Thursday, March 6, 2014

#KalimahAllah: SETELAH 'BODOHKAN' MELAYU, SITI KASSIM BANGGA DIA MURTAD & 'ALLAH' PUNCA PERPERCAHAN UMAT?


  • “Kenapa orang Melayu dan orang Islam jadi macam lembu?"
  • “Saya datang ke sini atas nama agama Islam…saya tidak setuju dengan kumpulan yang datang membantah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah ini."
  • “Ada orang tuduh saya sudah murtad.. siapa anda hendak menuduh seseorang itu murtad atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukan, bukan kita, manusia”



"Kami disini nak mengatakan bahawa ada ramai lagi yang tidak setuju dinegara kita. Kita tidak mahu perbalahan dan perpecahan hanya kerana disebabkan oleh satu perkataan."

****SATU PERKATAAN YANG DIMAKSUDKAN ITU ADALAH 'ALLAH'.

SIAPA SITI KASSIM?
Siti Zabedah Kassim AKA Siti Kassim
Siti Kassim adalah seorang peguam (ahli Majlis Peguam dalam jawatankuasa hak asasi manusia ) anggota LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender), Pengasas Bersama ‘Seksualiti Merdeka’ dan ketua Kumpulan Melayu Islam yang menyokong tuntutan Comango (Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR). Pada tahun 2012, Siti Kassim menggemparkan orang ramai apabila bangkit bertanyakan soalan tentang kebebasan agama kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya. - Sumber
Dengar cerita, dia telah MURTAD. (klik SINI)

HARI INI SITI BUAT HAL LAGI.. TAK SANGKA, DIA BEGITU BERSUNGGUH-SUNGGUH MENYOKONG KALIMAH "Allah" DIGUNAKAN OLEH PENGANUT KRISTIAN (rujuk SINI)  DAN KATA UMAT ISLAM LEMBU.

Siti Kassim menyifatkan bahawa orang Melayu dan umat Islam seperti lembu kerana mematuhi serta percaya kepada ajaran agama yang dibawa oleh alim ulama Islam terutama berkaitan penggunaan kalimah Allah.

Katanya, kalimah Allah bukan untuk orang Islam sahaja, ia untuk semua umat dan makhluk yang dicipta Allah.

Kenapa orang Melayu dan orang Islam jadi macam lembu? Nak tahu ajaran Islam yang sebenar mereka kena rujuk dan baca al-Quran, bukan dengar daripada orang yang kononnya alim.

“Saya datang ke sini atas nama agama Islam…saya tidak setuju dengan kumpulan yang datang membantah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah ini. (Kata datang atas dasar AGAMA ISLAM, tapi TIDAK SETUJU DENGAN UMAT ISLAM YANG DATANG MEMBANTAH?)



“Ada orang tuduh saya sudah murtad.. siapa anda hendak menuduh seseorang itu murtad atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukan, bukan kita, manusia,” kata kepada media di perkarangan kompleks Mahkamah Persekutuan.


Beliau yang mengakji bernama Siti Kassim yang memakai t-shirt hitam tertulis ‘Allah sekelian alam’ berkata, beliau tidak setuju dengan tindakan NGO Islam membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

“Siapa mereka nak menghukum? Semuanya biar Tuhan yang tentukan,” katanya yang kemudian didatangi seorang aktivis Islam menegurnya kerana membuat provokasi dalam kelompok penyokong NGO Islam.

UNTUK BACA BERITA PENUH SUASANA KECOH DEPAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN (Klik SINI)

Suasana hadapan Mahkamah Persekutuan pagi tadi.
KES KALIMAH ALLAH YANG WAJIB DIKETAHUI OLEH SEMUA UMAT ISLAM


5 MAC 2014 - Pagi tadi, seramai hampir 2,000 umat Islam terdiri daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membanjiri ruang hadapan Istana Kehakiman Putrajaya (Mahkamah Persekutuan) untuk mendengar permohonan Gereja Katolik bagi mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bahawa penerbitan mingguan The Herald dilarang menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu.


Alunan bacaan Al-Quran dan Surah Yassin menyelubungi persekitaran Mahkamah. Ada yang juga yang turut menunaikan Solat hajat bagi memohon bantuan agar dipermudahkan urusan agar Kalimah Allah akan kekal menjadi HAK MUTLAK umat Islam di negara kita.


Tak sangka, dah makan tahun kes 'KALIMAH ALLAH' ini berlarutan tanpa ada jalan penyelesaian. Agak mengecewakan apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian sama ada Gereja Katolik berhak merayu atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober tahun lalu.
"Rayuan tersebut yang didengar hari ini dibuat di hadapan Panel Khas seramai tujuh hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.
Enam lagi ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Shari; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum; Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Suriyadi Halim Omar; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zainun Ali dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Jeffrey Tan." - Rakyat News
Bila agaknya boleh selesai?


BERIKUT ADALAH KRONOLOGI 'KALIMAH ALLAH':

16 Feb 2009
Gereja Roman Katolik diketuai Archbishop Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan sebagai responden, memohon diisytiharkan keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah.

Majalah mingguan itu, diterbitkan dalam empat bahasa, dan telah menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dalam seksyen bahasa Melayunya.

Permohonan itu menuntut tujuh deklarasi lain termasuk hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah dalam The Herald, bahawa Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan tidak memberi kuasa kepada responden untuk melarang pemohon daripada menggunakan perkataan Allah dalam The Herald dan bahawa pemohon mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan itu.

Ia juga menuntut deklarasi bahawa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 tidak memberi kuasa kepada responden untuk melarang pemohon daripada menggunakan perkataan Allah dalam The Herald dan bahawa perkataan Allah bukan eksklusif kepada agama Islam.

31 Dis 2009
Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald daripada menggunakan kalimah Allah adalah salah di sisi undang-undang, batal dan tidak sah.

Hakim Datuk Lau Bee Lan, dalam keputusan lisannya, menegaskan bahawa The Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan itu dalam majalah berkenaan untuk menyebarluaskan agama Kristian dan bukannya agama Islam.

Beliau berkata lanjutan kepada Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi kesalahan bagi bukan Islam untuk menggunakan perkataan 'Allah' kepada umat Islam untuk menyebarluaskan agama itu.

Bagaimanapun ia bukanlah satu kesalahan untuk bukan Islam menggunakan perkataan itu kepada bukan Islam bagi tujuan agama, katanya.

6 Jan 2010
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik, The Herald, berikutan persetujuan KDN dan Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia bagi kepentingan negara.

Hakim Datuk Lau Bee Lan yang mengeluarkan perintah sebelum ini pada 31 Dis 2009 membuat keputusan itu setelah dipohon Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

14 Okt 2012
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan untuk melarang The Herald daripada menggunakan kalimah Allah.

Mahkamah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah Allah.

Mahkamah itu berpendapat kalimah Allah tidak pernah menjadi bahagian penting daripada amalan kepercayaan agama Kristian dan dengan mengambil kira fakta sejarah dan agama, beliau tidak dapat menemui sebarang sebab munasabah kenapa responden (Titular Roman Catholic Archbishp of Kuala Lumpur) berkeras untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan buletin mingguan mereka.

11 Nov 2013 
Gereja memfailkan permohonan bagi kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan dengan mengemukakan 26 soalan mengenai undang-undang pentadbiran dan kuasa mahkamah untuk membenarkan Menteri Dalam Negeri melarang penggunaan perkataan teologi (Tuhan).

5 Mac 2014
Mahkamah Persekutuan akan menetapkan satu tarikh lain untuk membuat keputusan pendengaran permohonan Gereja Katolik bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bahawa penerbitan mingguannya The Herald dilarang menggunakan kalimah Allah.

Sumber: AGENDA DAILY

NOTA: Pada 14 Oktober tahun lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan untuk melarang The Herald daripada menggunakan kalimah Allah.

Mahkamah itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.

1 comment:

Anonymous said...

xada guna nua ada agama kalau membenci bnsa atau agama lain..kta smua ada agama..dlm ajaran agama ada dbritahu jangan mehukum atau membenci agama lain atau bansa yang x seagama..gara2 kalimah allah rakyat bepecah..apa guna..nanti cakap agama ini bagus,alim dan agama itu jahat,xbagus..kta manusia ada akar fikiran..lihat d sarwak..islam terima apa ada nya..kristian pn mcm 2 juge..kami kat sarawak ni amam..mana ada spt kt semenanjung m'sia...asik nak boat propaganda....

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive