Sunday, March 9, 2014

#PrayForMH370 (FAKTA): PAKAR PENERBANGAN BUKTIKAN BAHAWA #MH370 TAK TERHEMPAS!!


Jawapan mengenai persoalan kenapa pesawat MH370 Tidak Diisytiharkan Terhempas??

Berkait dengan entri sebelum ini [klik SINI & SINI]

Kawasan carian
Pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing yang hilang sejak awal pagi Sabtu sehingga lewat petang masih belum lagi dapat disahkan statusnya.

Apa yang menimpa pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu menjadi spekulasi ramai pihak yang tidak tahu pokok pangkal dan yang hanya mencari populariti murahan sahaja.

Sumber: The Malaysian Insider
Kebanyakan laporan media perdana tempatan atau antarabangsa telah melaporkan bahawa pesawat MH370 itu DIPERCAYAI TERHEMPAS (berita yang belum sahih) di perairan Laut China Selatan, berdasarkan kepada lokasi akhir pesawat berkenaan dikesan melalui sistem perhubungan penerbangan.

Kenapakah pihak berkuasa belum mengesahkan laporan tersebut?


"Memang secara umumnya, sesiapapun boleh mengatakan pesawat itu terhempas tetapi kalau benar pesawat MH370 ini terhempas, di manakah bangkainya?" Saya bagi gambaran mudah untuk pembaca faham...

**Contoh: MENCARI MANGSA LEMAS. Adakah kita boleh mengesahkan seseorang itu telah lemas disesebuah sungai atau perairan jika tiada jasad mangsa yang dijumpai? Tidak bukan? 

Maka, tragedi kehilangan pesawat MAS MH370 ini samalah dengan gambaran yang saya berikan.

"Hanya kalau ada bangkai pesawat ditemui barulah pesawat itu boleh disahkan sebagai terhempas," kata seorang pakar penerbangan kepada Astro AWANI.

Beliau yang enggan dikenali mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam soal kawalan trafik udara serta selok belok operasi mencari dan menyelamat.

Penerbangan MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal Sabtu, dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ia membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal dari 14 buah negara. Ia sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi.

Ditanya bagaimanakah pesawat itu boleh hilang daripada radar, pakar berkenaan menjelaskan, ada kemungkinan pesawat itu terbang rendah pada paras bawah 500 kaki dari aras laut.

"Ada dua jenis radar yang digunakan iaitu radar pengawasan utama dan radar pengawasan sekunder," katanya.

Radar pengawasan utama mengukur hanya jangkauan dan arah kompas dengan mengesan isyarat kelip pada skrin. Radar pengawasan sekunder pula sebaliknya tidak hanya mengesan maklumat yang sama tetapi boleh mengesan maklumat lain seperti paras ketinggian penerbangan dan identiti pesawat.

Tambah pakar itu, biarpun terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik, kedudukan pesawat itu masih boleh dikesan sekiranya ia terhempas kerana dilengkapi dengan sistem lampu suar tanda lokasi (emergency locator beacon) yang akan mengeluarkan isyarat apabila terhempas.

"Sistem ini kalis air. Maknanya, kalau pesawat terhempas ke dalam laut sekali pun ia akan dapat dikesan," katanya.

Jelas beliau, apabila pesawat itu terkena impak baik di darat mahupun di laut, sistem itu akan terus mengeluarkan isyaratnya.

Di kalangan pemerhati industri penerbangan, insiden MH370 mengingatkan kepada nahas pesawat jenis Airbus 330-203 milik Air France yang terhempas ke dalam laut di perairan dengan Rio de Janeiro pada 1 Jun 2009 tetapi bangkai pesawat itu hanya ditemui dua tahun kemudian.

MH370 dipandu oleh juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 tahun, yang berpengalaman mencatatkan jam penerbangan selama 18,365 jam. Beliau menyertai Malaysia Airlines pada 1981. Zaharie dibantu oleh Pegawai Pertama, Fariq Ab Hamid, 27 tahun, yang menyertai Malaysia Airlines pada 2007.

Sementara itu bekas Pengarah Urusan Penerbangan MAS, Tan Sri Abdul Aziz berkata penjelasan mengenai insiden ini perlu dibuat dengan berhati-hati dan maklumat yang lengkap kerana ia membabitkan implikasi perundangan.

News Widget From 'Yahoo News'!!
Embed from Yahoo! News 

Banyak betul spekulasi dan teori yang dilaporkan media antarabangsa dan tempatan, hinggakan ia menjadikan keadaan semakin panik dan rumit. 
KEHILANGAN PESAWAT MAS JADI TUMPUAN DUNIA - The Malaysian Insider

Tumpuan dunia kini terarah kepada MH370 Boeing 777-200 yang dilaporkan hilang, pesawat kerangka luas dengan enjin berkembar yang diterbangkan oleh Malaysia Airlines (MAS), membawa 239 penumpang dari 15 negara berbeza.
Pesawat 777-200 itu, yang dikeluarkan oleh satu daripada pengeluar pesawat terkemuka dunia, Boeing Commercial Airplanes, dianggap sebagai salah satu pesawat paling popular dan selamat di dunia.
Ia merupakan satu daripada model paling laris Boeing dan menjadi pilihan utama syarikat penerbangan berikutan keupayaannya untuk terbang bagi jarak yang sangat jauh.
Penerbangan paling lama yang ia mampu ialah lebih daripada 18 jam.
Dengan hanya dua enjin, pesawat itu membakar kurang bahan api berbanding pesawat empat enjin dan boleh terbang sehingga setinggi 12,779 kilometer, dengan kapasiti tempat duduk 282 penumpang.
Selanjutnya
Ini telah membuatkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengeluarkan kenyataan rasmi agar sesetengah pihak jangan buat spekulasi tentang pesawat MH370 yang hilang tersebut. Baca dibawah:

Jangan buat spekulasi tentang pesawat MH370, kata KPN - BERNAMA

 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihati semua pihak agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan sebarang maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya tentang kejadian pesawat MH370 yang dilaporkan hilang.
"Seluruh warga PDRM mendoakan semoga semua penumpang dan anak kapal yang dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang, pada 2.40 pagi tadi ketika berada di antara ruang udara Malaysia dan Vietnam, selamat dijumpai," katanya dalam laman sesawang rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.
Beliau berharap seluruh ahli keluarga yang terbabit tabah dan bersabar menghadapi dugaan.
Penerbangan MH370 Kuala Lumpur-Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 kru, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi tadi dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang ketika berada di antara ruang angkasa Malaysia-Vietnam, di Laut China Selatan.
Pesawat B777-200 itu dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. - BERNAMA

Tapi, adakah kita tahu bahawa Malaysia Airlines adalah merupakan syarikat penerbangan yang mempunyai rekod keselamatan terbaik di Asia dibandingkan dengan syarikat penerbangan yang lain? Pasti ramai yang tidak tahu kan. Reuters sendiri yang melaporkannya. Ini adalah hujah kukuh bagi membuktikan bahawa pesawat MH370 itu masih lagi dalam keadaan selamat. InsyaAllah, sama-sama kita doakan...

Malaysia Airlines has one of Asia's best safety records - Reuters
MUMBAI - Malaysia Airlines, the operator of Flight MH370 that went missing en route from Kuala Lumpur to Beijing on Saturday, has established a record as one of the Asia-Pacific's best full-service carriers in terms of safety and service despite some recent financial problems. 
The Kuala Lumpur-based carrier competes with AirAsia domestically, and with the likes of AirAsia X, Emirates, Singapore Airlines , Thai Airways and Cathay Pacific on international routes. 
The airline, part of the Oneworld alliance that includes British Airways and Qantas, has 88 aircraft in its fleet, including Airbus A330s and A380s, and Boeing 777-200s and 737s, according to its website. 
They include 15 777-200ERs, one of which was involved in Saturday's disappearance. These aircraft are deployed on its long-range services within the Asia-Pacific and to Europe.
Its fleet of 777-200ERs has an average age of 14.2 years, according to airfleets.com, an authoritative website that tracks airline fleets, making it one of the oldest such fleets of 777-200s in the world.Malaysia Airlines gave the registration number of the aircraft as 9M-MRO, indicating the plane is 11 years and eight months old. It was powered by two Rolls-Royce Trent 800 engines, an airline official confirmed by telephone from Kuala Lumpur. 
It was unclear if the age of the plane had any bearing on its disappearance, given authorities were still trying to determine the flight's presumed crash site in the South China Sea on Saturday. 
In February, the airline reported a net loss of 343.4 million ringgit ($104 million) for the three months ended December 2013, its fourth consecutive quarterly loss.The airline was set to order Airbus A330 or A350 aircraft to start replacing some of its older 777s from 2016, with the management having identified fleet replacement as a key plank of its plan to turn around the loss-making airline.
Its full-year loss of 1.17 billion ringgit was nearly three times higher than in 2012. 
The last fatal incident involving a Malaysia Airlines aircraft took place on September 15, 1995, when 34 people died after a Fokker 50 crashed on approach to Tawau, a town in the Eastern Malaysian state of Sabah. 
Before that, in 1977, a Malaysia Airlines Boeing 737-200 crashed in Tanjung Kupang, in Johor state, killing all 100 people on board. That was the deadliest crash to date involving a Malaysian aircraft. 
The Boeing 777 is the U.S. plane maker's most popular wide-body aircraft. The first models to be produced were the 777-200 in 1995 and the 777-200ER two years later, followed by the 777-300 in 1998. Boeing then produced the longer-range 777-300ER and 777-200LR variants in 2004 and 2006 respectively. 
The Boeing 777-200ER has a range of 7,725 miles and a cruising speed of Mach 0.84, or about 640 miles per hour, according to Boeing. 
The Boeing 777 has one of the best safety records of any commercial aircraft in service. 
The first serious incident took place in January 2008, when a British Airways 777-200ER crash-landed just short of London's Heathrow airport, injuring 45 people. 
In July 2011, an Egypt Air 777-200ER had a fire in the cockpit while parked at a gate in Cairo and was evacuated without injuries.Both aircraft were written off. 
The only fatal crash so far came on July 6 last year when Asiana Airlines flight 214 struck a seawall on landing in San Francisco. Of 307 people aboard, three died and more than 180 were injured. 
The crash investigation, while still ongoing, has so far indicated no mechanical failure and focused on the pilots' failure to recognize that the plane was flying too low and too slowly as it approached the runway. - Reuters
Apa-apa pun jom kita layan dulu gambar-gambar sedih dan menarik #PrayForMH370


MACAI!!!








 


No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive