Wednesday, March 12, 2014

#PrayForMH370: KRONOLOGI PENUH HINGGA HARI KE-4 MISTERI #MH370


Nampaknya, misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 masih belum terjawab apabila masih belum ditemui biarpun usaha mencari melibatkan pelbagai negara giat dilakukan.

Ini merupakan kejadian ;misteri' kedua selepas kehilangan misteri pesawat Air France 447, yang terhempas di Lautan Atlantik ketika terbang dalam ribut dari Rio de Janeiro ke Paris menyebabkan 228 penumpang dan anak kapalterkorban pada 1 Jun 2009.

Air France 447 ditemui dua hari selepas ia terhempas dan mengambil masa lebih dua tahun untuk pakar penyiasat mencari penjelasan insiden itu.


Berikut kronologi kehilangan pesawat MH370:

8 Mac* Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam dan dijadualkan mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi pada hari yang sama.* Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar pada 1.30 pagi 120 batu nautika di perairan timur Kota Baharu, Kelantan.* Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan pada 5.30 pagi melibatkan 15 pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).
* Kenyataan media daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu, kesemua keluarga penumpang telah dimaklumkan dan pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).* Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370.
9 Mac* Bantuan luar negara tiba dalam operasi SAR mencari MH370 melibatkan 34 pesawat dan 40 kapal laut membabitkan aset negara dan luar negara iaitu daripada China, Thailand, Vietnam, Amerika Syarikat, Australia, Indonesia dan Singapura.
* Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluaskan di Laut China Selatan hingga ke Selat Melaka.* Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang mempunyai pasport palsu, daripada negara Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.* APMM menghantar sampel tompokan minyak ditemui di kawasan Laut China Selatan, 100 batu nautika dari pantai Tok Bali dekat sini ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya untuk dianalisis.
10 Mac* Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan telah menerima tawaran daripada Perdana Menteri New Zealand John Key, yang menghantar pesawat pengesan maritim P-3C Orion bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang.* APMM mengesahkan tompokan minyak dijumpai di Laut China Selatan semalam hanyalah minyak bunker yang memang tidak digunakan oleh kapal terbang.* Pegawai Meteorologi Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Khairul Najib Ibrahim berkata tiada sebarang perubahan cuaca ketara berhampiran perairan negara yang dilihat boleh mengancam penerbangan pesawat MH370 sewaktu ia dilaporkan hilang. 
BERNAMA

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive