Tuesday, March 11, 2014

#PrayForMH370: KERAJAAN MENGALUKAN SEMUA PIHAK BANTU MISI MENCARI #MH370.. SEBARKAN!!


Cepat betul masa berlalu, tak sedar rupanya dah masuk hari ke-3 rupanya pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang. Bagaimana agaknya keadaan penumpang/krew pesawat tersebut? Harap semuanya dalam keadaan selamat dan dilindungiNya.

PLEASE ALERT!!

Mohon kerjasama untuk sebarkan seluas mungkin info yang saya kongsikan ini, dengan harapan ianya dapat mempercepatkan misi mencari pesawat MH370 yang dilancarkan sejak hari pertama insiden. Disamping, dapat mengurangkan kesedihan yang dialami oleh keluarga mangsa.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom
KERAJAAN MENGALUKAN BANTUAN SEMUA PIHAK UNTUK MENGESAN PESAWAT

Kerajaan mengalu-alukan bantuan semua pihak dalam usaha mengesan pesawat MAS MH370 yang masih gagal dikesan walaupun sudah masuk hari ketiga dilaporkan hilang.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, bantuan itu perlu berlandaskan syariat Islam.

“Kerajaan alu-alukan bantuan semua pihak dalam usaha untuk mengesan pesawat MH370 yang masih lagi belum ditemui sehingga kini." 
“Apa yang penting, pertolongan itu perlu berlandaskan syariat dan hukum Islam,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian Menghafaz al-quran Peringkat Kebangsaan, di sini, malam tadi. 

Tegur tindakan 
Contoh tindakan menghina/memperlekehkan insiden MH370
Jamil turut menegur tindakan segelintir pihak yang menghina serta memperlekehkan kejadian berkenaan termasuk usaha beberapa agensi yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat berkenaan.
Katanya, adalah lebih baik rakyat di negara ini menggunakan cara masing-masing untuk menyatakan sokongan dan simpati kepada keluarga mangsa.
“Kalau kita tak dapat bantu, cukuplah kita berdoa. Jangan pula mengutuk sehingga menyebabkan keluarga mangsa lebih tertekan.
“Kerajaan dengan sokongan negara jiran melakukan sebaik mungkin untuk memastikan pencarian pesawat berkenaan dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya. - BH

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive