Terdapat pelbagai teori dan versi mengenai kehilangan pesawat MH370, lebih-lebih lagi selepas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengenai pesawat tersebut dipercayai terhempas di Lautan Hindi.
Salah satu versi yang dikira logik yang menarik perhatian saya adalah ianya berkaitan dengan dunia perisikan kuasa-kuasa besar dunia.
Sepertimana yang kita tahu, Amerika kini dalam proses mengundur diri dari Afghanistan dan dalam usaha tersebut, salah satu peralatan mereka iaitu alat kawalan sistem drone (digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh pihak Taliban dalam satu serang hendap ke atas konvoi pengangkutan Amerika yang membawa peralatan tersebut di salah satu markas Amerika di sebuah bukit di Afghanistan.
Kejadian ini berlaku kira-kira sebulan yang lalu pada Februari 2014 di mana dua anggota SEAL Amerika juga dikatakan terbunuh ketika pihak Taliban merampas peralatan serta senjata termasuk alat kawalan sistem drone yang beratnya di anggarkan kira-kira 20 tan yang tersimpan rapi dalam enam peti berasingan.
Pihak Taliban hanya mahukan wang lantas mereka mahu menjual sistem tersebut kepada Rusia atau China namun ketika ini, umum tahu yang Rusia terlalu sibuk dengan masalah di Ukraine maka China yang dahagakan teknologi sistem berkenaan adalah pembeli yang tepat.
Bayangkan jika China menguasai teknologi alat kawalan sistem drone? Pasti semua drone Amerika akan tidak akan dapat digunakan lagi. Untuk urusniaga pembelian peralatan tersebut, lapan orang saintis pertahanan China dikatakan telah memeriksa peralatan sistem berkenaan yang kemudiannya membuahkan persetujuan teknologi tersebut dibayar dengan bayaran berjuta-juta dollar.
Dikatakan juga, kumpulan saintis tersebut telah memeriksa peralatan berkenaan awal Mac 2014 dan mereka berserta peralatan tersebut berjaya tiba ke Malaysia dan disimpan dengan Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik sementara cara yang terbaik untuk membawa teknologi tersebut balik ke China secara terselindung untuk mengelakkannya daripada dikesan adalah ianya dijadikan barangan kargo menerusi penerbangan komersial (MH370).
Sementara itu, Amerika, dengan bantuan perisikan Israel juga sudah maklum dengan keadaan dan situaisi ini dan mereka bersama-sama berazam merancang untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut dengan apa cara sekali pun.
China mengambilkira bahawa ianya akan selamat untuk mengangkutnya melalui pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing hanya mengambil masa empat setengah jam sahaja dan berpendapat Amerika tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu maka MH370 adalah syarikat penerbangan yang sempurna untuk tujuan tersebut.
Dikatakan juga terdapat lima agen Amerika dan Israel di atas kapalterbang tersebut yang sudah biasa dengan operasi Boeing termasuk dua warga "Iran" yang dikatakan mengguna dua pasport yang telah dilaporkan dicuri.
Apabila pesawat MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melaporkan kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWAC (Airborne Warning And Control System) Amerika meyekat isyarat MH370 dan melumpuhkan sistem kawalan juruterbang dan bertukar kepada mod kawalan jauh (dan ini menyebabkan pesawat yang tiba-tiba hilang ketinggian seketika).
Bagaimana AWAC boleh melakukannya? Ingat insiden 911? Selepas kejadian itu 911, semua pesawat Boeing (dan mungkin semua Airbus) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menghindar rampasan pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh dikawal jauh oleh menara kawalan tanah. Sistem kawalan jauh sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan pesawat.
Lima agen Amerika/Israel kemudiannya mengambil alih kapalterbang tersebut dan mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, berubah arah dan terbang ke arah barat. Mereka tidak berani terbang timur ke Filipina atau Guam kerana ruang udara Laut China Selatan secara keseluruhan telah dilindungi oleh radar pengawasan dan satelit China.
Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya berjaya mengesan pesawat tersebut yang tidak dikenali tetapi tidak bertindak balas secara profesional.
Pesawat itu terbang merentas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung mendakwa menyaksikan pendaratan pesawat berkenaan) sebelum ianya mengisi semula minyak dan meneruskan penerbangannya ke untuk Diego Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi.
Kargo dan kotak hitam telah dikeluarkan sementara semua penumpang telah "dikorbankan" secara "semulajadi" dengan memutuskan bekalan oksigen dalam pesawat kerana perampas tidak mahu meninggalkan sebarang saksi.
Peawat MH370 dengan "penumpang-penumpang"nya sekali lagi diterbangkan dengan melalui kawalan jauh dan merentas Selatan Lautan Hindi sebelum "dihempaskan" ke dalam laut untuk memberi gambaran kepada dunia pesawat tersebut sudah kehabisan bahan api dan terhempas, dan berkemungkinan akan menjadikan kapten serta dan pembantu juruterbang sebagai "kambing hitam" dalam kejadian ini.
Amerika telah melakukan "persembahan yang terbaik" dengan mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan ketika pesawat tersebut yang diterbangkan dengan "cara mereka" ke Lautan Hindi.
Amerika kemudiannya mengeluarkan beberapa kenyataan yang bercanggah dan bukti untuk mengelirukan dunia serta dibantu oleh Australia yang dipercayai turut terbabit dalam lakonan ini.
Usaha China, dari segi bilangan pesawat, kapal dan satelit, mencari yang pertama di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi tidak pernah berlaku sebelum menunjukkan China amat prihatin bukan saja kerana pesawat tersebut membawa ramai banyak penumpang warga China namun terhadap kargo yang bernilai serta lapan orang saintis pertahanan mereka.
Hebatkan konspirasi ini? Namun jangan terlalu percaya akan cerita ini kerana sepertmana yang saya katakan pada mula posting ini, ini hanya salah satu daripada teori yang amat menarik di sebalik kehilangan pesawat MH370.-The Unreported News

No comments:
Post a Comment