Sunday, March 9, 2014

VIDEO KHAS BUAT TATAPAN KITA SEMUA.... LET'S #PrayForMH370!!


Biar video yang berbicara... Rasailah sendiri.... Biar kita sendiri rasa betapa peritnya kesedihan yang dialami... Tonton dan hayatilah... Video ini menggambarkan kesedihan yang menyelubungi rakyat Malaysia di atas kehilangan 239 penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370 yang tiba-tiba 'lenyap'.

VIDEO


Untuk entri sebelum yang berkaitan, sila [Klik SINI]


Bak kata pepatah melayu, mereka sekarang ibarat "Diluah mati emak, diluah mati bapak".Hanya doa dari kami sentiasa mengiringi mereka semua.


Difahamkan, hari ini isteri Perdana Menteri telah 'turun padang' bertemu keluarga mangsa untuk memberikan sokongan moral (SINI). Satu pujian untuk DS Rosmah. 

Berikut ada sedikit info untuk dikongsi bersama...
KRONOLOGI HARI PERTAMA TRAGEDI PESAWAT MH370 HILANG - Awani 
Pengesan pesawat Flight Radar 24 adalah agensi pertama yang memaparkan imej laluan pesawat MH370 yang hilang pagi tadi. AstroAWANI mendapatkan penjelasan lanjut mengenainya.
Mikael Robertson bersama wartawan Astro AWANI, Rizal Zulkapli. Manakala sejak pagi tadi terdapat pelbagai spekulasi kehilangan pesawat ini antaranya di hijack atau dirampas juga ditembak jatuh oleh China dan Vietnam. Malah terdapat juga perdebatan dan komen tidak sensitif berbaur politik yg mencemarkan dan tidak membantu langsung kejadian.
Kehilangan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines menggemparkan rakyat Malaysia dan dunia. Ia menjadi tajuk utama berita dunia dan trending di media sosial. Berikut adalah antara perkembangan yang berlaku hari ini:
  • Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.
  • Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.
  • Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari turut mengesahkan penumpang-penumpang adalah dari 15 negara termasuk China, Indonesia, Australia, Perancis, dan Malaysia.
  • Pada masa yang sama, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad menyuruh orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai kejadian susulan beberapa spekulasi di Twitter.
  • Beberapa ahli politik negara menggunakan Twitter untuk menyeru orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan penumpang dan anak kapal pesawat Penerbangan Malaysia MH370
  • Selain itu, warga Twitter juga bersedih sehingga hashtag #MH370 dan #PrayForMH370 menjadi trending.
  • Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dalam satu sidang media bahawa kesahihan laporan media Vietnam yang mendakwa pesawat itu terhempas sedang disahkan oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia dengan tentera laut Vietnam.
Ini pula adalah senarai penuh nama penumpamg dan anak kapal yang dikeluarkan oleh pihak Malaysia Airlines:

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive