berkenaan. 
Beliau berkata, sekiranya rayuan Anwar gagal di peringkat Mahkamah Persekutuan, mahkamah rakyat di Kajang bakal menjadi suara rakyat sebagai pejuang keadilan di negara ini. 
"Mahkamah rakyat di Kajang pada 23 Mac ini adalah suara rakyat," katanya.
Pemimpin itu berkata, untuk menjadikan PRK DUN Kajang perhatian dunia, pengundi di kawasan tersebut perlu memastikan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun hilang wang depositnya. 
"Kalau kita boleh pastikan calon BN hilang deposit, kita akan menggegarkan dunia. Kajang akan jadi pilihan raya kecil paling terkenal di Malaysia.
"Kita tidak kira siapa calon BN, masalahnya bukan siapa calon, masalahnya sistem kehakiman. Kalau kita mahu menang, saya haraplah, memang bukan senang, tapi kita kena berusaha," katanya. – 15 Mac, 2014.
Seperti yang dijangka... 2x5 dan 5x2... Anwar dan Azizah sama sahaja.... Jika Si Anwar buat, Si Azizah mesti buat.. Sambung bacaan dibawah:

Bila Anwar Ibrahim Jadikan MH370 Modal Politik…by AIDC on Mar 15th, 2014

 
Tindak tanduk Datuk Seri Anwar Ibrahim mempolitikkan isu kehilangan MH370 sebagai modal berkempen dalam ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, adalah sesuatu yang sudah dijangka.
Beliau kononnya kesal dengan cara kerajaan mengendalikan insiden tersebut sehingga timbul percanggahan fakta. Sebagai Ketua Pembangkang, kenyataan seperti itu bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana gelagat begitu memang satu kelaziman.
 
Kalau ada pun persoalan, ianya menjurus kepada kenapa Anwar mengambil masa sehingga lima hari susulan kehilangan pesawat itu sebelum mengecam kerajaan dalam ceramah-ceramahnya di Kajang? 
Selanjutnya di AIDC

VOTE FOR CHEW MEI FUN
MY BN KAJANG CANDIDATE

CHEW MEI FUN MAMPU MEREALISASIKAN KENYATAAN THE BEST OF WINNABLE CANDIDATE
Baca sini: Source






UNTUK UPDATE BERKAITAN MISTERI KEHILANGAN PESAWAT MH370  
[klik SINI]

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive